July 7, 2010

Carrefour Bakal Ditutup dan Dilelong

Sungguh terkejut dan terperanjat apabila dimaklumkan oleh seorang rakan bahawa Carrefour bakal Ditutup dan dilelong. Bukan di Malaysia saja, malah ianya melibatkan Thailand dan Singapura juga. Oh, adakah berita yang diberitahu oleh rakan saya ini benar?

Carrefour Oh Carrefour

Entry Carrefour to exit Thailand, Singapore and Malaysia turut dirujuk. Sedikit informasi berkenaannya :

1) Carrefour bakal menjual dan melelong unitnya di Malaysia, Singapura dan Thailand yang membolehkan jualan sekitar $1 Billion .

2) Carrefour sedang bekerjasama dengan Goldman Sach dan UBS untuk lelongan ini namun tiada komen diberikan dari ketiga-tiga pihak ini.

3) Syarikat Peruncit kedua terbesar di dunia ini milik Syarikat Perancis ini telahpun keluar dari pasaran Jepun dan Korea dan menumpukan kepada pasaran yang lebih berdaya saing seperti India. Faktor utamanya adalah kemerosotan ekonomi.

Adakah faktor :

Prestasi memalukan Pasukan Perancis di Piala Dunia 2010 turut menjadi penyebab?

Jika perkara ini benar, ianya amatlah merugikan kepada negara dan juga pengguna. Saya salah seorang pengguna setia Carrefour .Tiap-tiap minggu pasti ke Carrefour untuk membeli barang keperluan. Sekiranya Carrefour ditutup, banyak kesan lain yang akan timbul seperti pengganguran, Income merosot buat negara, harga hartanah di tempat itu mungkin jatuh dan pelbagai lagi.

Harap-harap berita yang saya dengar ini tidak betul. Sayang jika Carrefour hilang dari pasaran Malaysia. Namun, ada pepatah mengatakan, patah tumbuh hilang berganti? Mungkin Jusco, Tesco, Mydin ataupun syarikat lain akan mampu untuk menggantikan Carrefour ?Kita tunggu dan lihat saja.

Carrefour oh Carrefour apa dah jadi?
Carrefour Wangsa Maju saya singgahi berkali-kali
Berita sebegini menggusarkan hati
Carrefour telah banyak berjasa kepada kami

Harga berpatutan sukar ditandingi
Dekat dengan rumah , parking banyak, dan selesa sekali
Namun ada yang perlu diperbaiki
Belum sempat nak menegur bakal ditutup dan Dilelong betulkah berita ini?

P/s : Apa pandangan anda pula ? Agak-agak betulke khabar berita ini?

P/s/s : Kalau Carrefour tutup atau dilelong, anda pula bagaimana. Suka ,tak suka atau Doesn't matter to me?

32 comments:

  1. tak suka la kalau carrefour tutup. sbb carrefour murah ! huhuhu.

    ReplyDelete
  2. huwaa jgnlah tutup..sy membesar dengan carrefour,suka jalan2 dgn family dekat sana..byk kenangan walaupun dia sekadar carrefour di mata org lain

    ReplyDelete
  3. ala...tesco ada lagi..giant ada lagi..
    ok je care4 tutup...huhuhu

    ReplyDelete
  4. ish..ye ke?kalo ada at least ada la jugak choice kalau yg lain2 hyper market tutup atau ramai orng..tp kalo tgk kat melaka ni mmng ala2 cm nk tutup je

    ReplyDelete
  5. dah lama tak ke carefour.. tapi sayang juga kalu ditutup, tak byk pilihan tempat shopping nnti..

    ReplyDelete
  6. ada satu kat Shah Alam ni...S23 yang dkt2 uptown Shah Alam. Baru nak dibangunkan. Dah naik papan tanda tulis Carrefour. Tapi tak start2 pun construction. Rasa dah 3@4 bulan dah papan tanda tu. Tak tau la maybe salah satu sbb kut.

    ReplyDelete
  7. owh..aina jarang pegi carrefour..biase beli brg2 kat tesco je..hehe

    ReplyDelete
  8. kalau carrefour tutup, pelabur lain akan ganti, dah tentu... no worries

    for me, it doesn't matter as long as there are places to shop

    ReplyDelete
  9. eyriqazz..
    saya jarang perri carrefour sebab jauh..
    umah saya dekat dengan giant n tesco je.

    tapi terkejut gak dengar pasal ni.
    harap2 tak benar la.

    ReplyDelete
  10. K4 jarang pegi dah... selalu ke Giant atau Tesco...

    ReplyDelete
  11. huhu
    kalau carefour tutup kat mana saya nak beli barang
    carefour barang banyak pilihan pastu senang nak carik
    sedihla kalau takde carefour pasni
    kene egi mydin je lah jawabnya

    ReplyDelete
  12. TAK KESAH SANGAT ..SEBAB JARANG PERGI CAREFOUR ..BYK LAGI PASARAYA YANG ADA .
    CUMA MACAMANA NASIB PEKERJA2..TAMBAH RAMAI LAGI NANTI YG MENGANGGUR,..

    ReplyDelete
  13. Tak kisah pun tutup ke tak tutp sebab selalu beli kat Tesco.

    ReplyDelete
  14. Tak kisah la.kat mana2 pun boleh beli barang.

    ReplyDelete
  15. saya dah bertukar kepada Tesco:D

    ReplyDelete
  16. apa lagi jom kita pakat2 beli c4....

    ReplyDelete
  17. takkan la.. carefour depan umah mak cik nis kat Kota Damansara tu baru je berapa bulan dibuka. nak tutup? rugi giler dow..

    ReplyDelete
  18. lebih berminat ke Tesco...susunaturnya pun kemas..Nice..My very da very latest.. Bahaya!

    ReplyDelete
  19. x pergi dah carrefour wangsa maju tu sejak kena ragut awal taun aritu..takut..

    ReplyDelete
  20. Sikit sebanyak kasi impak lah jugak.
    Tp sejak2 tesco muncul, lebih kerap ke tesco berbanding carrefour.

    Tapi kan baru2 ni ai pegi beli barang dkt carrefour. Baaaanyak barang yg tak di topup. Takde stok! SUSU PEKAT TAKDE. TEPUNG TAKDE. Banyak gak lah yg xde.

    Antara salah satu tanda gak ke tu carefour nak tutup!

    ReplyDelete
  21. eh siyes?
    huhuh
    dulu carrefour wangsa maju tu slalu g gak
    skrg dah pindah, g jusco je
    hehe

    ReplyDelete
  22. jarang pergi Kafur ni sebab tempat kak jie jauh

    ReplyDelete
  23. tak pernah pon gi kefor ni sbb malas.. haha.. no komen kalau diaorang nk tutup..

    ReplyDelete
  24. elok gak di tutup,.pekerja carrefour kt bdr tun hussien onn nie,.smua nya berlagak2..lebih2 lagi pompuan.

    ReplyDelete
  25. tesco ambil alih carrefour jadi tesco extra

    ReplyDelete
  26. tesco ambil alih carrefour jadi tesco extra

    ReplyDelete
  27. baru baru ni saya pergi ke tesco kepong village mall.di dalamnya ada pawagam dan gimnasium.boleh memuatkan 2,300 kenderaan.memang best.....

    ReplyDelete
  28. x kisah kalau k4 tutup sbb ada tesco. rasanya tesco lg murah & dpt baucer tunai walaupun singgit dua.. hehe

    ReplyDelete
  29. Bagus la carrefour tu tutup. Bagi peluang kat syarikat tempatan pula.
    Ganti dengan bazar niaga besar orang2 kita. Carrefour tak murah juga barang dia. Yang murah tu dimata dan pada sebutan je.

    ReplyDelete
  30. hasfa syarikat tempatan takkan beki carre4.datuk mukhriz mahathir ada beberapa syarikat asing nak beli carre4 ni.cth jusco,tesco dan giant.dulu kat msia ada makro skrng jadi tesco extra

    ReplyDelete
  31. bukan syarikat tempatan tak over tapi jusco tesco dan giant nak beli aset carre4 ni.datuk mukhriz mahathir ada cakap,beberapa syarikat asing minat beli carre4 ni

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails