Showing posts with label bola sepak. Show all posts
Showing posts with label bola sepak. Show all posts

February 19, 2012

Saya Masih Setia Bersama AC Milan

Dua tiga kucing berlari
Cepatnya masa berlalu pergi
Dulu aktif, kini semakin berisi
Kini kejar Alisya pun sudah terasa mengah diri ini
Eyriqazz, Paolo Maldini, dan AC Milan masih setia sehingga kini
Pengalaman manis di bumi obersi
Rindu-rindu nak main bola macam ni lagi
Tapi,laratkah lagi nak kejar bola ke sana ke mari?

Bila tengok gambar dari Oh Media ini
Kenangan lama mengimbau kembali
Kenangan manis dan pahit bergelar pelajar di bumi Obersi
Namun, AC Milan tetap di hati...
Kredit Last Picture to Facebook Oh Media

P/s : Gambar pertama, cuba teka yang mana satu eyriqazz?

July 14, 2011

Cantik juga Tiket Malaysia vs Arsenal


Cantik juga tiket Malaysia vs Arsenal kan? Ini bukan eyriqazz yang beli, tapi ofismate. Memang peminat setia Arsenal katanya. Siap 7 tiket dibelinya bawa keluarga menonton Live di Stadium . Ni tiket paling murah katanya, RM58. Umm, murahnya?? Hik3...

Gambar Sekitar Perlawanan Persahabatan Arsenal Lawan Malaysia 13 Julai 2011 @Stadium Bukit Jalil



Well, walaupun saya ni bukan penyokong Arsenal, namun sedihla juga bila Ofismate saya tu bercerita, siap penyokong Boo Boo pemain Malaysia. Tak silap saya ,Aidil Zaquan antara yang kena boo. Umm....

Satu lagi, sedihla juga bila tiada Live Malaysia lawan Arsenal ni semalam. Malam ni ada ulangan di Astro, namun tuhla, tak sama tengok siaran ulangan dengan live kan? Hopefully, perlawanan lawan Chelsea dan Liverpool nanti adalah live. Tak syiokk laa tengok siaran ulangan. Tadi pun saya forward2kan aja. Kurang feel kata orang. Nak pi stadium, kesian pula nak tinggalkan anak dan Isteri di rumah . 

P/s : Bilala agaknya AC Milan nak turun Malaysia ya? Ohh, Norwich City, Proton masih sponsor lagi ke ?

July 3, 2011

(Gambar) Taiwan vs Malaysia | Perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2014

Taiwan vs Malaysia | Perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2014
Kesebelasan Utama Pemain Malaysia
Sepakan Percuma diambil Aidil Zaquan
Gollll ....Taiwan 0-1 Malaysia
Bersorak kegembiraan..Syabas Pemain No. 7 ini

Aidil Zaquan, cantik sepakan percuma diambil. Nombor pun sama macam David Beckham

Aiseh, peluang cantik namun rembatan Norshahrul Idlan tersasar tinggi

Kecewa
 Taiwan 1-1 Malaysia..Jaringan Chang Han, no. 7 juga

Apa dah jadi?

Sharbinee kecewa..Oh i Wish Khairul Fahmi Che Mat yang menjaga gawang gol Malaysia

Sepakan percuma diambil Safiq Rahim

Cantik diambil...Golllll

Taiwan 1-2 Malaysia

Cantik tendangan percuma yang diambil oleh Safiq Rahim

Penalti di saat akhir separuh masa pertama hasil kesilapan Mahali menackle di dalam kotak penalti

Easy..Gol.. Taiwan 2-2 Malaysia jaringan Chang Han. Perlawanan semakin mendebarkan...

Live update/keputusan terkini perlawanan Taiwan vs Malaysia ini bolehla terjahi sini


June 28, 2010

Keputusan Terkini Piala Dunia 2010 | South Africa World Cup 2010

South Africa World Cup 2010

Peminat Bola Sepak semua, inilah Keputusan Terkini Piala Dunia 2010 (setakat 8 pagi , 7 July 2010) :

South Africa 1-1 Mexico
South Korea 2-0 Greece
England 1-1 USA
Serbia 0-1 Ghana
Uruguay 0-0 France
Argentina 1-0 Nigeria
Algeria 0-1 Slovenia
Germany 4-0 Australia
South Africa 0-3 Uruguay
Argentina 4-1 South Korea
Greece 2-1 Nigeria

