November 29, 2012

What Will You Do : AKPK dan Pinjaman Kereta

Kerja lama eyriqazz dulu adalah "Ah Long with a licence one". Atau, dengan kata mudah, pengutip hutang/recovery officer bagi pihak bank. Sedikit sebanyak, taula serba sedikit prosedur dan cara untuk membuat proposal bagi menyelesaikan masalah dengan "Pinjaman".

Eyriqazz dihubungi pembaca blog bertanyakan pendapat eyriqazz :



Mrs X : assalam.. bkenaan ngn artikel "masalah dgn pinjaman anda", bole encik berikan sy contoh bgmn surat proposal kpd bank tu?
Eyriqazz : 
Saya tiada contoh surat..tapi kalau mahukan nasihat, saya boleh berikan..dah berapa bulan loan o/s? dah sampai stage mana legal actions?


Mrs X : 
personal loan & c/card hampir 4 bln.. akaun tlh d batalkn & legal action meminta semua o/s dilangsaikan..
Eyriqazz : 
Ic...boleh katakan dah agak berat tu....Dah pergi ke AKPK? Personal loan & kredit kad dari bank mana ?


Mrs X : 
baru bcadang nk ke akpk mggu dpn. personal loan ngan X bank, dan Credit Card dengan Y Bank ...
Eyriqazz : 4 bulan tu dah kira NPL dan agak teruk..especilly Y  bank tu memang dah agak berat..mereka legal actions ni memang pantas....AKPK antara tempat bagus utk pergi minta bantuan sebelum kes ni ada legal actions...

Beberapa minggu selepas itu....

Mrs X : tq ats nasihat saudara. sy dh bjaya msuk program akpk. sy nk minta pndpt saudara. begini, kereta yg sy gunakn skrg adalah ats nma adik ipar sy. sbbnya nma dia buat msa itu masih tdk ada loan kt mna2 bank. mslhnya skrg ialah kebelakangan ini sy tdk dpt cover byrn bulanan kereta tsbt sbb bebanan kwgn yg d luar jgkaan. salesman ketika itu tlh submit 1 pay slip yg hanya rekaan kpd pihak bank. 

jd, sy bcdg nk slow talk ngn pihak bank utk restructure byrnn blnn kereta tsbt mngikut kmampuan sy skrg. tp, yg merunsingkn sy cmne nk ckp kt bank yg kereta tu ats nma adik ipar sy & adakah payslip tsbt akn mjejaskan pmohonan sy? mohon bg pndpt saudara. tq!


Jika anda di situasi Mrs X, What Will You Do?


10 comments:

  1. tak terjangkau dek fikiranku..tp rasanya adik ipar nye kot yg kena pegi dkt bank utk restructure blk payment kete

    ReplyDelete
  2. Try slow talk ngan bank...
    Lagipun, Bank kalau orang bayar hutang lagi dia suka, dari tak bayar terus...

    ReplyDelete
  3. wah macam-macam hal rupenye pasal pinjaman ni.

    ReplyDelete
  4. rasanya setuju ckp Suliana tu.. hanya penama dalam loan tu yang boleh gi bank untuk mohon reduce rasanya.. betul tak En. Mat Tiger..

    ReplyDelete
  5. rasanya setuju ckp Suliana tu.. hanya penama dalam loan tu yang boleh gi bank untuk mohon reduce rasanya.. betul tak En. Mat Tiger..

    ReplyDelete
  6. saya rasa mrs X tu tak boleh pegi ke bank, sebab kerete tu atas nama adik ipar dia, saya rasa the best is adik ipar dia yang ke bank dan berbincang, mungkin boleh cari penyelesaian.. -- kesian pula dengan adik ipar nya

    ReplyDelete
  7. editlah email depa bagi bahasa jelas
    kena baca dua tiga kali , baru nak faham
    nak bagi pendapat pun dah hilang fokus.

    p/s - ada pengalaman dgn loan rumah dan kereta atas nama sendiri, juga urusan kwsp

    ReplyDelete
  8. truth will set u free. just present your actual issue. harap akpk satu hal tapi at the end diri sendiri juga yg kene usahakan

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails

Hidupkan Untuk Memberi