Showing posts with label what will you do. Show all posts
Showing posts with label what will you do. Show all posts

November 30, 2012

What Will I Do - Masalah dengan Pinjaman Kereta



What will I do jika saya berada di situasi Mrs X seperti di entri INI. Ringkasan permasalahannya :

Mrs X Berjaya mendapatkan bantuan AKPK untuk masalah pinjaman peribadi dan kredit kadnya yang tertunggak 4 bulan. Saya rasakan AKPK membantu dalam mengurangkan jumlah bayaran balik tersebut. Satu lagi masalah timbul berkenaan Pinjaman Kereta yang diambil menggunakan nama adik ipar dan sedang digunakannya kini dan pinjaman tersebut menggunakan slip gaji palsu yang dibuat oleh penjual kereta. Apa yang perlu Mrs X buat?

Cadangan Eyriqazz :

1) Langkah 1 - Berbincang dengan Pihak Bank

- Bawa adik ipar berbincang dengan pihak bank. Adik ipar wajib hadir kerana most bank tidak akan melayan proposal dari third party. Ceritakan kisah sebenar (mungkin boleh tinggalkan part slip gaji palsu tu). Inform bank yang anda dalam masalah kewangan dan mahu reschedule/restructure the loan berdasarkan kemampuan sekarang. I.e. dari RM500 kepada RM300. Lakukan seberapa segera kerana jika legal action sudah diambil, semakin sukar proposal anda untuk diterima pihak bank.
Sekiranya bank bersetuju, selesai masalah. Jika bank tidak bersetuju, minta bantuan khidmat LINK Bank Negara Malaysia, FMB (Financial Mediation Bureau) ataupun bolehla jumpa AKPK . In this case, still adik ipar anda kena mainkan peranan.

2) Langkah 2 – Kurang Perbelanjaan, Tingkatkan Pendapatan
- Hendak atau tidak, kenala planning semula perbelanjaan dan pendapatan bulanan. Tengok balik perbelanjaan dan cuba kurangkan perbelanjaan yang boleh dijimatkan i.e. Astro, bawa bekal dari rumah, dan sebagainya. Tingkatkan pendapatan, cuba bina side Income . Banyak sumber pendapatan yang boleh dijana dari rumah i.e. berblog, Program Affiliate, menjual produk online atau buat bisnes kecil-kecilan. Simpanan itu penting,start small i.e. dari RM1 sehari. Boleh praktikkan Tips Menabung Tabung Bunian ini juga.

P.s :  Apa pula pandangan anda? What will you do kalau anda berada di situasi Mrs X?

November 29, 2012

What Will You Do : AKPK dan Pinjaman Kereta

Kerja lama eyriqazz dulu adalah "Ah Long with a licence one". Atau, dengan kata mudah, pengutip hutang/recovery officer bagi pihak bank. Sedikit sebanyak, taula serba sedikit prosedur dan cara untuk membuat proposal bagi menyelesaikan masalah dengan "Pinjaman".

Eyriqazz dihubungi pembaca blog bertanyakan pendapat eyriqazz :



Mrs X : assalam.. bkenaan ngn artikel "masalah dgn pinjaman anda", bole encik berikan sy contoh bgmn surat proposal kpd bank tu?
Eyriqazz : 
Saya tiada contoh surat..tapi kalau mahukan nasihat, saya boleh berikan..dah berapa bulan loan o/s? dah sampai stage mana legal actions?


Mrs X : 
personal loan & c/card hampir 4 bln.. akaun tlh d batalkn & legal action meminta semua o/s dilangsaikan..
Eyriqazz : 
Ic...boleh katakan dah agak berat tu....Dah pergi ke AKPK? Personal loan & kredit kad dari bank mana ?


Mrs X : 
baru bcadang nk ke akpk mggu dpn. personal loan ngan X bank, dan Credit Card dengan Y Bank ...
Eyriqazz : 4 bulan tu dah kira NPL dan agak teruk..especilly Y  bank tu memang dah agak berat..mereka legal actions ni memang pantas....AKPK antara tempat bagus utk pergi minta bantuan sebelum kes ni ada legal actions...

Beberapa minggu selepas itu....

Mrs X : tq ats nasihat saudara. sy dh bjaya msuk program akpk. sy nk minta pndpt saudara. begini, kereta yg sy gunakn skrg adalah ats nma adik ipar sy. sbbnya nma dia buat msa itu masih tdk ada loan kt mna2 bank. mslhnya skrg ialah kebelakangan ini sy tdk dpt cover byrn bulanan kereta tsbt sbb bebanan kwgn yg d luar jgkaan. salesman ketika itu tlh submit 1 pay slip yg hanya rekaan kpd pihak bank. 

jd, sy bcdg nk slow talk ngn pihak bank utk restructure byrnn blnn kereta tsbt mngikut kmampuan sy skrg. tp, yg merunsingkn sy cmne nk ckp kt bank yg kereta tu ats nma adik ipar sy & adakah payslip tsbt akn mjejaskan pmohonan sy? mohon bg pndpt saudara. tq!


