Showing posts with label carrefour. Show all posts
Showing posts with label carrefour. Show all posts

April 3, 2011

Karnival Panas Carrefour

Semalam pergi Carrefour, ada Karnival Panas dari Carrefour. Apa yang panasnya?Fuhh, bukan main lagi strategi marketingnya. Teruja eden, rupa-rupanya jualan murah/sales la. Yerla, Malaysia ni kan almost tiap-tiap bulan ada sales, so orang meluat juga nama samakan? Pakai namai Karnival Panass, barula mengancam lebih kan?


Karnival Panas, memang panas...

Belajar marketing dulu, 9 sen dibelakang just a marketing untuk menarik lebih ramai pembeli

Rm 0? Biar betik? Baru je nak angkat, rupa-rupanya beli RM300+ ke atas, dptla free beras ketupat ni free

Umm, Macam tak jauh bezapun harga dengan before Sale...Hik3, Isteri yang selalu shoppingkan barang dapur,so kurang perasanla
Ramai orang, tapi tak seramai cam biasa. Umm, semua pergi terjah AEON Jusco Setiawangsa tengok Live AF 9 ke?

Nowadays, I don't believe much in Sales. Mostly gimik, tak byk yang sales manapun.Tapi tak taula, saya bukannya penyopping tegar. Just temankan wifey, the rest mostly isteri yang uruskan.

P/s : Apa kata anda? Kenapa Malaysia banyak sangat Sales ya?

September 2, 2010

AEON Mahu Beli Asset Carrefour


AEON Mahu Beli Asset Carrefour?

Ura-ura dan berita yang didengari bahawa Carrefour Bakal Ditutup dan Dilelong mungkin ada benarnya. Terbaru dilaporkan bahawa AEON berminat untuk membeli Aset Carrefour. Inilah beritanya :

"TOKYO, Sept 1 – Aeon Co Ltd, Japan’s second-largest retail group, will bid for the Thai, Malaysian and Singaporean operations of French retailer Carrefour, three sources familiar with the matter said.

The purchase would almost triple its outlets in the three Southeast Asian nations. Aeon operates 27 Malaysian stores and 11 outlets in Thailand.

Aeon, is being advised by Nomura, according to the sources, who were not authorised to speak publicly about the matter. – Reuters and The Malaysian Insider - "

Umm, tak lama lagi mungkin tiada lagi kelibat Carrefour di Malaysia. Rindu jugala nanti nak shopping di Carrefour, salah satu tempat membeli belah setiap minggu .

P/s :Apakah agaknya nasib yang bakal menimpa ribuan pekerja Carrefour ya? Dengan Keadaan ekonomi yang masih belum pulih sepenuhnya, bukan mudah untuk mencari pekerjaan baru. 

July 7, 2010

Carrefour Bakal Ditutup dan Dilelong

Sungguh terkejut dan terperanjat apabila dimaklumkan oleh seorang rakan bahawa Carrefour bakal Ditutup dan dilelong. Bukan di Malaysia saja, malah ianya melibatkan Thailand dan Singapura juga. Oh, adakah berita yang diberitahu oleh rakan saya ini benar?

Carrefour Oh Carrefour

Entry Carrefour to exit Thailand, Singapore and Malaysia turut dirujuk. Sedikit informasi berkenaannya :

1) Carrefour bakal menjual dan melelong unitnya di Malaysia, Singapura dan Thailand yang membolehkan jualan sekitar $1 Billion .

2) Carrefour sedang bekerjasama dengan Goldman Sach dan UBS untuk lelongan ini namun tiada komen diberikan dari ketiga-tiga pihak ini.

3) Syarikat Peruncit kedua terbesar di dunia ini milik Syarikat Perancis ini telahpun keluar dari pasaran Jepun dan Korea dan menumpukan kepada pasaran yang lebih berdaya saing seperti India. Faktor utamanya adalah kemerosotan ekonomi.

Adakah faktor :

Prestasi memalukan Pasukan Perancis di Piala Dunia 2010 turut menjadi penyebab?

Jika perkara ini benar, ianya amatlah merugikan kepada negara dan juga pengguna. Saya salah seorang pengguna setia Carrefour .Tiap-tiap minggu pasti ke Carrefour untuk membeli barang keperluan. Sekiranya Carrefour ditutup, banyak kesan lain yang akan timbul seperti pengganguran, Income merosot buat negara, harga hartanah di tempat itu mungkin jatuh dan pelbagai lagi.

Harap-harap berita yang saya dengar ini tidak betul. Sayang jika Carrefour hilang dari pasaran Malaysia. Namun, ada pepatah mengatakan, patah tumbuh hilang berganti? Mungkin Jusco, Tesco, Mydin ataupun syarikat lain akan mampu untuk menggantikan Carrefour ?Kita tunggu dan lihat saja.

Carrefour oh Carrefour apa dah jadi?
Carrefour Wangsa Maju saya singgahi berkali-kali
Berita sebegini menggusarkan hati
Carrefour telah banyak berjasa kepada kami

Harga berpatutan sukar ditandingi
Dekat dengan rumah , parking banyak, dan selesa sekali
Namun ada yang perlu diperbaiki
Belum sempat nak menegur bakal ditutup dan Dilelong betulkah berita ini?

P/s : Apa pandangan anda pula ? Agak-agak betulke khabar berita ini?

P/s/s : Kalau Carrefour tutup atau dilelong, anda pula bagaimana. Suka ,tak suka atau Doesn't matter to me?

November 27, 2009

Makan Malam di Pizza Hut dan shopping di Carrefour

Smalam kami pi dinner di Pizza Hut dan lepas tu shopping di Carrefour .Almaklumlah,orang tak balik kampung dan minggu depan abang ipar satu keluarga nak datang.Di Pizza Hut inilah yang kami order :


Spicy Arrabiata (rasanya bleh tahan)

Seafood Lasagna (one of my wife favourite)

Garden Fresh Salad ( sedapp!!)

Cappucino Frappe Freeze Ice Blended

Nyam,nyam,lepas dinner kami pi shopping di Carrefour :


Ni baru setengah perjalanan...

Dah sudah dah...

Sambil shopping tu,sempatlah ambil gambar ada bermacam-macam promotion sempena raya dan akhir tahun ni .Antaranya :


Bata

Prosperity Burger Mc Donald,Mc Value Lunch RM9.95 sahaja.Sedap...
 
CIMB + Carrefour

P/s :Selamat Hari Raya Aidiladha. Kami pun dah nak pi rumah saudara mara ni.Have a nice day.
Related Posts with Thumbnails