Selepas dipujuk dan digoda oleh Redmummy (Refer Entry INI dan juga komen di ENTRY INI), akhirnya saya membuat keputusan untuk membeli produk kecantikan SimplySiti untuk Isteri . Eyriqazz pantang dicabar, almaklumlah keturunan Hang Jebat.Hik3.
Jom saksikan pengalaman saya dan isteri membeli-belah produk SimplySiti :
Simply Siti | RahsiaMu Kini Milik IsteriKu
Tagline sebenarnya adalah 'Rahsiaku Kini MilikMu ataupun It Used to Be My Secret, Now It Yours'.
Petang tadi (Ahad) kami pun singgahla di Watson Jaya Jusco, Setiawangsa. Singgah-singgahje :
Itulah Model terbaru SimplySiti di dalam cermin @ Alisya
Di Watson, Nasib baik tak ramai sangat orang
Lipstik dan Eyeshadow SimplySiti ( berasaskan lagu yang dinyanyikan oleh Datuk Siti Nurhaliza)
Lagi Produk SimplySiti beserta harganya
Namun, lipstik dan produk yang ingin dibeli oleh Isteri sudah kehabisan stok. Jadi, kami pun singgah di Jusco Wangsa Maju pula. Terkejut, sampai sana sudah ada :
Salah seorang Kakitangan SimplySiti menemu ramah Isteri
Temuramah ini adalah untuk koleksi Peribadi Diari Datuk Siti Nurhaliza. Antara soalan dan jawapan yang diberikan adalah :
1) Kenapa awak mahu membeli produk SimplySiti ?
Isteri : Saya sukakan Siti Nurhaliza dan mahu nampak cantik sepertinya.
2)Apakah produk SimplySiti yang anda ingin miliki?
Isteri : Kalau mampu semua saya mahu beli (Psst,kopak poket aku camni)
3)Dari mana anda mengetahui produk SimplySiti?
Isteri :Dari iklan TV.
4)Sampai bila mahu terus menggunakan produk SimplySiti?
Isteri : Sekiranya berpuas hati, ingin menggunakannya selama-lamanya.
Sayapun turut memberikan pandangan dan komen peribadi antaranya :
1) Diadakan Contest untuk pembeli produk SimplySiti seperti dapat memenangi tiket Konsert Siti Nurhaliza, sesi bertemunya dan hadiah produk SimplySiti.
2) Harganya mungkin dapat dikurangkan lagi. Isteri pengguna setia Maybelline, namun harga SimplySiti lebih mahal dari Maybelline. Apapun, yang penting kualiti dan Halal. Namun, jika kualitinya lebih kurang dan juga halal, agak-agak yang mana menjadi pilihan?Tepuk dada, tanya wallet. Hik3..
3)Packagingnya sangatlah Cantik dan menarik hati.
4) Promosi turut dibuat di Internet contohnya Blog Advertising seperti di Nuffnang yang begitu popular di kalangan bloggers.
4) Promosi turut dibuat di Internet contohnya Blog Advertising seperti di Nuffnang yang begitu popular di kalangan bloggers.
Sebelum pulang :
Isteri Bergambar bersama Kakitangan SimplySiti
Inilah yang saya belikan untuk Isteri
Gambar dengan lebih dekat
Produk yang dibeli adalah :
1) C Bright Simply 5 Cream (pelembap,pencerah, pelindung matahari, asas make up dan bedak asas yang berharga RM49.90 )
2)Lip Liner (garis bibir) berharga RM18.90
3)Lipstik Hati Berbisik berharga RM35.90
Jadi, jumlah keseluruhan RM104.70. Dushh, takpelah, yang penting Isteri sukakannya dan saya pun sukakannya juga.
Dan inilah hasilnya selepas menggunakan Lipstik Hati Berbisik :
Cantik dan I Love It!! Satu pelaburan yang menguntungkan
SimplySiti disukai Isteri
Produk berkualiti, halal sudahlah pasti
Hati berbisik di dalam hati
Jom Sayang, masuk bilik tambahkan koleksi peribadi (Hihihi)
Untuk lebih lanjut, bolehlah layari Laman Web SimplySiti di http://www.simplysiti.com.my/ ( bila nak buat versi Bahasa Melayu pula ya? )
P/s :Apa pula pandangan anda ? Bagus ke produk kecantikan SimplySiti ni? Saya sebagai suami, apa yang terbaik untuk Isteri, saya menurut sama.
hehe..dh dlm genggaman pon..untung akk dpt hubby cam bro eyriqaz kita nih..:-)
ReplyDeleteamboi amboi amboi.. ayat last tak tahan tuh..hhe
ReplyDeletesu memang cari, tapi tak sangka kat watson je ada..huhu..
lipstik dia memang best!
ReplyDeletewah!!
ReplyDeletememang nampak menguntungkan...
walaupun harga mahal, tp puas hati
heheheee
terbaik wookk... sang isteri berseri... baru eyriqazz tak carik ganti
ReplyDeleteapa yang penting puas hati kan...
