Showing posts with label sukan. Show all posts
Showing posts with label sukan. Show all posts

June 14, 2012

Ukraine Pilihan Saya - Juara Euro 2012

Pasukan manakah yang bakal bergelar Juara Euro 2012?. Pasukan yang menjadi pilihan ramai sudah semestinya Sepanyol, Germany, Itali dan Perancis . Umm, namun pilihan eyriqazz untuk menjuarai Euro 2012 adalah :



Ukraine

Bermain di tempat sendiri menjadi kelebihan buat Ukraine. Ditambah dengan ganjaran yang lumayan sekiranya memenangi Euro 2012. Buktinya perlawanan pertama mereka berjaya menewaskan Sweden 2-1 . Bila ada reward, sudah semestinya pemain-pemain lebih bersemangat untuk menang. Umm, no wonder, Ganjaran Reward di Denaihati mendapat sambutan yang sangat memuaskan. 

Jangan pandang ringan padang pasukan Underdog seperti Ukraine. France dan England mungkin bakal ditumbangkan mereka. Jika Greece mampu melakukannya dan menjulang Juara Euro 2004, Ukraine pun ada harapan melakukan perkara yang sama. 

My verdict, Russia vs Ukraine di Final. Hahahaha, mungkin eyriqazz seorang je yang predict camni kott...

P.s : Rindu nak main bolasepak padang. Siapa pula Pilihan anda untuk "Juara Euro 2012"

April 22, 2012

Manchester United, Liverpool, Arsenal, atau Chelsea?

Manchester United, Liverpool, Arsenal, atau Chelsea?

Umm, None. Dulu zaman belajar, eyriqazz pernah sokong Manchester City, siap beli jersi lagi. Main reason time tu antara pemain bola sepak kegemaran adalah Nicolas Anelka yang bermain untuk Manchester City. Sokong pun sokong gitu-gitu je, tak cam minat dekat team AC Milan dari dulu hinggalah kini.

P/s : Gambar ini tahun 2004, percaya tak kalau eyriqazz cakap time ni dulu pun eyriqazz dah berblog, tapi dalam 10 entri je setahun.. Just berblog nak luahkan perasaan, entri bukan main panjang... Gelak sorang pun ada bila baca entri-entri tahun 2004 ni...

June 29, 2011

Malaysia Lawan Taiwan| Ramai Aweks Cun

Photobucket



Punyalah semangat Ofismate Eyriqazz @ Cimon untuk menyaksikan Perlawanan Malaysia vs Taiwan ,Pusingan Pertama Kelayakan Piala Dunia 2014 . Mana tak nya, around pukul 7 malam dah sampai stadium Bukit Jalil, siap boleh mesej lagi :

" Gua dah sampai stadium. Ramai aweks Cun". 

Amboi-amboi, sambil menyelam sambil minum air ekks? Bila la nak kenalkan sorang dua aweks bro tu? Masih terlalu jauh perjalanan Malaysia untuk ke Piala Dunia 2014, sama-samalah kita doakan sempena Isra dan Mikraj, Malaysia mampu membawa pulang kemenangan beharga di Stadium Sendiri.

Apapun, bagi yang tak boleh tengok live, no hal, boleh tengok live update dari reporter yang baru direkruit oleh Karam Singh Walia, sama-sama terjahi sini :

Keputusan Malaysia vs Taiwan - Kelayakan Piala Dunia 2014

July 16, 2010

AON Penaja Jersi Baru Manchester United

Tahniah buat penyokong Manchester United. AON kini menjadi Penaja Jersi Baru Manchester United. Jersi baru, semangat baru, Wayne Rooney, dan pemain-pemain akan meneruskan cabaran yang akan datang. MU taknak beli Thomas Muller ke?

Cun ke Jersi Baru MU Ni?

Sumber Mstar mengatakan [ AON Perkenal Jersi Baru Manchester United ] , AON menjadi penaja utama jersi MU dengan tajaan selama 4 tahun dan akan memakai baju ini bermula kempen Liga Perdana Inggeris musim 2010/2011 yang akan membuka tirainya bulan depan.

