Tetapi,yang tak puashatinya apabila kemudahan internet kita asyik mengalami masalah.Sure bengangkan?Nih aku pun tengah tension dan bengang jugani,jadi nak berkongsiler cerita ni supaya dapat dijadikan pedoman dan kalau sesiapa yg tengah mencari service provider untuk internet korang,pilihlah betul-betul,bak kata pepatah,sesal dahulu pendapatan,sesal kemudian tiada gunanya.
Tersebutlah kisah,pada tahun 2008,adalah seorang mamat ni yang tengah survey untuk mendapatkan kemudahan internet.Pergilah dia survey ke merata tempat.Maxis,Celcom,Streamyx dan sebagainya.Dipendekkan cerita, setelah memerhati dan dengan budget yg difikirkan,mamatni pun membuat keputusan untuk mengambil streamyx atas sebab-sebab berikut :
1.Murah,Pakej combo yang paling murah hanya RM60 ,Download speed;384kbps,upload speed :128kbps
2.Tak perlu bayar untuk modem tapi dengan syarat kena kontrak selama 1 tahun.Mula-mula tu berminat gak ngan Celcom,tapi modem/USB dia mahal sangat,time tu paling murah RM399 + 1 tahun kontrak.
3.Unlimited download (yeker?ni kurang pasti,rasanya la kot/Fair Usage Policy)
Jadi,dengan hati gumbiranya,mamatni dapatlah streamyx combo dia tu seperti yg dia mahukan dlm masa 2 minggu selepas sign contract dan buat pembayaran apa yg patut,Akupun(aka mamattu) dptla menikmati kemudahan streamyx combo internet.
Gembiranya hati.Puas hati dengan speed dan kelajuaan internet streamyx combo.Kusangkakan panas sampai ke petang namun,hujan di tengah hari.Keindahan itu hanya sementara.3 bulan lepas tu,internet rumah aku mula ada problem.Langsung tak ble masuk dan bila masuk mmg lembab tahan penyu nak merangkak ke pantai.Fuhh,sakit hati betul dibuatnya.
Disebabkan aku ni pengguna yg peka,aku pun telefon la khidmat bantuan tmnet(telefon 100).Mesra pelanggan betul,sila tekan 1 untuk bahasa Melayu,sila tekan X utk Y, Sila tekan A untuk B.Dekat setengah jam barulah dapat bercakap dengan ''customer service'' dia.Macam-macam nasihat yg dibagi dan dijanjikan akan ada technician yang akan dtg untuk memperbetulkan talian internetku.Namun,janji tinggal janji,hampir 2 minggu masih belum menampakkan perubahan.
Ini sudah lebih ni.Apa lagi,belajar dari pengalaman,lebih mudah buat aduan kepada pihak yang patut diadukan.Akupun membuat ke Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (
Fuhh,mmg pantas dan tuntas tindakan yang diambil oleh SKMM.Memang tabik la SKMM. Aduanku mula diambil serius dan dipendekkan cerita ini balasan e-mail yg aku dpt daripada streamyx(aka tmnet) ,setelah beberapa kali tertangguh dan berbalas-balas e-mail :
En. Xxx,
Terlebih dahulu pihak kami ingin memohon maaf di atas kesulitan yang tuan alami.Saya telah cuba menghubungi tuan beberapa kali pada 18/3/09 dan hari ini tetapi gagal(langsung tiada misscall dari telefonku). Ini adalah untuk saya membuat pengesahan bagi tindakan baikpulih yang telah dijalankan oleh pihak teknikal kami.
Untuk pengetahuan tuan, kami telah membuat pelarasan kedua bagi akaun Streamyx tuan sebanyak RM 215.43 ke atas akaun Streamyx tuan bernombor ( abcxxxxx). Pelarasan ini akan dicatatkan di dalam bil TM tuan yang akan datang.Tarikh akhir pelarasan adalah berpandukan kepada laporan yang telah ditutup oleh pihak teknikal kami iaitu pada 18/3/2009 sebaik sahaja tindakan baikpulih selesai. Adalah penting bagi pihak kami untuk mengetahui status sambungan Streamyx tuan untuk tindakan pihak kami seterusnya. Kami amat berbesar hati sekiranya tuan boleh mengesahkan tahap sambungan Streamyx tuan dengan membalas e-mail ini.
Kami sekali lagi memohon maaf di atas segala kesulitan yang tuan alami. Terima kasih di atas sokongan dan kerjasama tuan.
Akhirnya,selesai juga dan internet tu kembali kepada normal dan siap dapat gantirugi lagi.Kepada SKMM,terimakasih atas tindakan pantas dan cekap anda.
P/s :Akan bersambung di Part 2 utk paparan dan cerita yg lebih menarik...Hehehehe....
0 comments:
Post a Comment