Showing posts with label rindu. Show all posts
Showing posts with label rindu. Show all posts

August 27, 2010

As we go on, We remember | I Miss This Moment

Oh, I Really Miss This Moment. As We Go On, We Remember


Uwaa, uwaaa, mahu pulang ke Zaman Universiti kembali
Zaman yang begitu Indah dan mengujakan sekali
Aku rindu, aku rindu aku mahu pulang ke zaman itu lagi
Adakah ada jarum roda yang mampu kuputarkan kali ini


Zaman 25 tahun sudah ku lalui
Aku kahwin masa umur itu aku ingat lagi
Aku bertukar kerja aku bergelar suami
Namun , aku tetap rindu kenangan dulu sukarnya untuk dilupai

May 12, 2010

Aku Rindu Zaman Universiti!!

Semalam belek-belek gambar lama, syahdu dan teringat kembali zaman Universitiku. Terus aku Scan gambar-gambar lama itu. Kali ini entry yang agak personal sedikit, pukul 123pagi aku masih menulis entry ini.

Zaman Universiti Aku Rindui
Indahnya ketika ini
Pengalaman manis yang sukar dilupai
Andai ada jarum masa ingin ku putar untuk kembali

Bergambar Bersama Anuar Zain di London Airport
Inilah Universiti ku, Lancaster University
Kediamanku di Universiti, Pendle College (Ohh, aku rindu Porter Kolejku)
Lepak-lepak di Restoran Popeye bersama rakan-rakan
Main Futsal Padang ( Kelincahan bermain futsal Idlan Zakaria dan Nurfarhana Abdul Sani tidak dapat disangkal lagi)
Dengan 20 Pound (lebih kurang RM120, boleh penuh satu troli)
Shopping di Carboot (Macam-macam Ada)

P/s : Rindu tak Zaman Universiti? Zaman Sekolah ? Ummm,bestnya kalau dapat kembali ke zaman itu.

April 16, 2010

SENSASI | Bilikku di Universiti Dulu

Salam. Tetiba rindukan Zaman Universiti. Kenangan yang sukar dilupakan sampai bila-bila. Jom nak berkongsi gambar bilik bujang semasa di Zaman Universiti ku. Best, duduk flat studio di tahun akhir. Tapi, mahalnya mengalahkan sewa Condo di KL . Kalau Convert lebih kurang dalam RM500+ seminggu. Mujurlah Ada Sponsor yang sudi membayar . Jom Singgah :


AKu RIndu Zaman Universitiku

Hak-hak bersepah kan bilikku. Bila tengok gambar-gambar ni antara memori yang buatkan aku rindu,syahdu dan tergelak sorang-sorang :

1) Teddy Bear . Hik3, ramai lelaki yang ada teddy bear semasa zaman universiti tapi bukannya jambu. Contohnya aku, macho selalu.Hak3.

2)Kicap Kipas Udang. Walaupun dah di negara orang, memang tak dapat melupakan kicap dan nasi. Tak makan nasi satu hari , rasa lain je hidup ini.

3) Zaman Universiti tu pun aku dah start berblog cuma hangat-hangat tahi ayam dan privatekan. Dulu pakai blogdrive tapi update sebulan sekali pun susah. Saje untuk lepaskan tension dengan menulis.

4)Keychain. Dari dulu aku suka kumpul keychain. Skang minat juga cuma tak de tempat nak gantung. Almaklumlah rumah sewa lagi.

5)Masak sendiri. Dah lama tak memasak. Dulu kat Uni, bukan setakat tomyam,paprik, kari, sup ayam, nasi ayam pun pernah saya masak.Boleh kata, Kak Ina KL pun kalah. Sekarang, masak maggi pun suruh Isteri masak. Hik3 lagi.

6)Buku Novel Lagenda Budak Setan. Minat punya pasal, berkali-kali aku habis khatamkan buku ini. Dengar cerita filemnya bakal keluar tak lama lagi, bila ya?

7)Johnson Baby. Umm, sampai sekarang aku masih terfikir, camna benda tu boleh ada kat situ? BIla masa aku guna ni? Musykil-musykil.

Adussh, aku rindu zaman Universiti. Betul la orang kata, zaman belajar adalah zaman paling best sepanjang hidup, kan? Haah, betul, zaman kahwin pun best, cuma tanggungjawab&peningnya pun boleh tahan. Kalau zaman belajar, apa yang dirisaukan hanyalah belajar dan duit belanja tak cukup.

Jadi, buat rakan-rakan  di luar sana yang masih belajar, hargailah ia sebelum anda merindui yang tidak terhingga seperti saya.

P/s :Korang rindukan tak zaman universiti dulu?

P/s/s :Rasa teringin nak belajar kembali. Seronokkan zaman Universiti?

April 7, 2010

Ikan Celup Tepung Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu

Salam dari Eyriqazz,

Aku merindui kenangan ini
Balik kampung seronok sekali
Lebih seronok lebih teruja berkali-kali
Dapat merasa Ikan CeLup TepUng Pantai Batu Buruk , enaknya susah didapati di sini

Kesedapannya sehingga Menjilat Jari
Sotong dan Yang Lain-lain pun sedap juga
Bila Singgah, Pilih-pilihla Sendiri
Pemandangan Gerai dari Pantai
Alisya pun Nak Join Sekali

Memang puas hati dan berbaloi-baloi. Makan dua orang, penuh 2 pinggan sekali dengan air tak sampai RM20. Ditambah dengan angin sepoi-sepoi pantai, memang syahdu dan mengujakan.

kulari kehutan kemudian menyanyiku

kulari kepantai kemudian teriakku
sepi, sepi dan sendiri
aku benci
aku ingin bingar

aku mau di pasar
bosan aku dengan penat
dan enyah saja kau pekat
seperti berjelaga
jika kusendiri
pecahkan saja gelasnya
biar ramai
biar mengaduh sampai gaduh
ah…ada malaikat menyulam
jaring laba - laba belang
di tembok keraton putih
kenapa tak goyangkan saja loncengnya
biar terdera
atau aku harus lari kehutan
belok kepantai
Selingan Puisi Ada Apa Dengan Cinta (Tengok lebih 2 kali masa di UK dulu)
Alisya dan Mama seronok sekali

P/s :Huhuhu, rindu nak balik kampung.Rindukan Keluarga. Rindu nak mandi Pantai. Rindu Nak Mandi Air Terjun. Rindu Nak Makan Nasi Dagang Nenek,Rindu Nak Makan Keropok Lekor, oh Aku Rindu Semuanya. Anda pula, rindutak kampung halaman?

February 1, 2010

Aku Rindu

Aku Rindu

Aku Rindu Zaman Kanak-Kanakku
Sungguh Indah dunia Itu
Kulalui tanpa ragu-ragu
Cepat sungguh masa berlalu

Hari-hari yang  berlalu
Riang gembira mengisi waktu
Main bola memang hobiku
Penyerang itu posisi aku dulu

Bila dikenang kenangan lalu
Aku sebak naik pilu
Kembalikanlah waktu itu
Namun,manakan mungkin dapat diputar roda-roda masa yang sudah berlalu

Ikan laga ku bela dalam botol sungguh salju
Mandi baruh digigit lintah pedulikanlah aku
Tangkap ikan,tangkap ketam oh bestnya waktu itu
Aku rindu kenangan itu

Zaman kanak-kanak sudah berlalu
Masa yang mendatang arah dituju
Namun,aku tetap rindu waktu itu
Zaman kanak-kanak Ribena terujanya aku

Oh,Aku Rindu aku Rindu
Dimanakah ada jual ubat pengubat rindu
Aku ingin sangat kembali ke waktu itu
Zaman kanak-kanak yang telah berlalu?
Related Posts with Thumbnails