Showing posts with label celcom broadband. Show all posts
Showing posts with label celcom broadband. Show all posts

August 2, 2012

Layari Internet Lebih Mudah dengan Celcom First Wifi

Eyriqazz baruje terminatekan my latest Broadband for travel. Reason being tidak menepati citarasa dan customer servisnya yang kurang memuaskan. Surfing around, nampak ada option yang agak menarik bagi pengguna Internet macam eyriqazz yang suka travel/bercuti :


Apa itu Celcom First Wifi?
- Layari Internet di kawasan umum yang mempunyai celcom first wifi logo dengan menggunakan laptop,smartphones, tablets, etc. Lebih selesa ...

Kelebihan Celcom First Wifi?
- Dapat kawal kadar penggunaan, coverage yang agak meluas, dan kadar speed yang agak memuaskan. Umm,memang sesuai bagi eyriqazz yang selalu travel dan Isteri yang suka shopping. Isteri shopping, eyriqazz bolehla surfing internet dengan IPAD .


Kadar Plan - So far nampak agak berbaloi. Kalau bercuti seminggu baruje RM8. Tak perlula nak beli monthly broadband just nak simpan untuk travel purpose camni...

Langkah-langkah untuk Subsribe. Umm, mudah dan senang. Jimat masa dan lebih selesa

Celcom First Wifi ini nampak dengan citarasa eyriqazz yang suka travel dan bercuti. Coverage Celcom pun lebih meluas. Part paling menarik, tiada komitmen bulanan, hanya gunakan ketika perlukan dan tak perlula eyriqazz nak bayar RM48 sebulan just back up untuk bercuti dan balik ke kampung nak guna Internet.

Layari Internet Lebih Mudah dengan Celcom First Wifi
Coverage meluas tiada komitmen bulanan saya suka hati
Lebih selesa ,menjimatkan masa sudah semesti
Saya akan pilih bila pergi bercuti/balik kampung nanti

P.s : Apa pula pandangan anda tentang Celcom First Wifi ini?

April 21, 2011

Broadband di Malaysia| Pengalaman Saya

Berkongsi Pengalaman, Broadband di Malaysia. Yup, broadband/internet amatlah penting especially buat blogger cam saya. Sebelum ini saya telah mencuba beberapa perkhidmatan broadband yang disediakan di Malaysia dan inilah pengalaman yang ingin dikongsi :


Subscribe 4 Desktop Modem dan juga Wiggy. Sempat try for 2 weeks. Cancel it. Kawasan rumah saya too congested dan ramai sangat pengguna P1 Wimax (Setapak, ramai student). Speed not up to my expectation dan seperti diinform, ianya bergantung kepada kawasan & bilangan pengguna di kawasan itu. Apapun, Customer Servicenya memang bagus. Pantas memberikan jawapan dan explanation.Pujian patut diberikan kerana Customer Servicenya honest dalam explain kenapa line slow etc.


Dapat free modem & Broadband Subscription selama 3 bulan masa menang contest yang dianjurkan bersama Nuffnang 2 tahun lepas. Umm, unluckily, masatu kawasan rumah saya bukan dalam kawasan coverage dan hanya boleh connect dengan Edge saja. Still, Customer Service memang bagus. Cepat dan pantas.



Sempat menggunakannya selama beberapa bulan. Subscribe to "Basic Plan" , RM68 sebulan. In term of coverage, memang terbaik. In term of speed, masih banyak yang boleh diperbaiki. Not up to my expectation dan seperti yang ditawarkan iaitu 512kbps, di banyak kawasan, the most i can get is around 100+kbps. In term of customer service, quite slow masatu. Respons agak lambat . Suggestion : Gunakanlah kemudahan twitter dan Facebook untuk berinteraksi dengan pengguna . Hope mutunya boleh diperbaiki in the future.
P/s ; Saya masih pengguna setia Celcom Postpaid phone but for broadband, umm, saya better pilih yang lebih memuaskan.


Teruja untuk subscribe bila nampak pakejnya agak berpatutan dan respons dari rakan yang pernah menggunakannya agak positif. Namun, main purpose mobile broadband untuk travel dan bila saya terjahi salah satu Storenya di KL Sentral dan coverage masih belum meluas, saya tak jadi untuk subscibe. One day mungkin.


Banyak komen negatif yang saya terima berkenaan Maxis Broadbandni dari rakan-rakan blogger. Namun, bila pertama kali mencuba Maxis Broadband ni pinjam adik ipar punya semasa di Ipoh, saya puas hati. So, saya subscribe to pakej RM48 sebulan/512Kbps . Till now masih menggunakannya untuk travel dan overall puas hati. Ipoh,Terengganu,Genting Highlands,Kelantan dan pelbagai lokasi lagi speednya up to my standard walaupun masih belum mencapai at least 70% dari speed yang ditawarkan.  Untuk travel, memang sangat berguna bagi saya wireless broadband ni. Congratz Maxis, anda berjaya mengubah persepsi negatif saya. Kata pepatah, belum cuba,belum tahukan?


