Jawapan di AirAsia website AskAirAsia : Boleh, dengan syarat dapatkan surat daripada doktor dan Sign Limited Liability Statement..
So, dengan konfidennya eyriqazz bookingkan dan beli dulu tiket untuk Eyriqazz dan Isteri sementara menanti pendaftaran nama anak dan pada masa yang sama dapatkan surat daripada doktor di APSH. Tarikh pulang ke Kelantan 11 April 2012, 6 hari usia Muhammad Izzat Azim.
So, petang tadi, perasaan cam kurang yakin.Pergi tanyakan sendiri di Kaunter AirAsia KL Central..
Jawapan Staff di Kaunter AirAsia KL Central : Sorry, memang tak boleh naik kapalterbang bayi bawah 8 hari. Gegendang telinga boleh pecah dengan pressurenya.Tak puas hati lagi, semasa drive, eyriqazz minta tanyakan di Twitter AskAirAsia :
Sila pastikan usia anak anda 9 hari ke atas
Thanks AzuanZahdi
Untuk Malaysia Airlines bolehla check entri ini : Had Umur Bayi Baru Lahir untuk Naik Kapal Terbang
To cut the story short, burnla tiket kapalterbang untuk Isteri dan terpaksa eyriqazz belikan tiket keretapi untuk Isteri pulang malam besok naik ngan baby. Eyriqazz balik seorang dengan kapalterbang hari rabu malam tu.
Saya memang pengguna setia AirAsia dan berpuas hati selama ini. Namun agak kecewa bila jawapan yang diberikan agak berbeza di laman web dan juga di twitter.Kalau di website awal-awal dah cakap confirm tak boleh naik, takdelah saya kerugian beberapa ratus ringgit . Part of it, memang kena blame diri sendiri juga la tak cek betul-betul sebelum booking. Main reason coz nak cepat nak booking tiket + kemudahan Internet yang kurang stabil di APSH dan juga harga masih lagi boleh dikatakan agak murah time bookingtu i.e. RM240 untuk dua orang walaupun perjalanan kurang dari seminggu je lagi dari time booking tu...
Need to be more careful in future..Lesson learn, better safe than sorry..Biar lambat asal selamat...
Buat AirAsia, harap-harap dapat perbetulkan kekeliruan di website juga supaya tiada pengguna yang alami situasi macam saya in future. Biasalah, kehadiran Insan baru ni banyak perkara nak kena settlekan dan kadang-kadang kesilapan sebegin tak dapat dielakkan....
lor haii...patut kena cek dulu kan..rugi2x...
ReplyDeletedah cek dulu dah..tapi tak sangka pula information di website,twitter, dan juga di service kaunter lain2 diberikan...
Deletenampak macam tak professional pulak airasia bila jawapan tak seragam.. sepatutnya airasia kena refund balik..
ReplyDeletetakpelah..hal dah lepas..partly blame on me jugala tak semak betul2 dan tanyakan rakan2 terlebih dahulu....belajar dari pengalaman kan?
Deleterugi loh
ReplyDeletetakpela..mungkin tiada rezeki
DeleteItula yang masalahnya dengan AirAsia ni. Tak seragam. Setuju dgn bro. Saya juga alami perkara yang sama semasa nak pergi Bandung. Flight delay. Tapi saya dah beli Air Asia Insured yg dlm tu kata kalau flight delay boleh dapat pampasan. Tapi bila tanya, itu ini jawapan yg sakitkan hati.
ReplyDeletenormalla..bisness...profit maximization.... cost perlu diminimumkan....
DeleteMungkin agak ralat gak kan... takpelaaa....dapat la kongsi info dengan kawan2x yang lain... Semoga selamat perjalanan pergi balik....
ReplyDeletethanks bro..takpelah,wang ringgit boleh dicarikan? keselamatan dan masa depan anak2 perlu didahului....
Deleteish sekejap boleh sekejap tak boleh. tak silap kawan eliss anak dia baru seminggu tapi lepas ajer naik MAS hari tu. x faham lah.safe journey !
ReplyDeletetakpela eliss...tiada rezeki..better safe than sorry....
Deletesbb tu diorang boleh buat duit ;)
ReplyDeletenothing free in the modern world...
DeleteKeselamatan bayi perlu diutamakan walaupun penerbangan kapal terbang cepat sampai. Mahu tak mahu terpaksa redha duit beli tiket kapal terbang hangus.
ReplyDeletesetuju ngan pandangan bro... takpelah...lesson learnt...
Deletemasa anak saya 3 bulan pun tidak dibenarkan naik plane...
ReplyDelete3 bulan tak boleh naik? Pelikk...
Deletetakpe laaa rugi skit... ada rezeki lain menanti tuu.. so esok wife dah balik yer? x sempat lagi nak beli adiah bb dan nak jenguk bb ni cemana?
ReplyDeletelor nape tak tanye kat kak sha... huhu
ReplyDeleteanyway semoga baby dan wife selamat sampai kelantan k?
Ala kan dah rugi camtu.. sabo jelah..
ReplyDeletetakpelah bro sekurang2 dpt juga informasi untuk kita semua... yg penting selamat sampai ke kg. ye
ReplyDeletehaha ...org besar SP boleh tak naik ? hehe
ReplyDelete