Showing posts with label streamyx. Show all posts
Showing posts with label streamyx. Show all posts

March 23, 2010

Tips | Masalah dengan Broadband Anda

Salam dari Eyriqazz. Santai dan gembira dengan entry hangit semalam Eyriqazz Terkena Panggilan Hangit , kali ini saya ingin berkongsi tips dan pengalaman peribadi berkenaan cara menangani yang berkesan apabila mengalami masalah dengan broadband anda. 

Blogging Tips | Tangani Masalah Broadband Anda (Gambar Kredit to Pakcik Google)

Bagi seorang bloggers, internet/broadband line yang stabil sangatlah penting. Yerlah, ianya memudahkan kita mengupdate blog, dowload/upload gambar yang diletakkan di blog dan juga berblogwalking dengan lebih pantas dan berkesan.

Saya pun pernah mengalami situasi menghampakan dengan broadband saya ataupun dengan lebih tepat dengan line streamyx yang saya pakai sekarang. Dulu, ianya asyik disconnect, tersangat perlahan  mengalahkan siput, dan tak boleh online beberapa hari. Macam-macam alasan yang diberikan, kabel rosak, technician akan datang dan sebagainya.

Ok, berbalik kepada tips kita. Inilah yang perlu anda lakukan jika mengalami masalah dengan broadband anda :

1) Semak Package yang anda beli/langgani (Macam saya ambil package Streamyx Combo yang paling murah iaitu Download Rate :384kbps, upload rate : 128kbps)

Bila anda perasan line anda dah tak betul, semak kadar dowload dan upload anda di internet. Boleh semak dengan menggunakan speedometer seperti di :


Kadar yang memuaskan adalah apabila anda berjaya memperolehi > 75% kadar download dan upload speed yang ditawarkan. Sekiranya kurang, maknanya, broadband anda ada masalah dan broadband provider tidak menunaikan janji yang dijanjikan.

2) Selepas itu, bolehla menghubungi Customer Service provider anda tidak kiralah Streamyx, Celcom, P1 Wimax, Digi, ataupun Maxis. Beri masa kepada mereka lebih kurang 2 minggu ke sebulan untuk menyelesaikannya.


3) Jika masalah anda masih tidak diselesaikan ataupun Service Provider ambil sikap acuh tidak acuh, inilah tindakan yang paling berkesan dan senjata yang saya telah gunakan yang saya rasakan sangat membuahkan hasil .

Buatla aduan anda di sini :


Adulah di website aduan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia seperti di atas. Percayalah, bila aduan diadukan kepada pihak yang lebih atasan, mereka akan lebih mengambil berat aduan kita dan akan cuba menyelesaikan secepat mungkin. Saya telah mencubanya 3 kali dan hasilnya :

1) Saya mendapat rebat keseluruhan melebihi RM300
2) Line Internet/Broadband saya telah stabil. Tiada lagi selalu disconnect dan kadar tidak menepati janji
3) Saya semakin berpuas hati dengan line saya sekarang dan saya rasa saya akan bagi peluang lagi kepada Streamyx kerana banyak perubahan telah berlaku sejak aduan saya dibuat.

Selebihnya, boleh la tengok dan rujuk entry ini : Streamyx oh Streamyx

P/s : Cubalah dan lihatlah hasilnya sendiri. Pengalaman peribadi dikongsi bersama, salah silap harap dimaafi ya.

P/s/s : Amcam, ok ker tips ni ? Banyak lagi personal tips yang mahu dikongsi, ada masa saya tulis lagi.

November 28, 2009

Thanks Digi

I just received the prize for Pimp My Broadband Contest by Digi :
DiGi broadband modem AND 3 months of free service!!

Close up : Free modem which have been pimped up with a limited edition skin.

The prize that I won worth more than RM500 and no contract or obligation attached to this prize.I still haven't activate this free service.I think i will activate it at Pavillion this weekend.What I like more is once the 3 months expires, I have an option to continue the service (at a discounted rate), or simply keep the modem and use it with another service of my choice, as the modem are unlocked.How kind are you Digi,and a million thanks to the prize.

