Showing posts with label perbincangan. Show all posts
Showing posts with label perbincangan. Show all posts

October 28, 2011

Kredit Kad | Ah Long Yang Sangat Senyap


"Kredit Kad | Ah Long Yang Sangat Senyap" - Bean Moreno-

Jom tengok komen terpilih, apa kata readers berkenaan " Say No to Credit Card"

kena ada satu - at least...
untuk emergency mcm masuk hospital... klu pegi hospital gomen... ok la... klu private dia minta deposit... mana nak cari masa tu... - EjaMaria-

selama mengenal dunia pekerjaan hampir 5 tahun ni, belum pernah terfikir nak guna kredit kad. Alhamdulillah hidup masih lg mewah tanpa terasa beban hutang. pucuk pangkalnya kita kene pandai mengawal perbelanjaan. For emergency case, sy ada simpanan khas tuk emergency jer. thrugh debit card. tak payah pening kepala - Syuq-

kalau ada pilihan lain, better say no to credit card. pada awalnya memanglah niat untuk guna credit card pada masa kecemasan. tapi jika salah percaturan, masalah besar pulak menimpa.

yang penting: educate diri untuk kawal perbelanjaan. - Azelyusoff-

kredit kad adalah sejenis leverage..it is our choice to use it at our favor atau abuse it. kredit kad membawa keburukan kalau kita tak pandai nak manage penggunaannya..

apa pun pada saya kredit kad adalah keperluan jugak zaman sekarang..tapi kalau tak pandai nak manage baik jangan guna.. - Rai

BANYAK KEBURUKKAN KALAU TAK PANDAI NAK MANAGE KAD KREDIT NI .. BOLEH JADI MUFLIS

sebagai salam seorang pengguna kad kredit sejak tahun 2007 memang banyak bawa keburukkan dari kebaikkan.. kebaikkan kalau kecemasan leh guna untuk buat bayaran.. tapi keburukkan bila dah terlupa dan terlalu taksub shopping berlebihan.. GAJI UNTUK SEBULAN SEMUA HANYA BAYAR KAD KREDIT JE.

Pengalaman mengerikan apabila Gaji sebulan saya di Tahan dan terpaksa dipotong semuanya gara-gara Kad kredit tertunggak tidak dibayar..

Baki yang di tinggalkan hanya RM1 sahaja.. nak makan apa kalau duit tinggal RM1 untuk satu bulan..

SETUJU dengan EYRIQAZZ " Say No to Credit Kad"" - Myvitrd -

saya ada satu kredit kad,untuk kemudahan beli tiket flight.Tapi malangnya saya di antara yg tak bijak mengurus..setakat ni saya bayar minimum je tiap2 bulan..hmmmmm - Norinaomar -

kredit kad ni mmg berhantu. salah guna, padah menunggu..

tapi kalo bijak mengawal, insyaAllah selamat.. - JMR -


Tepuk dada,tanya selera. For me, berdasarkan pengalaman, tak ramai yang mampu menahan temptation kredit kad dan membuat pembayaran secara penuh setiap bulan. Enough Said, Mencegah Lebih Baik dari Mengubati...Jangan jadi salah seorang yang terbeban dengan hutang kredit kad.

October 27, 2011

Say No to Credit Card


Saya mula menggunakan kredit kad semenjak saya berusia 21 tahun (zaman belajar) sehinggalah sekarang. Rasanya sudah lebih 10 jenis kredit kad yang saya gunakan sepanjang 8 tahun ini. Balance transfer, easy payment dan pelbagai lagi sudah saya praktikkan.

Umm,pandangan peribadi, especially di zaman ini apabila kos sara hidup semakin meningkat, kredit kad lebih banyak membawa keburukan daripada kebaikan. Sayapun bercadang untuk cancelkan satu kredit kad dan remain gunakan satu kredit kad in case of emergency.

Buat pengguna yang tiada kredit kad, pandangan saya " Say No to Credit Kad". Ianya musuh di dalam diam yang menghakis sumber pendapatan.

P/s : Apa pula pandangan anda, Adakah Kredit kad lebih banyak memberikan kebaikan or keburukan?

March 20, 2011

Jawatan Kosong Gaji Lumayan


Fuhh, memang tak tahan part Faedah yang pertama tu. Gaji Yang Lumayan. Umm, lumayan ke gaji RM750 sebulan di KL ni? Kalau di Terengganu pun rasanya masih tak lumayan.

Sedar tak sedar, semakin tahun cost of living and purchasing power semakin menurun. Harga barangan semakin meningkat, tapi kenaikan gaji tidak setimpal dengan kenaikan barangan. Di manakah silapnya? Adakah faktor demand n supply? Apa kata anda?

January 28, 2011

Saya Bukan Nak Tolong Saya Cuma Ah Long


Promosi Ah Long

Saya bukan Nak Tolong, Saya Cuma Ah Long. Banyak betul sekarang ni poster camni. Ditampal merata-rata, merosakkan pemandangan dan alam sekitar. Umm,sekali tengok macam genuine je. 2 kali tengok , confirm ini pinjaman Ah Long. Mana ada bank/institusi kewangan offer pinjaman peribadi 2.99% setahun? Pulak tu blacklist pun boleh apply? Ape ke hal?WTFISh..

Apapun, desperate people will still apply for it. Dulu pernah kerja recovery. Kes mereka borrow ah long. Reasonnya susah nak dapat pinjaman di luar especially kalau yang kerja swasta or sendiri. Yes,. i know what i feel. Bank pun agak ketat dalam pinjaman peribadi mereka. Kalau gomen senang, ada biro angkasa n potongan gaji etc. Interest pun rendah.

Umm, I think goverment should do something on this. Seakan-akan nampak mengambil sikap sambalewa dengan Ah Long semakin berleluasa. Keluar berita panas sekejap, pastu sejuk balik. Macam Hangat-hangat tahi ayam saja. Apa pula kata anda dalam isu Ah Long ini?

P/s : Oh, rindu iklan Saya bukan Ah Long, saya cuma nak tolong. 

January 13, 2011

Wanita,Cinta dan Seks

Wanita, Cinta dan Seks
Rahsia Seks Hebat Untuk Suami Isteri

Wanita, satu makhluk Tuhan yang begitu unik dan sukar dimengertikan. No Woman No Cry? Betulke? Bagi "lelaki straight" No woman u cryla..Tipulah seseorang lelaki normal tidak perlukan cinta Seorang wanita. Siapa tak setuju, sila angkat tangan?

Wanita dan Cinta

Wanita dan Cinta tidak dapat dipisahkan. Maksud saya cinta kepada Si Lelaki, kekasih Hati, dan juga Suami. Wanita Melayu, Jinak-Jinak Merpati. Bak kata seorang rakan blogger, Gadis Melayu, Malu tapi Mahu. Most wanita apabila sudah jatuh cinta, mereka akan begitu menyayangi pasangannya dan sanggup buat apa saja demi sang Kekasih. "Woman give Sex for Love, Men Give Love For Sex" . Jiwa wanita yang lembut dan kadang-kala terlalu mudah percaya dengan janji manis lelaki dan Tebu yang ditanam ditepi bibir diterima sepenuh hati. Cinta membutakan mata.


Wanita dan Seks

Entry ini khas buat wanita yang belum kahwin/bercouple or bakal bercouple. Wanita apabila dikaburi dengan Cinta dan janji manis lelaki, akan lebih mudah untuk tertewas dan menurut kata. Buktikan kata Cinta, "Sleep with Me" kata Sang lelaki.Mula-mula pegang tangan, lepas itu ringan-ringan then dua-dua terbang di awangan. Mahu membuktikan dan terlalu percayakan pasangan, akhirnya "Tergadai Body dan Maruah Diri" .

 Akhirnya munculla pelbagai aksi terlampau yang dirakam dan disebarkan di Internet.Siapa yang malu? Fikirkanla sendiri. Lebih teruk, hubungan terlarang , Wanita mengandung dan bayi yang tidak berdosa dibuang. Ramai pasangan berkahwin mahukan anak tapi mereka senang-senang pula buang anak.

I share this dari pengalaman sendiri ,rakan-rakan dan juga pembacaan. Pesanan saya buat wanita di luar sana, tak salah bercinta tapi berwaspadalah dengan pasangan anda. Sang Lelaki memang pandai bermain kata-kata dan menjadi pelakon terhebat. Most Men mahukan Si Dara untuk dijadikan calon Isteri walaupun diri sendiri tidak sedarkan diri sudah tidak teruna. Habis Madu,Sepah Dibuang. Habis Sepah, Bolehla layan Cerita Senario pula. Just kidding...

Tepuk dada, tanya selera. Wanita, Cinta dan Seks saling berkaitan. Beringat sebelum kena, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya. 

Boleh pandang-pandang
Jangan pegang-pegang
Duduk renggang-renggang
Bertambah sayang 

P/s : Apa pula kata anda? Kalau Wanita Sudah Betul-Betul Jatuh Cinta, adakah begitu mudah untuk menurut kata Si Buah Hati?

November 22, 2010

Ditiduri Lebih 20 Lelaki

Sayangkan teman lelaki, tergadai body. Tergadai body, sanggup ditiduri. Selepas ditiduri, sanggup gambar bogel diambil dan dibuat koleksi. Bila sudah diambil, teman lelaki mengambil kesempatan pula,alahai, kenapa mudah percaya dengan janji manis Sang Lelaki? . Manis menanam tebu, akhirnya satu persatu lelaki terpaksa dilayani agar gambar bogel tidak disiari .

Akhirnya Lebih 20 Lelaki terpaksa ditiduri,perut memboyot, mengandung siapa yang susah hati?

"A WOMAN was allegedly blackmailed into sleeping with more than 20 men by her boyfriend who threatened to circulate her nude pictures on the Internet, reported China Press.

The woman, who later became pregnant, had to seek help from MIC Youth in Kuala Lumpur. - Credit and More details check it out here : Woman blackmailed into sleeping with 20 men -

So, buat wanita diluar sana, tak kiralah yang sudah bercouple or belum, berhati-hatila dengan lelaki/teman lelaki. Pernah tak dengar istilah ini : " Women Give Sex To Get Love and Men Give Love To Get Sex" . Yup, it is soo true, jangan mudah percayakan lelaki walaupun sebaik mana dia. Lelaki ni pandai, bila 'maruah' anda sudah hilang ditangannya, agak mustahil untuk dia mengahwini anda. Mereka masih mahukan yang "Masih Dara" sedangkan tak sedar diri , diri sendiri sudah tidak teruna.

Contohila seperti Lirik Lagu "Kalau Berpacaran" ini :


Boleh pandang-pandang
Jangan pegang-pegang
Duduk renggang-renggang
Bertambah sayang 
(Credit info for this Youtube video to Cikgu Dahlia )

P/s : Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.

P/s/s : Apa pula pandangan anda?

November 19, 2010

Pedas tapi Sedap

Pedas Tapi Sedap

Entry yang begitu menyentuh hati, terasa kepedasannya namun sedap.Thanks to Kak jie atas entrynya : Bila Kak Jie Dah Membebel . Extract skit,minta ampun kakjie, tidak mintak kebenaran terlebih dahulu :

" Blog peribadi telah berubah menjadi  anak syarikat Nuffnang.   Earning > BE > trafik > visitors > pageview > dan akhirnya blog peribadi menjadi duplicate Metro atau Kosmo.

Apabila anda mula hilang fokus, menulis ( tulis ke ) blog kepada hal bukan datangnya dari jiwa dan diri sendiri , hanya memenuhi keperluan ‘update’ semata² – lama kelamaan kebosanan dan keletihan mengejar ‘dateline’ target untuk sentiasa ingin melihat peningkatan earning berlaku."

Dussh, sedikit sebanyak terkena atas batang hidung sendiri. Hak3, ok,ok saya ngaku saya pun kadang-kadang terarah ke sana namun saya cuba sesuaikan mengikut minat agar saya selesa menulis dan tidak hilang minat menulis.

Apapun, lain padang lain belalang kan? Ada orang lebih selesa membaca berita akhbar, ada orang langsung tak baca berita online dan bila ada update di blog, mereka lebih selesa terjah sana. Pilihan di tangan masing-masing, yang penting hati gembira.

Tepuk dada, tanya selera. Pilhan dan cara masing-masing. Humility in Oneself, Respect for Others adalah sebaiknya. Asalkan apa yang ditulis tidak menghilangkan kebosanan dan selesa, itula sebaiknya. Banyak blog di luar sana i.e. blog artis sumbernya datang dari MStar,Harian Metro, or etc cuma diolah dengan gaya sendiri.

Thanks Kak Jie.I wish i can write like you. Sungguh indah membaca entry-entry Kak jie.

P/s : Peace No War. Yakinilah dan tulisla mengikut keselesaan anda. Tak gitu?


September 21, 2010

Kenapa Perempuan Suka Anuar Zain


Kenapa Perempuan Suka Anuar Zain?

Soalan Mudah, meh Eyriqazz tolong jawabkan, Inilah Sebab-sebabnya  Kenapa Wanita/Perempuan Sukakan Anuar Zain :

1) Paras rupa,paras rupa, paras rupa...Kacak dan hensem, surelah orang suka
2) For sure minat berlainan jantina
3)Single dan Available (siapa yang tak suka?)
4) Peramah , Mesra dan Mudah Melayan Kerenah
5) Pernah jumpa dia sekali [refer entry Anuar Zain] memang dia mudah melayan peminat dan cara dia cakap dengan sesiapa macam dah lama kenal. 
6) Nyanyian yang menusuk kalbu . Suke gila lagu Keabadian Cinta
7) Korang tambahla pula..

Sayapun Suka Anuar Zain (Peduli la apa orang nak kata, Ada aku kisah??)

Walaupun masa Annual Dinner baru-baru ni ramai yang meluat dengan dia, saya tetap ok dengan nyanyiannya. Lagipun dia mudah melayan kerenah orang, apapun lain padang lain belalang. Dah nama pun artis, mesti ada orang suka dan tak suka kan?

P/s :Oh, wanita-wanita di luar sana, Apa pula pandangan anda? Kenapa Perempuan Suka Anuar Zain?

P/s/s :Selamat Hari Lahir Buat My First Love. Betul kata orang, Cinta Pertama sukar dilupakan, kan?

May 1, 2010

Singapura Destinasi Graduan Perubatan Tempatan untuk Bekerja??

Malaysia kekurangan doktor, tapi kenapa perkara ini terjadi ?


Apakah faktor utama Penyumbang ?

1.Gaji yang murah di Malaysia
2. Kerja yang membebankan di Malaysia (seperti yang kudengari di Media Massa, graduan perubatan baru habis belajar bekerja lebih 12 jam sehari)
3. Tiada Inisiatif berkesan daripada kerajaan
4. Malaysia Boleh. Pergilah nak bekerja di mana, boleh-boleh saja.

Berkongsi pengalaman, faktor kekurangan doktor menyebabkan adikku almost sebulan untuk melakukan pembedahan memasukkan besi ke dalam kaki kerana kemalangan di hospital kerajaan.

P/s : Apa pula pandangan anda? Kenapa ini terjadi dan patutkah perkara ini berterusan?

April 16, 2010

DARA : Adakah Ianya Penting?

Salam dari Eyriqazz,

Entry untuk 18 tahun ke atas sahaja. Tengah surfing internet, terserempak la di satu web ni, dan ada perbincangan di situ dengan tajuk :

DARA : Adakah Ianya Penting? (Kredit Picture to Pakcik Google )
Rahsia Seks Hebat Untuk Suami Isteri

Inilah sedikit informasi Intisari  di sana sebelum perbincangan dimulakan :

1) Isu ini merupakan isu yang paling jarang diperbincangkan secara terbuka. Ini mungkin disebabkan sikap masyarakat kita yang masih menganggap ia sebagai isu peribadi yang boleh mengaibkan terutama kepada golongan wanita.

2)Dalam kehidupan realiti, bagaimanapun ada lelaki yang sangat menitikberatkan soal dara. Bagi mereka, dara menjamin kebahagian dan kepuasan. Pada hemat penulis, lelaki jenis ini tidak arif tentang kedudukan yang sebenar. Lelaki ini mementingkan nafsu dan menafsirkan dara sebagai satu kejadian biologi pada jasad seorang perempuan. Menurut sumber ilmu kesihatan, kejadian selaput dara ini sangat sensitif dan mudah pecah.Kehilangan dara tidak semestinya seorang gadis itu telah melakukan hubungan jenis. Mungkin ada aspek lain seperti kemalangan atau sakit yang menyebabkan seseorang itu kehilangan dara.
3)Terus terang kita nyatakan, isu dara dalam artikel ini maksudnya hubungan seksual sebelum perkahwinan (zina) akibat meluasnya pergaulan bebas dalam masyarakat kita.

4)Isunya ialah apabila masyarakat (generasi muda) mula menganut idea bahawa dara itu tidak penting maka secara tidak langsung merebak pula idea seks sebelum nikah itu sesuatu yang boleh diterima. Jika idea ini dianuti secara meluas, bukan isu dara yang perlu diatasi tetapi isu zina dan pergaulan bebas.

Diadaptasi dari polemik oleh Sdr. Fathi Aris Omar,

Majalah MUSLIMAH

Dan ini adalah beberapa :

Komen Pembaca di sana

1)to me DARA is not everthing .... ada ker tak ada ker tak terasa pun ... yang penting to me is loyalty ... kesetiaan ... what ever that she done b4 is history .. but the thing is what she want to do with me now and in the future ...

2)to me, kalau dapat yg dara tu .. its a BONUS la.
if not, takder perhal nye. tgk jugak lah, sebab apa kan.
tp takde lah pulak bende tu jadi tak penting terus.
sebab kalau dpt barai .. haru jugak. tgk lah jugak..
tp still letak kriteria 'masih dara' tu kat no 1.
xdpt .. xder hal lah.

3)dara to me mcm sealer kat botol mineral atau vitamin. Ibaratkan macam benda tu blom dibukak lagi la. Kira masih fresh. Tp fresh product bukan jaminan kualiti product. Kekadang yg dah beranak 3 pun ketat mengalahkan anak dara... itu lom kira servis lagi. Peh!

4)kite selalu cakap pasal dara. tapi kenapa tak cite pasal seorang lelaki itu teruna atau tidak?

Cukupla dulu, apsal semua komen dari lelaki ni ya?

BIla baca entry ini, teringat pantun dan entry Ada Apa Dengan Seks

Pada pandangan saya, dara ataupun tidak, andainya si Dia itu yang terbaik bagi anda , terima la dia seadanya. Tidak semua manusia itu sempurna. Kadang-kadang apa yang berlaku bukan kehendak dan salahnya.

Bak kata pepatah, tepuk dada, tanya selera. Haahkan, lelaki sibuk mempersoalkan pasal dara tapi camna dengan teruna pula? Apa pula pandangan anda?

P/s : Bukan mudah melalui ranjau sebuah perkahwinan. Adakah dengan berkahwin dengan anak dara akan terjamin suatu kehidupan dan kekeluargaan yang bahagia? So, buat lelaki di luar sana, sebelum menuding jari kepada mana-mana wanita, telitilah diri sendiri dulu. Kitani sebagai lelaki bukannya sempurna mana (termasukla diri sendiri).

P/s/s : Tajuk perbincangan seterusnya, agak-agak yang mana anda suka dan menjadi pilihan?

1) Ranjau Kewangan Seorang Lelaki Untuk Berkahwin
2) Bestke Kahwin?
3) Kahwin vs Bujang

Andalah yang menentukan.

P/s/s/s : Jika anda menggemari entry ini dan ingin kongsikannya, bolehlah gunakan widget ini :

Share It. Sharing is Caring (Boleh kongsikan di facebook, friendster,myspace,e-mail, twitter dan banyak lagi)

Widget ini berada di bawah setiap entry dibawah LinkWithin Widget (Anda Mungkin Juga meminati).Hanya tekan button + dan pilihla pilihan anda. Selamat Berkongsi.

"A little knowledge that acts is worth infinitely more than much knowledge that is idle"

March 24, 2010

Wanita Masih 'Monopoli' Universiti

Terbaca entry ini , Wanita Masih 'Monopoli' Universiti di Berita Harian , terpanggil sama untuk memberi pandangan peribadi berkenaan hal ini.

Tangan yang menghayun buaian mampu menggegarkan Universiti

Antara kupasan dan intipati menarik berkenaan entry ini adalah :

  1. Kebanyakan universiti awam di negara ini, dimonopoli pelajar wanita yang mencatat sehingga 65 peratus, berbanding lelaki sekitar 35 peratus dan bilangan itu dijangka mencapai tahap membimbang-kan jika tiada sebarang langkah diambil untuk mengimbanginya.

  2. Berikutan itu, katanya pembinaan asrama di beberapa universiti juga mengambil kira kesesuaiannya untuk penghuni wanita berbanding lelaki bagi memenuhi keperluan pelajar siswi yang semakin bertambah setiap tahun

  3. Kementerian sudah lama menyedari hal ini dan perkara ini perlu diatasi dengan bijak kerana kemasukan pelajar ke universiti dan kolej adalah berdasarkan merit dan kebolehan mereka.
Persoalannya sekarang,  kenapa perkara ini berlaku ?

Adakah kerana semakin ramai pelajar lelaki terjebak dan berminat menjadi Mat Rempit?

Jangan jadi Mat Rempit, jadikan Kisah Mat Rempit ini sebagai pengajaran. Inilah pandangan peribadi ku kenapa jurang begitu besar antara pelajar wanita dan lelaki di Universiti (2:1 lebih kurang).

1) Bilangan populasi wanita yang lebih ramai di Malaysia. Kalau ikutkan bancian terkini, rasanya nisbahnya adalah 1:3 (lelaki vs wanita)

2) Sikap. Lelaki mudah terpengaruh dengan rakan-rakan sebaya dan terjebak dengan gejala tidak sihat contohnya merempit. Tidak dinafikan juga, wanita lebih rajin dalam pelajaran ini.

3)Minat. Lelaki terutamanya di kampung lebih berminat dengan bidang teknikal seperti membaiki kereta, pertukangan dan sebagainya.

4)Zaman sudah berubah. Dulu ramai wanita yang kahwin awal . Sekarang ini, majoriti keluarga kedua-dua bekerja termasuklah saya sendiri. Kos sara hidup / sifat wanita yang lebih berdikari dan mahukan kerjaya sendiri menjadi salah satu sebab perkara ini berlaku.

5) Tepuk dada tanya selera. Sejak zaman saya belajar pun, memang bilangan pelajar wanita lebih ramai. Bila dah fly ke UK, barulah nisbahnya sekata.

Oh ya, kalau diikutkan keputusan SPM, pelajar cemerlang/terbaik sudah bertahun-tahun dikuasai kaum wanita termasuklah yang terbaru, SPM 2009.

P/s : Apa pula pandangan anda? Kenapa agaknya wanita memonopoli Universiti?
Related Posts with Thumbnails