Holland 2-0 Denmark
Japan 1-0 Cameroon
Italy 1-1 Paraguay
New Zealand 1-1 Slovakia
Brazil 2-1 Korea Utara
Ivory Coast 0-0 Portugal
Spain 0-1 Switzerland
Honduras 0-1 Chile
South Africa 0-3 Uruguay
France 0-2 Mexico


Argentina 4-1 South Korea
Greece 2-1 Nigeria
England 0-0 Algeria


Slovenia 2-2 USA
Germany 0-1 Serbia
Ghana 1-1 Australia


Holland 1-0 Japan
Cameroon 1-2 Denmark
Slovakia 0-2 Paraguay


Italy 1-1 New Zealand
Brazil 3-1 Ivory Coast
Portugal 7-0 North Korea
Chile 1-0 Switzerland
Spain 2-0 Honduras


Mexico 0-1 Uruguay
France 1-2 South Africa
Nigeria 2-2 South Korea
Greece 0-2 Argentina


England 1-0 Slovenia
USA 1-0 Algeria


Ghana 0-1 Germany
Australia 2-1 Serbia

Slovakia 3-2 Italy
Paraguay 0-0 New Zealand
Denmark 1-3 Japan
Cameroon 1-2 Holland

Slovakia 3-2 Italy
Paraguay 0-0 New Zealand
Portugal 0-0 Brazil
North Korea 0-0 Ivory Coast
Chile 1-2 Spain
Switzerland 0-0 Honduras

Jadual perlawanan penuh bolehla refer dan download di ENTRY INI : Jadual Perlawanan Piala Dunia 2010

Kali ini, Piala Dunia/World Cup 2010 terasa macam hambar je. Apapun, inilah ramalan terkini saya pasukan yang bakal melepasi pusingan kumpulan/Knock Out Stage :

Group A - Uruguay dan Mexico
Group B - South Korea dan Argentina
Group C - England dan USA
Group D - Germany dan Ghana
Group E - Holland dan Japan
Group F - Italy dan Paraguay
Group G - Brazil dan Portugal
Group F - Spain dan Chile

UPDATED - 
Pasukan yang layak ke pusingan seterusnya

Group A - Uruguay dan Mexico
Group B - Argentina dan South Korea
Group C - USA dan England
Group D - Germany dan Ghana
Group E - Holland dan Japan
Group F - Paraguay dan Slovakia
Group G - Brazil dan Portugal
Group H - Spain dan Chile


Group of 16 :

Uruguay 2-1 South Korea
USA 1-2 Ghana

Germany 4-1 England
Argentina 3-1 Mexico

Holland 2-1 Slovakia
Paraguay vs Japan 0-0 (Paraguay menang penalty shoot out 5-3)

Spain vs Portugal 1-0 (Spain menang)
Brazil 3-0 Chile

Suku Akhir

Uruguay 1-1 Ghana
Uruguay menang penalti 4-2

Holland 2-1 Brazil

Argentina 0-4 Germany

Paraguay 0-1 Spain

Separuh Akhir

Spain vs Germany

Uruguay vs Holland
Uruguay 2-3 Holland

Holland ke Pusingan Akhir/Final Piala Dunia 2010

June 26, 2010

Keputusan Terkini Piala Dunia 2010 | Uruguay vs South Korea

Salam dari Eyriqazz,

Baru balik dari Midvalley dan temankan isteri Shopping . Jom Sama-sama layan :
Piala Dunia 2010 di antara Uruguay dan South Korea
Inilah Keputusan Semasa/Terkini untuk perlawanan yang menemukan salah satu wakil Asia ini ( South Korea vs Uruguay) :

Uruguay 1-0 South Korea
Minit ke 9 hasil jaringan Luis Suarez hasil umpanan cantik Diego Forlan

Tamat first half .Masih 1-0 dan tidak banyak percubaan menarik.

Uruguay 1-1 South Korea
Minit ke 68 hasil jaringan Lee Chung Yong

Uruguay 2-1 South Korea
Minit ke 80 hasil jaringan cantik Luis Suarez . Mampukah Korea bangkit?

Keputusan Penuh : Uruguay 2-1 South Korea 1. Tahniah buat Uruguay menjadi pasukan pertama layak ke pusingan Suku Akhir Piala Dunia 2010

June 24, 2010

LV Cipta Peti Mewah Trofi Piala Dunia 2010 | Hanya Jauhari Yang Mengenal Manikam

Louis Vuitton,Piala Dunia 2010,piala dunia 2010,kapal mewah,fesyen,pertunjukan fesyen,FIFA,Bola Sepak,Stailista,Detektif Stailista,trofi piala dunia 2010
LV Cipta Peti Mewah Trofi Piala Dunia 2010

Teruja Hati bila baca kisah Luis Vutton Cipta Peti Mewah Trofi Piala Dunia 2010 ini di Murai . Hanya jauhari yang mengenal manikam dan menghargai Trofi berprestij ini. Sedikit informasi seperti di website itu :
  • Jika ada yang mengatakan dunia sukan dan fesyen tidak boleh berjalan seiringan, anggapan itu sama sekali silap.
  • Sempena Piala Dunia 2010 yang kini sedang semarak berlangsung di Afrika Selatan, jenama fesyen mewah nombor satu dari Perancis, Louis Vuitton (LV) telah berbesar hati merekacipta sebuah peti simpanan istimewa khusus untuk menyimpan trofi agung sukan nombor satu di dunia itu.
  • Di dalam peti istimewa itulah, trofi setinggi 32 sentimeter yang disaluti emas 18-karat berkenaan akan di simpan bagi mengiringi perjalanannya ke Afrika Selatan sebelum diberikan kepada juara Piala Dunia yang baru pada 11 Julai depan.
  • Ini merupakan kerjasama paling bergaya antara FIFA dan LV kerana sebelum ini trofi kebesaran itu hanya diangkut ke destinasi Piala Dunia terpilih dengan menggunakan peti aluminium tanpa sebarang label kemewahan di luarnya.
  • Apa yang menariknya, peti simpanan monogram itu telah direka khas menerusi hasil buatan tangan di bengkel LV di Asnieres iaitu sebuah bandar berhampiran kota Paris.
Selebihnya, bolehla terjah sendiri.

P/s : Bila la agaknya Malaysia akan qualify untuk World Cup ya?

P/s/s :Saya masih setia dengan Spain, apa pula pilihan anda?

June 18, 2010

Keputusan Piala Dunia 2010 | Germany vs Serbia


FIFA World Cup 2010

Agak kecewa dengan keputusan Perlawanan Piala Dunia malam ini antara Germany vs Serbia yang memihak kepada Serbia menang 1-0 hasil jaringan M. Jovanovic . Miroslav Klose terkena kad merah dan Lukas Podolski gagal menjaringkan penalti.

Namun, peluang semakin terbuka untuk Group D ini dengan Ghana nampak peluang yang lebih cerah untuk mara ke pusingan seterusnya.

P/s : Harap-harap pasukan kegemaranku iaitu Spain dapat bangkit dari kekalahan dan menang dua games lagi dan layak untuk ke pusingan seterusnya. France sudah dimalukan, hopefully Spain tidak menerima nasib yang sama selepas ini. 


May 20, 2010

Football=Adidas?


Football = Adidas?

 Maksudnya, bolasepak = Adidas. Memang bertepatan sekali. Bagaikan isi dengan kuku, aur dengan tebing inilah ibarat bola sepak dan Adidas. Inilah pandangan peribadi kenapa Adidas = BolaSepak?

1)World Cup
- Penaja bola utama World Cup adalah Adidas. Begitulah sinonimnya bola sepak dengan Adidas dan telah bertahun-tahun lamanya adidas menjadi bola rasmi untuk World Cup dan banyak lagi kejohanan bola sepak di dunia ini tidak kiralah peringkat antarabangsa, kelab-kelab Eropah dan banyak lagi.

2) Negara-Negara Yang hebat di Bidang Bola Sepak
-Antara negara yang mendapat tajaan daripada Adidas adalah Spain, France, Japan, Germany, Denmark, Argentina dan banyak lagi. Sudah pasti kehebatan Adidas membuatkan negara-negara hebat ini bersetuju untuk ditaja oleh Adidas. Win-Win Situation.

3) Kelab-kelab ternama Di Dunia Juga di taja Adidas
Antaranya adalah Real Madrid, AC Milan, Newcastle, Chelsea, Liverpool dan Bayern Munich. Semua kelab ternama ini telah memenangi banyak kejohanan di peringkat kelab dan kejohanan besar. Jadi, namanya memang begitu sinonim dan rapat dengan bola sepak.

4) Pemain Ternama dan Hebat Bola Sepak
- Kaka, Tim Cahill, Steven Gerrard, Karim Benzema, David Villa dan ramai lagi. Pemain hebat ini disponsor Adidas dan membawa nama Adidas di mana-mana yang menjadikan nama Adidas dan Bola Sepak lebih unggul dan dikenali.

5) Saya peminat Bola Sepak , Adidas dan Bola Sepak tidak dapat dipisahkan dalam hidup saya
-Saya bermain bola Sepak sejak umur 5 tahun lagi. Futsal pun saya minati. Bola pertama yang saya kenali adalah Bola Adidas. Sampaikan terbawa-bawa di dunia blog dan entry Aku Sebiji Bola Sepak ditulis dan bola Adidas yang menjadi gambar utama. Hik3, kaki bola betul dan memang setiap kali aku pergi tournament, kebiasaannya, 9/10 bola yang digunakan adalah Bola Adidas.

Jadi, Football = Adidas memang sesuai sekali dan bertepatan dengan tajuk ini. Sambil tengok bola, ternanti-nanti hari besok nak tengok Featured Bloggers Project Alpha beraksi berlawan futsal 1 lawan 1. Sambil-sambil tu, jom layan video some of the Featured Bloggers Project Alpha Season 2 :

 
Episod 29

Episod 30

Episod 31

Episod 32

Project Alpha is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS. The Project Alpha bloggers will be at the Adidas Pure Game Ole KO event on Friday (May 21), from 7.30pm-8.30pm. Catch them in action!

April 5, 2010

My Favourite Sport

Apakah sukan kegemaran anda? (My Favourite SPort). Bagi saya sukan kegemaran saya tidak lain tidak bukan, ianya adalah Bola Sepak. Sampaikan begitu teruja dan sukakan sukan ini, aku membuat satu entry beberapa bulan yang lepas dengan tajuk :



Bola Sepak memang sukan kegemaran lebih 50% lelaki di dunia ini. Aku mula bermain bola sepak semenjak aku berusia 6 bulan lagi. Di kampung di kawasan aku bermain, akulah yang menjadi kapten pasukan untuk bola ini. Kenapa aku suka Sepak ya? :

1) Entah, mungkin sudah jiwa kelelakian, sejak main bola sepak dari kecil, inilah sukan yang tidak dapat aku lupakan dan selalu menjadi kegemaranku sehingga kini.
2)Seronok berkejar dan teruja terutamanya apabila dapat menjaringkan gol ataupun pihak sendiri dapat menjaringkan gol.
3)Banyak lagi kelebihannya yang sukar untuk diterangkan di sini.

Keterujaan aku tidak berakhir di sini. Minat punya pasal, aku pun join la contest yang dianjurkan oleh seorang blogger di luar sana iaitu Saudara Joegrimjow yang diberi nama :


Walaupun tidak menang, aku puas hati kerana dapat meluahkan perasaan dan bercerita pasal sukan di entry ku. Lagipun ,dah nama semangat kesukanan, kalah dan menang memang adat pertandingan la kan?

Saat terindah yang paling tidak aku lupakan berkenaan sukan ini ialah ketika Quarter Final Champion League tahun 2005 diantara pasukan kegemaranku iaitu AC Milan melawan Manchester United di Stadium Old Trafford. Teruja punya pasal, aku sanggup menjadi fan Manchester United semata-mata untuk mahu beli tiket. Lebih teruja apabila AC Milan menang 1-0 hasil jaringan Hernan Crespo yang membuatkan lebih daripada 50 ribu penyokong Manchester United terdiam. Speechless .Memang pengalaman yang tersangat mengujakan.

Salah satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan ketika saya bersama rakan-rakan ketika di Universiti dulu berjaya menjadi :

Johan ACCA Futsal Tournament 2008

Namun, bila main bola sepak ni , satu je yang memang tidak dapat dielakkan iaitu berpeluh dan bau peluh yang cukup menggiurkan. Hak3, faham-fahamlah kan? Namun, sekarang ini ,saya tidak perlu risau lagi. Penyelamat terbaru saya sudah muncul di saat-saat saya begitu memerlukannya iaitu :

Produk Penjagaan Badan Adidas

Terus-terang, semua produk itu saya ada dan pernah/sedang menggunakannya sempena hadiah Project Alpha Blogging Contest Season 1. Memang best dan mengujakan menggunakan produk ini sampaikan saya pun tercari-cari di Carrefour apabila Sabun Mandi Hair & Body saya habis. Isteri saya begitu menyukainya.Isteri Suka, sayapun suka,anda pula bagaimana?

Teruja dan tak sabar untuk menanti Project Alpha Season 2 pula. Tentu ada hadiah yang menarik juga, ada rezeki boleh aku tambah stok penjagaan badan Adidas yang cukup best dan syok ini. Satu pantun buat Adidas :

Produk Penjagaan Badan Adidas saya suka
Saya suka Isteri Suka
Anda pula taknak mencuba?
Sudah cuba tentu tergoda

Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS.
Related Posts with Thumbnails