Showing posts with label parenting. Show all posts
Showing posts with label parenting. Show all posts

April 25, 2011

Shocking|Kandungan Gula dalam Susu Tepung Untuk Membesar Anak-Anak


Entri saya sebelum ini [ Klik Here] ada membincangkan tentang risiko pengambilan gula berlebihan di kalangan anak-anak dan pengambilan "added sugar" yang berlebihan boleh memberikan kesan yang negatif kepada kesihatannya. Di samping itu betapa pentingnya menyemak label, semak nama tersembunyi/lain added sugar (carbohydrate,corn syrup,sucrose,glucose syrup solid & etc) . Kata pepatah, beringat sebelum kena, mencegah lebih baik dari mengubati. Juga, utamakan non added sugar products kepada anak-anak seperti air masak, buah-buahan (dlm kuantiti yang terkawal), dan makanan hariannya.

Antara pemakanan utama anak-anak yang tengah membesar adalah susu tepung(susu lembu) yang kita berikan kepadanya. Adakah kandungan gula di dalam susu tepung yang kita berikan kepada anak-anak mengandungi kandungan gula yang berlebihan? Umm,seriously, No Idea...Until....


Beberapa hari lepas, terlihat di TV tentang "Current Growing Up Milks Have too Much Sugar", sehingga 13 sudu gula. Betulke? Tak pernah dengar pun...Macam tak percaya je...Kenapa sebelum ni sejak saya kecil sampai dah jadi bapa tak pernah terdengar pasal ni?


Curious, sayapun surf la website seperti di TVC itu iaitu http://www.semakgula.com.my . Yup, saya mahu tahu lebih lanjut kerana sepanjang pengetahuan/pembacaan saya, antara simpton pengambilan gula yang berlebihan adalah cavity gigi/hyper aktif. Umm,caviti gigi tiada pula pada alisya. Hyperaktif? Umm,takdela hyper, tapi aktif laa juga bagi seorang anak perempuan. Bukan normalke kanak-kanak membesar aktif? 

Buat pertama kali, saya mencuba susu Alisya yang kami berikan kini. Umm, sedikit manis laa juga. Semak label dan inilah maklumat yang kami perolehi untuk menyemak kandungan gula :


Setiap hidangan, 40g kandungan Carbohydrate 24 gram...

Teringat entry sebelum ini, the higher Carbohydrate, lagi tinggi kandungan gulanya. Kalau ikutkan peratus per serving, 24/40 lebih kurang 60%. Banyak la tu kan? Mean gula adalah paling banyak, more than 50%.  Better semak dulu :


Shocking, Kalkulator gula apabila input diisikan , kandungan gula dalam susu anak saya adalah 8-10 sudu teh gula tambahan , 33% gula tambahan. Umm,terkejut,terkejut..terus saya bincangkan dengan Isteri. No wonder sekarang ini, anak-anak yang berumur bawah 10 tahun pun sudah ada yang terkena kencing manis. It really caught me by surprise. 


Ianya betul-betul memeranjatkan kami. Adakah selama ini kandungan gula berlebihan dalam susu yang diminum oleh Alisya? Walaupun kami campurkan susu Alisya dengan susu soya dan juga nestum, ianya tetap memberikan impact kerana kandungan Susu lembu itu lebih banyak jika dibandingkan dengan susu soya dan nestum dalam susu Alisya.

Oh, Better late than never. Saya perlu bincang lebih lanjut dengan Isteri pasal hal ini. Yerla, anak-anak bukan mudah kalau mahu bertukar susu. Last time masa cuba bertukar susu, cirit-birit teruk Alisya dibuatnya. Apapun, untuk kebaikan, perlu lakukan sesuatu kan?


Ibu/Bapa di luar sana. Saya turut sarankan anda turut menyemak kandungan gula anak-anak anda di website ini http://www.semakgula.com.my  dan anda nilaikanlah sendiri. Rasanya anda pun mahukan yang terbaik buat anak-anak anda kan? 

Yup, every Parents mahukan yang terbaik untuk anak-anak dan pemilihan susu Tepung untuk membesar adalah penting kerana ianya antara sumber utama untuk membekalkan nutrisi dalam perkembangan anak-anak. Kandungan gula yang berlebihan memang patut dielakkan ke arah yang lebih positif.

Andainya jawapannya anda pun sama macam saya (terlebih kandungan gula dalam susu tepung untuk membesar) , saya sarankan carila Susu Tepung yang lain yang mengandungi "No Added sugars" dan bolehla semak kandungan gulanya. Better late, than never. Better Mencegah dari Mengubati. Better berubah andainya ia untuk kebaikan.


Jangan Kerana Nila Setitik Rosak Susu Sebelanga
Jangan kerana tersilap memilih susu, menyesal di kemudian hari pula
Belum terlambat, semaklah kandungan gula
http://www.semakgula.com.my , Sharing is Caring, itulah yang sebaiknya

January 18, 2011

Pendapat|Tips untuk Anak Susah Tidur

Alisya Oh Alisya permata hati Mama dan Papa
Makan keropok keping sambil baring siapa yang ajar ya?
Issh, kerna sayang kuturut2kan aja
Anak kesayangan sekali sekala apa salahnya dimanja
Alisya oh Alisya Santai bergaya
Tilam empuk layan "tatun" Syoknya dia
Papa dan Mama, kenalah melayan kerenahnya
Puteri tercinta, penyeri seisi keluarga
Alisya oh ALisya kenapa susah sangat mahu tidur ya?
Pukul 10,11 malam masih berjaga
Pukul 12 malam pun kadang2 susah terlena
Apakah ubat dan tips untuk anak yang susah tidur, tolongla kasi pandangan anda
Bila dah tidur , kepenatan sangat nampak di raut muka
Terlentang terbaring tidak hirau masalah dunia
Issh, bikin Papa dan Mama jealous la pula
Jom Mama masa untuk kita beradu di sana

Semakin alisya membesar, semakin susah dia nak tidur. Kadang2 pukul 12 malam pun belum tidur lagi. Di rumah pengasuh dahla tidur sekejap aja. Risau pula kami dibuatnya. Dah setahun setengah berat badan belum lagi sampai 10kg. Perwatakan ceria, buat Papa dan mama terpesona.

Ibu Ibu , Bapa Bapa, eyriqazz minta pandangan dan tips dari anda semua. Apakah tips untuk anak yang susah tidur ini ya? Any petua or pengalaman yang ingin dikongsi bersama? Kecil tapak tangan, nyiru saya tadahi untuk semua...

June 2, 2010

Air Tangan Isteri

Air Tangan Isteri


Diforwardkan oleh seorang rakan beberapa tahun yang lepas. Rasanya bagus untuk dikongsi bersama.

Pada yang belum berkahwin tu, simpan nasihat ni baik2 kerana insyaAllah one day bila dah jadi orang punya tu tau le apa yg patut di buat dan sebaliknya.... bagaimana petua org tua2 dpt membantu kita membena rumahtangga yg harmoni serta penuh kasih sayang...Insya Allah, dipermudahkan kita oleh NYA mendapat petunjuk dan jalan...

Membasuh pakaian, sekarang rasanya 95% dari kita semua ada mesin basuh, ok tak apa suruh maid basuh baju kita, tapi yg 'kecik'2 terutama kita punya dan suami tu, sebaik2nya kita basuh sendiri. Sedapat mungkin bila kain baju sudah dibasuh dan siap diangkat, masa melipat pun, kita pilih yg patut kita lipat dan uruskan sendiri. ada rahsia tu).

Juga bilik. Bilik tidur kita sepatutnya adalah kawasan larangan terutama kpd penbantu rumah. NO ENTRY !!!!. apa pun yg ada didlmnya adalah hanya dlm pengetahuan kita dan suami.Terutama tempat tidur (katil), minta sangatlah kita yg bergelar ISTERI ini yg mengemasnya. Usah sesekali dibiarkan pembantu yg menguruskannya. ada rahsia tu),

APA RAHSIA NYA???

AIR TANGAN!!!!... itulah rahsianya, air tangan kita sebagai isteri dan sebagai ibu. Tak ada cara yg saintifik yg mampu menjelaskan kehebatan serta 'powernya' air tangan seorg ibu dan isteri itu terhadap keluarganya, tapi dapat dijelaskan melalui kaedah rohaniah. Kalau kita masih keliru dan kurang yakin, cuba kita fikir (bagi yg merantau selalunya terasa sangat), kita sering teringat masakan ibu, kemana pun kita pergi dan bertemu dgn masakan yg serupa, namun rasanya masih tidak dapat menyamai dari apa yg terhidang hasil 'air tangan ibu'. Walaupun sekadar mee maggie!!!.

Begitu juga memberi makan anak, suapan kemulut anak dgn tangan kita itu membawa banyak kesan yg akan hanya kita nikmati 10 - 15 thn akan datangnya. Bila anak2 sudah pandai bergaul sendiri, sudah tahu memilih teman, kebanyakan mereka 'kurang mendengar' apa yg kita ibu bapa pesan dan ingatkan, namun baraqah dari 'air tangan' (usaha ibu bersusah payah mendidik dan menyediakan keperluan anak2) sedikit sebanyak, kalau pun anak2 itu ingin mengikut 'kehendak sendiri' namun dia, Insya Allah pada akhirnya akan tetap mencari 'restu siibu' dlm hidupnya.

Pecayalah...Tak dapat lakukan sepanjang hari kerana kita bekerja, mungkin pada sebelah malamnya kita dapat lakukan, sekurang2nya sekali sehari pun memadai, kalau dapat selalu lebih baik lagi. Sebab dgn suapan kita itu sambil kita berdoa ' air tangan' yg masuk keperut anak, Insya Allah akan membentuk darah daging yg baik, berkat doa dan tangan ibu.

Kebajikan Suami juga, kenapa harus biarkan pembantu yg beriya2 menggosok baju dan seluarnya, melipat pakaian dlmnya. Kita isteri, sentuhan kita pada brg2 suami sebenarnya ada 'roh' nya, jika 'roh' itu sentiasa di belai oleh org lain... apa akan jadi, sudah pasti daya tarikan itu beralih arah. Tu sebab kadangkala terjadi suami yg segak kacak dan tampan serta isteri yg jelita, bekerjaya hebat serta pandai pun, bermadu dan madu nya pula hanya seorg pembantu rumah yg rupanya alahai... (ni bukan kes menghina fitrah rupa manusia yg dijadikan Allah swt, ini kes nak menunjukkan bahawa si isteri jelita pun, kalau kurang beri perhatian dan belaian suami boleh berubah angin!!!).

Jadi berhati2lah dlm mengizinkan org lain menguruskan barangan / kebajikan suami. Begitu juga dlm hal makan minum, kan sudah dipesan org tua bahawa nak jaga suami jaga perutnya terlebih dahulu. Dan antara dua lututnya... (syahwatnya). Insya Allah, suami sentiasa sayang dan merindui kita.

Bayangkan suami balik dari kerja, sudahlah lapan jam diluar, makan mungkin beli di kedai, dah tentu org masak. Balik kerumah pun kita minta 'sunarti' buatkan air???. So bila masa kita dapat 'belai roh' suami agar dekat dgn kita??? Jadi kalau setakat secawan / seteko air, tolonglah buat sendiri.

Penat usah cerita, semua kita penat, samada bekerjaya diluar atau sekadar surirumah. Namun itulah salah satu dari beribu2 cara yg boleh diguna pakai. Yg kadangkala kita anggap remeh serta tak masuk akal.

Lagi satu bab pakaian kecik, kalau org moden2 sekarang mungkin dia rasa ... apalah mana ade logik, tapi cuba kita lihat org tua dulu2 kat mana agaknya dia sorok pakaian dlm dia ya? Tak kan tak pakai pula kan, tapi kalau mereka basuh pun mereka sidai dlm satu tempat khas jauh dari penglihatan org lain. Masa saya kecik2 dulu, nenek sidai pakaian dlm dia, dibelakang rumah, dlm satu ruang yg berpagarkan mata punai dan terbuka berangin) so, semua yg kecil2 (pakaian dlm) nenek sidai disini, jauh dari penglihatan org ramai yg lalu lalang. Sampai hari ini ibu juga sidai pakaian dlm berasingan dgn baju2 lainnya.

Berbanding kita sekarang, sidai pakaian dlm, bergayutan diampaian dan kalau duduk apartment lagi seronok, sidai di ruang yg menghadap kejalan raya lagi... semua mata boleh memandang. Sorok2lah sikit...malu org tenguk...tak boleh bagi alasan tak ade ruang cuba adjust, ... kita buat diakan, bukan dia yg buat kita...

Pakaian dlm ini (maaf TM kena berterus terang sikit...tapi rasanya masih bahasa yg berlapik) bekas kita 'menyorokkan' aurat (bahagia sulit) kita suami isteri. Sekali lagi, sebaik2nya dijaga / diurus hanya oleh siisteri. Usah sekali2 membiarkan maid / pembantu membasuh (walau guna mesih) dan menyidai lalu melipatkannya. Bukan payah sangat pun, saiznya pun kecik2 saja ye tak...kenapa musti bagi org lain menguruskannya'???

Dan ini yg paling penting, bisik nenek ketelinga, "bilik tidur kamu ibaratkan tubuh kamu sendiri, usah dibiarkan orang lain menyentuhnya sewenang2, rahsia suami isteri ada didlmnya terutama di katil (ranjang). Jadi usahakan sedapat mungkin tangan sendiri yg mengemasnya!!!. Betul juga tu, bukankah saban malam kita bersama suami baring disitu, 'bersama' juga disitu, justeru 'roh' yg ada pada nya hanyalah antara suami dan isteri, peliharalah 'keserasian dan hubungan mesra antara keduanya agar kekal sampai bila2.

Pesan Harlene-selalu selalulah suap anak dengan tangan sendiri. Makanan yang ibu masak & disusuli dengan suapan tangan sendiri ke mulut anak akan menambahkan ingatan anak kepada ibu sentiasa. Hubungan akan lebih erat & anak akan makan lebih banyak berbanding dengan suapan sudu. Cubalah saya telah sedikit melihat hasilnya. Alhamdullilah

P/s : Apa pandangan anda? Betulke apa yang dicoretkan ini ? Teringat kata-kata Isteri, ramai rakan-rakannya  suami yang suka menolong isteri adalah dengan air tangan Isteri/Isteri pandai memasak.

May 18, 2010

The Pinkish Eyriqazz | 1 SuperKids FAMILY DAY!

Salam dari Eyriqazz,

Entry yang agak lambat diupdatekan. Minggu lepas saya dan Isteri telah dijemput oleh MySuperkids sebagai penganjur utama untuk menghadiri majlis pelancaran Wisma Bling Lustre, dan juga perasmian Rumah Kelab 1Super Kids, (1SuperKids Club House) yang berlangsung  pada 9 Mei 2010, di Wisma Bling Lustre, TanMing Boulevard, Tmn Meranti Jaya, Puchong .

Selepas sesat hampir sejam, akhirnya kami pun sampai di tempat yang dituju. Sempena Mothers Day hari itu, saya menurut saja kemahuan Isteri dan inilah kemahuannya :
The Pinkish Eyriqazz

Serba sedikit pasal majlis tersebut :

Bukan main sibuk lagi Cik Lily Putih sebagai salah seorang Committee Member
Antara gerai yang mengambil bahagian (Sedap Murtabak Raja nya)

Badut pun ada . Hik3, Alisya hampir nangis tengok Badut.
Story Telling untuk Kanak-kanak
Mari buat Origami
Kusyuk Kanak-kanak melihat Badut membuat persembahan
Sebelum Pulang, Isteri bergambar dengan Maizawati ( Ex-Wife Ustaz Akhil Hay)

Selain daripada itu, antara acara lain adalah sesi memakai tudung ( Isteri memenangi tempat kedua), Demonstrasi Auto Spa, Bling-bling Race, Sesi hati ke hati bersama Ms Maizawati, dan banyak lagi acara lain.

Syabas buat penganjur dan terimakasih kerana menjemput kami. Siap dapat Pass VIP lagi. Hak3, perasan glamour sekejap. Last but not least , serangkap pantun buat Penganjur :

1 Superkids Family Day saya sekeluarga hadiri
Banyak acara buat semua yang menyertai
Lain kali jemputla lagi
Terima kasih dari saya sekeluarga buat penganjur dan semua yang terlibat dengan event ini

P/s : Tak sangka, sejak aktif berblog ni banyak event dan jemputan yang diterima. Terima kasih kepada yang menjemput .

