March 24, 2010

Wanita Masih 'Monopoli' Universiti

Terbaca entry ini , Wanita Masih 'Monopoli' Universiti di Berita Harian , terpanggil sama untuk memberi pandangan peribadi berkenaan hal ini.

Tangan yang menghayun buaian mampu menggegarkan Universiti

Antara kupasan dan intipati menarik berkenaan entry ini adalah :

  1. Kebanyakan universiti awam di negara ini, dimonopoli pelajar wanita yang mencatat sehingga 65 peratus, berbanding lelaki sekitar 35 peratus dan bilangan itu dijangka mencapai tahap membimbang-kan jika tiada sebarang langkah diambil untuk mengimbanginya.

  2. Berikutan itu, katanya pembinaan asrama di beberapa universiti juga mengambil kira kesesuaiannya untuk penghuni wanita berbanding lelaki bagi memenuhi keperluan pelajar siswi yang semakin bertambah setiap tahun

  3. Kementerian sudah lama menyedari hal ini dan perkara ini perlu diatasi dengan bijak kerana kemasukan pelajar ke universiti dan kolej adalah berdasarkan merit dan kebolehan mereka.
Persoalannya sekarang,  kenapa perkara ini berlaku ?

Adakah kerana semakin ramai pelajar lelaki terjebak dan berminat menjadi Mat Rempit?

Jangan jadi Mat Rempit, jadikan Kisah Mat Rempit ini sebagai pengajaran. Inilah pandangan peribadi ku kenapa jurang begitu besar antara pelajar wanita dan lelaki di Universiti (2:1 lebih kurang).

1) Bilangan populasi wanita yang lebih ramai di Malaysia. Kalau ikutkan bancian terkini, rasanya nisbahnya adalah 1:3 (lelaki vs wanita)

2) Sikap. Lelaki mudah terpengaruh dengan rakan-rakan sebaya dan terjebak dengan gejala tidak sihat contohnya merempit. Tidak dinafikan juga, wanita lebih rajin dalam pelajaran ini.

3)Minat. Lelaki terutamanya di kampung lebih berminat dengan bidang teknikal seperti membaiki kereta, pertukangan dan sebagainya.

4)Zaman sudah berubah. Dulu ramai wanita yang kahwin awal . Sekarang ini, majoriti keluarga kedua-dua bekerja termasuklah saya sendiri. Kos sara hidup / sifat wanita yang lebih berdikari dan mahukan kerjaya sendiri menjadi salah satu sebab perkara ini berlaku.

5) Tepuk dada tanya selera. Sejak zaman saya belajar pun, memang bilangan pelajar wanita lebih ramai. Bila dah fly ke UK, barulah nisbahnya sekata.

Oh ya, kalau diikutkan keputusan SPM, pelajar cemerlang/terbaik sudah bertahun-tahun dikuasai kaum wanita termasuklah yang terbaru, SPM 2009.

P/s : Apa pula pandangan anda? Kenapa agaknya wanita memonopoli Universiti?

29 comments:

  1. org ppuan ni bijak dan rajin.. :P

    ReplyDelete
  2. org llaki mls nk smbg blaja.ni normal answer bl sy pg saje2 interview bdk2 llaki yg suka jd kutu rayau.

    lg satu mebila diorg ni dh rs cm idup sng sbb dh jd 'pusher' since zaman skola.so diorg dh mlsla nk smbg blaja.

    ReplyDelete
  3. 1.kerana kesedaran wanita akan kepentingan ilmu dalam kehidupan

    2.wanita ingin mencari wang sendiri dengan kelulusan yang baik dari universiti supaya mereka boleh beli barang yang disukai dan meringankan beban suami

    ReplyDelete
  4. bangga nye jd wanita ;)

    ReplyDelete
  5. bg pandangan ena
    bila perempuan dah mula masuk sek, perempuan akan belajr betul2
    tapi lelaki masih lagi leka bermain

    perempuan cepat malu klu dpt result yg teruk
    lelaki boleh wat biasa jea

    pd pandangan ena la

    ReplyDelete
  6. setuju dengan pendapat di atas
    ramai lelaki dah terjebak dalam hal tak sepatutnya
    bukan salah mak bapak
    ada akal tapi tak penah guna
    ops!!