ReplyDeletehuhuhu..bestnyeeeee..nak jugakkk..miahaha
ReplyDeleteyg penting halal n produk 'org kita' ;)
tp klu boleh la harga tu kasi murah sikit ;)
psst..nak bisik kat en.tunang nnt khwin bg hantaran produk kecantikan simplysiti..(nak kena doa bnyk2 ni)
pasni nak jadi rahsia aku jugakkk....muahaha...aku berkenan gak loose powder dia...mcm best ja packaging dia..lipstik tu mmg lawa kaler...:)
ReplyDeletebagusnya en eyriqazz.. kalau lah saya try bodek suami saya, agak2 dia nak tak belikan saya semua ini.. hehhe
ReplyDeletepernah gak survey kat watson. Tapi macam eyriqazz cakap, produk dia mahal sikit... lebih mahal dari Maybelline dan ZA.
ReplyDeleteTengok2 lah nanti kalau terasa terbuka hati nak pakai gak Simply siti nie.. :)
I LIKE THAT PANTUN..
ReplyDeleteHAHAHA..
yup! dni pon suka lisptik simply siti! :)
ReplyDeletewah..batu tahu pasal produk simplysiti ni..
ReplyDeleteehem3..
famous la isteri eyriqazz lepas ni..masuk tv!
em..semue dah bli simply siti..myb i should try jugak nnt..hehe
ReplyDeleteheh.packaging mmg superb.tapi xberani torai lagi ni..haha
ReplyDeletesalam..
ReplyDeletehehehe..blh tahan harga produk tersebut. Buat masa ni tak mampu nak bli lgi kot..just bedk dan lipstik yang biasa2 adelah..huhu
Untung isteri dapat hasben macam ni. Siap belikan mekap! Tahniah!
ReplyDeletecute²..
ReplyDeletenti nk kwen nk beli jgk lah.!
nyway,blog yg BEST.! :)
kopak duit bulan ni kalau beli produk ni
ReplyDeletehehehe
erk! "Jom Sayang, masuk bilik tambahkan koleksi peribadi (Hihihi)"
ReplyDeleteapakah maksud ini? ehehehe..
lat week pun usha product simplyciti..mmg cantoik packaging die..tapi tu laa, harga die mahal sket dr Maybeline,kenapa tak samakan je harga die ngn maybeline yeh? padahal dulu pun Dato' siti wakil kepada maybeline.Suke dengan lipstic die... ada tajuk lagu2 die sumee...senang sket nak cari..ha3
ReplyDeletesudah bli lipgloss simplysiti =))
ReplyDeleteermm teringin gak ni nak try yang ni pulak...weekend ni laa nak pergi beli..
ReplyDeletexper cikgu, pelaburan pada isteri, nanti org tanya "siapa yang cantik tu"
kan bangga tuuu :) :)
JMR :memang beruntung..muahahaha....
ReplyDeletesuliana :ayat last?hik3...haah,watson je ada bak kata azwa
ReplyDeletehelena :yup..sukakan bila isteri memakainya
ReplyDeletemie :bagiku kualiti yang paling penting
ReplyDeletesharinginfoz :betul2
ReplyDeleteJogger: hak3..lain macam je bunyi?
ReplyDeleteKancilbiru :cari,cari jangan tak cari..
ReplyDeleteS@ra:boleh2 aje.Amin kan juga
ReplyDeleteSalam Eyriqazz,
ReplyDeleteHmmm dah lama akak tak dtg memberi komen. Pada akak tak kisahlah apa brand pun nak guna janji bersesuaian ngan kulit kita. Akak masih setia ngan jenama yg akak pakai.
hehe suweet nyer..
ReplyDeleteuntung istri =P
herm, dah baca few positive feedback ttg - C Bright Simply 5 Cream. kena rembat ni! :)
ReplyDeletehehe..ok ker product nih..leh try la pas ni...
ReplyDeleteteringin jugak tapi selama ni me pakai bedak sejuk ajer tak der kos mahal.hahahahaha.
ReplyDeleteteringin jugak nak cuba bila baca entri bro ni.
ReplyDeletesebab skang ni dok setia dengan bedak sejuk herba dan sabun herba je.
bukan ape,harga tak berapa nak ngam ngan poket skang ni.
heee.
untungnye wife u...mmg understanding yg pompuan nih suke sal kcntikan...best..
ReplyDeletehaha...klaka kot bace :D
ReplyDeleteSuke pkai c bright simply 5 cream,.. Best. Kulit npk licin n gebu,... Ahaksssss
ReplyDeletebru smlm shopping produk simplysiti..kt sini c bright 5 cream n c bright exfoliant ada offer..untuk c bright 5 cream cuma rm37.45 je..yg satu lg tu sama jgk regenyer..bru sari pkai dh rsa kelainannya dr produk lain..simplysiti mmg terbaik..
ReplyDelete