Showing posts with label kenangan. Show all posts
Showing posts with label kenangan. Show all posts

May 21, 2012

Tiada Lama, Tiada Baru


Oh, Serius rindu detik sebegini. Ternanti-nanti nak habiskan filem di Compact kamera untuk dicuci. Yerla, sebelum digital kamera menggantikan. Yup, tiada lama, tiada baru. Setiap sesuatu ada Pro & Cons nya. I.e. sejak gunakan digital kamera, rasa dah kurang teruja nak cuci gambar dan albumkan. Boleh dikira rasanya berapa kali sempat cuci gambar guna digital kamera dan albumkan ia. Kalau compact kamera, dah habis, confirm teruja nak terus pergi cuci kan?

P/s : Yang lama tak semestinya tidak bagus, Yang baru tidak semestinya lebih baik.... 

October 6, 2011

Abang, Koyak dan Bakar Gambar Itu

Semalam belek-belek album lama. Ternampakla satu gambar "Candid" kenangan zaman sekolah yang diambil oleh rakan sekolah. Eyriqazz pun tunjukla kat Isteri.Meja yang bersampul sebelah beg itu adalah tempat duduk Wifey dulu. Apa lagi, melenting la si Isteri. Diremuk-remukkan gambar itu dan diminta saya koyak dan bakar .


Gambar ini memori lama. Sudah tidak ada kena mengena dengan saya lagi. Now, she happily married n me pun gembira dengan Insan tersayang @ my wife. Bak kata CEO Tricube, memori lama ini la yang mematangkan kita dan menjadikan kita lebih bijak dalam perhubungan. Lagipun, Cinta di Zaman Sekolah ini lebih kepada "Cinta Monyet" kan?

P/s : Ohh, patutkah dikoyak dan dibakar gambar itu?

February 4, 2011

My First Phone|Nokia 7210

My First Phone , Nokia 7210

Itulah phone pertama milik saya yang dibeli pada dengan duit sendiri. Itupun dibeli semasa belajar di UK. Oh, saya tak sempat merasa Nokia 3310 or 3410 kerana time tu still can't afford it. Dah zaman masuk uni barulah sempat merasa pakai phone.

Zaman sekarang lagi la bestkan, budak-budak sekolah pun dah ramai yang pakai Blackberry dan iPhone 4 (phone idamanku) . Myself, umur 21 tahun baru first time merasa pegang handset sendiri.

P/s : Apa pula handset pertama anda? Tentu banyak memori yang sukar dilupakan...Share2kanlah di sini, mana tahu terdetik hati untuk eyriqazz featuredkan pengalaman itu di blog ini nanti.
Related Posts with Thumbnails