June 24, 2010

LV Cipta Peti Mewah Trofi Piala Dunia 2010 | Hanya Jauhari Yang Mengenal Manikam

Louis Vuitton,Piala Dunia 2010,piala dunia 2010,kapal mewah,fesyen,pertunjukan fesyen,FIFA,Bola Sepak,Stailista,Detektif Stailista,trofi piala dunia 2010
LV Cipta Peti Mewah Trofi Piala Dunia 2010

Teruja Hati bila baca kisah Luis Vutton Cipta Peti Mewah Trofi Piala Dunia 2010 ini di Murai . Hanya jauhari yang mengenal manikam dan menghargai Trofi berprestij ini. Sedikit informasi seperti di website itu :
  • Jika ada yang mengatakan dunia sukan dan fesyen tidak boleh berjalan seiringan, anggapan itu sama sekali silap.
  • Sempena Piala Dunia 2010 yang kini sedang semarak berlangsung di Afrika Selatan, jenama fesyen mewah nombor satu dari Perancis, Louis Vuitton (LV) telah berbesar hati merekacipta sebuah peti simpanan istimewa khusus untuk menyimpan trofi agung sukan nombor satu di dunia itu.
  • Di dalam peti istimewa itulah, trofi setinggi 32 sentimeter yang disaluti emas 18-karat berkenaan akan di simpan bagi mengiringi perjalanannya ke Afrika Selatan sebelum diberikan kepada juara Piala Dunia yang baru pada 11 Julai depan.
  • Ini merupakan kerjasama paling bergaya antara FIFA dan LV kerana sebelum ini trofi kebesaran itu hanya diangkut ke destinasi Piala Dunia terpilih dengan menggunakan peti aluminium tanpa sebarang label kemewahan di luarnya.
  • Apa yang menariknya, peti simpanan monogram itu telah direka khas menerusi hasil buatan tangan di bengkel LV di Asnieres iaitu sebuah bandar berhampiran kota Paris.
Selebihnya, bolehla terjah sendiri.

P/s : Bila la agaknya Malaysia akan qualify untuk World Cup ya?

P/s/s :Saya masih setia dengan Spain, apa pula pilihan anda?

4 comments:

  1. malaysia nak masuk world cup?
    heheheh...jauh kne pk..

    ReplyDelete
  2. P/s : Bila la agaknya Malaysia akan qualify untuk World Cup ya?

    Ianya bila malaysia berjaya bida untuk menjadi tuan rumah piala dunia...haha

    ReplyDelete
  3. Berapalah agaknya harga peti tu ye...???

    ReplyDelete
  4. Kalau Malaysia qualify World Cup, next in the waiting list is bila Jimmy Choo nak design boot bola pulak.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails