Showing posts with label teddy bear. Show all posts
Showing posts with label teddy bear. Show all posts

March 20, 2012

Lelaki dan Teddy Bear

Lelaki memiliki Teddy Bear, Sweet or Jambu?
Apa pandangan anda?

P/s : Yup, Ini teddy bear Eyriqazz ketika zaman belajar.....Salah satu kegunaan Teddy Bear ini bolehla terjah SINI

June 10, 2011

Alisya nak Baby

Suka benar Alisya dengan baby. Kalau jumpa baby, mesti nak diusik-usiknya. Pengasuh pula baru jaga baby juga. Sampaikan malam-malam bermain dengan teddy bear nya seolah-olah itula baby :

Senyum, Baby nak Susu?
Minum, Minum Susu Baby
Umm, Sedap....Papa Nak?

P/s : Wish Us Luck..Rasanya dah sesuai sangat skangni Alisya dapat adik...Yey, tak sabar nak ber honeymoon lagi di Kota Kinabalu, Sabah next month.


February 17, 2011

Lelaki Yang Ada Teddy Bear Jambu Ke?


Question : Lelaki Yang Ada Teddy Bear Jambu Ke?

Nah, I don't think So. Saya pun pernah ada Teddy Bear masa zaman belajar dulu dan ianya dimanfaatkan dengan sepenuhnya. Hik3, bolehla terjah SINI . 

P/s : Apa pula pandangan anda lelaki yang ada teddy bear? Jambu, sweet, Comel, Poyo, tidak kelelakian or ....?

May 16, 2010

Salah Satu Kegunaan Teddy Bear

Tentu ramai daripada anda pernah ada Teddy Bear terutamanya kaum wanita. Saya pun pernah ada.Kenapa anda ada teddy bear ya?

Inilah Salah Satu Kegunaan Teddy BeaR bagi saya semasa di zaman Universiti dulu :

Amcam, Kreatif tak saya?

P/s : Apa kata anda pula ? Kenapa anda pernah/ada Teddy Bear ? Tertanya-tanya juga

April 16, 2010

SENSASI | Bilikku di Universiti Dulu

Salam. Tetiba rindukan Zaman Universiti. Kenangan yang sukar dilupakan sampai bila-bila. Jom nak berkongsi gambar bilik bujang semasa di Zaman Universiti ku. Best, duduk flat studio di tahun akhir. Tapi, mahalnya mengalahkan sewa Condo di KL . Kalau Convert lebih kurang dalam RM500+ seminggu. Mujurlah Ada Sponsor yang sudi membayar . Jom Singgah :


AKu RIndu Zaman Universitiku

Hak-hak bersepah kan bilikku. Bila tengok gambar-gambar ni antara memori yang buatkan aku rindu,syahdu dan tergelak sorang-sorang :

1) Teddy Bear . Hik3, ramai lelaki yang ada teddy bear semasa zaman universiti tapi bukannya jambu. Contohnya aku, macho selalu.Hak3.

2)Kicap Kipas Udang. Walaupun dah di negara orang, memang tak dapat melupakan kicap dan nasi. Tak makan nasi satu hari , rasa lain je hidup ini.

3) Zaman Universiti tu pun aku dah start berblog cuma hangat-hangat tahi ayam dan privatekan. Dulu pakai blogdrive tapi update sebulan sekali pun susah. Saje untuk lepaskan tension dengan menulis.

4)Keychain. Dari dulu aku suka kumpul keychain. Skang minat juga cuma tak de tempat nak gantung. Almaklumlah rumah sewa lagi.

5)Masak sendiri. Dah lama tak memasak. Dulu kat Uni, bukan setakat tomyam,paprik, kari, sup ayam, nasi ayam pun pernah saya masak.Boleh kata, Kak Ina KL pun kalah. Sekarang, masak maggi pun suruh Isteri masak. Hik3 lagi.

6)Buku Novel Lagenda Budak Setan. Minat punya pasal, berkali-kali aku habis khatamkan buku ini. Dengar cerita filemnya bakal keluar tak lama lagi, bila ya?

7)Johnson Baby. Umm, sampai sekarang aku masih terfikir, camna benda tu boleh ada kat situ? BIla masa aku guna ni? Musykil-musykil.

Adussh, aku rindu zaman Universiti. Betul la orang kata, zaman belajar adalah zaman paling best sepanjang hidup, kan? Haah, betul, zaman kahwin pun best, cuma tanggungjawab&peningnya pun boleh tahan. Kalau zaman belajar, apa yang dirisaukan hanyalah belajar dan duit belanja tak cukup.

Jadi, buat rakan-rakan  di luar sana yang masih belajar, hargailah ia sebelum anda merindui yang tidak terhingga seperti saya.

P/s :Korang rindukan tak zaman universiti dulu?

P/s/s :Rasa teringin nak belajar kembali. Seronokkan zaman Universiti?
Related Posts with Thumbnails