Sudah lebih setahun saya subscribe dengan Blockbuster Deal, 1Mbps. Dulu-dulu memang ada problem dengan Streamyx ni. Namun sejak kemunculan pelbagai broadband di Malaysia ni, saya nampak banyak kesan positif. Line makin stabil, speed memuaskan, tiada cap dan memang saya berpuas hati .

Yess, dulu saya saya salah seorang yang kuat mengkritik Streamyx ni. Sampaikan 2 kali rasanya complaint saya adukan kepada SKMM(dapat rebat lagi) . But along the way dan mencuba pelbagai Broadband yang lain, I can say, Streamyx is the best for me.Banyak perubahan positif.  Happy with it dan tak sabar untuk bertukar kepada Unifi pula nanti. On the other notes, Customer Service quite slow dalam memberikan respons especially via email. Gunakanlah platform social media yang ada so lebih interaksi antara pengguna dan provider.

Overall, as pengguna , inilah cadangan dari saya buat semua Broadband Provider :

1) Improvekan on kualiti. Kalau janjikan 500kbps, tunaikanlah janji itu. Ini nak dapat separuh pun susah, tapi bayar tetap sama? Mana aci camni kan?Servis tak seperti dijanjikan tapi still kena bayar penuh. Win-Lose situation akan membuatkan pengguna beralih arah.
2) Cap/Limit . Umm, ni yang paling saya tak suka especially bila aktif menggunakan internet ni.
3) Free trial - Kasila at least sebulan untuk free trial so pengguna dapat menilai dengan lebih bijak. Masa di UK dulu, memang kasi free trial sehingga sebulan untuk internet .
4) Customer service - Banyak service provider yang masih belum menggunakan platform social media sepenuhnya. Gunakanlah ia, senang kami nak contact/complaint/giving feedback n etc.
5) Price - The lower, the better. Kos sara hidup makin meningkat, apa salahnya kalau kasi diskaun buat pengguna setia? Tak rugi pun kan?

Overall, saya boleh katakan, untuk mobile broadband, mostly ianya bergantung kepada kawasan/bilangan pengguna. Cam jalanraya la kan, lagi ramai, lagi congested. So, buatla pilihan dengan bijak.

P/s : Apa pula pandangan anda tentang Broadband di Malaysia? Apa service provider yang korang gunakan sekarang?

December 13, 2010

Buka 24 Jam | Celcom Broadband

Buka 24 Jam | Celcom Broadband

Kreatif dan betul-betul "Compete" la broadband sekarang ni. Iklan Celcom Broadband yang saya terbaca di Harian Metro :

" Kelajuan Sama Siang dan Malam , kini RM48 saja. Mengapa pilih pelan yang menawarkan akses internet berkelajuan tinggi pada waktu siang, bila anda boleh menikmati rangkaian terpantas berterusan tanpa mengira waktu. Pastinya dengan Celcom Broadband "

Inilah pakejnya seperti di Webnya : Celcom Broadband Package

Adakah yang dimaksudkan dengan pada waktu siang itu dengan yang ini : Digi Discover Day Package

Honestly, saya pernah mencuba Celcom Broadband, Digi Broadband dan P1 Wimax Broadband dan setiap provider ada pro n Cons nya yang tersendiri tapi mostly yang perlu diperbaiki adalah Coverage and Speed , antara faktor terpenting bagi pelanggan Broadband seperti saya.

Sayapun masih mencari broadband terbaik untuk travel purpose yang mudah dibawa ke mana-mana, coverage meluas, dan speednya "Seperti Indah Khabar, Indah Rupa' . Terbaru YES broadband nampak menarik juga tapi tak pastila pula.

P/s : Any suggestion untuk broadband terbaik for traveling purpose? 

March 25, 2010

Celcom Broadband | Pilihanku Kini

Salam dari Eyriqazz. Ingatkah lagi anda dengan entry saya yang bertajuk Broadband Terbaik . Susulan dari entry dan respons di entry itu, eyriqazz telahpun melanggan dan mendaftarkan untuk isteri :
Broadband Basic Menjadi Pilihan

Inilah sebab mengapa Eyriqazz memilih Celcom Broadband untuk Isteri ( Broadband di rumah masih kekal dengan Streamyx buat masa ini ).

1) Testimonial daripada rakan bloggers di entry Broadband Terbaik seperti : 

Flygurl  -  saya pakai celcom broadband..ok je..nak kate laju sgt tu x lah.. tp sy puas hati la.. lagipun coverage celcom lebih luas berbanding yg lain. p1 wimax pulak- member yg pakai ckp mmg laju..tp tengok tempat jugak la..kalau kt kelantan mmg coverage x de lg.

Mohd Alimie - Setakat ni rasanya yang paling meluas liputannya Celcomlah..kawan guna kat Tumpat, ok je katanya..

Mimpi - Berdasarkan coverage maka Celcom yang terbaik antara keempat-empat pilihan kamu.
Customer service( call ) tidak sebagus P1 Wimax, tapi memang Celcom Broadband pilihan terbaik.


Ingat setiap broadband ada limit. Celcom setahu saya masih lagi 5G.
Maksudnya jika untuk penggunaan download memang tak berbaloi kerana 5G sangat sedikit.

Tanya penjual tentang cap/limit G ini. Biasanya penjual boradband takkan beritahu berkenaan limitation ini.

Daddy Zuki - Sy guna celcom. mmg line jammed sbb customers dia ramai esp at night. kena dc n rc. kalau nak laju guna la after subuh. tp pakej celcom ni la yg termurah. sy guna gov package, cuma rm50/bln. tp celcom ni ok sbb liputan dia luas esp di kelate n ganu. kalu dok klang valley guna apa2 pun ok. tepuk dada tengok wallet!
Dan ramai lagi dari rerakan bloggers yang lain. Terima Kasih ye. Komen anda membantu saya dalam membuat pilihan.








March 1, 2010

Broadband Terbaik

Salam semua. Entry kali ini eyriqazz ingin meminta pendapat daripada korang. Isteri eyriqazz nak subscribe internet/broadband yang boleh dibawa ke mana-mana especially bila time dia free kat sekolah/pergi bercuti/balik kampung. Kat rumah eyriqazz ada pakai Streamyx namun streamyx tak boleh bawa ke mana-mana.Susah juga.Namun rasanya buat masa sekarang, yang kat rumah kekal dengan Streamyx dulu kot kerana line dia dah makin stabil. Di sini ada beberapa yang eyriqazz tengah pertimbangkan ( 2nd line Internet untuk Isteri)



Eyriqazz pernah mencuba Digi Broadband selama 3 bulan sempena memenangi Pimp My Broadband Contest . Memang memuaskan, dan memang plan nak sambung line Digi tu.Cuma masalahnya, kawasan tempat tinggal eyriqazz bukan dalam kawasan liputan dan kena guna Edge dan hanya dpt less daripada 50% seperti yang dipromosikan.Kalau tak, memang eyriqazz dah ambil line ni.




Adik ipar pernah pakai, boleh tahan katanya.Saya pernah cuba dan pinjam masa bawa balik ke Terengganu dan Kelantan masa raya tahun lepas.Boleh access tapi cam tak berapa laju sangat.Mungkin kerana bukan kawasan liputan ataupun ramai orang pakai di kampung saya tu.Tak berani nak ckp, tapi ramai juga rakan yang pakai Celcom broadband.Ada yang kata bagus, ada yang kata tak, jadi tak pandai nak buat penilaian tersendiri.


Berminat juga dengan wiggy nya dan iklan ''Potong,potong,potongnya mengujakan''. Ramai juga kawan-kawan yang pakai P1 Wimax tapi sedih la bila pi tanya kat customer service di Jusco tadi katanya kampung di Terengganu dan Kelantan di luar kawasan liputan.Adehh, teruja juga tengok wiggy nya. Rakan kata p1 wimax pun boleh tahan juga dan customer service dia mantap.



Maxis, honestly, tak  tau mana pasal maxis ni.Tiada rakan yang menggunakan maxis broadband dan jarang dengar orang pakai maxis broadband.Namun, kalau memuaskan ingin juga try.

Jadi, kesimpulannya inilah yang saya dan isteri mahukan :

1)Modemnya boleh dibawa ke mana-mana dan boleh access walaupun kami balik Terengganu, Kelantan, pergi bercuti dan sebagainya.

2)Kawasan coverage meluas dan access yang stabil.

3)Customer Service yang bagus. Perkhidmatan memuaskan dan terbaik di pasaran.

P/s :Beringat sebelum kena.Jadi, sebelum melanggan inginlah dapatkan pandangan.Sudah cuba masuk forum dan search online namun macam-macam jawapan di luar sana.Jadi, pandangan korang rasanya lebih saya yakini. Komen terbaik dan boleh meyakinkan saya , saya mungkin akan terjah blognya.

P/s : Any suggestion rakan-rakan?Rasanya korang mesti lagi arif pasal ni kan?
Related Posts with Thumbnails