Showing posts with label romantik. Show all posts
Showing posts with label romantik. Show all posts

May 11, 2011

Lebih Romantik Sejak Ada Blog


Tersenyum seketika bila membaca komen dari Isteri di salah satu blog yang selalu dikunjunginya [ Romantik X?? ] . Inilah komennya :

"romntiknya!!!....azwa jrg@ x pernah terima brg2 mcm ni...kalo trima pun, barang@adiah.....
tp, sjak suamiku trcinta tu ada BLOG....barulah ku tahu betapa romantiknya suamiku....hihihiii...(pd pndangn azwa lah ;-)...)"

Umm,Scorpio memang camni, kurang pandai meluahkan perasaan dan jadi kreatif. Di blogku inilah ianya lebih mudah untuk diluahkan curahan hati. Ewahh, No worries sayang :

Impian Sayang ,InsyaAllah akan abang tunaikan tahun ini (Alhamdulillah, rezeki berblogging semakin murah)

P/s :Romantik tak pasangan anda? Apa perkara yang paling romantik pernah dia lakukan? Maybe saya boleh tiru on my wife birthday bulan July nanti.

March 17, 2010

Selamat Pengantin Baru

Gendang dipalu pengantin baru
Duduk bersimpuh tersimpul malu
Selamat Pengantin Baru dariku
Buat adik perempuan yang disayangi selalu


Sekitar majlis akad nikah pada 13/3/2010 ( Gambar dari kamera adik )


Adik Perempuanku sudah Selamat di Ijabkabulkan

Adush, jealous juga seh. Apa taknya ?Adik ipar lagi hensem dariku ...Hik3, tahniah buat adik tersayangku.Semoga bahagia ke akhir hayat.

Adik bongsuku tersimpul malu

Amcam, hensem tak adik bongsuku? Bolehla kalau nak masuk meminang. 

Tandatangan dari Pengantin

Akad nikah di Terengganu mudah. Beberapa patah saja. Rasanya lebih kurang camni "Saya terima Nikahnya dengan kadarnya itu " tidak seperti masaku dulu di Kelantan, saya terima nikahnya ...... dengan mas kahwinnya dot,dot dot..

Cincin disarungkan buat Raja Sehari
Alisya dicium Tok Su nya

Dah ngantuk alisya time ni. Namun, demi Mak Ngah tersayang, digagahkan jua matanya.

Adush, Romantiknya Ayah Tehku (dah kahwin lebih 15 tahun)

P/s :Teringat masa kahwin dulu. Kahwin itu seronok. Kepada yang belum kahwin cepat-cepatla kahwin . Apa pula pandangan anda ?Seronoktak kahwin?

P/s/s : Mana part yang paling best semasa majlis kahwin ? Akad nikah, malam pertama, bersanding ataupun buka hadiah?For me, tentulah......cubala teka...
Related Posts with Thumbnails