April 12, 2010

No Strings Attached

NO Strings Attached catchynya bunyinya
Tiada komitmen itulah maknanya
Kali ini ingin bercerita
Pengalaman peribadi untuk dikongsi bersama

Saya sukakan perkara dan juga produk yang tiada komitmen/kontrak ( No Strings Attached ). Kenapa saya berkata sedemikian :

1) Saya pernah melanggani produk/servis gym terkemuka di Malaysia dengan bayaran RM150 sebulan dan kontrak minimum selama 12 bulan. Namun, kerana sebab tidak dapat dielakkan hanya dapat pergi beberapa kali sahaja dan minta di cancelkan selepas beberapa bulan namun tidak berjaya. Sudahla masatu tertipu dengan offer yang diberikan oleh Sales Officernya, lain yang dicakapkan, lain sebenarnya . Sehingga kini aku menyesali perkara ini dan duitku melayang begitu sahaja. RM150 X 12 sudah hampir RM2 ribu tu.

Strings/Contract attach tidak kusukai
Rasa macam ada niat tersembunyi
Bila ada masalah satu ketika nanti
Diri sendiri juga yang rugi

2) Aku belikan Simply Siti produk untuk Isteriku kerana isteri ku sukakan produknya dan No Strings Attached too. Rasa terikat dan tidak suka bila membeli kena ada kontrak lama-lama.

3) Hampir tertipu dengan skim melancong/menginap di hotel terkemuka berpakej bernilai puluhan  Ribu ringgit dengan bayaran bulanan dipotong dengan kredit kad. Mujurlah ada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan National Consumer Complaint Centre yang berjaya menyelesaikan masalah dan tidak tertipu.Selepas itu, aku lebih sedar dan semakin tidak gemarkan 'Strings Attached'

4)Terus terang ku katakan, aku pelanggan Streamyx Broadband.Ambil yang paling murah. Masa subscribe dengan kontrak selama setahun beberapa tahun yang lepas agak berat hatiku untuk mengambilnya, namun itulah yang paling ku mampu ketika itu. Apabila Offer menarik daripada Streamyx iaitu Super Upgrade Deal dilancarkan, mula-mula tengok ,wauu menarik. Murah, bagus ni. Namun apabila kena kontrak 2 tahun untuk subscribenya , rasa cam tak ikhlas je offer yang ditawarkan. Kenapa perlu kontrak?Adakah takut Customer Lari ? Kenapa perlu takut kalau produk itu bagus.

5) Celcom Broadband yang ku pilih untuk  isteriku juga oleh kerana tiada kontrak dan ingin cuba dan lihat. Masatu, P1 Wimax memang dalam pilihan juga namun bila ada kontrak 12 bulan, aku batalkan niat. Namun, sekarang ni hati sudah berbelah bagi. Patutkah aku menukarkan Streamyx Combo ku ataupun Celcom Broadband ku dengan promosi terbaru P1 Wimax Broadband? Sebagai Pelanggan, rasanya aku deserve untuk mendapatkan yang terbaik kan? Kesetiaan mesti kena dengan cara dan tempatnya. Just wait and see dulu. Inilah promosi yang kumaksudkan itu :



Di tambah pula dengan Modem Wiggy Yang Cantik dan mengujakan Hati

Promosi Wiggy Terbaru mengujakan hati
Aku tertawan dan tertanya-tanya di dalam hati
Perlukah aku tukar kepada broadband ini?
Sekali pandang, nampak menarik dan tergoda hati

P/s :Anda tergoda tak?

Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS.

2 comments:

  1. haritu streamyx tanya kenapa tak nak upgrade?

    dengan selamba jawab


    sebab anda kontrak! hehe

    ReplyDelete
  2. adeh beli membership gym ker?? kalau bujang bleh lerr lepas keje pegi gym, dh kawen semua cara hidup kene berubah.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails