Showing posts with label melentur buluh. Show all posts
Showing posts with label melentur buluh. Show all posts

November 13, 2010

Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya

Kata pepatah, Melentur Buluh, Biarlah dari Rebungnya. Alisya dah nak masuk 1 1/2 tahun, makin gembira bila lihat dia makin ceria Cuma sedih, sekarang Alisya belum kebah sepenuhnya dari demam. Buka Facebook isteri, ternampak gambar ini, gembira rasa hati :


Bukan Main Lagi dia Suka Berkawan

Doa-doakan supaya kami dapat mendidik Alisya dan bakal anak-anak yang lain ke arah jalan yang terbaik. Kena banyak belajar dari Ibu-Ibu dan Bapa di luar sana.

P/s : Bukan mudah bergelar ibu dan bapa kan? Hargailah jasa mereka sebelum mereka meninggalkan kita buat selama-lamanya. Ayah, I Miss U....

***Bsk Hari Istimewa, Isteri nak bawa belanja makan di Restoran Ikan Bakar Sekinchan. Yey, sukanya hati.

September 14, 2010

Sikit-Sikit Lama-Lama Jadi Bukit | Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya

Alhamdulillah, berkat menabung untuk Puteri tersayang, Alisya, balik kampung haritu sempatlah check balik baki terkini dengan mak mertua. Buku akaun kami bagi mak mertua yang pegang supaya kami tidak akan gatal-gatal tangan untuk keluarkan duit Alisya bila ada emergency or perlukan wang segera. Faham-fahamla bila duduk di KL ni, macam-macam emergency yang akan timbul :

Akaun Tabung Haji Menjadi Pilihan Kami untuk Alisya
Takpe,Sikit-sikit lama-lama jadi bukit

Duit raya,duit pemberian untuk alisya, dan apa-apa saja duit yang orang berikan untuk alisya kami tidak pernah sentuh or gunakan untuk kegunaan peribadi. Kami masukkan semua ke akaun Alisya. Tiap-tiap bulan, kami akan masukkan RM100 ke akaun Alisya. Kata orang, melentur buluh biarlah dari rebungnya, kami mahu tanamkan sikap rajin menabung dari kecil/bayi lagi.

Perancangan dari awal itu penting untuk kesenangan di kemudian hari. Campur duit raya dan duit yang akan kami berikan bulan ini, bolehla cecah RM3K hujung bulan ini. Rezeki Alisya, dan rezeki kami pun semakin mencurah dengan kehadiran Alisya.

Mungkin bila Alisya dah cukup 2 tahun dan financial pun dah semakin stabil, kami akan belikan Insurans + Pelaburan pula untuk alisya. Any suggestion mana-mana yang OK? Sekarang ni macam berminat untuk ambil Prudential BSN, tapi kalau ada yang lebih menarik apa salahnya kan ?

P/s : Biar sedikit tapi konsisten dari banyak tapi tidak konsisten/asyik keluar masuk. Sikit-sikit lama-lama jadi bukitkan? Hik3, sayangkan anak, simpan-simpankan untuk masa depan yang lebih cemerlang di masa depan.

P/s/s :Apa pula pandangan anda?Pentingke menabung untuk anak-anak sejak dari kecil lagi?
Related Posts with Thumbnails