April 16, 2012

Luahan Hati Seorang Isteri


Hampir menitik air mataku apabila membaca sms dari Isteri yang kini berada di wad Perdana Specialist Hospital Kelantan menemani Azim yang kena jaundice :

" Ngantuk, X Larat, Sakit belakang, lenguh-lenguh badan. Berurut dan bertungku pun x mula lagi"

Sudahla berjaga malam selalu. Naik keretapi tak sampai seminggu bersalin, now menemani Azim di hospital.Betulla, Syurga di bawah tapak kaki Ibu. Besar sungguh jasa dan pengorbanan seorang Ibu/Isteri.

Ya Allah, Sembuhkanlah Anakku . Terrimasih atas nasihat dan juga kata-kata semangat dari semua. Bertuah eyriqazz mempunyai rakan yang begitu memahami dan menyayangi di alam maya ini. Semoga Allah murahkan rezeki anda semua dan berbahagia/gembira selalu hendaknya...Amin..

21 comments:

  1. AMIN..kena juga bersyukur sebab Insya Allah ada hikmah disebalik semua ini..Allah Maha Mengetahui.
    Dan bersyukur juga diberi pengalaman seumpama ini berbanding mereka di luar sana yang tak berpeluang langsung walaupun bertahun-tahun mencuba mendapatkan anugerah Allah ini.
    Mudah-mudahan segalanya dimudahkan,harap bro Eyriqazz dan isteri kuat ye.

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah..semuanya akan baik-baik saja...=)

    ReplyDelete
  3. Begitulah ibu-ibu seluruh dunia berbakti. Walau penat mcm mana skalipun, tetap jalankan dgn tggjwbnya sbg ibu. Tabahlah hati mu wahai ibu Azim...

    ReplyDelete
  4. semOga baby cepat sembuh. terasa mcm nk melawat jee. ngee.
    p/s :: saba bro eyriqazz..

    ReplyDelete
  5. ketabahan seorang ibu tiada yg dapat membalas jasanya.

    ReplyDelete
  6. sapa lagi yang akan tolong kita kalau bukan kawan2..tak dapat tolong dari segi wang ringgit, dapat tolong dari segi yang lain2 pun dah kira ok.. :)

    ReplyDelete
  7. sabar ye bro.. setiap org ada ujian masing2.. saya doakan baby azim akan cepat sembuh insya Allah... insya Allah baby Azim tak apa2.. pikir positif.. kuatkan semangat bro n wife...

    ReplyDelete
  8. semoga semuanya dalam keadaan baik..insyaAllah

    ReplyDelete
  9. Aku pun down juga bila anak sakit,byk berdoa dan bersabar...jasa ibu mmg tidak ternilai.

    ReplyDelete
  10. semoga segalanya lancar dan dipermudahkan olehNya
    jom sertai
    http://zubir5588.blogspot.com/2012/04/blogger-pilihan-chegu-zubir.html

    ReplyDelete
  11. Semoga baby cepat sembuh,,.insya Allah bila dia semakin besar, kuning tu Akan hilang sendiri,..mcm pengalaman sy dulu, anak Kene jaundis 2x admitted...sedih jgn cakap la..pantang pun tak ikut sgt sebab on off ke hospital...

    ReplyDelete
  12. Alahai sedey lak dgr...time ni mest ur wife perlukn husbandnyer disisi..pe pun moga baby cepat sembuh...

    ReplyDelete
  13. Insyaallah semuanya akan kembali seperti sediakala..moga bro dan wife tabah hadapi keadaan ni..

    ReplyDelete
  14. Sabar bro dulu anak saya pernah ditahan hospital selama seminggu kerana demam kuning. Hari-hari isteri menangis mengadu tangan dan kaki lembam-lebam kesan ambil darah.

    Memandangkan saya berkerja di bahagian Kejuruteraan Elektronik Perubatan tidak menjadi saya masalah untuk memahami prosidur dan memujuk ister selain memberi kata-kata semangat. Ketika ini isteri dan ibu memerlukan sokongan suaminya untuk meniupkan semangat.

    ReplyDelete
  15. Kami doakan bayi Azim cepat sembuh.. Sabar ye.

    ReplyDelete
  16. semoga bro tabah menghadapi segala dugaan... byk bersbr bro.. ini satu ujian darinya..

    ReplyDelete
  17. she need you to be beside her at this moment.....xpelah xbertungku n berurut..kena make sure azim ok dlu..biasalah mak2x kat dunia..diri sendiri terabai xpe..janji anak sihat sejahtera...

    ReplyDelete
  18. tu psl nabi sebut dalam hadis sampai 3 kali berturut-turut, berbakti kepada ibu, baru dia sebut bapak.besarnya pengorbanan ibu kan :)

    ReplyDelete
  19. Ya Allah sedih nya nurul baca.. Allah s.w.t. tengah menguji kesabaran dan ketabahan keluarga Abg Eyriqaz, InsyaAllah setiap yang berlaku mesti ade hikmahnya.. Semoga Baby AMin & Wife cepat sembuh AMin.. ;)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails