Showing posts with label stadium old trafford. Show all posts
Showing posts with label stadium old trafford. Show all posts

October 19, 2011

Pengalaman Menguja di Manchester United Stadium

48 Hours Sponsored Post. Scroll down for the latest entry.

Memang tidak dapat dilupakan detik-detik ini walaupun sudah lebih 5 tahun ianya berlalu. Memang suatu pengalaman yang menguja dapat singgah dan menyaksikan sendiri Perlawanan Live di Manchester United Stadium, salah satu kelab bolasepak terkemuka di dunia. Sebut saja Manchester United, sudah pasti ramai yang mengenalinya.

Atmosphere dia memang lain dari yang lain

Rasanya sempat dua kali eyriqazz tengok live gambar Manchester United. Satu Carling Cup Semi Final lawan Arsenal. Manchester United menang 1-0. 2nd one yang paling menguja, Quarter Final Champion League tahun 2005 menentang AC Milan. Dapat seat Grand Stand. Time ni Man Utd tewas 0-1 hasil jaringan Hernan Crespo. Sunyi sepi time tu. 


Manchester United @ The Red Devil

Memang menarik bila diimbas kembali kenangan itu. Sure best kalau dapat menikmati pengalaman seperti lagi kan? Especially buat Peminat Manchester United, kata orang "Once In A Lifetime Opportunity".

Pucuk dicita, ulam mendatang. Siapa kata tidak boleh menikmati pengalaman seperti eyriqazz ini dengan Contest Menarik dari Mister Potato :



The Ultimate Man Utd Experience Contest by Mister Potato Berpeluang memenangi Fully Sponsored Package ke Manchester United Stadium. 2 pemenang terpilih setiap bulan dan contest akan tamat pada 31 December 2011

Nak menang, bolehla tengok syarat-syaratnya :


Langkah 1 : Beli mana-mana Pek Mister Potato Man Utd Editions seperti gambar di atas
** Make sure yang Contest Editions tau..


Langkah 2 : Dapatkan kod di dalam pek Mister Potato itu

Langkah 3 : Jawab soalan melalui sms/online(percuma)

Done..Now berpeluang untuk menang "Pengalaman Menguja di Manchester United Stadium"

Trip termasuk tiket penerbangan, penginapan, dan pelbagai lagi...
More details bolehla terjahi sini : http://misterpotato.com dan pilih negara anda (terma dan syarat boleh didapiti di website ini juga)

Sebut pasal Mister Potato ni, tahniah diucapkan buat Mister Potato kerana telah menjadi " Global Snack Partner of Manchester United". Mister Potato salah satu snek kegemaran kami seisi keluarga. Nampak sedapla pula perisa barunya antaranya Fiery Hot & Spicy dan produk terbaru iaitu MEXICAN WAVE CHIPS . Well, well, sempatlah eyriqazz try Perisa Fiery Hot & Spicy :


Jom Snack Time sambil tengok cerita "Fantaghiro - The Cave of the Golden Rose"

Alisya siap nangis-nangis nak juga.
Papa, pedass... Pedas-pedas, nak lagi,nak lagi..
Well, menepati citarasa saya

Mexican Wave Chips : Ada 4 perisa yang sangat sedap iaitu Ole Ole! Hot & Spicy, BBQ Fiesta, Mexicana Cheese, dan Viva Seaweed. Produk baru ini memang lain dari yang lain dari segi potongan, rasa dan kerangupannya yang memang menggiurkan dan seronok dinikmati seisi keluarga.
Bila "United" banyak kejayaan boleh diraihkan?

I.e. Collaboration Manchester United dan Mister Potato membolehkan lebih ramai berpeluang untuk mengalami sendiri pengalaman menguja di Manchester United Stadium.

P/s : Tuah ayam nampak di kaki, Tuah The Ultimate Manchester United Experience Contest by Mister Potato adakah akan menjadi milik anda pula?

July 16, 2010

AON Penaja Jersi Baru Manchester United

Tahniah buat penyokong Manchester United. AON kini menjadi Penaja Jersi Baru Manchester United. Jersi baru, semangat baru, Wayne Rooney, dan pemain-pemain akan meneruskan cabaran yang akan datang. MU taknak beli Thomas Muller ke?

