Showing posts with label adidas action 3. Show all posts
Showing posts with label adidas action 3. Show all posts

May 20, 2010

Football=Adidas?


Football = Adidas?

 Maksudnya, bolasepak = Adidas. Memang bertepatan sekali. Bagaikan isi dengan kuku, aur dengan tebing inilah ibarat bola sepak dan Adidas. Inilah pandangan peribadi kenapa Adidas = BolaSepak?

1)World Cup
- Penaja bola utama World Cup adalah Adidas. Begitulah sinonimnya bola sepak dengan Adidas dan telah bertahun-tahun lamanya adidas menjadi bola rasmi untuk World Cup dan banyak lagi kejohanan bola sepak di dunia ini tidak kiralah peringkat antarabangsa, kelab-kelab Eropah dan banyak lagi.

2) Negara-Negara Yang hebat di Bidang Bola Sepak
-Antara negara yang mendapat tajaan daripada Adidas adalah Spain, France, Japan, Germany, Denmark, Argentina dan banyak lagi. Sudah pasti kehebatan Adidas membuatkan negara-negara hebat ini bersetuju untuk ditaja oleh Adidas. Win-Win Situation.

3) Kelab-kelab ternama Di Dunia Juga di taja Adidas
Antaranya adalah Real Madrid, AC Milan, Newcastle, Chelsea, Liverpool dan Bayern Munich. Semua kelab ternama ini telah memenangi banyak kejohanan di peringkat kelab dan kejohanan besar. Jadi, namanya memang begitu sinonim dan rapat dengan bola sepak.

4) Pemain Ternama dan Hebat Bola Sepak
- Kaka, Tim Cahill, Steven Gerrard, Karim Benzema, David Villa dan ramai lagi. Pemain hebat ini disponsor Adidas dan membawa nama Adidas di mana-mana yang menjadikan nama Adidas dan Bola Sepak lebih unggul dan dikenali.

5) Saya peminat Bola Sepak , Adidas dan Bola Sepak tidak dapat dipisahkan dalam hidup saya
-Saya bermain bola Sepak sejak umur 5 tahun lagi. Futsal pun saya minati. Bola pertama yang saya kenali adalah Bola Adidas. Sampaikan terbawa-bawa di dunia blog dan entry Aku Sebiji Bola Sepak ditulis dan bola Adidas yang menjadi gambar utama. Hik3, kaki bola betul dan memang setiap kali aku pergi tournament, kebiasaannya, 9/10 bola yang digunakan adalah Bola Adidas.

Jadi, Football = Adidas memang sesuai sekali dan bertepatan dengan tajuk ini. Sambil tengok bola, ternanti-nanti hari besok nak tengok Featured Bloggers Project Alpha beraksi berlawan futsal 1 lawan 1. Sambil-sambil tu, jom layan video some of the Featured Bloggers Project Alpha Season 2 :

 
Episod 29

Episod 30

Episod 31

Episod 32

Project Alpha is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS. The Project Alpha bloggers will be at the Adidas Pure Game Ole KO event on Friday (May 21), from 7.30pm-8.30pm. Catch them in action!

May 9, 2010

BeautifulNara for the Adidas Ole KO Challenge!

Tengah-tengah surf Internet dan buka website ProjectAlpha , terjumpa satu info yang agak menarik di sini iaitu Pertandingan Futsal Featured Bloggers Project Alpha Season 1 & 2 Satu Lawan Satu  Adidas Ole KO road show di Centre Court, Mid Valley Megamall  pada hari Jumaat, 21 May 2010 jam 7.30 malam.

Siapa yang menjadi pilihanku untuk memenangi pertandingan ini ya? Tidak lain dan tidak bukan, blogger kegemaranku yang memang cool dan happy selalu iaitu :


Kenapa saya katakan BeautifulNara yang akan menang. Inilah hujah-hujah saya. Dengar ya wahai pihak pembangkang . Hak3...

1) BeautifulNara glamour dan berbakat sukan juga
Digi Internet Pimp My Day Final Challenge aku sempat melihat sendiri keupayaannya
Orang lain dah habis dia masih terkial-kial berlari di sana
Menyembunyikan kekuatan sebenar untuk menanti Contest sebenar yang bakal tiba

2) Inilah Contest yang aku maksudkan. Dia mahu Project Alpha blogger yang lain memandang rendah pada keupayaannya. Namun, di hari sebenar, bakat sebenarnya akan terserlah. Lincah berlari ke sana sini dan menjaringkan gol jarak jauh adalah salah satu kehebatannya yang disembunyikannya. Camne aku tahu? Sayalah salah seorang yang kini tengah giat melatihnya .

3) Don't judge a book by it cover. Semasa dia mula berblog mungkin ramai yang tertanya-tanya mampukah Beautifulnara pergi lebih jauh? Kini, dia telah membuktikannya. Jika dia mampu membuktikan di dunia blog , di gelanggang futsal pun dia mampu melakukan jua.Chaiyok-chaiyok.

4) Salah satu sebab lagi, saya lah yang melatihnya. Bukti kehebatan latihan saya ?

Action  Is Better Than Word (Adidas Action 3 pun bestt!!). Salah satu kejohanan yang pernah saya menangi

Last but not least, BeautifulNara ada Secret Weapon tersendiri iaitu :


Penggunaan Produk Adidas yang terbaik di Pasaran

Produk yang digunakan ini menyegarkan, menyihatkan, dan membuatkan Beautifulnara selalu happy dan tersenyum selalu dan membuatkannya selalu berfikiran positif. Minda yang positif ditambah badan yang sihat akan membuatkan BeautifulNara lebih bersemangat untuk mencapai impiannya memenangi Pertandingan ini.

Menuju puncak gemilang cahaya
Beautifulnara dengan Produk Adidas pembakar semangat dan tenaga
Gigih berjuang dan berusaha
Kejohanan ini aku yakin akan menjadi miliknya


Anda bosan? Saya pun agak bosan malam ni. Jom sama-sama kita layan ProjectAlpha Season 2 nak ? Jom, saya letakkan sedikit Episod di sini :

Episod 18

Episod 19

Episod 20

Episod 21

Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS. Catch the Project Alpha bloggers at the Adidas Ole KO road show at Centre Court, Mid Valley Megamall, Friday 21 May at 7.30pm!

May 2, 2010

Camera, Rolling, and Action3!

Salam dari Eyriqazz,

Bulan lepas berkesempatan untuk menyertai dan menghadirkan diri di :

Project Alpha Season 2 Bloggers Launch

Event yang begitu mengujakan dan tertarik hati. Bolehlah rujuk ENTRY INI dan juga INI. Sangat bergembira kerana berkesempatan berjumpa Featured Bloggers Project Alpha Season 2 dan juga Season 1 disamping rakan-rakan bloggers yang lain.

Di event ini juga, aku dan rakan-rakan bloggers yang lain dipelawa oleh David @ Andrew dari Nuffnang untuk join Pertandingan Guest Blogger Project Alpha Season 3. Aku katakan aku tidak pandai buat video, lantas dia terus ambilkan video untukku dan bloggers yang lain supaya memudahkan join Contest ini. Apabila dapat video itu melalui e-mail , aku tambahkan dan edit sedikit dengan skillku yang tidak seberapa ini dan inilah hasilnya :

 
Video yang diambil dengan spontan ditambah dengan gambar-gambar dan pengalaman mengujakanku bersama Nuffnang. Oh ya, jangan lupa vote ya? Jadi itulah hasilnya video itu, aku luahkan apa yang terlintas ketika itu dan inilah sebab lain kenapa aku mahu jadi Guest Blogger Project Alpha Season 3 :
 
1) Hadiah yang menarik (tipulah kalau taknak hadiah kan?)
 
2) Lebih rapat dengan Nuffnang. Apabila semakin rapat dengan Nuffnang, mudahlah bagiku untuk meluahkan dan melontarkan idea untuk kebaikan bloggers dan juga Nuffnang. Win-Win Situation, antara yang terlintas di fikiranku kini adalah :
- Sistem Innit @ Ping Nuffnang diperbaiki  ( tidak ramai Nuffnangers yang ping di sini especially Nuffnangers Melayu)
- Peluang Advertorial dan Buffered Earning yang lebih terbuka luas untuk semua
- Sesi bersama Nuffnang dan Bloggers di tempat yang lebih meriah dan lebih ramai dapat menyertai
-Selebihnya, tunggu .Jika saya menang, idea-idea lain yang berada di fikiran akan saya lontarkan dan luahkan kepada Nuffnang untuk kebaikan bersama. Apa salahnya sama-sama cari Income kan?
 
3) Berani untuk Gagal dan mencuba nasib. Sudah banyak yang aku perolehi dan hadiahku menangi dengan Nuffnang, jika berjaya jadi Guest Bloggers, it will be a big step for me.
 
P/s : Jangan pandang rendah pada kebolehan saya, undilah saya dan akan saya buktikannya. Saya pernah menjadi Pengerusi Persatuan Perdagangan dan Pengguna di sekolah dulu dan hasilnya kelab itu menjadi salah satu kelab paling aktif dan membuat keuntungan paling besar ketika itu.  
Oh ya, Guest bloggers ni tak sama dengan Featured Bloggers. Featured Bloggers rasanya aku masih belum layak lagi. Hik3...
 
Best juga layan Project Alpha ni, Jom Layan Episod 11-14 pula :
 
Episod 11
 
Episod 12
 
Episod 13
 
Episod 14
 
Oh ya, salah satu sponsor Project Alpha ini adalah Adidas Action 3. Produknya memang cukup menarik. Isteriku berkenan dengan salah satu produk ini :
 
 
Deodorant Adidas Action 3 untuk wanita

Isteriku telah membeli satu Deodorant Adidas Action 3 yang kecil untuk mencuba dahulu dan memang berpuas hati. Lepas ini bolehlah aku belikan yang pek kanister ini pula. Barulah kewangian lebih terserlah. Hik3. Suka-suka,suka, jom masuk bilik. Hak3..

P/s : Jadi apa tunggu lagi? Jomlah undi saya dan sekiranya menang, saya akan buktikan apa yang saya mampu lakukan untuk kepentingan bersama. Lebih dekat saya bersama Nuffnang, lebih mudah idea saya untuk diterima dan dilontarkan.

P/s/s :

Camera, Rolling and Action3 mengujakan hati
Aku mencuba untuk memperbaiki diri
Undi saya, saya akan pastikan anda tidak mengigit jari
Kelebihan dan Kepentingan Bersama itulah yang saya kejari

March 22, 2010

No Sweat!


''Adidas Action 3 | The Best Defence Against Sweat With Triple Action"

Terus terang saya katakan, saya adalah pengguna Adidas Action 3 deodorant setelah menggunakan produk ini beberapa bulan yang lepas sempena memenangi pertandingan Project Alpha Blogging Contest Season 1 yang dianjurkan oleh Nuffnang dan penaja utamanya iaitu Adidas Action 3 pada tahun lepas.

No Sweat ataupun tidak berpeluh, memang bertepatan dengan produk ini. Sepanjang menggunakan produk ini  terutamanya pek kanister, saya begitu gembira dan menggemari produk ini. Mudah, sembur saja, wanginya bukan main semerbak dan wangi. Tidak lagi terasa peluh di ketiak sehinggalah pulang dari tempat kerja. Yang paling penting Isteri saya dan orang-orang di sekeliling saya menyukainya.

Bak kata Isteri dan juga aku, I Love Good Smelling People . Adidas Action 3 menjadikannya ianya suatu realiti buatku. Tak sangka, dengan memenangi Contest itu, aku kini menjadi pengguna setia Adidas Action 3 Deodorant.

Terima Kasih Nuffnang dan Adidas Action 3

Selain itu, produk ini mudah dibawa ke mana-mana. Kalau time balik kampung ke Terengganu ataupun bercuti, letak saja di dalam beg, warnanya yang menarik dan mudah dilihat membuatkan aku mudah untuk mencarinya. Siap masa balik kampung aritu, adikku turut tertawan dan mahu aku belikannya untuk dia juga. Nanti abang belikan ya?

Lebih-lebih lagi time aktif dan panas di Terengganu dengan udara pantai, produk ini membuatkan ketiakku sentiasa kering dan berbau wangi. Jadi, bila nak bersalam dengan orang yang datang semasa kenduri kahwin adik masatu, tidaklah aku terasa malu. Konfiden pun meningkat.

Oh ya, tak lupa juga, sekarang ini Project Alpha Season 2 tengah mencari 'Guest Bloggers' untuk Season 3. Ingin menjadi guest bloggers? Nantikan link untuk audition di akhir entry saya nanti. Memang hebat kerjasama dan Project Alpha Season 2 ini, aku tertarik dan tergoda untuk menyaksikannya nanti. Anda bagaimana pula?

Serangkap pantun untuk Adidas Action 3 :

Adidas Action 3 menjadi pilihanku kini
Produk berkualiti , tidak berpeluh gembiranya hati
Aku gembira keyakinan semakin tinggi
Meneruskan perjuangan yang masih jauh lagi

Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS. Auditions are now open! Check it out at www.projectalpha.com.my/auditions
Related Posts with Thumbnails