Sebelum ni penaja jersi MU apa ya? Maaf, saya penyokong AC Milan, jadi kurang mengikuti sangat perkembangan MU ni.

Wah, bukan main seronok lagi mereka ni.Macam kenal je Minah kat depan tu ( Kak Ina KL ke? Ishh, dimana-mana saja dia ada)

Alang-alang dah bercerita kisah MU ni, mahu juga berkongsi pengalaman peribadi bersama Manchester United :

1) Pernah menonton secara live perlawanan bola sepak di Stadium Old Trafford, Manchester United sebanyak 2 kali (zaman belajar dulu) . First lawan Arsenal Carling Cup Quarter Final. MU menang. Second, lawan AC Milan tahun 2005, tiket Grand Stand, AC Milan menang 1-0 hasil jaringan Hernan Crespo. Dahla beli tiket dan register jadi kelab penyokong MU, tup-tup pi sokong AC Milan. Rasanya saya seorangje yang menyokong MU di kalangan penyokong di Grand Stand itu yang memang dikhaskan untuk penyokong MU.

 Viva, memang kenangan terindah yang tidak dapat dilupakan. Dahla ble tengok live Hernan Crespo, Alesandro Nesta, Paolo Maldini, Cafu, dan ramai lagi. Pemain MU? Umm, masatu yang main kalau tak silap Michael Ballack (ehh,dia main untuk Chelsea la), Gary Neville, Rio Ferdinand, dan ramai lagi (tak ingat actually).

2) Most member masa belajar di UK dulu sokong MU. Saya pula tak tahu nak sokong team mana di England, saya pi sokong Manchester City. Time saya belajar masatu, rasanya tak pernah MU menang dengan Manchester City.
3) Pernah apply jadi Steward untuk di Stadium Old Trafford, Manchester United. Tapi tak dapat, mungkin dia tahu saya ni 'spy' aka penyokong Manchester City kot. Hik3,sokong coz masatu minat kat Nicolas Anelka (gara-gara masa main untuk kolej diorang letak nama saya, Nicolas Imanelka )

AON , camna nak sebut tu? Kalau letak E kat tengah jadi AEON. Kalau letak V kat tengah jadi AVON. Kalau letak K kat tengah jadi AKON. kalau letak L kat tengah, G Kat belakang jadi ALONG. Kalau letak N kat tengah jadi ANON. Maaf, merepek pula saya kali ini. Tengah bersedih harga MINYAK NAIK LAGI dan RON 97 dihapuskan subsidi (saya memang guna RON 97/habis-habis)

Oh ya, hari Isnin baruni Consultant AON ada datang ofis kasi taklimat dan siapa yang dapat jawab tepat dapat jersi baru Manchester United ni. Aiseh, tak dapat jawab dan tak teruja masatu. Kalau dia kasi jersi AC Milan, sure dah bersemangat.

Apapun, buat penyokong MU, chaiyok-chaiyok. Teruskan semangat kesukanan. Tahun depan nak sokong pasukan mana pula ya? Tak pernah ada team yang tetap Liga English ni. Kalau sokong Totenham ok tak?

Jersi baru dari AON penaja kali ini
syarikat peneraju penasihat risiko dan perunding modal insan antarabangsa pertama kali nama didengari
Terbelit juga lidah untuk menyebut namanya ini
Apapun, Good Luck dari saya buat semua Penyokong MU semoga lebih berjaya memperolehi pelbagai trofi

P/s :Siapa penyokong MU, sila angkat tangan.
P/s/s : Cantiktak jersi terbaru MU ni?

April 5, 2010

My Favourite Sport

Apakah sukan kegemaran anda? (My Favourite SPort). Bagi saya sukan kegemaran saya tidak lain tidak bukan, ianya adalah Bola Sepak. Sampaikan begitu teruja dan sukakan sukan ini, aku membuat satu entry beberapa bulan yang lepas dengan tajuk :



Bola Sepak memang sukan kegemaran lebih 50% lelaki di dunia ini. Aku mula bermain bola sepak semenjak aku berusia 6 bulan lagi. Di kampung di kawasan aku bermain, akulah yang menjadi kapten pasukan untuk bola ini. Kenapa aku suka Sepak ya? :

1) Entah, mungkin sudah jiwa kelelakian, sejak main bola sepak dari kecil, inilah sukan yang tidak dapat aku lupakan dan selalu menjadi kegemaranku sehingga kini.
2)Seronok berkejar dan teruja terutamanya apabila dapat menjaringkan gol ataupun pihak sendiri dapat menjaringkan gol.
3)Banyak lagi kelebihannya yang sukar untuk diterangkan di sini.

