Saya ada menerima e-mail dari seorang reader, mungkin dari entri Pinjaman Peribadi Ini. Dia ada masalah, dan eyriqazz sendiri tidak mampu untuk berikan jawapan kepada permasalah ini. Jadi, saya lontarkan di sini, kot-kot ada yang mampu berikan nasihat or cadangan :
Mrs X : "Saya Mrs X dan saya ada terbaca ttg Pinjaman Peribadi. Bagaimana cara utk sy memohon.Untuk maklumat tuan, saya bekerja di xxx Petroleuem selama 4 tahun. Saya dah mempunyai loan dgn bank rakyat. Tp disbbkan sy mempunyai masalah kewangan yg agak kritikal, ada beberapa loan jd tertunggak. Terutama kad kredit. Untuk selesaikan tunggakan kad kredit saja saya memerlukan dalam 100k dan 100k utk pinjaman peribadi yg tertunggak. Bermakna saya memerlukan 200k. Saya berharap sangat2 sekiranya tuan dapat membantu saya. Saya ucapkan terima kasih dan moga Allah permudahkan segala urusan kita..Amin
Jawapan balas saya : Saya pun tak pasti camne nak guide. Coz, semua personal loan saya telahpun saya restructurekan dan refinance dengan bank rakyat.Rasanya, bagi kes Puan agak susah untuk apply loan baru coz current loan already too high.Mungkin puan boleh nego dengan bank utk buat arrangement bayaran. Ataupun cadangan saya berjumpa dengan AKPK utk minta bantuan mereka sebelum terlewat.
Jawapan dia kembali : Terima kasih sbb sudi jawab email saya. Saya telah pun berjumpa dgn pihak AKPK ( walaupun hati berat nak berjumpa dgn pihak AKPK ) tapi mereka tidak menerima kes saya sbb saya mempunyai masalah dgn kad kredit saja. Takpa saya akan cuba dengan cara lain pulak..
Saya dahului dengan terima kasih byk2.
Aiseh, sedih pula mendengarnya. AKPK pun tidak dapat menerima kesnya. Tips Mudah Lulus Pinjaman ini pun saya tak pasti dapat membantunya or tidak, kerana rasanya ia lebih applicable untuk loan baru bukan yang sudah kritikal.
Moral of the story dari kisah ini, Kredit Kad memang membunuh. Kecil-kecil jadi kawan, besar-besar jadi lawan. Say No to Credit Card
P/s : Harap siapa yang berpengalaman dalam hal ini, bolehla kasi cadangan camna untuk membantu masalah ini. Kalau anda di situasi ini, What Will You Do?