Cun ke Jersi Baru MU Ni?

Sumber Mstar mengatakan [ AON Perkenal Jersi Baru Manchester United ] , AON menjadi penaja utama jersi MU dengan tajaan selama 4 tahun dan akan memakai baju ini bermula kempen Liga Perdana Inggeris musim 2010/2011 yang akan membuka tirainya bulan depan.

Sebelum ni penaja jersi MU apa ya? Maaf, saya penyokong AC Milan, jadi kurang mengikuti sangat perkembangan MU ni.

Wah, bukan main seronok lagi mereka ni.Macam kenal je Minah kat depan tu ( Kak Ina KL ke? Ishh, dimana-mana saja dia ada)

Alang-alang dah bercerita kisah MU ni, mahu juga berkongsi pengalaman peribadi bersama Manchester United :

1) Pernah menonton secara live perlawanan bola sepak di Stadium Old Trafford, Manchester United sebanyak 2 kali (zaman belajar dulu) . First lawan Arsenal Carling Cup Quarter Final. MU menang. Second, lawan AC Milan tahun 2005, tiket Grand Stand, AC Milan menang 1-0 hasil jaringan Hernan Crespo. Dahla beli tiket dan register jadi kelab penyokong MU, tup-tup pi sokong AC Milan. Rasanya saya seorangje yang menyokong MU di kalangan penyokong di Grand Stand itu yang memang dikhaskan untuk penyokong MU.

 Viva, memang kenangan terindah yang tidak dapat dilupakan. Dahla ble tengok live Hernan Crespo, Alesandro Nesta, Paolo Maldini, Cafu, dan ramai lagi. Pemain MU? Umm, masatu yang main kalau tak silap Michael Ballack (ehh,dia main untuk Chelsea la), Gary Neville, Rio Ferdinand, dan ramai lagi (tak ingat actually).

2) Most member masa belajar di UK dulu sokong MU. Saya pula tak tahu nak sokong team mana di England, saya pi sokong Manchester City. Time saya belajar masatu, rasanya tak pernah MU menang dengan Manchester City.
3) Pernah apply jadi Steward untuk di Stadium Old Trafford, Manchester United. Tapi tak dapat, mungkin dia tahu saya ni 'spy' aka penyokong Manchester City kot. Hik3,sokong coz masatu minat kat Nicolas Anelka (gara-gara masa main untuk kolej diorang letak nama saya, Nicolas Imanelka )

AON , camna nak sebut tu? Kalau letak E kat tengah jadi AEON. Kalau letak V kat tengah jadi AVON. Kalau letak K kat tengah jadi AKON. kalau letak L kat tengah, G Kat belakang jadi ALONG. Kalau letak N kat tengah jadi ANON. Maaf, merepek pula saya kali ini. Tengah bersedih harga MINYAK NAIK LAGI dan RON 97 dihapuskan subsidi (saya memang guna RON 97/habis-habis)

Oh ya, hari Isnin baruni Consultant AON ada datang ofis kasi taklimat dan siapa yang dapat jawab tepat dapat jersi baru Manchester United ni. Aiseh, tak dapat jawab dan tak teruja masatu. Kalau dia kasi jersi AC Milan, sure dah bersemangat.

Apapun, buat penyokong MU, chaiyok-chaiyok. Teruskan semangat kesukanan. Tahun depan nak sokong pasukan mana pula ya? Tak pernah ada team yang tetap Liga English ni. Kalau sokong Totenham ok tak?

Jersi baru dari AON penaja kali ini
syarikat peneraju penasihat risiko dan perunding modal insan antarabangsa pertama kali nama didengari
Terbelit juga lidah untuk menyebut namanya ini
Apapun, Good Luck dari saya buat semua Penyokong MU semoga lebih berjaya memperolehi pelbagai trofi

P/s :Siapa penyokong MU, sila angkat tangan.
P/s/s : Cantiktak jersi terbaru MU ni?
Related Posts with Thumbnails