Jika anda di situasi Mrs X, What Will You Do?


March 12, 2012

What Will You Do : Masalah Dengan Pinjaman Peribadi dan Kredit Kad

As Salam readers,


Saya ada menerima e-mail dari seorang reader, mungkin dari entri Pinjaman Peribadi Ini. Dia ada masalah, dan eyriqazz sendiri tidak mampu untuk berikan jawapan kepada permasalah ini. Jadi, saya lontarkan di sini, kot-kot ada yang mampu berikan nasihat or cadangan :

Mrs X : "Saya Mrs X dan saya ada terbaca ttg Pinjaman Peribadi. Bagaimana cara utk sy memohon.Untuk maklumat tuan, saya bekerja di xxx Petroleuem selama 4 tahun. Saya dah mempunyai loan dgn bank rakyat. Tp disbbkan sy mempunyai masalah kewangan yg agak kritikal, ada beberapa loan jd tertunggak. Terutama kad kredit. Untuk selesaikan tunggakan kad kredit saja saya memerlukan dalam 100k dan 100k utk pinjaman peribadi yg tertunggak. Bermakna saya memerlukan 200k. Saya berharap sangat2 sekiranya tuan dapat membantu saya. Saya ucapkan terima kasih dan moga Allah permudahkan segala urusan kita..Amin

Jawapan balas saya : Saya pun tak pasti camne nak guide. Coz, semua personal loan saya telahpun saya restructurekan dan refinance dengan bank rakyat.Rasanya, bagi kes Puan agak susah untuk apply loan baru coz current loan already too high.Mungkin puan boleh nego dengan bank utk buat arrangement bayaran. Ataupun cadangan saya berjumpa dengan AKPK utk minta bantuan mereka sebelum terlewat.

Jawapan dia kembali : Terima kasih sbb sudi jawab email saya. Saya telah pun berjumpa dgn pihak AKPK ( walaupun hati berat nak berjumpa dgn pihak AKPK ) tapi mereka tidak menerima kes saya sbb saya mempunyai masalah dgn kad kredit saja. Takpa saya akan cuba dengan cara lain pulak..

Saya dahului dengan terima kasih byk2.

Aiseh, sedih pula mendengarnya. AKPK pun tidak dapat menerima kesnya. Tips Mudah Lulus Pinjaman  ini pun saya tak pasti dapat membantunya or tidak, kerana rasanya ia lebih applicable untuk loan baru bukan yang sudah kritikal.



Moral of the story dari kisah ini, Kredit Kad memang membunuh. Kecil-kecil jadi kawan, besar-besar jadi lawan. Say No to Credit Card




P/s : Harap siapa yang berpengalaman dalam hal ini, bolehla kasi cadangan camna untuk membantu masalah ini. Kalau anda di situasi ini, What Will You Do?

October 24, 2011

What Will You Do?


Actually, persoalan ini telahpun ditanya dan dibuat entry sebelum ini di blog Abang Ensem --> What Will You Do? . Ohh, temptation, temptation, berbelah bagi, lebih-lebih lagi bila menerima mesej ini minggu lepas :

Rumah yang dibeli pada harga RM268K, now dah ada yang mahu membeli RM420K

Inilah yang bermain di fikiran saya kenapa saya agak keberatan untuk menjual rumah pertama saya ini :

1) Skangni saya lebih prefer Nak Senang dulu. Aset disimpan untuk masa depan anak-anak
Learn from this Seminar

2) Sentimental value. Rumah pertama plus loan dibuat guna loan kakitangan yang hanya 3.5% Interest. Sekali saja boleh apply. Isteri memang agak keberatan untuk jual rumah ini.

3) Susah nak cari rumah lain pada harga yang sama di KL ini. In case of bubble pun, rasanya kejatuhannya tidakla begitu besar.

4) Lokasinya yang strategik.Dekat dengan both tempat kerja eyriqazz dan Isteri. Sekarang dah ada Hospital Columbia yang hampir siap, KL Festival City Shopping Complex, dan pelbagai lagi. I believe, within 10 years, harganya mungkin mencecah Setengah juta.

Ooh, tapi temptation juga. Kalau jual tak kena RPGT coz rumah pertama. Untung bersih dalam RM100K+ bolehla rolling untuk beli rumah lain or Investment yang boleh meningkatkan lagi kedudukan kewangan kami.

Kalau anda di situasi saya, What Will You Do?
Related Posts with Thumbnails