Showing posts with label aeon. Show all posts
Showing posts with label aeon. Show all posts

April 30, 2012

Jalan-Jalan di Seremban AEON 2 Shopping Centre

Semasa bercuti di Melaka/Seremban beberapa bulan lepas, sempatlah singgah di Seremban AEON Shopping Centre. Boleh tahan besar dan meriahnya :

Dulu JUSCO, Skang sudah ditukar nama kepada AEON
Suasana Santai. Tak crowded mana. Nak jalan dan shopping pun selesa
Tertidur pula puteriku
Sony Centre
Restoran Arena Food Court. Tak sempat nak terjah
Jom Shopping. Reward Point AEON memang menarik hati 
Window shopping. Terapi minda bagi wanita kan?
Jom beli buku di MPH
Dah bangun. Dapat main games bukan main seronok laa lagi

September 26, 2011

AEON Bukit Tinggi, Klang

Last week lepasje pi Beraya di Rumah Abangensem, sempatla singgah di AEON Bukit Tinggi,Klang. Isteri nak sangat singgah sini, katanya ini AEON terbesar di Malaysia. Banyak kedai etc.

AEON Bukit Tinggi, Klang. Memang besar shopping mall nya
S&J. Menarik mainan di sini.Alisya teruja
Jusco. Salah satu tempat shopping kegemaran kami seisi keluarga
Tempat games. Umm,makin teruja Alisya
Papa, Tunggu sini. Mama nak pi shopping dulu...Hik3..
Tempatnya Santai, selesa, tak crowded mana dan memang menarik laa untuk golongan wanita especially
Jalur Gemilang dikibarkan
Sukala jalan-jalan sini. Tak crowded. Tempatpun luas
Tengok Alisya, macam dah selalu datangje sini

P/s : Buat AbangEnsem, silala bawa Isteri shopping sini @ AEON Bukit Tinggi, Klang. Tentu dia lebih teruja...Hik3..

September 2, 2010

AEON Mahu Beli Asset Carrefour


AEON Mahu Beli Asset Carrefour?

Ura-ura dan berita yang didengari bahawa Carrefour Bakal Ditutup dan Dilelong mungkin ada benarnya. Terbaru dilaporkan bahawa AEON berminat untuk membeli Aset Carrefour. Inilah beritanya :

"TOKYO, Sept 1 – Aeon Co Ltd, Japan’s second-largest retail group, will bid for the Thai, Malaysian and Singaporean operations of French retailer Carrefour, three sources familiar with the matter said.

The purchase would almost triple its outlets in the three Southeast Asian nations. Aeon operates 27 Malaysian stores and 11 outlets in Thailand.

Aeon, is being advised by Nomura, according to the sources, who were not authorised to speak publicly about the matter. – Reuters and The Malaysian Insider - "

Umm, tak lama lagi mungkin tiada lagi kelibat Carrefour di Malaysia. Rindu jugala nanti nak shopping di Carrefour, salah satu tempat membeli belah setiap minggu .

P/s :Apakah agaknya nasib yang bakal menimpa ribuan pekerja Carrefour ya? Dengan Keadaan ekonomi yang masih belum pulih sepenuhnya, bukan mudah untuk mencari pekerjaan baru. 

August 20, 2010

Kelebihan AEON Kredit Kad

Memang berbaloi-baloi menggunakan AEON Kredit Kad. Banyak kelebihannya . Memang berbaloi saya Curang walaupun Kesetiaan ku Diuji beberapa bulan yang lepas. Selepas menggunakannya beberapa bulan, memang berpuas hati. Dan salah satu Kelebihan AEON Kredit Kad yang kami kecapi lagi adalah :

Dapat Redeem dengan Jusco Gift Voucher

Bulan ini redeem dpt RM190 Jusco Voucher. Ini redeem kali kedua or ketiga tahun ini rasanya. Before ni a few hundred juga rasanya. Dengan Kredit Kad AEON , matanya jadi berganda bila shopping di Jusco. Shopping di tempat lain still dpt point walaupun kurang skit. Before this, setahun pakai Maybank Credit Card nak dapatkan RM100 voucher pun susah. Tapi dengan AEON ni, tak sampai setahun dah lebih RM200 kami redeem voucher setakat ini.

Banyak lagi kelebihan kredit kad ini, bolehla refer sini [ Kelebihan AEON kredit kad ] . Rasanya ini antara kredit kad terbaik di Malaysia especially jika anda pengguna/pembeli setia di JUSCO.

Apapun, tepuk dada,tanya selera. Pesanan buat AEON kredit kad ,rasanya syarikat anda patut Advertise Kredit Kad ini di Nuffnang untuk menarik lebih ramai pengguna. Saya percaya tentu ramai yang akan lebih tertarik especially bila buat event dianjurkan sekali bersama Nuffnang juga. Belum cuba, belum tahukan? Sudah cuba, mahu cuba-cuba lagi.

P/s : Bolehla shopping baru raya untuk Alisya dan Mama nanti.

P/s/s : Apa pula kredit kad pilihan anda dan kenapa ianya menjadi pilihan? Manatau boleh dicuba di masa hadapan jika ianya bagus.

February 23, 2010

Kesetiaan Ku Diuji

Kenapa begini jadinya? Kusangkakan panas sehingga petang, namun hujan di tengah hari. Ohh, kesetiaan ku betul-betul diuji. Pilihan dan keputusan perlu ku buat. Di telan mati Mak, diluah mati ayah. Serba salah aku dibuatnya.Why,Why Me? Kenapa aku yang diuji sebegini?Ohh,susahnya :

Untukku membuat Keputusan

Pertemuanku dengan gadis cantik itu di sebuah Pasar Raya telah meruntun perasaan dan sanubariku. Adakah aku perlu curang? Aku begitu sayangkan mu,Sayang. Aku setia denganmu sejak dulu lagi dan aku tidak pernah beralih angin. Susah senang dilalui bersama dan dikau telah banyak menolongku terutamanya dalam kewangan. Tanpamu, mungkin susah untukku meneruskan sisa-sisa hidup yang penuh cabaran ini.

Namun, Iman ku semakin tergugat. Susah untuk kulupakan pelawaan yang begitu menarik itu. Once in a lifetime opportunity, susah untuk kulepaskan. Berbulan-bulan aku memikirkan pelawaan tersebut, dan agak susah untukku membuat keputusan, namun keputusan perlu dibuat. Berat bahu yang memandang, berat lagi bahu yang memikul.

Akhirnya, aku membuat keputusanku beberapa minggu yang lepas. Maafkan aku Sayang, aku terpaksa curang kepadamu walaupun telah bertahun-tahun aku setia kepadamu. Aku curang kepadamu demi :


AEON Credit Card

Maafkan ku Sayang (Maybank Credit Card), aku curang kepadamu.Tawaran AEON Kredit Kad begitu menarik dan sukar untuk kulepaskan. Sistem pointnya lebih menarik dan aku dan Isteri adalah pengguna setia JUSCO.Setiap tahun, tanpa kredit kadpun ,lebih RM100 voucher kami perolehi.Dengan kredit kad, jumlah ini akan menjadi berganda . Sedangkan dengan point mu, nak dapatkan voucher RM10 Pizza Hut pun dekat 3,000 point (RM3,000) perlu dibelanjakan . Dengan AEON tidak sampai 1,500 point (RM1,500 guna kad) aku sudah ble dapat voucher sebegitu. Aku terpaksa curang kepadamu namun jasamu tetap ku kenang.

Hik3, siapa yang terkena ya? Gadis cantik itu adalah promoter yang mempromosikan kredit kad di JUSCO itu.Hehehe, aku rasa aku membuat pilihan yang tepat. Sebagai pengguna ,kurasakan aku layak untuk memilih pilihan yang bersesuaian dengan citarasaku dan menjanjikan kegembiraan buatku.Isteriku suka benar shopping di Jusco dan memang selesa shopping disitu.Kemudahannya memang memuaskan.

P/s :Bukan aku saja yang curang. Isteriku juga ku pujuk untuk curang.Hasilnya, both of us adalah pengguna AEON Credit Card now. Bagi kami, "Kami Mesti Pilih".Baguske curang-curang ni ye?

P/s/s :Anda pula bagaimana? Kredit Kad apa pilihan anda?Kalau saya memilih JUSCO, apa pula pilihan anda?

P/s/s/s :Berhati-hati menggunakan kad kredit. Tersilap langkah, buruk padahnya. Honestly, kredit kad ini lebih by membawa keburukan daripada kebaikan tapi ianya bagaikan satu keperluan kini.Betultak?
Related Posts with Thumbnails