    ReplyDelete
  7. wanita malas kerja..mereka suke studyyy je!!!ha3

    ReplyDelete
  8. sebab tu la ramai wanita susah dapat keje..dah ramai yang pandai-pandai..

    ReplyDelete
  9. Lebih komited.
    Ada daya kesedaran yg tinggi.

    ReplyDelete
  10. lelaki sikit, so rasa special, so mmg mcm best, xyah belajar dh. hak hak

    ReplyDelete
  11. kelas aku time blaja dulu dari 23 orang...laki 8 orang jek....
    mungkin nak kiamat dah agaknya

    ReplyDelete
  12. setiap tahun isu ni wujud kan? lelaki x ramai kat uni mungkin sebab dorang banyak masuk institut kemahiran, politeknik, pusat giat MARA dsb.

    ReplyDelete
  13. lelaki atau wanita sama pandainya...
    Cuma mungkin wanita nak lebih berdikari dan tak mahu hanya bergantung pada lelaki...

    ReplyDelete
  14. sebab pompuan nih rajin sikit..tapi takleh nak cakap jugak,.skng nio ramai tau laki..

    ReplyDelete
  15. Dh populasi dunia pun, perempuan lebih ramai dari lelaki. Terimalah, yg berjaya jd 'org' pun lebih ramai perempuan lah.

    ReplyDelete
  16. salam..wanita lebih dominan daripada lelaki adalah salah satu tanda kecil kiamat

    Wallahu'alam

    ReplyDelete
  17. ye bro..btol tu..tapi masalahnya ke manakah pelajar laki nih..ke diorg masok ke tmpt lain utk mnuntu ilmu...sapa tao kan..

    ReplyDelete
  18. ssah kalau macam ni. haish.. lama2 perempuan kuasai dunia. ohh! tidak.. *dh fikir jauh..

    ReplyDelete
  19. mungkin sbb kaum wanita rasa dia tak boleh hidup tanpa education. qualification tu kena ada utk kerja nanti since kos sara hidup skrg dah tinggi. :)

    ReplyDelete
  20. akhir zaman kot...perempuan lebih ramai dari lelaki..jadi ppuan peratusan di U pun tinggi la

    ReplyDelete
  21. wanita mmg rajin(puji ikhlas tau)...hehehe

    ReplyDelete
  22. mungkin byk pelajar lelaki lebih kearah teknikal mahupun kemahiran....
    xsemestinya masuk "u" cerah peluang nya...
    tapi kena ikut sektor2 yg diperlukan negara...
    memang xdinafikan, pompuan lebih ramai dr lelaki di universiti

    ReplyDelete
  23. There's only a reason. Sebab dorang punya SPM result yang mmg dah teruk. But mainly it's because of how parents bring them up.

    Saya cakap melalui pengalaman. Abang I lepas SPM tak smbg blaja. Tapi Alhamdulillah dia tak jadi rempit. Dia jaga kedai ayah saya.

    ReplyDelete
  24. perempuan lebih rajin dr lelaki

    ReplyDelete
  25. well.. women are more studious? =)

    ReplyDelete
  26. sbb perempuan mmg rajin, tu je bezanya. hehehe. lgpn skrg ni education sgt penting laa, perempuan rase dgn education boleh bawak dorang pegi jauh! :) tk kn nk depends dkt laki kn?

    ReplyDelete
  27. lelaki malas sikit..tak suka bab akademik dan lebih cenderung ke arah yang teknikal..

    ReplyDelete
  28. makin bljr mkin bnyk hutang wtpee..tgkla list of bilionair, bukan list pelajar cemerlang..bukan seksis, cume xsemestinye klu laki tu mat rempit maknenye die xde otak..cume laki ni mmg bukan dijadikan utk memerap hafal buku..laki sukakan praktikal. pmpn? hai cikgu..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails