Salam dari Eyriqazz. Ingatkah lagi anda dengan entry saya yang bertajuk Broadband Terbaik . Susulan dari entry dan respons di entry itu, eyriqazz telahpun melanggan dan mendaftarkan untuk isteri :
Broadband Basic Menjadi Pilihan
Inilah sebab mengapa Eyriqazz memilih Celcom Broadband untuk Isteri ( Broadband di rumah masih kekal dengan Streamyx buat masa ini ).
Flygurl - saya pakai celcom broadband..ok je..nak kate laju sgt tu x lah.. tp sy puas hati la.. lagipun coverage celcom lebih luas berbanding yg lain. p1 wimax pulak- member yg pakai ckp mmg laju..tp tengok tempat jugak la..kalau kt kelantan mmg coverage x de lg.
Mohd Alimie - Setakat ni rasanya yang paling meluas liputannya Celcomlah..kawan guna kat Tumpat, ok je katanya..
Mimpi - Berdasarkan coverage maka Celcom yang terbaik antara keempat-empat pilihan kamu.
Customer service( call ) tidak sebagus P1 Wimax, tapi memang Celcom Broadband pilihan terbaik.
Ingat setiap broadband ada limit. Celcom setahu saya masih lagi 5G.
Maksudnya jika untuk penggunaan download memang tak berbaloi kerana 5G sangat sedikit.
Tanya penjual tentang cap/limit G ini. Biasanya penjual boradband takkan beritahu berkenaan limitation ini.
Daddy Zuki - Sy guna celcom. mmg line jammed sbb customers dia ramai esp at night. kena dc n rc. kalau nak laju guna la after subuh. tp pakej celcom ni la yg termurah. sy guna gov package, cuma rm50/bln. tp celcom ni ok sbb liputan dia luas esp di kelate n ganu. kalu dok klang valley guna apa2 pun ok. tepuk dada tengok wallet!
Dan ramai lagi dari rerakan bloggers yang lain. Terima Kasih ye. Komen anda membantu saya dalam membuat pilihan.
Celcom Broadband Pilihanku untuk Isteriku kini
Mudah dibawa , Liputan meluas sudah pasti
Hati gembira dan senang hati
Yang terbaik buat kami sudahlah pasti
Di rumah, aku masih sayang dengan Streamyx kerana banyak pembaharuan telah dilakukan dan line semakin stabil selepas 3 aduan ku buat kepada SKMM. Namun, untuk Isteri dan tujuan berjalan-jalan, Celcom Broadband menjadi pilihan. Puas hati suatu kemestian, berbelanja lebih kami tak sayang , asalkan hati gembira , jiwa tertawan.
Setakat ini testimoni menggunakan sebulan, untuk yang wireless , ini antara broadband yang paling bagus dan best untuk digunakan. Setakat ini, Isteri belum pernah lagi merungut pasal Broadband Celcom ini.
P/s :Apa pula pilihan anda? Lain padang,lain belalang, lain orang, lain pilihan. Yang terbaik buat diri sendiri sudah pasti menjadi pilihan kan?



