March 23, 2010

Tips | Masalah dengan Broadband Anda

Salam dari Eyriqazz. Santai dan gembira dengan entry hangit semalam Eyriqazz Terkena Panggilan Hangit , kali ini saya ingin berkongsi tips dan pengalaman peribadi berkenaan cara menangani yang berkesan apabila mengalami masalah dengan broadband anda. 

Blogging Tips | Tangani Masalah Broadband Anda (Gambar Kredit to Pakcik Google)

Bagi seorang bloggers, internet/broadband line yang stabil sangatlah penting. Yerlah, ianya memudahkan kita mengupdate blog, dowload/upload gambar yang diletakkan di blog dan juga berblogwalking dengan lebih pantas dan berkesan.

Saya pun pernah mengalami situasi menghampakan dengan broadband saya ataupun dengan lebih tepat dengan line streamyx yang saya pakai sekarang. Dulu, ianya asyik disconnect, tersangat perlahan  mengalahkan siput, dan tak boleh online beberapa hari. Macam-macam alasan yang diberikan, kabel rosak, technician akan datang dan sebagainya.

Ok, berbalik kepada tips kita. Inilah yang perlu anda lakukan jika mengalami masalah dengan broadband anda :

1) Semak Package yang anda beli/langgani (Macam saya ambil package Streamyx Combo yang paling murah iaitu Download Rate :384kbps, upload rate : 128kbps)

Bila anda perasan line anda dah tak betul, semak kadar dowload dan upload anda di internet. Boleh semak dengan menggunakan speedometer seperti di :


Kadar yang memuaskan adalah apabila anda berjaya memperolehi > 75% kadar download dan upload speed yang ditawarkan. Sekiranya kurang, maknanya, broadband anda ada masalah dan broadband provider tidak menunaikan janji yang dijanjikan.

2) Selepas itu, bolehla menghubungi Customer Service provider anda tidak kiralah Streamyx, Celcom, P1 Wimax, Digi, ataupun Maxis. Beri masa kepada mereka lebih kurang 2 minggu ke sebulan untuk menyelesaikannya.


3) Jika masalah anda masih tidak diselesaikan ataupun Service Provider ambil sikap acuh tidak acuh, inilah tindakan yang paling berkesan dan senjata yang saya telah gunakan yang saya rasakan sangat membuahkan hasil .

Buatla aduan anda di sini :


Adulah di website aduan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia seperti di atas. Percayalah, bila aduan diadukan kepada pihak yang lebih atasan, mereka akan lebih mengambil berat aduan kita dan akan cuba menyelesaikan secepat mungkin. Saya telah mencubanya 3 kali dan hasilnya :

1) Saya mendapat rebat keseluruhan melebihi RM300
2) Line Internet/Broadband saya telah stabil. Tiada lagi selalu disconnect dan kadar tidak menepati janji
3) Saya semakin berpuas hati dengan line saya sekarang dan saya rasa saya akan bagi peluang lagi kepada Streamyx kerana banyak perubahan telah berlaku sejak aduan saya dibuat.

Selebihnya, boleh la tengok dan rujuk entry ini : Streamyx oh Streamyx

P/s : Cubalah dan lihatlah hasilnya sendiri. Pengalaman peribadi dikongsi bersama, salah silap harap dimaafi ya.

P/s/s : Amcam, ok ker tips ni ? Banyak lagi personal tips yang mahu dikongsi, ada masa saya tulis lagi.

20 comments:

  1. Woh~ terus ke pihak atasan tu.

    ReplyDelete
  2. sy sedang hangin dengan maxis sy yg mcm kura2.. :) tetiba tgk tips ni..cam da cool skit.. ;p hahahaha**xthu nape..** :)

    ReplyDelete
  3. Bestnye kalau selalu je laju....

    ReplyDelete
  4. memang selalu dipraktikkan dari mule agi.=D.naseb baik en.eriqazz memperingati..tapi lepas broadband tu kena curi,pkai stramyx je la..=(,wayar rambu2

    ReplyDelete
  5. memang betul internet connection tu penting kalau lambat nak upload pic pun susah.. kadang2 bosan sangat kan tension..tak puas hati complaint aja...

    Jom Gatsby

    Apa Tak Berpeluh???

    ReplyDelete
  6. thks bro for the info......berguna sangat

    ReplyDelete
  7. cikti xpakai broadband,.

    tp satu hari nanti,,mungkin,.

    tpi biasanya yg mahal tu la yg elok kan,.

    ReplyDelete
  8. Broadband saye memang selalu disconnect... tp xpenah terpikir utk buat aduan...mungkin kerana tiada keberanian.... Thanks bro utk maklumat ini... skang da dpt cara utk menangani masalah broadband yg selalu bermasalah...

    ReplyDelete
  9. Good tips, Eyriqazz. Streamix dh byk improve since dh byk penyelia broadband lain wujud. apart from x boleh bawak kemana2, in term of stability n unlimited download, mmg streamix terbaik. Streamix mmg ada bagi wifi modem, so mmg user tak attached to wire anymore.

    ReplyDelete
  10. stremyx pun poblem gak ke?..sara baru je tukar stremyx coz before ni guna maxis cam sengal je line..huhu

    ReplyDelete
  11. i get disconnections every now and then.. but it's fine for me.. haha.. wow report to the higher authority, that's really a good thing to do! =)

    ReplyDelete
  12. Good info tak tau pun kita boleh mengadu :)

    ReplyDelete
  13. ikut kawasan jugak..mcm celcom di taiping..dg2 kura2..kdg2 arnab..huhu..tp kat ipoh laju pulak..

    ReplyDelete
  14. tade broadband so tak payah risau lah
    hehe

    ReplyDelete
  15. haha. dah lama tak baca blog eyriqazz ni. busy dan pening dengan attacks kat GB. anyways. tips bagus.

    ReplyDelete
  16. kalu report kat aduan rakyat boleh tak? hehe

    ReplyDelete
  17. yihaa! now dah tahu nak mengadu kat ne...:D

    ReplyDelete
  18. wahhh.. tips yang sgt bagus dan berguna utk ai!!mekasih yek!!

    ReplyDelete
  19. Tip yang berguna..
    MJ tak penah komplen walau line celcom brokben selalu beri maslaah...huhuu

    ReplyDelete
  20. Tips yang bagus..area rumah selalu tak ada line walaupun dalam website kata coverage.....

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails