Showing posts with label tesco. Show all posts
Showing posts with label tesco. Show all posts

October 14, 2012

Shopping di Tesco Extra Mutiara Damansara

Papa, weekend ni jom pergi Tesco Extra Mutiara Damansara. Tak pernah lagi pergi sana. Kawan sayang cakap, best juga shopping di sini.Dipendekkan cerita, weekend lepas, pertama kali singgahi :

Tesco Extra Mutiara Damansara

Apa yang extranya pasal Tesco ni ini? First impression eyriqazz, tentu tesco ni tak besar mana dan lebih kurang macam tempat membeli belah yang lain. Ternyata, first impression eyriqazz silap. 

#First Impression - Extra Hour
- Tesco Extra Mutiara Damansara ini dibuka dari pukul 8pagi-1pagi. Fuhh, beroperasi 17 jam sehari. Senangla nak shopping kalau camni. Dibuka lebih awal, ditutup lebih lama. First Impression, Impress.

Langkah Kanan - Ada Promosi dan Booth dibuka

Nampak macam meriah. Terus eyriqazz suruh Isteri registerkan terus Tesco Clubcard. Sambil bershopping, sambil kumpul point. Kumpul point, convertkan ke voucher Tesco. 

# Extra Benefit - Shopping minimum RM5 percuma 3 jam pertama parking
Suasana di dalam .Santai

Suka dengan suasananya. Tempatnya yang bersih dan selesa untuk bergerak dengan jarak antara satu barang dengan barangan yang lain yang sesuai, memudahkan pergerakan. Takdela asyik nak berlanggar troli kan?

Anak-anak dah makin membesar, seorang 3 tahun, seorang 6 bulan, jadi Baby World menjadi pilihan :

Pakaian untuk anak-anak yang pelbagai pilihan yang cantik dengan harga yang agak berpatutan
Isteri sudah mula rambang mata. Sempatla belikan beberapa pasang baju untuk Alisya
Cantik-cantik. Isteri sibuk memilih lagi... Wanita dan Shopping, bagai Aur dengan Tebing
Stroller yang pelbagai pilihan
Diapers sudah menjadi kemestian bagi kami
Barangan bayi . Mudah bagi kami untuk membuat pilihan bila banyak pilihan yang menarik hati
Penjagaan bayi dan anak-anak tidak dilupa
Susu tepung membesar Anak-anak suatu kemestian apabila shopping
First time Eyriqazz perhatikan tempat yang bapa boleh berikan susu untuk anak-anak

Yerla, most shopping complex, tempat untuk bayi or tempat susukan bayi hanya untuk wanita saja. Umm, ingat kami ni kaum bapa tak pandai ke susukan anak? Tengok la saja bukti gambar di atas. Tahniah buat Tesco, perlu banyakkan tempat sebegini. Kalau ada kemudahan wifi dan tempat baca suratkhabar, lagi cool. Isteri boleh shopping dengan gembira, kaum suami boleh santai di sini.
Makanan Bayi untuk Azim

Satu perkara yang menarik yang saya perhatikan di sini adalah label lokasinya yang agak besar dan mudah dibaca. Jadi, tidakla rasa terkial-kial mencari tempat yang ingin disinggahi.

#Extra - Tempat Letak Troli

Kalau penat, bolehla rileks sat menjamu selera di Food Court di dalam Tesco. Takdela rasa nak berlanggar2 troli pula kan?

Satu lagi perkara yang saya suka di sini, susun atur yang lebih teratur ,especially bagi mereka yang mahu cepat dan terjah kedai tertentu ,contohnya :

# Farmasi
# Kedai Optik
#Kedai Telefon

Yup, masa itu emas. Bila susunan yang lebih teratur ini, mudahla sikit mencari barangan yang ingin dibeli. Masa pun dapat dijimatkan.

#Extra - Pamplet Kekeluargaan tips memilih barangan untuk dibeli. Mudah diambil, lokasi strategik
# Papa, Mama nak jugakk!! Mana cukup 2 pasang je?
Adushh, semakin banyak yang Isteri mahu beli... 
Pujuk-pujuk, next time kita singgahi lagi??
Tak termakan pujuk. Tetap memilih bila hati sudah berkenan
Cantik tak yang ini Alisya?
Alisya : Cantik...Mama kan banyak duitt...

Selain tempat bayi, sempatla juga singgahi :

Ruangan Barang Dapur.Papa, ambil plastik. Mama nak buat kentang penyek untuk azim
# Extra - Staffnya pun nampak mesra pelanggan. Queue Panjang, peraturan senyuman tetap dihulurkan
Pelbagai Jenama Tesco pun turut boleh dibeli
Semak harga dulu sebelum beli..
#Extra - First time jumpa shopping complex yang 3 barang RM1.
Hasil shopping. Mostly barangan dapur, makanan anak-anak dan keperluan anak-anak

Semua keperluan untuk anak-anak i.e. diapers, susu, makanan etc, semua ada di Tesco. Senang, tak perlu nak shopping 2 -3 tempat. In term of harga, menepati citarasa kami.

Mama gembira, Anak-anak pun gembira dapat apa yang diorang nak.
Masa untuk membayar
Banyak kaunter dibuka. Walaupun time weekend, queue nya tidak la panjang berjela-jela
Tahniah, inila yang pelanggan mahukan. Boleh spoil mood kalau shopping, time queue panjang giler.
Mahu je rasa nak tinggalkan je semua barang...Hik3...
Panjang List. Total shopping = RM300+
Food Court di luar Tesco Extra suasana agak ceria, gerai pun banyak
Owwh, bulan ini ada Contest. Jangan lepaskan peluang
Kedai baru bakal dibuka . Apa agaknya ya?
Langkah Kanan. Pusing wheel
Menang 10,000 Clubcard Point. Boleh tukarkan dengan voucher RM100
Ada games time ni. Boleh menangi pelbagai hadiah
Saya turut mencuba. Menang "Mystery Gift"
Time ni ada treasure hunt. Hadiah 500,000 ClubCard Point. Fuhh, menarik...

Menarik. Games sebegini dan booth yang dibuka memang menarik hati pengguna. Kalau dianjurkan secara berterusan memang menarik hati. Lebih-lebih lagi kalau turut dianjurkan yang boleh disertai bersama anak-anak i.e. Cabutan bertuah, Pertandingan Melukis etc.

Sudah penat bershopping, bolehla singgah makan di salah satu Restoran kegemaran Eyriqazz, Restoran Santai
-Tesco Ampang ada, di Tesco Extra Mutiara Damansara pun ada-
# Extra - Kadar parking, agak berpatutan. worth it..4 jam shopping, bayar rm2. 3 jam pertama dah free...

Overall, pengalaman pertama shopping di Tesco Extra Mutiara Damansara tidak mengecewakan. Pulang bawa barangan shopping yang diinginkan, suasana di dalamnya pun selesa . Cuma, cadangan saya, mungkin boleh letak beberapa kerusi, kalau time penat, bolehla berehat sebentar. 

Pelbagai pilihan, pelbagai extra yang memudahkan kami
Sudah pasti akan kami singgahi lagi
Seisi keluarga shopping dengan gembira hati

October 12, 2012

RM100 Tesco Voucher Give Away

RM100 Tesco Voucher Give Away Sponsored By Tesco Malaysia

Syarat-syarat Contest/Give Away  :
Klik pada Gambar di atas ataupun [ KLIK SINI ]

July 3, 2011

Aduan Pengguna Tesco | Iklan "Indah Khabar dari Rupa"

Iklan di The Star, Sabtu 2 July 2011
Promosi Tesco " Because We Care"
Promotion Valid Till 3 July 2011

Bukan main teruja lagi Isteri untuk ke Tesco semalam, especially untuk membeli barangan Bayi, antara yang tergiang di fikirannya adalah :

1) Susu Enfagrow 1-3, harga asal RM90+,promosi RM79.99
2) Susu Isomil Plus, Harga asal RM60+ (biasa beli kedai ubat cina, RM56), promosi RM49.99
3) Huggies dry,harga asal , RM45+  promosi RM29.89

Lepasje sesi bermain golf anjuran bersama Nuffnang, malamtu kami terus terjahi Tesco. Sampai di Tesco Ampang lebih kurang pukul 9 malam. Namun agak kecewa :

Enfagrow, Sold Out , limited to 5 unit per day per person
Isomil pun sold out
Minta Mamat Bangla tolong carikan di stor. Sorry, tiada katanya...Stor pun tiada stok
Muka Mama-Mama yang agak kecewa. Mungkin mereka pun menaruh harapan yang sama macam kami.

Well, to cut it short, inilah yang berada di troli. Hanya promosi Huggies Dry yang berjaya dirembat

Curious, saya pun ke Customer Service untuk dapatkan penjelasan lebih lanjut. Kata promosi dua hari, takkan first day tak semua stok takde? Pelik...
Customer Service Tesco Ampang

Inilah lebih kurang perbualan kami :

Saya : Adik, nak tanya sikit pasal promosi Enfagrow dan Isomil ni. BOleh tak panggilkan Supervisor adik..
(x lama lepas tu, datang supervisornya, lelaki, muda lagi,hensem)

Saya : Nak tanya, promosi Enfagrow dan Isomil ni untuk dua hari kan? Camne cepat sangat habis?
Supervisor Tesco : Ohh, petang tadi dah habis...Dalam pukul 6, kamipun tengah tunggu stok.

Saya : Ohh, so besok ada la ya?
Supervisor Tesco : InsyaAllah ada..Cubalah datang awal..Pukul 10 camtu...

Saya : Umm, sehari berapa stok untuk promosi ni sepanjang dua hari ni (cuba memancing lebih jauh)
Supervisor tesco : Lebih kurang dalam 300....

Saya : Hah? takkan 300 je kot? Kalau sorang angkat 5 satu,60 orang customer je la?
Supervisor tesco : Haah....

Saya : Umm, ni dah cam menipu dikk...Promosi bukan main hangat di main newspaper..2 Muka surat besar lagi, tapi satu stor dalam 300 je? 
Supervisor : Oh, maaf,tuh promosi bukan tesco yang uruskan 

Saya : ???? Speechless....abistu kalau saya datang besok kol 10 adala ni?
Supervisor : X pasti...Tengok stok datang pukul berapa...tadi dalam pukul 5 sampai..Kol 6 lebih dah sold out
(Mean yang datang awal2 pagi, terhegeh2 n pejam mata je la?)

Saya : Haa, boleh pula camtu? X tau timing? Sooo,kol berapa saya kena datang confirm dapat ni?
Supervisor : Ummm,.....x berani nak janji.Bergantung kepada stok yang datang ...


Muka Pengguna Tesco yang kecewa...

So, memang kami tidak berpuashati. Especially wifey la....Isomil dan Enfagrow antara  susu yang kami gunakan untuk Alisya. Rasa macam waste time aje datang,penat lagi, dan inilah aduan saya yang akan saya turut adukan kepada National Consumer Complaint Centre dan juga Kementerian Perdagagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Penggunaan :

1) Iklan yang mengelirukan "Indah khabar dari rupa? " Kenapa dalam newspaper tiada mention for the first 300 items only ? Adakah ini cara untuk memancing pengguna datang dan membeli belah di hujung minggu? Kena pula lebih kurang seminggu most of gaji pekerja masuk?

2) Takkan sehari stok ini ada dalam 300 je kot? Mana stok2 yang lain? Dah taukan promosi ala besar-besaran, kenapa ini saja yang mampu ditawarkan kepada pengguna? Adakah ada niat tersembunyi di sebalik promosi dan iklan ini? 

3) Lain orang yang ditanya, lain yang dijawab. Umm, new marketing strategi ke ni? 2 hari pula tuu...Weekend lagi. Kesian tau mak/bapa2 macam kami yang mengharap. Promosi sebegini memang kami nanti-nantikan especiallly dengan kos sara hidup yang semakin meningkat, namun inikah caranya treat regular customer macam kami? Indah Khabar Dari Rupa? Dalam beribu-ribu yang datang mengharap, tak sampai 10% je yang dapat memperolehinya?

P/s : Kenapa perlu mengelirukan pengguna andainya tidak mampu memberikan tawaran seperti dijanjikan?
Related Posts with Thumbnails