December 14, 2009

Curious Kids Need to be Tough Inside

Anak permata hati dan pengerat hubungan seisi keluarga.Menjadi bapa buat pertama kali bukannya perkara yang mudah.Lebih-lebih lagi kepada kami yang masih muda dan belum berpengalaman dalam mendidik anak-anak.Namun,itu bukannya alasan dalam mendidik anak terutamanya kesihatannya.Anak-anak yang sedang belajar, membesar dan ingin tahu tentang pelbagai perkara perlu kental dan kuat dalamannya  (Curious Kids Need to be Tough Inside).

Anak-anak terdedah kepada kuman dan bakteria terutamanya zaman sekarang ini yang penuh dengan pencemaran.Di tambah lagi,lebih ramai keluarga yang kedua-dua suami dan isteri bekerja,jadi masa untuk bersama anak semakin berkurangan.Sekarang ini,kita pun mendengar,anak-anak kecil pun sudah dihinggapi pelbagai penyakit seperti kencing manis,barah, dan sebagainya. Justeru itu,anak-anak perlu kental dalamannya dalam menempuhi masa yang mendatang.


Perjalanan Alisya untuk menjadi lebih Kuat dan Sihat

Inilah yang kami amalkan dan bakal lakukan bagi memastikan Alisya lebih kuat dan sihat dalamanya.Kami ambil daripada nama penuhnya : NURUL ALISYA ILYANI

N = Naluri Keibuan
- Saya yakin dengan naluri keibuan kerana ibu lah yang lebih memahami anak-anak mereka.Sebab itu saya akan tanyakan isteri saya terlebih dahulu dalam apa jua kesihatan anak saya dan andainya isteriku merasakan anakku itu nak demam ,aku cepat-cepat bawa anakku berjumpa doktor agar sakitnya tidak berlarutan.

U = Utamakan Kebersihan
-Kebersihan penting dalam pembesaran dan pekembangan IQ anak-anak.Udara dan persekitaran yang bersih dapat meningkatkan imunisasi anak-anak dan mencegah daripada penyakit akibat persekitaran dan udara yang kotor seperti asma,cirit-birit,dan keracunan makanan.

R = Rumahku Syurgaku
-Pembelajaran anak-anak bermula daripada rumah.Kuwujudkan persekitaran rumah yang bersih,menarik ,dan dihiasi dengan warna-warna yang lembut dan cerah agar anakku menjadi lebih ceria , mudah belajar dan sifat ingin tahunya lebih berkembang ke arah yang positif .Anakku baru nak masuk 6 bulan, namun persekitaran di dalam rumah tetap kami jaga agar perkembangan mindanya lebih sihat.Kesan positif sudah dapat ku lihat bila anakku begitu mudah tersenyum,ketawa,dan disukai ramai.

U = Usaha dan berpegang kepada Prinsip "Mencegah lebih Baik daripada Mengubati''
- Berusaha dan belajar daripada orang-orang berpengalaman.Kami tidak segan silu bertanyakan tips,pendapat daripada orang yang lebih tua dan juga surf internet untuk mencari tips untuk perkembangan anak yang lebih sihat.Di samping itu kami amalkan pencegahan terutamanya tahun ini bila kita dikejutkan dengan virus H1N1 yang telah mengorbankan ribuan nyawa di seluruh dunia. Kanak-kanak dan bayi antara yang paling berisiko. Kami belikan stroller untuk Alisya berkelambu dan elakkan tempat-tempat sesak dan keluar sekiranya perlu.

L = Luangkan masa yang berkualiti bersama anak-anak dan keluarga
-Family time.Jgn lupa meluangkan masa bersama anak-anak.Ini dapat mengembirakan mereka.Hati yang gembira dapat mengelakkan perkara-perkara yang negatif.Bawalah keluarga bercuti,jalan-jalan,dan bersiar-siar ke taman permainan bila berkesempatan.Ingatlah,masa itu emas dan luangkan masa anda sebaik-baiknya.

A = Air yang bersih
-70% daripada badan kita adalah dalam bentuk cecair/air.Air diperlukan untuk proses pencernaan dan metabolisme makanan. Untuk menjalankan proses ini, badan mengambil air daripada sel badan (termasuk darah).Namun,proses ini dapat dijalankan sekiranya air yang kita minum itu adalah air yang bersih.Sebab itulah kami menggunakan penapis air.


Lihatlah betapa keruh dan kotornya air selepas hampir 2 bulan menggunakan penapis air.

Tak kisahla apapun jenama,asalkan berkualiti. Air bersih boleh merangsang sistem pertahanan badan, metabolisme sel dan mengurangkan risiko sel menjadi tidak normal, mencegah bahan toksik daripada merebak ke sel lain dan merendahkan peluang mendapat jangkitan.Memang,selepas menggunakan penapis air ni,sayapun dapat merasakan perbezaannya iaitu kurang sakit-sakit badan,keletihan berkurangan dan rasa lebih bertenaga.

L = Latih anak nilai-nilai yang murni dan berdikari
-Ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi?.Anak-anak banyak belajar daripada ibu bapa mereka.Justeru itu latihla mereka sebaiknya dan tanamkan nilai-nilai murni.Ajarlah mereka berdikari dan jangan asyik ''spoon feed" mereka,kelak bakal mengecewakan mereka dan kita sendiri.

I = Insurans
-Kami akan beli insurans comprehensif untuk anak kami dalam masa terdekat.Jadi,andainya apa-apa terjadi kepada kami ,anak kami terjamin dan dilindungi.Untuk mencegah dalaman,luaran pun perlu dititik beratkan jua kan?Tidaklah terkebil-kebil kerana banyak masalah penyakit berpunca kerana masalah kewangan dan tidak mampu untuk membiayai rawatan perubatan.

S = Susu Ibu adalah yang terbaik dan juga Simpanan untuk masa depan
-Susu ibu adalah yang terbaik.Susu ibu mengandungi pelbagai khasiat yang dapat melawan penyakit.Selain itu,kami memberikan susu  yang direkomenkan oleh doktor.Simpanan juga penting,setiap bulan kami akan menyimpan sekurang-kurang RM100 untuk anakku ini dan buku akaun ini kami bagi neneknya pegang jadi kami tidak akan berpeluang untuk mengeluarkan duit tersebut andainya keadaan terdesak.Bila duit mencukupi,hati pun senangkan?Itulah yang kami mahukan buat anak-anakku.

Y = Yakin pada produk yang berkualiti (i.e. bakal menggunakan Dutch Lady Friso Gold)
-Semalam kami pi Tesco.Ramainya orang membeli Dutch Lady Friso Gold.Tanyalah kat pembantu penjual,rupa-rupanya untuk 1 tahun ke atas sahaja produk ini.Sebelum ni ramai kawan-kawan rekemenkan produk ni tapi tak tahu pula untuk satu tahun ke atas.Harini surf internet dan makin berminat apabila mengetahui bahawa Friso Gold mempunyai :

i)Frisoshield ™ dengan P2 Dual System™ iaitu kombinasi nutrien utama bersama prebiotics dan bakteria hidup yang sihat. 
ii)Prebiotics mengandungi kombinasi GOS dan FOS yang membantu meningkatkan perkembangan usus bifidobacterial dan membantu mengekalkan keseimbangan usus.Bifidobacteriumdan lactis boleh membantu mengurangkan masalah cirit-birit.

Menarik juga.Bila Alisya dah cukup setahun aku akan mencuba produk ini dan mungkin selepas ini selepas menggunakan Friso Gold :


Puteriku akan lebih gembira dan senyumannya akan terus menguntum

A = Amalkan memakan makanan yang berkhasiat
-Pemakanan penting dalam perkembangan otak dan kesihatan dalaman anak-anak.Amalkan memakan makanan yang sihat yang mengandungi banyak khasiat dan vitamin seperti buah-buahan,sayur-sayuran,dan susu segar.Sebaik-baiknya :


Gunakan Piramid Makanan sebagai Panduan

I  = Ilmu dipelajari dan yang baik diamalkan
-Saya akan galakkan anak-anak mempelajari ilmu dan tanamkan minat membaca kepada mereka.Ilmu yang baik perlulah diamalkan seperti menghormati orang yang lebih tua,menghormati tetamu,dan tolong-menolong.Amalan yang baik mengundang kesihatan yang lebih sihat.

