November 22, 2009

Terima Kasih Guruku

Walaupun Hari Guru lambat lagi, terdetik hatiku untuk menulis berkenaan guru.Rasanya semua orang pernah berguru kan?Tidak kira la di zaman tadika,sekolah,kolej, universiti malah di tempat kerja pun kita ada guru kita.


Thank You Teacher (Credit to http://websitifatimah.wordpress.com)

Bagiku guru memberikan kesan yang begitu mendalam ke atas perjalanan hidupku.Kejayaan ku kini  tidak mungkin kucapai tanpa usaha daripada guru yang telah banyak bekorban untuk kejayaan anak-anak didik mereka.Di sini ingin ku luahkan perasaanku terhadap insan bergelar guru :

1)Isteriku seorang guru dan nama blog aku sengaja aku letak ''teacher'' juga
-Guru bagiku mengajar dan juga belajar daripada semua.Bukan senang nak jadi guru.Bagi kita yang kerja pejabat,lepas habis waktu pejabat habislah kerja kita(kebiasaanya/x termasuk kerja lebih masa).Namun,bagi guru tidak semudah itu.Memang cuti sekolah mereka banyak,namun kerja-kerja sampingan yang mereka kena buat juga banyak.Contohnya isteriku ; di waktu malam perlu menyiapkan tugasan/apa yang perlu diajar besoknya, menyemak kerja rumah pelajar,dan menyiapkan soalan periksa.Itu belum ditambah kegiatan yang kurasa tak perlu guru lakukan seperti key in markah pelajar, kutip yuran, menyediakan minit mesyuarat, mencari sponsor untuk jamuan dan sebagainya.

2)Nik Jamilah Binti Nik Abdul Kadir
Tentu anda tertanya-tanya siapakah dia ni?Awek lamaku ke?Inilah guru yang paling kuingati dan berjasa padaku.Walaupun hanya lepasan SPM,bagiku dia bagaikan seorang ibu di sekolah.Tidak jenuh memberi tunjuk ajar berguna dan nasihat.Aku tersentak bila pertama kali aku ditegurnya , "Iman, awak ni nampak asyik mengelamun sejak awak masuk ke SMTT ni,awak tak suka belajar sini ke?Kalau awak tak suka,berikan peluang awak tu kepada orang lain,ramai lagi yang mahu masuk ke SMTT ini".Tersentak dari lamunan aku nekadkan semangat dan buktikan kat guruku itu bahawa aku tidak main-main.Hasilnya,aku menjadi salah seorang pelajar terbaik untuk keputusan setahun lepastu dan berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negeri.Terimakasih Cikgu  ; Nik Jamilah Binti Nik Abdul Kadir

3)Masam-masam manis
-Semasa di sekolah rendah,guru yang aku tak dapat lupakan adalah Puan Saraswathy guru kelasku semasa darjah satu dan Puan Ka...... (guru english darjah 5/6) Puan Saraswathy walaupun berbangsa India cukup sayang padaku.Dia nampak potensi yang ada pada diriku.Walaupun peperiksaan akhir tahun keputusanku tidak begitu bagus,dia tetap recommendkan aku tidak turun kelas (kelas pertama) kerana markah matematikku antara yang terbaik tahun tersebut walaupun subjek lain kurang memuaskan.Hasilnya aku belajar dari rakan-rakan yang lebih pandai tahun seterusnya dan berjaya membuktikan yang Puan Saraswathy tidak silap.Kalaulah aku diturunkan kelas masa itu,mungkin aku tidak berada di tempat ku sekarang.

Lain pula dengan Puan Ka.....Cikgu English ku yang cukup ku benci.Namanya masih gah di sudut hatiku kerana satu peristiwa.Aku dicubit,dimalukan depan rakan sekelas dan ditarik telinga hanya kerana aku tidak menyiapkan kerja rumah walhal bukan aku seorang yang tidak menyiapkan kerja rumah tersebut.Cukup merah/bengang aku masatu,sehingga la aku nekad mulai hari itu aku tidak sukakan bahasakan english.Hasilnya, result UPSRku hanya english aku tidak berjaya dapat A.Bukan sahaja tak dapat A,malah C yang aku dapat.Mujurlah pengalaman mematangku dan aku berjaya memperbaiki englishku di sekolah menengah.Besar sungguh kesan seorang guru.Sayang,benci,geram tetap wujud.Yerlah,tak semua guru itu bagus dan kerana nila setitik ,rosak susu sebelanga.

To Be Continued andainya keadaan mengizinkan...Entry panjang-panjang,nanti bosan pula membacanya...

P/S :Bagaimana dengan anda pula?Tentu ada pengalaman yang menarik untuk dikongsi kan?Apapun,hargailah jasa Guru.Tanpa mereka,siapalah kita.

4 comments:

  1. aikkk dh habis?izzah ingat pnjg lgi.hik3.betul kerja guru bukan mudah,mcm2 nak kena bt.cabaran guru skrng pun dh lain drpd dlu.

    ReplyDelete
  2. ku juga hidup dlm family background yg rata-rata semuanya glongan pendidik..diri sendiri pun bakal jadi ckgu juga..

    =)

    ReplyDelete
  3. ckgu manyak berjasa pd kita kan?
    hee~

    abgku juga balak cekgu!

    ReplyDelete
  4. zack : tahniah zack.Cikgu itu kerjaya yg sangat mulia.

    izzahfarhana : perli ke ni?Hehehe..anyway,thanks.

    chentamaya : abgku juga balak cikgu?Umm...konfiuss nii...ble explain skit?

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails