Showing posts with label isomil murah. Show all posts
Showing posts with label isomil murah. Show all posts

July 3, 2011

Aduan Pengguna Tesco | Iklan "Indah Khabar dari Rupa"

Iklan di The Star, Sabtu 2 July 2011
Promosi Tesco " Because We Care"
Promotion Valid Till 3 July 2011

Bukan main teruja lagi Isteri untuk ke Tesco semalam, especially untuk membeli barangan Bayi, antara yang tergiang di fikirannya adalah :

1) Susu Enfagrow 1-3, harga asal RM90+,promosi RM79.99
2) Susu Isomil Plus, Harga asal RM60+ (biasa beli kedai ubat cina, RM56), promosi RM49.99
3) Huggies dry,harga asal , RM45+  promosi RM29.89

Lepasje sesi bermain golf anjuran bersama Nuffnang, malamtu kami terus terjahi Tesco. Sampai di Tesco Ampang lebih kurang pukul 9 malam. Namun agak kecewa :

Enfagrow, Sold Out , limited to 5 unit per day per person
Isomil pun sold out
Minta Mamat Bangla tolong carikan di stor. Sorry, tiada katanya...Stor pun tiada stok
Muka Mama-Mama yang agak kecewa. Mungkin mereka pun menaruh harapan yang sama macam kami.

Well, to cut it short, inilah yang berada di troli. Hanya promosi Huggies Dry yang berjaya dirembat

Curious, saya pun ke Customer Service untuk dapatkan penjelasan lebih lanjut. Kata promosi dua hari, takkan first day tak semua stok takde? Pelik...
Customer Service Tesco Ampang

Inilah lebih kurang perbualan kami :

Saya : Adik, nak tanya sikit pasal promosi Enfagrow dan Isomil ni. BOleh tak panggilkan Supervisor adik..
(x lama lepas tu, datang supervisornya, lelaki, muda lagi,hensem)

Saya : Nak tanya, promosi Enfagrow dan Isomil ni untuk dua hari kan? Camne cepat sangat habis?
Supervisor Tesco : Ohh, petang tadi dah habis...Dalam pukul 6, kamipun tengah tunggu stok.

Saya : Ohh, so besok ada la ya?
Supervisor Tesco : InsyaAllah ada..Cubalah datang awal..Pukul 10 camtu...

Saya : Umm, sehari berapa stok untuk promosi ni sepanjang dua hari ni (cuba memancing lebih jauh)
Supervisor tesco : Lebih kurang dalam 300....

Saya : Hah? takkan 300 je kot? Kalau sorang angkat 5 satu,60 orang customer je la?
Supervisor tesco : Haah....

Saya : Umm, ni dah cam menipu dikk...Promosi bukan main hangat di main newspaper..2 Muka surat besar lagi, tapi satu stor dalam 300 je? 
Supervisor : Oh, maaf,tuh promosi bukan tesco yang uruskan 

Saya : ???? Speechless....abistu kalau saya datang besok kol 10 adala ni?
Supervisor : X pasti...Tengok stok datang pukul berapa...tadi dalam pukul 5 sampai..Kol 6 lebih dah sold out
(Mean yang datang awal2 pagi, terhegeh2 n pejam mata je la?)

Saya : Haa, boleh pula camtu? X tau timing? Sooo,kol berapa saya kena datang confirm dapat ni?
Supervisor : Ummm,.....x berani nak janji.Bergantung kepada stok yang datang ...


Muka Pengguna Tesco yang kecewa...

So, memang kami tidak berpuashati. Especially wifey la....Isomil dan Enfagrow antara  susu yang kami gunakan untuk Alisya. Rasa macam waste time aje datang,penat lagi, dan inilah aduan saya yang akan saya turut adukan kepada National Consumer Complaint Centre dan juga Kementerian Perdagagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Penggunaan :

1) Iklan yang mengelirukan "Indah khabar dari rupa? " Kenapa dalam newspaper tiada mention for the first 300 items only ? Adakah ini cara untuk memancing pengguna datang dan membeli belah di hujung minggu? Kena pula lebih kurang seminggu most of gaji pekerja masuk?

2) Takkan sehari stok ini ada dalam 300 je kot? Mana stok2 yang lain? Dah taukan promosi ala besar-besaran, kenapa ini saja yang mampu ditawarkan kepada pengguna? Adakah ada niat tersembunyi di sebalik promosi dan iklan ini? 

3) Lain orang yang ditanya, lain yang dijawab. Umm, new marketing strategi ke ni? 2 hari pula tuu...Weekend lagi. Kesian tau mak/bapa2 macam kami yang mengharap. Promosi sebegini memang kami nanti-nantikan especiallly dengan kos sara hidup yang semakin meningkat, namun inikah caranya treat regular customer macam kami? Indah Khabar Dari Rupa? Dalam beribu-ribu yang datang mengharap, tak sampai 10% je yang dapat memperolehinya?

P/s : Kenapa perlu mengelirukan pengguna andainya tidak mampu memberikan tawaran seperti dijanjikan?

January 12, 2011

Tips Beli Susu Bayi|Isomil Murah

Entry ini khas buat golongan Ibu dan Bapa yang ada bayi macam Eyriqazz. Sekadar berkongsi, mungkin a lot of u already know about this :

Tips Beli Susu Bayi|Isomil Murah
Harga di Jusco , Isomil Plus untuk bayi 1-3 tahun RM63.30
Harga di kedai X, RM54.70

Tips ini diberitahu oleh seorang pekerja Chinese Malaysia Yun Nam Hair Care semasa wifey buat rawatan rambut coz anaknyapun pengguna Susu Isomil. 

Tipsnya mudahje, kalau mahu beli susu murah, carilah di kedai Ubat/Sensei Cina. Harganya jauh lebih murah dari pasaraya terkemuka. Bukan Isomil saja, malah pelbagai jenama Susu Bayi yang lain.

Dah berkali-kali akhirnya barulah sempat menyinggah kedai Sensei Cina yang tidak jauh dari rumah. Memang lebih murah, harganya lebih kurang harga time promosi yang diadakan di Jusco, Giant mahupun Carefour. Kalau yang belum tahu boleh la menerjah. 

P/s : Selain di Kedai Sensei/Ubat Cina, kat mana lagi boleh dapatkan Susu Bayi dengan harga yang lebih berpatutan? Planning to have our 2nd child soon...
Related Posts with Thumbnails