September 23, 2010

Betulke Azwan Ali Bakal Bersara Tulis Blog?

Betulke Azwan Ali Bakal Bersara Tulis Blog?

Terkejut bila baca cerita di Murai yang Azwan Ali Tekad Bersara Tulis Blog dan antara petikan di entry itu :

"KUALA LUMPUR, 22 SEPT 2010: Barangkali berita ini mungkin akan mengejutkan segelintir peminat Azwan Ali. Begitu juga di kalangan mereka yang tidak begitu menggemari pengacara yang cukup sensasi serta laser ini. Namun, hakikatnya Azwan sudah tekad untuk berhenti daripada meneruskan tulisannya di dalam blognya:http://silaserazwanali.blogspot.com/.



Apakah sebabnya? Mengapa Azwan tiba-tiba mengambil keputusan yang boleh disifatkan sebagai cukup drastik itu? Lebih-lebih lagi bila keputusan itu dibuat pada saat dia masih lagi mengerjakan umrah selama 15 hari di bumi Mekah sejak dia menjejakkan kaki di Tanah Suci Allah itu pada 30 September 2010 yang lalu."



Setahu Saya Azwan Ali salah seorang Featured Bloggers For Project Alpha Season 2 anjuran bersama Oleh Nuffnang. Takkan dia nak bersara kot? Atau mensensasikan keadaan? Entahla, kena tanya BeautifulNara NI. 



Honestly, pernah jumpa Azwan Ali sekali dan apa yang boleh saya katakan, first impression is not always rite. Very nice borak-borak ngan dia dan dia mudah melayan kerenah dan saya pun agak terkejut. Persepsi negatif saya sebelum itu banyak berubah bila jumpa dan sempat berbual face to face dengannya. Thanks Je Jai, memang macam adik beradik bila dia berborak dengan Je Jai, eden tumpang menyampuk dan angguk-angguk, geleng-geleng, iye iye.



Semakin kurang sensasi la dunia blogging di Malaysia  kalau Azwan Ali bersara camni. Walaupun agak jarang singgah blog dia, but he speak his mind dan "Cakap Straight to the Point" dan "Ada AKu Kisah". Psst, baruje plan nak terjah blognya, kalau bersara tak jadila camni.



P/s : Apa pula pandangan anda? Betulke Azwan Ali Bakal Bersara Menulis Blog?



P/s/s : Tulis blog best ape...Boleh hilangkan tekanan dari dok Melilau tak tentu hala kan?Menulis menajamkan pemikiran, tak gitu?

2 comments:

Related Posts with Thumbnails

Hidupkan Untuk Memberi