Showing posts with label p1 wimax broadband. Show all posts
Showing posts with label p1 wimax broadband. Show all posts

July 8, 2011

P1 4G ONE Plan Media Launch

Thanks to Nuffnang, saya terima invitation untuk menghadiri P1 4G ONE Plan Media Launch yang diadakan pada 7 Julai 2011 lebih kurang pukul 7-9 malam di P1 HQ, Petaling Jaya.

P14G, One Plan .Don't Compromise . 1st Impression nampak macam Lovely Couple/Kamasutra.Hik3..Noty boy penangan Malam Jumaat kot?
Bloggers Sedang bergosip. Antara yang hadir CikLilyputih, Shahrul, dan Manager Kak Ina KL (Geng Talibarutz semestinya memeriahkan majlis)
Penerangan dari CEO P1 Wimax, Michael Lai
(Fuhh, respect, penerangan dari CEO sendiri)
P1 One Plan,bersatu hati Michael Lai dan M.Idham Nawawi (Chief Operating Officer, P1)
Inilah lebih kurang plannya, serendah RM89 sebulan.
Key Benefits

P1 4G One Plan adalah plan 2 in 1 broadband yang digabungkan dengan dua modem.Satu P14G modem, dan satu lagi, p14g on the go. So,mudahla, boleh guna kat rumah, dan juga satu lagi untuk di luar rumah bagi memenuhi kehendak pengguna yang semakin memerlukan broadband di dua-dua kawasan.Macam blogger tegar macam saya laa, time bercuti,balik kampung, etc, masih memerlukan broadband on the go.

First impression, harga nampak menarik/berpatutan cuma honestly saya belum 100% teruja lagi . Mungkin wait n see, kalau respons memberangsangkan,why not give a try?. Pasal broadband, anything yang boleh memberikan saya yang terbaik, i don't mind to switch from my current provider.

Suggestion : Give free trial for at least one month for users to experience it themselves or No strings attached ( tiada kontrak dikenakan bagi new subscriber)
Staff P1 4g kusyuk mendengar
inilah lebih kurang modemnya. For Use Indoor dan Outdoor
Amcam, teruja tak?
Benefits buat pengguna
Ada games, baling 2 biji ping pong ke dalam bakul

Camne nak baling ni?
Hik3, the winners goes to Eyriqazz and Firdaus@ Manager Kak Ina KL
Makan time. Domino's Pizza
Nuffies dan Nuffnangers in Actions. Nuffnang Bloggers Rocks...Hik3...
Dapat Goody Bag & Ole-Ole dari P1. Thanks P1

Overall, P14G Plan satu plan baru yang nampak menarik dan boleh dipertimbangkan oleh pengguna di luar sana. 2 in One package, memudahkan lagi especially blogger tegar macam saya. Pengalaman peribadi pernah menggunakan P1 Wimax,Customer Servicenya memang terbaik. In term of service, masih ada improvement yang boleh dilakukan bagi menarik lebih ramai pelanggan. For myself, let's see how's the things go, kalau OK, why not give a try, kan? More info pasal plan ni, bolehla terjahi http://www.p1.com.my

March 15, 2010

My Favourite Surfing Spot

Potong, potong, potong, teruja betul bila tengok iklan P1 Wimax. Double meaning , mudah diingat dan menjadi sebutan sehingga ke Parlimen. Memang berkesan iklan yang dihasilkan oleh P1 Wimax sehinggakan Streamyx beberapa kali mengubah iklannya bagi menyaingi kehebatan iklan P1 Wimax  broadband tersebut.

Anda sudah potong? Saya sudah, masa kecil-kecil dulu.Hak3..

Kalau sebut pasal broadband, mesti ramai yang tahu dan teruja terutamanya bloggers.Tanpa broadband mana mungkin boleh berblog kan?Itulah kepentingan broadband. Tidak hairanlah, syarikat broadband terkemuka seperti Streamyx, P1 Wimax, Celcom, Digi, dan sebagainya semakin hebat mempromosikan produk mereka dengan idea-idea dan tawaran yang cukup lumayan dan tertarik.

Kita lupakan seketika pasal broadband ni. Kalau surf internet di mana tempat yang paling best nak surf internet @ My Favourite Surfing Spot. Tempat kegemaranku untuk surf internet, tidak lain dan tidak bukan adalah :

Ruang Tamu (kredit gambar kepada Pakcik Google yang hensem)

Kenapa ruang tamu menjadi pilihanku :

1)Santai. Sambil tengok tv, boleh surf internet. Sambil menyelam sambil minum air. Bestkan?

2)Persekitaran yang selesa. Sambil-sambil tu boleh perhatikan anak kalau anak tengah tidur di ruang tamu, tengok isteri memasak dan pandang ke luar sambil mencari idea untuk menulis.

3) Pantas. Lepasje surf internet,senang nak simpan laptop di dalam bilik sebelahnya.Jadi, takde isteri membebel kalau laptop terlupa disimpan.Hik3..

P/s :Anda pula bagaimana?

Namun, bagiku yang suka bercuti, balik kampung dan jalan-jalan, rasanya lebih mudah kalau ada modem yang  boleh dibawa ke mana-mana kan? Sambil surf-surf internet, ternampak satu modem yang cukup cantik dan menarik. Fuhh, tergoda aku dibuatnya. Nak tahu modem apa?Inilah dia :

P1 Wimax Wiggy

Fuhh, modem dari P1 Wimax ni memang cantik .Pernah pergi kedai dan lihat sendiri. Kecil ,ringan dan mudah di bawa ke mana-mana. Harap-harap bulan 4 nanti bila ada Project Alpha Blogging Contest Season 2', hadiah ini turut ditawarkan. Modem Special Edition Digi telahpun ku perolehi dengan Contest Nuffnang, P1 Wimax Wiggy bila lagi?

Satu pantun untuk P1 Wimax Wiggy :

P1 Wimax Wiggy cantik dan menawan
Hati tergoda aku ingin-inginkan
Sudah semestinya menjadi kegilaan
Potong, potong, potong menariknya iklan

Jadi, apa tunggu lagi? Marilah sama-sama kita memeriahkan dan menonton Project Alpha Season 2 yang akan dilancarkan secara rasmi bulan April 2010 nanti. Sudah pasti hati kegembiraan dan tertawan dibuatnya. Boleh rujuk di link ini : http://www.projectalpha.com.my/

Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS
Related Posts with Thumbnails