I never tried Digi broadband before but  i might give a try for this service provider.I am planning to pimp my Streamyx line as the line is always like chipsmore.It will be ok for a few months after I filed a complaint to SKMM but the problem will occur back a few month after that.I think since I subscribe to Streamyx,I already filed 3 complaint with SKMM and received a rebate of RM300+ (At least Streamyx gave me a rebate) . I might give a try for this service and compare it with Streamyx. If Digi line is better, I will pimp my Streamyx and become Digi subscriber.

When Streamyx and P1 Wimax keep fighting with their advertisement campaign, Potong or Tak Potong, a driver with a P licence, look alike P1 Wimax CEO that forgot to turn on the plug, Digi is so cool with their own advertisement campaign.One of the campaign is Pimp My Broadband contest which gave more than 70+ prize to the winners.Just recently,they launch a new campaign at Pimp My Broadband Contest Part 2 for a new/current subsriber.Congrats and Good Luck Digi.

I think the campaign organized by Digi is very good as the prizes they offered are  without any contract or obligation attached.Like myself,it gave me the opportunity to try the Digi Broadband for 3 months to test the service.If happy I can continue with it,if not I can ditch it. What a great opportunity.I still remember when I was studying in UK, almost all the internet provider gave a free trial for a month or two to try their service.

Anyway,thanks again Digi.For those of you that want to subscribe to the broadband or switch the provider,I think you should try Digi as their campaign is not overpromised, really interesting and have a variety of good offers. Come and check it out here Digi Internet .

P/s : Really like the tagline by Digi, "Always the Smarter Choice" . I will gave a review back after i activated my Digi broadband line.By the way, this is the entry that make me won Digi Broadband : Pimp My Broadband

September 14, 2009

Streamyx oh Screamyx (Part 2)

Sejak sebulan dua ni,Internet rumahku semakin teruk.Eee,geram betullah.Anda boleh semak speed download/upload anda di website ni (TM Speedometer, http://219.93.175.234/ Ni buktinya :


3/9/09 (Download: 81kbps,Upload:249kbps).21% untuk download speed dan upload speed mengancam?200% dari limit 128kbps.Utk apa upload speed tinggi??


12/9/09 (lebih kurang je,Menghampakan!!)


14/9/09 (lagi-lagi menghampakan!!)


sumber :ww.digi.com.my

Sekarang aku dalam proses untuk terminate line dengan streamyx.Laporan pun telah aku adukan sekali lagi ke SKMM.Memang tersangat menghampakan sepanjang setahun pakai line streamyxni.Konon-konon ble ada wifila,tapi kalau speed pun tak sampai 50% daripada apa yg dijanjikan,buat apa?Seperti di digi,byk pilihan lagi yg lebih menarik.Skang aku tgh mempertimbangkan antara Digi,Celcom, dan P1 Wimax.Any recommendation?

P/s:Sengaja tukarkan tajuknya.Yerlah,buat aku menjerit saja dengan perkhidmatan yang menghampakan.Streamyx oh Screamyx

September 13, 2009

Streamyx oh Streamyx

Internet.Mudahkan kalau di rumah ada kemudahan internet.Senang nak buat kerja,baca berita online,buat transaksi perbankan,bayar bill,baca gosip terkini, hantar e-mail dan sebagainya.Bagi aku dah hampir setahun rasanya aku pakai streamyx kat rumah bagi memudahkan aku melayari internet,download dan sebagainya.

Tetapi,yang tak puashatinya apabila kemudahan internet kita asyik mengalami masalah.Sure bengangkan?Nih aku pun tengah tension dan bengang jugani,jadi nak berkongsiler cerita ni supaya dapat dijadikan pedoman dan kalau sesiapa yg tengah mencari service provider untuk internet korang,pilihlah betul-betul,bak kata pepatah,sesal dahulu pendapatan,sesal kemudian tiada gunanya.

Tersebutlah kisah,pada tahun 2008,adalah seorang mamat ni yang tengah survey untuk mendapatkan kemudahan internet.Pergilah dia survey ke merata tempat.Maxis,Celcom,Streamyx dan sebagainya.Dipendekkan cerita, setelah memerhati dan dengan budget yg difikirkan,mamatni pun membuat keputusan untuk mengambil streamyx atas sebab-sebab berikut :


1.Murah,Pakej combo yang paling murah hanya RM60 ,Download speed;384kbps,upload speed :128kbps

2.Tak perlu bayar untuk modem tapi dengan syarat kena kontrak selama 1 tahun.Mula-mula tu berminat gak ngan Celcom,tapi modem/USB dia mahal sangat,time tu paling murah RM399 + 1 tahun kontrak.

3.Unlimited download (yeker?ni kurang pasti,rasanya la kot/Fair Usage Policy)

Jadi,dengan hati gumbiranya,mamatni dapatlah streamyx combo dia tu seperti yg dia mahukan dlm masa 2 minggu selepas sign contract dan buat pembayaran apa yg patut,Akupun(aka mamattu) dptla menikmati kemudahan streamyx combo internet.



Gembiranya hati.Puas hati dengan speed dan kelajuaan internet streamyx combo.Kusangkakan panas sampai ke petang namun,hujan di tengah hari.Keindahan itu hanya sementara.3 bulan lepas tu,internet rumah aku mula ada problem.Langsung tak ble masuk dan bila masuk mmg lembab tahan penyu nak merangkak ke pantai.Fuhh,sakit hati betul dibuatnya.

Disebabkan aku ni pengguna yg peka,aku pun telefon la khidmat bantuan tmnet(telefon 100).Mesra pelanggan betul,sila tekan 1 untuk bahasa Melayu,sila tekan X utk Y, Sila tekan A untuk B.Dekat setengah jam barulah dapat bercakap dengan ''customer service'' dia.Macam-macam nasihat yg dibagi dan dijanjikan akan ada technician yang akan dtg untuk memperbetulkan talian internetku.Namun,janji tinggal janji,hampir 2 minggu masih belum menampakkan perubahan.

Ini sudah lebih ni.Apa lagi,belajar dari pengalaman,lebih mudah buat aduan kepada pihak yang patut diadukan.Akupun membuat ke Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (
http://aduan.skmm.gov.my) . Laman webnya ialah www.skmm.gov.my ataupun aduan boleh dibuat melalui e-mail di aduanskmm@cmc.gov.my.



Laman web Aduan SKMM

Fuhh,mmg pantas dan tuntas tindakan yang diambil oleh SKMM.Memang tabik la SKMM. Aduanku mula diambil serius dan dipendekkan cerita ini balasan e-mail yg aku dpt daripada streamyx(aka tmnet) ,setelah beberapa kali tertangguh dan berbalas-balas e-mail :

En. Xxx,

Terlebih dahulu pihak kami ingin memohon maaf di atas kesulitan yang tuan alami.Saya telah cuba menghubungi tuan beberapa kali pada 18/3/09 dan hari ini tetapi gagal(langsung tiada misscall dari telefonku). Ini adalah untuk saya membuat pengesahan bagi tindakan baikpulih yang telah dijalankan oleh pihak teknikal kami.

Untuk pengetahuan tuan, kami telah membuat pelarasan kedua bagi akaun Streamyx tuan sebanyak RM 215.43 ke atas akaun Streamyx tuan bernombor ( abcxxxxx). Pelarasan ini akan dicatatkan di dalam bil TM tuan yang akan datang.Tarikh akhir pelarasan adalah berpandukan kepada laporan yang telah ditutup oleh pihak teknikal kami iaitu pada 18/3/2009 sebaik sahaja tindakan baikpulih selesai. Adalah penting bagi pihak kami untuk mengetahui status sambungan Streamyx tuan untuk tindakan pihak kami seterusnya. Kami amat berbesar hati sekiranya tuan boleh mengesahkan tahap sambungan Streamyx tuan dengan membalas e-mail ini.

Kami sekali lagi memohon maaf di atas segala kesulitan yang tuan alami. Terima kasih di atas sokongan dan kerjasama tuan.

Akhirnya,selesai juga dan internet tu kembali kepada normal dan siap dapat gantirugi lagi.Kepada SKMM,terimakasih atas tindakan pantas dan cekap anda.

P/s :Akan bersambung di Part 2 utk paparan dan cerita yg lebih menarik...Hehehehe....

Related Posts with Thumbnails