Showing posts with label p1 wimax. Show all posts
Showing posts with label p1 wimax. Show all posts

July 8, 2011

P1 4G ONE Plan Media Launch

Thanks to Nuffnang, saya terima invitation untuk menghadiri P1 4G ONE Plan Media Launch yang diadakan pada 7 Julai 2011 lebih kurang pukul 7-9 malam di P1 HQ, Petaling Jaya.

P14G, One Plan .Don't Compromise . 1st Impression nampak macam Lovely Couple/Kamasutra.Hik3..Noty boy penangan Malam Jumaat kot?
Bloggers Sedang bergosip. Antara yang hadir CikLilyputih, Shahrul, dan Manager Kak Ina KL (Geng Talibarutz semestinya memeriahkan majlis)
Penerangan dari CEO P1 Wimax, Michael Lai
(Fuhh, respect, penerangan dari CEO sendiri)
P1 One Plan,bersatu hati Michael Lai dan M.Idham Nawawi (Chief Operating Officer, P1)
Inilah lebih kurang plannya, serendah RM89 sebulan.
Key Benefits

P1 4G One Plan adalah plan 2 in 1 broadband yang digabungkan dengan dua modem.Satu P14G modem, dan satu lagi, p14g on the go. So,mudahla, boleh guna kat rumah, dan juga satu lagi untuk di luar rumah bagi memenuhi kehendak pengguna yang semakin memerlukan broadband di dua-dua kawasan.Macam blogger tegar macam saya laa, time bercuti,balik kampung, etc, masih memerlukan broadband on the go.

First impression, harga nampak menarik/berpatutan cuma honestly saya belum 100% teruja lagi . Mungkin wait n see, kalau respons memberangsangkan,why not give a try?. Pasal broadband, anything yang boleh memberikan saya yang terbaik, i don't mind to switch from my current provider.

Suggestion : Give free trial for at least one month for users to experience it themselves or No strings attached ( tiada kontrak dikenakan bagi new subscriber)
Staff P1 4g kusyuk mendengar
inilah lebih kurang modemnya. For Use Indoor dan Outdoor
Amcam, teruja tak?
Benefits buat pengguna
Ada games, baling 2 biji ping pong ke dalam bakul

Camne nak baling ni?
Hik3, the winners goes to Eyriqazz and Firdaus@ Manager Kak Ina KL
Makan time. Domino's Pizza
Nuffies dan Nuffnangers in Actions. Nuffnang Bloggers Rocks...Hik3...
Dapat Goody Bag & Ole-Ole dari P1. Thanks P1

Overall, P14G Plan satu plan baru yang nampak menarik dan boleh dipertimbangkan oleh pengguna di luar sana. 2 in One package, memudahkan lagi especially blogger tegar macam saya. Pengalaman peribadi pernah menggunakan P1 Wimax,Customer Servicenya memang terbaik. In term of service, masih ada improvement yang boleh dilakukan bagi menarik lebih ramai pelanggan. For myself, let's see how's the things go, kalau OK, why not give a try, kan? More info pasal plan ni, bolehla terjahi http://www.p1.com.my

April 12, 2010

No Strings Attached

NO Strings Attached catchynya bunyinya
Tiada komitmen itulah maknanya
Kali ini ingin bercerita
Pengalaman peribadi untuk dikongsi bersama

Saya sukakan perkara dan juga produk yang tiada komitmen/kontrak ( No Strings Attached ). Kenapa saya berkata sedemikian :

1) Saya pernah melanggani produk/servis gym terkemuka di Malaysia dengan bayaran RM150 sebulan dan kontrak minimum selama 12 bulan. Namun, kerana sebab tidak dapat dielakkan hanya dapat pergi beberapa kali sahaja dan minta di cancelkan selepas beberapa bulan namun tidak berjaya. Sudahla masatu tertipu dengan offer yang diberikan oleh Sales Officernya, lain yang dicakapkan, lain sebenarnya . Sehingga kini aku menyesali perkara ini dan duitku melayang begitu sahaja. RM150 X 12 sudah hampir RM2 ribu tu.

Strings/Contract attach tidak kusukai
Rasa macam ada niat tersembunyi
Bila ada masalah satu ketika nanti
Diri sendiri juga yang rugi

2) Aku belikan Simply Siti produk untuk Isteriku kerana isteri ku sukakan produknya dan No Strings Attached too. Rasa terikat dan tidak suka bila membeli kena ada kontrak lama-lama.

3) Hampir tertipu dengan skim melancong/menginap di hotel terkemuka berpakej bernilai puluhan  Ribu ringgit dengan bayaran bulanan dipotong dengan kredit kad. Mujurlah ada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan National Consumer Complaint Centre yang berjaya menyelesaikan masalah dan tidak tertipu.Selepas itu, aku lebih sedar dan semakin tidak gemarkan 'Strings Attached'

4)Terus terang ku katakan, aku pelanggan Streamyx Broadband.Ambil yang paling murah. Masa subscribe dengan kontrak selama setahun beberapa tahun yang lepas agak berat hatiku untuk mengambilnya, namun itulah yang paling ku mampu ketika itu. Apabila Offer menarik daripada Streamyx iaitu Super Upgrade Deal dilancarkan, mula-mula tengok ,wauu menarik. Murah, bagus ni. Namun apabila kena kontrak 2 tahun untuk subscribenya , rasa cam tak ikhlas je offer yang ditawarkan. Kenapa perlu kontrak?Adakah takut Customer Lari ? Kenapa perlu takut kalau produk itu bagus.

5) Celcom Broadband yang ku pilih untuk  isteriku juga oleh kerana tiada kontrak dan ingin cuba dan lihat. Masatu, P1 Wimax memang dalam pilihan juga namun bila ada kontrak 12 bulan, aku batalkan niat. Namun, sekarang ni hati sudah berbelah bagi. Patutkah aku menukarkan Streamyx Combo ku ataupun Celcom Broadband ku dengan promosi terbaru P1 Wimax Broadband? Sebagai Pelanggan, rasanya aku deserve untuk mendapatkan yang terbaik kan? Kesetiaan mesti kena dengan cara dan tempatnya. Just wait and see dulu. Inilah promosi yang kumaksudkan itu :



Di tambah pula dengan Modem Wiggy Yang Cantik dan mengujakan Hati

Promosi Wiggy Terbaru mengujakan hati
Aku tertawan dan tertanya-tanya di dalam hati
Perlukah aku tukar kepada broadband ini?
Sekali pandang, nampak menarik dan tergoda hati

P/s :Anda tergoda tak?

Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS.

March 15, 2010

My Favourite Surfing Spot

Potong, potong, potong, teruja betul bila tengok iklan P1 Wimax. Double meaning , mudah diingat dan menjadi sebutan sehingga ke Parlimen. Memang berkesan iklan yang dihasilkan oleh P1 Wimax sehinggakan Streamyx beberapa kali mengubah iklannya bagi menyaingi kehebatan iklan P1 Wimax  broadband tersebut.

Anda sudah potong? Saya sudah, masa kecil-kecil dulu.Hak3..

Kalau sebut pasal broadband, mesti ramai yang tahu dan teruja terutamanya bloggers.Tanpa broadband mana mungkin boleh berblog kan?Itulah kepentingan broadband. Tidak hairanlah, syarikat broadband terkemuka seperti Streamyx, P1 Wimax, Celcom, Digi, dan sebagainya semakin hebat mempromosikan produk mereka dengan idea-idea dan tawaran yang cukup lumayan dan tertarik.

Kita lupakan seketika pasal broadband ni. Kalau surf internet di mana tempat yang paling best nak surf internet @ My Favourite Surfing Spot. Tempat kegemaranku untuk surf internet, tidak lain dan tidak bukan adalah :

Ruang Tamu (kredit gambar kepada Pakcik Google yang hensem)

Kenapa ruang tamu menjadi pilihanku :

1)Santai. Sambil tengok tv, boleh surf internet. Sambil menyelam sambil minum air. Bestkan?

2)Persekitaran yang selesa. Sambil-sambil tu boleh perhatikan anak kalau anak tengah tidur di ruang tamu, tengok isteri memasak dan pandang ke luar sambil mencari idea untuk menulis.

3) Pantas. Lepasje surf internet,senang nak simpan laptop di dalam bilik sebelahnya.Jadi, takde isteri membebel kalau laptop terlupa disimpan.Hik3..

P/s :Anda pula bagaimana?

Namun, bagiku yang suka bercuti, balik kampung dan jalan-jalan, rasanya lebih mudah kalau ada modem yang  boleh dibawa ke mana-mana kan? Sambil surf-surf internet, ternampak satu modem yang cukup cantik dan menarik. Fuhh, tergoda aku dibuatnya. Nak tahu modem apa?Inilah dia :

P1 Wimax Wiggy

Fuhh, modem dari P1 Wimax ni memang cantik .Pernah pergi kedai dan lihat sendiri. Kecil ,ringan dan mudah di bawa ke mana-mana. Harap-harap bulan 4 nanti bila ada Project Alpha Blogging Contest Season 2', hadiah ini turut ditawarkan. Modem Special Edition Digi telahpun ku perolehi dengan Contest Nuffnang, P1 Wimax Wiggy bila lagi?

Satu pantun untuk P1 Wimax Wiggy :

P1 Wimax Wiggy cantik dan menawan
Hati tergoda aku ingin-inginkan
Sudah semestinya menjadi kegilaan
Potong, potong, potong menariknya iklan

Jadi, apa tunggu lagi? Marilah sama-sama kita memeriahkan dan menonton Project Alpha Season 2 yang akan dilancarkan secara rasmi bulan April 2010 nanti. Sudah pasti hati kegembiraan dan tertawan dibuatnya. Boleh rujuk di link ini : http://www.projectalpha.com.my/

Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS

March 1, 2010

Broadband Terbaik

Salam semua. Entry kali ini eyriqazz ingin meminta pendapat daripada korang. Isteri eyriqazz nak subscribe internet/broadband yang boleh dibawa ke mana-mana especially bila time dia free kat sekolah/pergi bercuti/balik kampung. Kat rumah eyriqazz ada pakai Streamyx namun streamyx tak boleh bawa ke mana-mana.Susah juga.Namun rasanya buat masa sekarang, yang kat rumah kekal dengan Streamyx dulu kot kerana line dia dah makin stabil. Di sini ada beberapa yang eyriqazz tengah pertimbangkan ( 2nd line Internet untuk Isteri)



Eyriqazz pernah mencuba Digi Broadband selama 3 bulan sempena memenangi Pimp My Broadband Contest . Memang memuaskan, dan memang plan nak sambung line Digi tu.Cuma masalahnya, kawasan tempat tinggal eyriqazz bukan dalam kawasan liputan dan kena guna Edge dan hanya dpt less daripada 50% seperti yang dipromosikan.Kalau tak, memang eyriqazz dah ambil line ni.




Adik ipar pernah pakai, boleh tahan katanya.Saya pernah cuba dan pinjam masa bawa balik ke Terengganu dan Kelantan masa raya tahun lepas.Boleh access tapi cam tak berapa laju sangat.Mungkin kerana bukan kawasan liputan ataupun ramai orang pakai di kampung saya tu.Tak berani nak ckp, tapi ramai juga rakan yang pakai Celcom broadband.Ada yang kata bagus, ada yang kata tak, jadi tak pandai nak buat penilaian tersendiri.


Berminat juga dengan wiggy nya dan iklan ''Potong,potong,potongnya mengujakan''. Ramai juga kawan-kawan yang pakai P1 Wimax tapi sedih la bila pi tanya kat customer service di Jusco tadi katanya kampung di Terengganu dan Kelantan di luar kawasan liputan.Adehh, teruja juga tengok wiggy nya. Rakan kata p1 wimax pun boleh tahan juga dan customer service dia mantap.



Maxis, honestly, tak  tau mana pasal maxis ni.Tiada rakan yang menggunakan maxis broadband dan jarang dengar orang pakai maxis broadband.Namun, kalau memuaskan ingin juga try.

Jadi, kesimpulannya inilah yang saya dan isteri mahukan :

1)Modemnya boleh dibawa ke mana-mana dan boleh access walaupun kami balik Terengganu, Kelantan, pergi bercuti dan sebagainya.

2)Kawasan coverage meluas dan access yang stabil.

3)Customer Service yang bagus. Perkhidmatan memuaskan dan terbaik di pasaran.

P/s :Beringat sebelum kena.Jadi, sebelum melanggan inginlah dapatkan pandangan.Sudah cuba masuk forum dan search online namun macam-macam jawapan di luar sana.Jadi, pandangan korang rasanya lebih saya yakini. Komen terbaik dan boleh meyakinkan saya , saya mungkin akan terjah blognya.

P/s : Any suggestion rakan-rakan?Rasanya korang mesti lagi arif pasal ni kan?

September 26, 2009

P1 Wimax Potong Now! Promotion

Tengah-tengah duk surf internet, secara tidak disengajakan masuklah ke website p1 Wimax (www.p1.com.my) . Menarik juga,sekarang ni syarikat ni tengah buat promosi kepada sesiapa yang nak bertukar talian internet broadband.Aku boleh la dikatakan salah seorang yang tengah survey hendak bertukar talian Screamyx ku yang sekarang merangkak mengalahkan kura-kura.Betul-betul tak puas hati dan ingin bertukar ke ''service provider'' yang lain.Untung sekarang, dah byk ''competition'' dan sebagai pengguna,pilihan semakin banyak dan syarikat-syarikat internet berebut-rebut dan memperbaiki mutu perkhidmatan mereka.Apa yang menarik dengan offer ni ye?Jom kita tengok ....


Potong now!!

Yang bestnya,bleh dapat diskaun iaitu percuma bayaran bulanan P1 Wimax secara sebulan dan dapat jimat RM160 ( percuma yuran pendaftaran & yuran pengaktifan) kepada sesiapa yg memilih P1 Wimax dengan membawa bil dari ''servis provider'' yang lain ke mana-mana tempat yang menawarkan perkhidmatan Wimax.Skang dah byk dah,kat Supermarket pun ada.


Plan dan pakej yang ditawarkan 

Menarik juga,pakej yang paling murah ,home plus hanya RM99 dan dowload/upload speed = 1.2MBps/500kbps dan fair usage threeshold lebih kurang 10GB.Banyak tu, dengan fair usage sebanyak tu kita dah boleh :
  • Hantar/terima 4 juta plain e-mail (at 5kbps per e-mail)
  • Download/Upload 6 ribu lagu (at 3MBps per song)
  •  Download/Upload 30 movies (at 700MBps per movies)
  • Surf more than 50,000 website (on an average 350kb per webpage)


FAQ

Ni antara soalan-soalan yg lazim diutarakan.Mmg terperinci juga penerangan yang diberikan.Yerlah,ini barulah namanya ''Customer First, Asked Question Later'',hehehe....

 
Syarat dan Terma 

Jadi,apa lagi.Iman pun dalam perancangan nak angkat ni.Cam menarik dan mengancam je offer dia.Takpelah kontrak setahun pun,kalau tak puas hati ble report kat SKMM kan?Jgn lepaskan peluang kepada sesiapa yang tengah berkira-kira nak tukar ''service provider'' internet ni.X rugi,2 dalam satu lagi,Wimax dan wifi sekali lagi.Modem dia kecil dan ringan pula tu,senang dibawa kemana-mana.Sudah telefon pusat pelanggan tadi,tawaran ni sah sehingga 1 November 2009  sahaja.

P/s :   Belum cuba belum tahu,sudah cuba barulah tahu!! Untuk mengetahui dengan lebih lanjut,lawatlah laman web  P1 Wimax ni .


Related Posts with Thumbnails