Showing posts with label credit card. Show all posts
Showing posts with label credit card. Show all posts

October 28, 2011

Kredit Kad | Ah Long Yang Sangat Senyap


"Kredit Kad | Ah Long Yang Sangat Senyap" - Bean Moreno-

Jom tengok komen terpilih, apa kata readers berkenaan " Say No to Credit Card"

kena ada satu - at least...
untuk emergency mcm masuk hospital... klu pegi hospital gomen... ok la... klu private dia minta deposit... mana nak cari masa tu... - EjaMaria-

selama mengenal dunia pekerjaan hampir 5 tahun ni, belum pernah terfikir nak guna kredit kad. Alhamdulillah hidup masih lg mewah tanpa terasa beban hutang. pucuk pangkalnya kita kene pandai mengawal perbelanjaan. For emergency case, sy ada simpanan khas tuk emergency jer. thrugh debit card. tak payah pening kepala - Syuq-

kalau ada pilihan lain, better say no to credit card. pada awalnya memanglah niat untuk guna credit card pada masa kecemasan. tapi jika salah percaturan, masalah besar pulak menimpa.

yang penting: educate diri untuk kawal perbelanjaan. - Azelyusoff-

kredit kad adalah sejenis leverage..it is our choice to use it at our favor atau abuse it. kredit kad membawa keburukan kalau kita tak pandai nak manage penggunaannya..

apa pun pada saya kredit kad adalah keperluan jugak zaman sekarang..tapi kalau tak pandai nak manage baik jangan guna.. - Rai - 

BANYAK KEBURUKKAN KALAU TAK PANDAI NAK MANAGE KAD KREDIT NI .. BOLEH JADI MUFLIS

sebagai salam seorang pengguna kad kredit sejak tahun 2007 memang banyak bawa keburukkan dari kebaikkan.. kebaikkan kalau kecemasan leh guna untuk buat bayaran.. tapi keburukkan bila dah terlupa dan terlalu taksub shopping berlebihan.. GAJI UNTUK SEBULAN SEMUA HANYA BAYAR KAD KREDIT JE.

Pengalaman mengerikan apabila Gaji sebulan saya di Tahan dan terpaksa dipotong semuanya gara-gara Kad kredit tertunggak tidak dibayar..

Baki yang di tinggalkan hanya RM1 sahaja.. nak makan apa kalau duit tinggal RM1 untuk satu bulan..

SETUJU dengan EYRIQAZZ " Say No to Credit Kad"" - Myvitrd -

saya ada satu kredit kad,untuk kemudahan beli tiket flight.Tapi malangnya saya di antara yg tak bijak mengurus..setakat ni saya bayar minimum je tiap2 bulan..hmmmmm - Norinaomar -

kredit kad ni mmg berhantu. salah guna, padah menunggu..

tapi kalo bijak mengawal, insyaAllah selamat.. - JMR -


Tepuk dada,tanya selera. For me, berdasarkan pengalaman, tak ramai yang mampu menahan temptation kredit kad dan membuat pembayaran secara penuh setiap bulan. Enough Said, Mencegah Lebih Baik dari Mengubati...Jangan jadi salah seorang yang terbeban dengan hutang kredit kad.

October 27, 2011

Say No to Credit Card


Saya mula menggunakan kredit kad semenjak saya berusia 21 tahun (zaman belajar) sehinggalah sekarang. Rasanya sudah lebih 10 jenis kredit kad yang saya gunakan sepanjang 8 tahun ini. Balance transfer, easy payment dan pelbagai lagi sudah saya praktikkan.

Umm,pandangan peribadi, especially di zaman ini apabila kos sara hidup semakin meningkat, kredit kad lebih banyak membawa keburukan daripada kebaikan. Sayapun bercadang untuk cancelkan satu kredit kad dan remain gunakan satu kredit kad in case of emergency.

Buat pengguna yang tiada kredit kad, pandangan saya " Say No to Credit Kad". Ianya musuh di dalam diam yang menghakis sumber pendapatan.

P/s : Apa pula pandangan anda, Adakah Kredit kad lebih banyak memberikan kebaikan or keburukan?

February 23, 2010

Kesetiaan Ku Diuji

Kenapa begini jadinya? Kusangkakan panas sehingga petang, namun hujan di tengah hari. Ohh, kesetiaan ku betul-betul diuji. Pilihan dan keputusan perlu ku buat. Di telan mati Mak, diluah mati ayah. Serba salah aku dibuatnya.Why,Why Me? Kenapa aku yang diuji sebegini?Ohh,susahnya :

Untukku membuat Keputusan

Pertemuanku dengan gadis cantik itu di sebuah Pasar Raya telah meruntun perasaan dan sanubariku. Adakah aku perlu curang? Aku begitu sayangkan mu,Sayang. Aku setia denganmu sejak dulu lagi dan aku tidak pernah beralih angin. Susah senang dilalui bersama dan dikau telah banyak menolongku terutamanya dalam kewangan. Tanpamu, mungkin susah untukku meneruskan sisa-sisa hidup yang penuh cabaran ini.

Namun, Iman ku semakin tergugat. Susah untuk kulupakan pelawaan yang begitu menarik itu. Once in a lifetime opportunity, susah untuk kulepaskan. Berbulan-bulan aku memikirkan pelawaan tersebut, dan agak susah untukku membuat keputusan, namun keputusan perlu dibuat. Berat bahu yang memandang, berat lagi bahu yang memikul.

Akhirnya, aku membuat keputusanku beberapa minggu yang lepas. Maafkan aku Sayang, aku terpaksa curang kepadamu walaupun telah bertahun-tahun aku setia kepadamu. Aku curang kepadamu demi :


AEON Credit Card

Maafkan ku Sayang (Maybank Credit Card), aku curang kepadamu.Tawaran AEON Kredit Kad begitu menarik dan sukar untuk kulepaskan. Sistem pointnya lebih menarik dan aku dan Isteri adalah pengguna setia JUSCO.Setiap tahun, tanpa kredit kadpun ,lebih RM100 voucher kami perolehi.Dengan kredit kad, jumlah ini akan menjadi berganda . Sedangkan dengan point mu, nak dapatkan voucher RM10 Pizza Hut pun dekat 3,000 point (RM3,000) perlu dibelanjakan . Dengan AEON tidak sampai 1,500 point (RM1,500 guna kad) aku sudah ble dapat voucher sebegitu. Aku terpaksa curang kepadamu namun jasamu tetap ku kenang.

Hik3, siapa yang terkena ya? Gadis cantik itu adalah promoter yang mempromosikan kredit kad di JUSCO itu.Hehehe, aku rasa aku membuat pilihan yang tepat. Sebagai pengguna ,kurasakan aku layak untuk memilih pilihan yang bersesuaian dengan citarasaku dan menjanjikan kegembiraan buatku.Isteriku suka benar shopping di Jusco dan memang selesa shopping disitu.Kemudahannya memang memuaskan.

P/s :Bukan aku saja yang curang. Isteriku juga ku pujuk untuk curang.Hasilnya, both of us adalah pengguna AEON Credit Card now. Bagi kami, "Kami Mesti Pilih".Baguske curang-curang ni ye?

P/s/s :Anda pula bagaimana? Kredit Kad apa pilihan anda?Kalau saya memilih JUSCO, apa pula pilihan anda?

P/s/s/s :Berhati-hati menggunakan kad kredit. Tersilap langkah, buruk padahnya. Honestly, kredit kad ini lebih by membawa keburukan daripada kebaikan tapi ianya bagaikan satu keperluan kini.Betultak?
Related Posts with Thumbnails