P/s/s : Seronok juga jadi blogger rupanya. Anda seronok tak jadi blogger?

May 9, 2010

Alisya Dah Pandai Membaca

Salam dari Eyriqazz,

Siapa sangka , usia belum sampai 1 tahun , namun :


Alisya Dah Pandai Membaca?

Hik3, amcam ,Comel tak Alisya membaca buku ? Gurau saja, untuk lebih lanjut pasal ini, refer entry selepas ini.

Alisya Puteri Tersayang Papa dan Mama
Makin membesar makin ceria
Keletahmu Papa rindukan setiap masa
Penyeri hidup seisi keluarga


P/s : Seronok ada anak kan?

December 14, 2009

Curious Kids Need to be Tough Inside

Anak permata hati dan pengerat hubungan seisi keluarga.Menjadi bapa buat pertama kali bukannya perkara yang mudah.Lebih-lebih lagi kepada kami yang masih muda dan belum berpengalaman dalam mendidik anak-anak.Namun,itu bukannya alasan dalam mendidik anak terutamanya kesihatannya.Anak-anak yang sedang belajar, membesar dan ingin tahu tentang pelbagai perkara perlu kental dan kuat dalamannya  (Curious Kids Need to be Tough Inside).

Anak-anak terdedah kepada kuman dan bakteria terutamanya zaman sekarang ini yang penuh dengan pencemaran.Di tambah lagi,lebih ramai keluarga yang kedua-dua suami dan isteri bekerja,jadi masa untuk bersama anak semakin berkurangan.Sekarang ini,kita pun mendengar,anak-anak kecil pun sudah dihinggapi pelbagai penyakit seperti kencing manis,barah, dan sebagainya. Justeru itu,anak-anak perlu kental dalamannya dalam menempuhi masa yang mendatang.


Perjalanan Alisya untuk menjadi lebih Kuat dan Sihat

Inilah yang kami amalkan dan bakal lakukan bagi memastikan Alisya lebih kuat dan sihat dalamanya.Kami ambil daripada nama penuhnya : NURUL ALISYA ILYANI

N = Naluri Keibuan
- Saya yakin dengan naluri keibuan kerana ibu lah yang lebih memahami anak-anak mereka.Sebab itu saya akan tanyakan isteri saya terlebih dahulu dalam apa jua kesihatan anak saya dan andainya isteriku merasakan anakku itu nak demam ,aku cepat-cepat bawa anakku berjumpa doktor agar sakitnya tidak berlarutan.

U = Utamakan Kebersihan
-Kebersihan penting dalam pembesaran dan pekembangan IQ anak-anak.Udara dan persekitaran yang bersih dapat meningkatkan imunisasi anak-anak dan mencegah daripada penyakit akibat persekitaran dan udara yang kotor seperti asma,cirit-birit,dan keracunan makanan.

R = Rumahku Syurgaku
-Pembelajaran anak-anak bermula daripada rumah.Kuwujudkan persekitaran rumah yang bersih,menarik ,dan dihiasi dengan warna-warna yang lembut dan cerah agar anakku menjadi lebih ceria , mudah belajar dan sifat ingin tahunya lebih berkembang ke arah yang positif .Anakku baru nak masuk 6 bulan, namun persekitaran di dalam rumah tetap kami jaga agar perkembangan mindanya lebih sihat.Kesan positif sudah dapat ku lihat bila anakku begitu mudah tersenyum,ketawa,dan disukai ramai.

U = Usaha dan berpegang kepada Prinsip "Mencegah lebih Baik daripada Mengubati''
- Berusaha dan belajar daripada orang-orang berpengalaman.Kami tidak segan silu bertanyakan tips,pendapat daripada orang yang lebih tua dan juga surf internet untuk mencari tips untuk perkembangan anak yang lebih sihat.Di samping itu kami amalkan pencegahan terutamanya tahun ini bila kita dikejutkan dengan virus H1N1 yang telah mengorbankan ribuan nyawa di seluruh dunia. Kanak-kanak dan bayi antara yang paling berisiko. Kami belikan stroller untuk Alisya berkelambu dan elakkan tempat-tempat sesak dan keluar sekiranya perlu.

L = Luangkan masa yang berkualiti bersama anak-anak dan keluarga
-Family time.Jgn lupa meluangkan masa bersama anak-anak.Ini dapat mengembirakan mereka.Hati yang gembira dapat mengelakkan perkara-perkara yang negatif.Bawalah keluarga bercuti,jalan-jalan,dan bersiar-siar ke taman permainan bila berkesempatan.Ingatlah,masa itu emas dan luangkan masa anda sebaik-baiknya.

A = Air yang bersih
-70% daripada badan kita adalah dalam bentuk cecair/air.Air diperlukan untuk proses pencernaan dan metabolisme makanan. Untuk menjalankan proses ini, badan mengambil air daripada sel badan (termasuk darah).Namun,proses ini dapat dijalankan sekiranya air yang kita minum itu adalah air yang bersih.Sebab itulah kami menggunakan penapis air.


Lihatlah betapa keruh dan kotornya air selepas hampir 2 bulan menggunakan penapis air.

Tak kisahla apapun jenama,asalkan berkualiti. Air bersih boleh merangsang sistem pertahanan badan, metabolisme sel dan mengurangkan risiko sel menjadi tidak normal, mencegah bahan toksik daripada merebak ke sel lain dan merendahkan peluang mendapat jangkitan.Memang,selepas menggunakan penapis air ni,sayapun dapat merasakan perbezaannya iaitu kurang sakit-sakit badan,keletihan berkurangan dan rasa lebih bertenaga.

L = Latih anak nilai-nilai yang murni dan berdikari
-Ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi?.Anak-anak banyak belajar daripada ibu bapa mereka.Justeru itu latihla mereka sebaiknya dan tanamkan nilai-nilai murni.Ajarlah mereka berdikari dan jangan asyik ''spoon feed" mereka,kelak bakal mengecewakan mereka dan kita sendiri.

I = Insurans
-Kami akan beli insurans comprehensif untuk anak kami dalam masa terdekat.Jadi,andainya apa-apa terjadi kepada kami ,anak kami terjamin dan dilindungi.Untuk mencegah dalaman,luaran pun perlu dititik beratkan jua kan?Tidaklah terkebil-kebil kerana banyak masalah penyakit berpunca kerana masalah kewangan dan tidak mampu untuk membiayai rawatan perubatan.

S = Susu Ibu adalah yang terbaik dan juga Simpanan untuk masa depan
-Susu ibu adalah yang terbaik.Susu ibu mengandungi pelbagai khasiat yang dapat melawan penyakit.Selain itu,kami memberikan susu  yang direkomenkan oleh doktor.Simpanan juga penting,setiap bulan kami akan menyimpan sekurang-kurang RM100 untuk anakku ini dan buku akaun ini kami bagi neneknya pegang jadi kami tidak akan berpeluang untuk mengeluarkan duit tersebut andainya keadaan terdesak.Bila duit mencukupi,hati pun senangkan?Itulah yang kami mahukan buat anak-anakku.

Y = Yakin pada produk yang berkualiti (i.e. bakal menggunakan Dutch Lady Friso Gold)
-Semalam kami pi Tesco.Ramainya orang membeli Dutch Lady Friso Gold.Tanyalah kat pembantu penjual,rupa-rupanya untuk 1 tahun ke atas sahaja produk ini.Sebelum ni ramai kawan-kawan rekemenkan produk ni tapi tak tahu pula untuk satu tahun ke atas.Harini surf internet dan makin berminat apabila mengetahui bahawa Friso Gold mempunyai :

i)Frisoshield ™ dengan P2 Dual System™ iaitu kombinasi nutrien utama bersama prebiotics dan bakteria hidup yang sihat. 
ii)Prebiotics mengandungi kombinasi GOS dan FOS yang membantu meningkatkan perkembangan usus bifidobacterial dan membantu mengekalkan keseimbangan usus.Bifidobacteriumdan lactis boleh membantu mengurangkan masalah cirit-birit.

