February 21, 2010

Unity Through Sportmanship

Kalini eyriqazz nak join contest yang dianjurkan oleh Joegrimjow seperti di linknya ini : Contest | Weekend at Sheffield .Kalau diikutkan contest ini telah pun berakhir namun bila baca komen dari Joegrimjow "buat2 wlpon da tamat, list akhir tak keluar lagi, huhu,list akhir da keluar, baru xley nak buat,hoho".Jadi tajuk yang akan ku pilih adalah :



Unity Through Sportmanship ( Keharmonian/Perpaduan melalui Semangat Kesukanan)
Manchester UKEC Games 2004

Masani ketika di zaman Universiti dulu.Komuniti melayu di sana di Universitiku kurang daripada 100 orang, Dengan sukan inilah ianya mengeratkan hubungan silaturahim antara kami. Games ini begitu bermakna bagiku kerana selain dapat melakukan aktiviti bersama, pasukan Universiti kami berjaya mendapat Johan dalam acara Bola Jaring dan Bola Tampar serta tempat kedua juga untuk bola tampar.

Nottingham Games 2004

Yang ini pula ketika Nottingham Games 2004. Memang seronok, walaupun pasukan bola sepak ku tidak menang apa-apa, namun aku gembira kerana berjaya menjaringkan 2 gol disamping dapat berjuga rakan-rakan seperjuangan yang lain semasa di kolej dulu.

Warwick Games 2003

Yang ni antara yang paling tidak dapat ku lupakan. Memang meriah, kami menubuhkan satu pasukan di bawah satu batch semasa di kolej dan ramai rakan-rakan kolej yang turun dari serata UK seperti London, Manchester, Sheffield, Ireland, Lancaster, dan pelbagai tempat lagi. Seronok bila dapat berjumpa dan berkongsi pengalaman masing-masing ketika itu.

Inilah KMYSian Batch 2000

Kami dapat berkumpul dan merapatkan hubungan (Unity) sesama kami. Yerlah, bukan senang nak berjumpa sebegini. Masing-masing ada commitment dan kesibukan pelajaran yang perlu diutamakan. Walaupun pasukan kami hanya layak sehingga ke Quarter Final, kegembiraan tetap dirasai dapat bermain bola sepak kembali bersama rakan sekolej dan berjumpa rakan-rakan yang sudah lama tidak berjumpa. Unity Through Sportmanship memang cukup kurasai ketika ini.

Johan ACCA Futsal Tournament 2008

Akhirnya, dapat juga aku menjadi johan bermain futsal bersama rakan-rakan futsalku yang telah lama kukenal ketika zaman Universiti dan rakan-rakan yang baru. Semangat kental yang ditunjukkan walaupun kami hanya mendapat tempat kedua di peringkat group, namun berkat semangat setiakawan , kami teruskan semangat, dan akhirnya tempat pertama menjadi milik kami.
Sheffield Games 2010

Yang ni pula, Sheffied Games yang bakal disertai Joegrimjow.Teringat zaman Sheffield Games 2003. Kami ditewaskan oleh pasukan Sheffield University yang masa itu diterajui oleh Saudara Taufik. Memang best Sheffield Games yang kurasakan pesta sukan kedua terbesar untuk pelajar Malaysia selepas Nottingham Games. Acara dan games sebeginilah yang mengeratkan hubungan student-student Malaysia yang berada di UK. Kenalan lama dan baru dapat berjumpa dan semangat kesukanan serta "Unity Through Sportmanship" terserlah.

Last but not least, dengarkanlah 3 rangkap pantun dariku :

Bersukan baik untuk kesihatan
Memupuk semangat kerjasama berpasukan
Yang jauh dierat-eratkan
Perpaduan melalui Semangat Kesukanan

Unity Through Sportmanship
Play and have fun together-gether
Great benefits for relationship
Feel good and younger (hik3)

Semangat kesukanan sesama kita
Hubungan terjalin semangat membara
Apakah itu semangat yang saya kata
"Unity Through Sportmanship" itulah dia

P/s : Dah lama tak main bola.Rindu pula rasanya nak main bola?Geng-geng bloggers taknak buat tournament sukan ke?Seronok juga kalau diadakan?

P/s/s :Anda pula bagaimana?Apa pengalaman bersukan yang tak dapat anda lupakan?

7 comments:

  1. menengok gambar eyriqazz tu, kelihatannya badan pun berkembang mengikut edaran tahun ya....

    saya ni bukan kaki sukan....

    ReplyDelete
  2. Touya seorang kaki baku sejati , takleh sepak bola .. huhuhuhu

    ReplyDelete
  3. Aik..!!! ble masa tukar gambar..?
    Gambar terkini yea... :)

    mas penah join main bola tampar jer lawan ofis lain...

    ReplyDelete
  4. teringat zaman active bersukan...
    majulah sukan untuk diri sendiri..
    hehheeee

    ReplyDelete
  5. i never played sports professionally before.. mostly for fun.. i play badminton, basketball.. swim.. =)

    kenwooi.com

    ReplyDelete
  6. haha
    sebab banyak gambar uk ni
    trime!!!
    hehe

    tp sayang xpernah p sheffield kan
    huhu

    ReplyDelete
  7. wah..eyriqq...
    lain macma la gmbr mu masa mude...hehehehe
    mesti masa tu tgh angau bercinta yek?? hehehehe

    suker main bola ghupanya..skrg main lagi x??

    http://sumijelly.com

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails