Showing posts with label date night. Show all posts
Showing posts with label date night. Show all posts

March 27, 2010

My Date Night

Hujung minggu yang indah. Seronoknya cuti kan? Tenang dan lapang. Ingin berkongsi pengalaman berkenaan 'My Date Night' ataupun Malam Janji Temu/Dating Saya.

Tersipu Malu dan Tersenyum Seorang Diri Ingatkan Kisah Ini

Inilah kisah Pengalaman Dating Yang Paling Saya Ingati dan tidak dapat dilupakan . Pengalaman ini berlaku semasa saya belum kahwin lagi dengan Isteri saya. Peristiwa ini berlaku di bulan puasa selepas saya baru menamatkan pelajaran dan masih mencari kerja. Saya orang Terengganu dan Isteri saya orang Kelantan.Jadi , saya kadang-kadang pergi ke Kelantan untuk bertemu Isteri dan bermalam beberapa malam di Hotel di Kelantan.

Oh ya, emak mertua saya ni memang tidak berapa sukakan 'dating-dating' ini. Jadi, pada pertemuan kali itu, ibu mertuaku menyuruh adik iparku menemani Isteriku ketika berdating. Fuhh, siap pasang bodyguard tu. Bulan puasa pula tu. Apapun, sayangkan Isteri, kuturutkan sahaja.

Jadi, sepanjang pertemuan itu adik iparku menemani kami untuk jalan-jalan di Bandar Kelantan (siap jadi personal driver) kerana masa itu aku kurang mahir lagi bawa kereta, jalan-jalan di Pasaraya, beli makanan di Bazaar Ramadhan dan berbuka puasa di Restoran.Adik iparku aku tupun menjalankan tugas yang diamanahkan dengan penuh dedikasi. Bila diingat-ingatkan balik, tergelak aku sorang-sorang. Namun, mujurlah adik iparku itu 'sporting' dan tidak banyak kerenah .

Di malam sebelum Isteriku pulang bersama adik iparku, sempat juga aku bergurau " Lain Kali Bawa Mama dengan Abah pula Ya" .Hik3, bergurau sahaja.

Apa pula pengalaman anda? Entry ini ditulis untuk melayakkan Nuffnang Special Screening – Date Night yang membolehkan menonton Premiere Screening secara percuma. Tengok sinopsis nya cam best, itu yang aku teruja nak tengok filem ini. Jadi, rakan-rakan Glitterati Nuffnangers, jom la join sama. Mana tau ,ada rezeki boleh kita berjumpa di sana.
poster
Related Posts with Thumbnails