Keterujaan aku tidak berakhir di sini. Minat punya pasal, aku pun join la contest yang dianjurkan oleh seorang blogger di luar sana iaitu Saudara Joegrimjow yang diberi nama :


Walaupun tidak menang, aku puas hati kerana dapat meluahkan perasaan dan bercerita pasal sukan di entry ku. Lagipun ,dah nama semangat kesukanan, kalah dan menang memang adat pertandingan la kan?

Saat terindah yang paling tidak aku lupakan berkenaan sukan ini ialah ketika Quarter Final Champion League tahun 2005 diantara pasukan kegemaranku iaitu AC Milan melawan Manchester United di Stadium Old Trafford. Teruja punya pasal, aku sanggup menjadi fan Manchester United semata-mata untuk mahu beli tiket. Lebih teruja apabila AC Milan menang 1-0 hasil jaringan Hernan Crespo yang membuatkan lebih daripada 50 ribu penyokong Manchester United terdiam. Speechless .Memang pengalaman yang tersangat mengujakan.

Salah satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan ketika saya bersama rakan-rakan ketika di Universiti dulu berjaya menjadi :

Johan ACCA Futsal Tournament 2008

Namun, bila main bola sepak ni , satu je yang memang tidak dapat dielakkan iaitu berpeluh dan bau peluh yang cukup menggiurkan. Hak3, faham-fahamlah kan? Namun, sekarang ini ,saya tidak perlu risau lagi. Penyelamat terbaru saya sudah muncul di saat-saat saya begitu memerlukannya iaitu :

Produk Penjagaan Badan Adidas

Terus-terang, semua produk itu saya ada dan pernah/sedang menggunakannya sempena hadiah Project Alpha Blogging Contest Season 1. Memang best dan mengujakan menggunakan produk ini sampaikan saya pun tercari-cari di Carrefour apabila Sabun Mandi Hair & Body saya habis. Isteri saya begitu menyukainya.Isteri Suka, sayapun suka,anda pula bagaimana?

Teruja dan tak sabar untuk menanti Project Alpha Season 2 pula. Tentu ada hadiah yang menarik juga, ada rezeki boleh aku tambah stok penjagaan badan Adidas yang cukup best dan syok ini. Satu pantun buat Adidas :

Produk Penjagaan Badan Adidas saya suka
Saya suka Isteri Suka
Anda pula taknak mencuba?
Sudah cuba tentu tergoda

Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS.

Mini Karnival Sukan Jabatanku

Mini Karnival Sukan 2010

Sudah agak lama tidak menyertai pertandingan sebegini. Sabtu lepas, acara ini diadakan oleh jabatanku dengan dibahagikan kepada 4 kumpulan dengan kumpulan berwarna oren (team aku), hitam, merah dan hijau. Seronok juga acara sebegini dijalankan, bersukan menyihatkan kesihatan.

Kita Makan Dulu

Inilah acara yang di pertandingkan :
Dart
Golf Putting
Carrom
Badminton

Saya join semua acara kecuali Carrom .Hak3, dah 2 tahun tak pegang raket badminton tapi gembira dapat masuk final main Mixed Double Badminton. Set pertama final sengit sampai keputusan 20-20, namun akhirnya kecundang juga. Set kedua sudah pancit, kalah mudah. Takpelah, yang penting semangat kesukanan kan?

Keseluruhannya, pasukan Oren kami berkongsi di tempat kedua .Ok lah kan?

P/s : Jom bersukan. Aiseh, bila nak aktif bersukan balik ni? Cita-cita tahun ni hendak kuruskan badan. Camne nak memotivasikan diri singgah pi gym dan bersenam selalu ya? Any suggestion?
Related Posts with Thumbnails