Menarik juga.Bila Alisya dah cukup setahun aku akan mencuba produk ini dan mungkin selepas ini selepas menggunakan Friso Gold :


Puteriku akan lebih gembira dan senyumannya akan terus menguntum

A = Amalkan memakan makanan yang berkhasiat
-Pemakanan penting dalam perkembangan otak dan kesihatan dalaman anak-anak.Amalkan memakan makanan yang sihat yang mengandungi banyak khasiat dan vitamin seperti buah-buahan,sayur-sayuran,dan susu segar.Sebaik-baiknya :


Gunakan Piramid Makanan sebagai Panduan

I  = Ilmu dipelajari dan yang baik diamalkan
-Saya akan galakkan anak-anak mempelajari ilmu dan tanamkan minat membaca kepada mereka.Ilmu yang baik perlulah diamalkan seperti menghormati orang yang lebih tua,menghormati tetamu,dan tolong-menolong.Amalan yang baik mengundang kesihatan yang lebih sihat.

L = Layan mereka SEBAIK-BAIKNYA
-Layan anak-anak sebaiknya dan dengan penuh kasih sayang.Bina minda mereka.Elakkan memarahi mereka ataupun kalau bertengkar dengan isteri,cari tempat yang sesuai dan jangan didepan mereka.Jangan memukul,merotan atau mendera mereka kerana ini akan menjejaskan emosi mereka dan menjadikan mereka lebih mudah diserang penyakit.Emosi yang tidak sihat mengundang permasalahan dan menjejaskan kesihatan.

Y = Yang baik jadikan teladan,yang buruk jadikan tauladan
-Sekali-sekala anak-anak akan melakukan kesilapan.Manusia mana yang tak pernah buat silap.Ingatkah kita masa kita kecil-kecil dulu?Hukum mereka biar kena dengan caranya dan jadikan ianya sebagai amalan.Anak-anak akan lebih menghormati kita dan mereka akan lebih berfikiran positif.Fikiran yang positif akan membuatkan anak-anak lebih aktif dan sihat.

A = Asuhan dan Ajaran Agama
-Asuhla mereka sebaik-baiknya (bukan sahaja daripada kita namun ahli keluarga yang lain seperti nenek,atuk,dan saudara-mara) dan berikan ajaran agama yang secukupnya.Ilmu agama adalah penting agar mereka menjadi insan yang berguna dan mempunyai budi pekerti yang tinggi.Nanti bolehla mereka menilai antara yang baik dan buruk dan lebih mementingkan kesihatan kerana agama menganjurkan penganutnya menjaga kesihatan sebaiknya.

N = Nasihat biar kena dengan caranya (Elakkan berleter)
-Tepuk dada,tanya selera.Bagilah kata-kata nasihat yang baik dan elakkan berleter.Kita masa kecil-kecil pun tak suka ibubapa kita berleter kan?Begitulah juga mereka.Bak kata pepatah,menarik rambut dalam tepung,rambut seharusnya tidak putus dan tepung tidak berselerak.Begitulah juga cara memberi nasihat kepada anak-anak.

I  = IMUNISASI, Imbuhan dan Ingin tahu
-Imunisasi diberikan mengikut cadangan doktor supaya daya imunisasi meningkat dan mengelakkan penyakit.Di samping itu,berikan imbuhan kepada anak-anak contohnya apabila mereka mendapat keputusan yang cemerlang dengan memberikan hadiah,bawa mereka bercuti di tempat kegemaran mereka,dan sebagainya.Tanamkan sikap ingin tahu di jiwa mereka jadi mereka sentiasa mahu mempelajari sesuatu yang baru.

Bagi kami,sikap ingin tahu kami membuatkan saya menyertai pertandingan ini supaya kami dapat menyertai Nuffnang Friso Gold Family Day Out dan dapat menimba ilmu daripada Ruth Liew, pakar kekeluargaan yang popular dan ''columnist'' daripada The Star yang bakal berkongsi/menceritakan pengalaman,dan juga daripada nasihat pakar berkenaan kekeluargaan.

Saya juga tidak sabar untuk mendengar nasihat daripada pakar nutrisi dari Friso Gold menceritakan berkenaan diet yang seimbang dan nutrisi yang bagus dalam membantu meningkatkan imunisasi sistem anak-anak.

Di samping itu,sesi bersama keluarga bloggers supaya kami dapat berkongsi pengalaman dan bertukar buah fikiran berkenaan kekeluargaan.

Juga pesanan daripada puteri dan isteri kesayanganku :


Haa,jangan kecewakan harapan seorang ibu dan anak kecil..

Entry ini ditulis sempena Nuffnang Friso Gold Family Day Out Contest .80 entri terbaik akan menerima undangan (2 dewasa dan 2 kanak-kanak) untuk menghadiri Nuffnang Friso Gold Family Day dan entri terbaik akan memenangi pakej percutian 3 hari 2 malam ke Disneyland Hong Kong dan tak lupa juga RM100 Toys 'R' us vouchers untuk 10 entri terbaik yang lain. Menarik bukan?

Sebagai penutup,dengarlah dua rangkap pantun dari ku :


Nuffnang Friso Gold Family Day Out idamanku,
Hadiah buat isteri dan anak dariku,
Belajar, info berguna dan juga pengalaman baru,
Pengalaman mengujakan ku tunggu-tunggu.

Pengalaman begini susah dicari,

Terima kasih kerana bagi peluang buat kami,
Entri yang terbaik dan berjam-jam menulis sudah pasti,
Agar pengadil dan juri puas hati.

December 13, 2009

Jalan-Jalan Cari Pasal


Santapanku Semalam...

Biasalah,time hujung minggu temankan isteri shopping,beli barang dapur dan jalan-jalan.Semalam kitorang pi :


Tesco Ampang

Sebelum singgah Tesco, kami pi lunch di Jusco dulu sambil ambil barang dengan rakan isteri ku.Kami singgah lunch di :


Mr. Teppanyaki Restoran
Saya pun orderlah :

Seafood Teppanyaki.Not bad,blelah tahan rasanya...

Terkejut juga,Di Jusco Wangsa Maju,Restoran Shakey kena sita coz tak bayar sewa lebih RM100 ribu.X sangka pula.Lepastu terusla pi Shopping di Tesco.2nd time singgah Tesco Ampang,walaupun nak ikutkan rumah tak jauh pun.Biasa pi Carrefour.Sambil singgah tertarik juga tengok :

Promotion RHB Kredit Kad dan Debit Kad

Biasalah,kalau Carrefour selalu buat promosi bersama CIMB ,JUSCO dengan AEON Card,Tesco dengan RHB.Hidup berniagani mestilah tolong menolong,saling memerlukan satu sama lain.Aku buat dunno jerla coz aku bukannya pelanggan tetap TESCO (buat masani,namun mungkin berubah coz harga dia memang berpatutan).Di samping itu,ini kali pertama aku nampak :

Q-Buster!

Satu inisiatif yang sangat bagus kurasakan.Lain daripada yang lain dan buat pelanggan menghargainya.Ini tak,sesetengah pasaraya,dah la weekend,ramai org,kena queue panjang,kaunter byk tak buka.Bila tanya something kasi alasan staff cuti,mc, takpun pi makan/rehat.Aduhaiii....Bagus tu laa apa yg Tesco buat ni,salute,walaupun hujung minggu,tak lama beratur.

Perut dan berkeroncong,dan dah dekat pukul 7,kami pi singgah la dinner di :

Restoran Nasi Ayam Linda Onn.Ehh2,bukan,kedai sebelah dia :

Restoran Warung Santai

Kamipun orderlah :

Siakap Masak Pedas

Kerabu Mangga + Ayam Masak Kicap

ABC dan Air Laici

Nyam,nyam,sedap dan memang puas hati.Nanti kalau datang lagi ble la singgah lagi.Takpun,ble mencuba Nasi Ayam Linda Onn.Orang cakap sedap,tapi tak tahulah,tak pernah try lagi.

P/s :
Dua tiga kucing berlari,
Mana nak sama si kucing belang,
Jalan-jalan shopping di hujung minggu bersama isteri,
Ruangkan masa untuk orang tersayang.

Related Posts with Thumbnails