L = Layan mereka SEBAIK-BAIKNYA
-Layan anak-anak sebaiknya dan dengan penuh kasih sayang.Bina minda mereka.Elakkan memarahi mereka ataupun kalau bertengkar dengan isteri,cari tempat yang sesuai dan jangan didepan mereka.Jangan memukul,merotan atau mendera mereka kerana ini akan menjejaskan emosi mereka dan menjadikan mereka lebih mudah diserang penyakit.Emosi yang tidak sihat mengundang permasalahan dan menjejaskan kesihatan.

Y = Yang baik jadikan teladan,yang buruk jadikan tauladan
-Sekali-sekala anak-anak akan melakukan kesilapan.Manusia mana yang tak pernah buat silap.Ingatkah kita masa kita kecil-kecil dulu?Hukum mereka biar kena dengan caranya dan jadikan ianya sebagai amalan.Anak-anak akan lebih menghormati kita dan mereka akan lebih berfikiran positif.Fikiran yang positif akan membuatkan anak-anak lebih aktif dan sihat.

A = Asuhan dan Ajaran Agama
-Asuhla mereka sebaik-baiknya (bukan sahaja daripada kita namun ahli keluarga yang lain seperti nenek,atuk,dan saudara-mara) dan berikan ajaran agama yang secukupnya.Ilmu agama adalah penting agar mereka menjadi insan yang berguna dan mempunyai budi pekerti yang tinggi.Nanti bolehla mereka menilai antara yang baik dan buruk dan lebih mementingkan kesihatan kerana agama menganjurkan penganutnya menjaga kesihatan sebaiknya.

N = Nasihat biar kena dengan caranya (Elakkan berleter)
-Tepuk dada,tanya selera.Bagilah kata-kata nasihat yang baik dan elakkan berleter.Kita masa kecil-kecil pun tak suka ibubapa kita berleter kan?Begitulah juga mereka.Bak kata pepatah,menarik rambut dalam tepung,rambut seharusnya tidak putus dan tepung tidak berselerak.Begitulah juga cara memberi nasihat kepada anak-anak.

I  = IMUNISASI, Imbuhan dan Ingin tahu
-Imunisasi diberikan mengikut cadangan doktor supaya daya imunisasi meningkat dan mengelakkan penyakit.Di samping itu,berikan imbuhan kepada anak-anak contohnya apabila mereka mendapat keputusan yang cemerlang dengan memberikan hadiah,bawa mereka bercuti di tempat kegemaran mereka,dan sebagainya.Tanamkan sikap ingin tahu di jiwa mereka jadi mereka sentiasa mahu mempelajari sesuatu yang baru.

Bagi kami,sikap ingin tahu kami membuatkan saya menyertai pertandingan ini supaya kami dapat menyertai Nuffnang Friso Gold Family Day Out dan dapat menimba ilmu daripada Ruth Liew, pakar kekeluargaan yang popular dan ''columnist'' daripada The Star yang bakal berkongsi/menceritakan pengalaman,dan juga daripada nasihat pakar berkenaan kekeluargaan.

Saya juga tidak sabar untuk mendengar nasihat daripada pakar nutrisi dari Friso Gold menceritakan berkenaan diet yang seimbang dan nutrisi yang bagus dalam membantu meningkatkan imunisasi sistem anak-anak.

Di samping itu,sesi bersama keluarga bloggers supaya kami dapat berkongsi pengalaman dan bertukar buah fikiran berkenaan kekeluargaan.

Juga pesanan daripada puteri dan isteri kesayanganku :


Haa,jangan kecewakan harapan seorang ibu dan anak kecil..

Entry ini ditulis sempena Nuffnang Friso Gold Family Day Out Contest .80 entri terbaik akan menerima undangan (2 dewasa dan 2 kanak-kanak) untuk menghadiri Nuffnang Friso Gold Family Day dan entri terbaik akan memenangi pakej percutian 3 hari 2 malam ke Disneyland Hong Kong dan tak lupa juga RM100 Toys 'R' us vouchers untuk 10 entri terbaik yang lain. Menarik bukan?

Sebagai penutup,dengarlah dua rangkap pantun dari ku :


Nuffnang Friso Gold Family Day Out idamanku,
Hadiah buat isteri dan anak dariku,
Belajar, info berguna dan juga pengalaman baru,
Pengalaman mengujakan ku tunggu-tunggu.

Pengalaman begini susah dicari,

Terima kasih kerana bagi peluang buat kami,
Entri yang terbaik dan berjam-jam menulis sudah pasti,
Agar pengadil dan juri puas hati.

26 comments:

  1. All the best bro..nasib baik anak gua dah besau kalau tak nak gak join..hehehe apa2 hal gud luck bro..comment on entry..Tersusun and creative..should pun more of you putri picture bro..anyway nice entry..

    ReplyDelete
  2. ske tgk ank u senyum senget tuu..gud luck neway

    ReplyDelete
  3. haiya, kalau pinjam anak orang boleh join tak? i tak ade anak ni.kehkehkeh

    ReplyDelete
  4. Best nyer kalau ada penyeri keluarga.. abis tu macam saya ni blom dikurniakan lagi… tak berseri la ye.. hehe~ Insyaallah ada lahr ezeki tu nnt kan?AMIN!!

    ReplyDelete
  5. hehehe..aku buat2 jadi kanak-kanak boleh tak ? kah kaah kah neway bro

    salam singgah..hehe dah boleh Vote untuk QuizMelz7

    ReplyDelete
  6. Tq GTO sbb komen kat N3 sy..heheh..sngaja kasi kaler ijau koz bgroundnya itam kan...pa pun mo kasik tukar lay out jugak ni...Ya..melz mmg byk bg kesan pada ramai blogger

    Komen: napa tak de shout box? susah nak komen dgn cepat la GTO

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  8. alahaii..comel jek pic baby tuh di edit jd gitu..hihi...

    ReplyDelete
  9. baru tengah mencari idea ni..anyway good luck!

    ReplyDelete
  10. Sharinginfoz :Thanks.Tak join gak ke?

    JAI :Anak dah besar,join pun apa salahnya..hehehe..

    Hernee Nazir :Thanks.Wah2,harap2 masin mulut u...

    ReplyDelete
  11. ezzati :Senyum senget?hihihi..thanks ye..

    Si budak Aboi :Contesla..ada rezeki ble dpt hadiah

    Lizz :Pinjam?issh2,susah nak dpt ni..u cpt2la kawin n dapatkan anak...

    ReplyDelete
  12. Aidi Safuan :Thanks yaa..

    Nurmala Mazlan :Berseri.Nanti nak kahwin seri pengantin lagi..Cpt2la kahwin..bertambah seri2 nanti..

    Melz :Ble aja.dah votekan...vote 4 mela...kih2...

    ReplyDelete
  13. Eryati :Sama2..sama2lah membantu.Bukan taknak bukan,takut spam kalau ada chatbox...

    Redbloodsnow :Thanks...U bila nak kahwin?Jemputla saya juga (dengan tak malunya...)

    ellismie :Slamat n Good Luck to You...Cubalah ya...rezeki ada di mana-mana..

    ReplyDelete
  14. Little Mama :Thanks.Good Luck to u too.

    ReplyDelete
  15. salam..nanti kita jumper kat mister potato ek..akak selalu gi sini..tapi tak tinggal jejak..
    nak buat N3 pasal ni..tak ada anak kocik lagilah..payahlah sikit..

    ReplyDelete
  16. Kak Ina KL :See u there kalau takde change of plan.Mak mertua saya mungkin nak pi jalan-jalan Johor weekendni...Huhuhu...

    ReplyDelete
  17. selamat la juga pada papa eyriqazz

    ReplyDelete
  18. Sumijelly :Thanks

    Farysa :Thanks too.

    ReplyDelete
  19. Thanks for all ur support..Baru je terima panggilan daripada Nuffnang dapat pi Nuffnang Friso Family Day Out...Kepada rakan-rakan dan pembaca,marilah sertai..boleh kita berjumpa di sana nanti...

    ReplyDelete
  20. salam..
    gud luck..

    i tgh ngarang ayat lg tuk joins contest neh..hrp2 dpt gak joins family day tu nnt..

    smlm Nuffnang pun ade call i remind psl contest neh..gamaknye kena karang ayat-baek-punye neh.. hehe..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails