November 23, 2009

Fikir-fikirkanlah...

Tertarik dengan entry Dunia Kita dah berubah dari Melromeo terlintas hatiku untuk berkongsi dan cuba untuk berpuisi seperti Melromeo.Maaf,nukilanku takdelah sehebat Melromeo namun aku cuba yang terbaik :



Life Is Beautiful

Hidup kita kiranya bertuah
Ada ibu dan juga ayah
Negara aman dan rezeki melimpah ruah
Namun,kenapa masih ada yang suka rasuah
Halal dan haram ramai dah tak kisah
Asalkan hidup senang dan tak susah

Anak remaja ramai dah tak takut mak ayah
Lepak,rempit, ikut sukalah
Polis dan pihak berkuasa cam tak kisah
Pandai cari masalah,pandai-pandai selesaikanlah
Dunia pun sudah berubah
Orang nasihat buat tak endah

"Selingan sekejap harap anda tak marah
Sepet dan Qery dah kahwin sudah
Kuingat betul,olok-olokje lah
Apapun aku masih ucapkan tahniah
Terimakasih Blogjoging dan Faizalazelan  reviewmu indah
Teruskan usaha jangan mudah mengalah
Alam Maya Saya ku ucapkan tahniah
Kerana anda belum mengalah
Teruskan berblog,blogmu menarik untuk disinggah

Terlampau banyak gejala rasuah
Asyik fikir hidup nak mudah
Ikan bilis dan ikan sepat ditangkap sudah
Ikan Jerung dan Arapaima amatlah payah
Bermacam cara dicuba sudah
Belum berjaya banyak sangat helah

Hidup ini tak lari dari masalah
Kena caranya jadilah mudah
Jangan asyik hidup bermadah
Paku sepih paku sepah
Namun,kita masih bertuah
Masih hidup dan masih gagah
Ucapkan syukur,ucapkan Alhamdulillah
Sebelum nyawa menyembah tanah

Fikir-Fikirkanlah...

9 comments:

  1. ihik!
    lu egt kery ngn sepet da kwen ke?
    gua pon macam tertipu jgk ri2~

    hehe~

    last2 gua tao la~
    hik!

    ReplyDelete
  2. thanks a lot! pasti, sy berusaha utk tidak give-up :) u r very good dlm berpuisi, bro!

    ReplyDelete
  3. pandai la bro berpuisi bersajak...ee mesti SPM dulu marveles ni kan..

    ReplyDelete
  4. huhuhu thanks eyriqazz wat pantun utk saya.... tp bagusla. sure sakit pale otak dok pikir

    ReplyDelete
  5. GTO ! 2 Thumbs up! u punya lagi perfect dari melz :D hehehe i lioke..

    3 times read again and again :p

    ReplyDelete
  6. Chentamaya : Yup,mati2 ingat diorang dah kahwin.Follow diorang walaupun just rakan di dunia blog.Sama cantik,sama padan.

    ween: Thanks for the compliment.U too,continue with ur blog.U have a great blog.

    nizaa:Biasa2 aja..u pun apa kurangnya.terror bak2 gambar ni..bila nak buat tutorial lagi?


    Nur,Nura, Nurad, Yani ,
    Thanks .

    Areleez,
    Thanks too.

    Jogger,
    sama-sama.takdele sakit otak sangat.just tulis apa yg terlintas.hehehe...

    Melz :Aiseh,puji lebih2.Ni yg kembang ni...hehehe...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails