Showing posts with label emosi. Show all posts
Showing posts with label emosi. Show all posts

May 5, 2011

Bila Emosi Menguasai Diri


Bila Emosi menguasai diri, terjadilah perkara yang tidak diingini. Terlontarla kata yang tidak disenangi, panggilan manja bertukar ganti, kau salah aku salah, masing-masing taknak mengalah diri.

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata tanggungla sendiri. Kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan. Nobody perfect, Life Must Go On bak kata Je Jai pada Maria Ozawa di Parti Buih, Luna Bar muncul dalam mimpi.

Bila Emosi Menguasai Diri, cakap banyak pun tak guna lagi. Lebih baik berdiam diri, dari "Syaitan Mula Merasuk Hati".

Buat Semua, Salah Silap Harap Maafi. Saya hanyalah Insan biasa yang menumpang di dunia ini. Kalau benci katakan benci, kalau Sayang Cubalah bukti. Amboi2, bukan main lagi mengata diri ini, terluka hati ku bawa diri...Hihihi, Misai Lentik dalam tetap ada Taman di dalam hati....

Coretan sekadar meluahkan perasaan Hati. Que Sera Sera, Just wait n See,Special thanks for these entries :


P/s : Kalau Sudah termakan hati, penawar pun sukar dicari, apakah solution yang paling mujarab sekali?

April 4, 2011

Penangan Janda Anak Dua|Badigool Bekas Adik Ipar!!!!!!!


Dayuss Punya Jantan!!! . Maaf, entry kali ini agak beremosi sikit. Saya sudah tidak dapat mengawal emosi ini. Hari ini saya cuti, jaga Alisya atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkkan. Sakit hati dan memang Badigool Bekas Adik Ipar . 

Dipendekkan cerita, minggu lepas, hari Jumaat Malam, adik perempuan saya telah diceraikan dengan bekas adik ipar saya dengan talak satu. Tergila-gilakan Penangan Janda Anak dua.

Sebelum itu, dia memohon dari mahkamah untuk berpoligami dengan Janda Anak dua itu. Tergila-gilakan janda, adik saya syak terkena guna-guna. Adik saya tidak merelakan, dan dia menceraikan adik saya. Reason lain yang diberikan adalah dia sudah tidak cintakan adik saya lagi, adik saya tidak berubah, dan pelbagai alasan yang sukar saya terima. Katanya dia hanya gembira beberapa bulan selepas berkahwin ..WTFishhh....Sebelum kahwin pernah fikir masak-masak sebelum hantar rombongan sampaikan rumah tak muat yang datang?

Hello Assss..... Nobody perfect k? Kalau nak menuding jari pun, tudingla jari kat diri sendiri dulu?Mentang-mentang duduk berjauhan, adik saya di Putrajaya, dia di Terengganu, senang-senang bermain kayu tiga di belakang? Kantoi dengan adik bongsu saya dating di Pantai Teluk Ketapang, tapi masih taknak mengaku time itu?

Senangnya dikau memperkotak katikkan adikku. Habis madu, sepah dibuang. Kau ingat kau tu perfect sangat? Nafkah zahir pun selalu tidak dipenuhi, kasi wang jauh sekali. Bila diminta baru nak bagi, inikah ciri seorang Suami? Yes, saya pun bukannya seorang lelaki/Suami yang sempurna, tapi at least saya tidak dayus.. Menceraikan seorang Isteri dengan  panggilan telefon ..Di luar kawasan pula tu. Pengecutt.

What goes around, comes around....Sampaikan ibu saya demam-demam beberapa minggu dan menangis teresak-esak memikirkan hal ini. Teringat lagi kata Mak Semalam " Kesedihan apa yang dibuat kat Adik ini, lebih sedih dari Mak Kehilangan Ayah". 

Buat Wanita/Isteri di luar sana, berhati-hatila bila Si Suami mula berubah perangai dan nampak lain macam. Either dia ada masalah atau cuba mendatangkan Masalah. Ambilla langkah pencegahan sebelum terlewat.Give and take adalah sebaiknya.Sentiasalah bertolak ansur dalam perhubungan.Nobody perfect dan perbaikilah diri masing-masing. Ditujukan khas buat diri sendiri juga..

January 23, 2011

WTF!!Inikah Semangat Kejiranan Namanya?


WTFish. Last time dah hangin, kali ini ada pula yang buat dajal pula. Inikah semangat kejiranan namanya? Baruje balik dari Midvalley, we can't Park Our car ,kalau di parkkan juga, nak buka pintu pun tak boleh. Teksi itu, sudahla parking di tempat orang lain (pemiliknya sudah berpindah rumah), dan parking ikut suka suki je. Tak ingat kat jiran-jiran ke?

WTFish, inilah dugaan hidup di Kota Raya. Ada jiran pun selalu buat hati ini nak meletup. Terpaksalah parking di tempat parking tidak berbumbung. Sabar eyriqazz, sabar...Kalau ikutkan hati mahu je report kat pak guard biar clamp je kereta nya. 

P/s : Semakin hari, semangat kejiranan semakin luntur especially di kota raya.  Oh.....WTFIsssshhhh...

August 26, 2010

Korang Semua Bodoh Dan Sial



Korang semua bodoh dan sial. Kenapa nak jaga tepi kain orang je?? Ni sebab orang melayu mundur. takut pada agama padahal Islam kata "Kebebasan beragama" dan "Jikalau dia tidak mahu beragama, biarlah dia untuk bertemu dengan pembuatnya dia akhirat nanti". Kamu semau bising bising macamlah kamu semua tu "Beragama" sangat. jangan bizzi bodi dengan hal orang lain ok. Pegi kerja dan jangan merempat di tepi jalan harapkan kerajaan tolong.

Inilah komen yang diberikan oleh Anonymous untuk entry :  Salleh Gregor Samsa Hina Islam | Lepas Satu, Satu .... 

Umm, bukan main berani lagi menyalak tapi tidak tunjukkan identiti. Beginikah caranya kalau berani untuk meluahkan pendapat? Caranya bercakappun bukan main berapi dan pedas. Saya tidak banyak memberikan ulasan untuk entry itu, jadi anonymous, kalau mahu mengomen tunjukkanla diri yang sebenar, jangan pula cuba bermain dengan Isu perkauman lagi, sangat tidak suka dengan statement ini :  " Ni sebab orang melayu mundur. takut pada agama padahal Islam kata "Kebebasan beragama'?

Malas nak mengomen lebih, buat sakitkan hati aje di Bulan puasa ini. Lagipun, kalau nak trace dia bleh aje, boleh check on IP yang mengomen tu tapi malas la nak pergi sampai situ, buat penat badan aje melayan. Apapun, tepuk dada, tanya selera. I am not A perfect human being tapi sekurang-kurangnya saya tidak menghina Agama saya sendiri dan saya cuba untuk ke arah yang lebih baik walaupun saya sedar masih banyak dosa dan silap yang saya lakukan.

P/s : Dah lama tak dengar ayat " jangan suka jaga tepi kain orang ?"  Kenapa tepi kain ya?

May 21, 2010

Que Sera Sera

Que Sera Sera

When I was just a little boy
I asked my mother, what will I be
Will I be handsome , will I be rich
Here's what she said to me.

Que Sera, Sera,
Whatever will be, will be
The future's not ours, to see
Que Sera, Sera
What will be, will be.

When I grew up and fell in love
I asked my sweetheart, why you left me
I know I am not rich, I am not handsome
But why you break my heart without given a good explanation

Here's what my sweetheart said to me

Que Sera, Sera,
Whatever will be, will be
The future's not ours, to see
Que Sera, Sera
What will be, will be.

When I get older and married
I asked my wife, what I will be
Will I be a good husband, Will I be a good father

Here's what my wife said to me

Que Sera, Sera,
Whatever will be, will be
The future's not ours, to see
Que Sera, Sera
What will be, will be.

P/s : Jiwa tengah beremosi. Jangan follow emosi saya. Cepat-cepat singgah di tempat lain sebelum anda pun berjangkit.

May 20, 2010

Pantun Selamat Hari Guru Buat Isteri

Pantun Selamat Hari Guru Buat Isteri

Selamat Hari Guru dari seorang suami buatmu Isteri
Isteri tersayang, Isteri terbaik guru disayangi
Pengorbananmu buat pelajar dan diriku sukar dibalasi
Terima kasih sayang, I Love U hingga mati

Maafkanku sayang ku belum mampu menjadi suami terbaik buatmu
Sukar benar untuk kutandingi kehebatanmu
Seorang isteri,seorang ibu, seorang guru yang berdedikasi dan bermutu
Bertuah sungguh anak-anak muridmu

Terima Kasih Isteri kaulah guruku juga
Banyak ku belajar dan ku pelajari erti menjadi seorang suami dan bapa
Jika ku terus alpa dan hanyut di alam maya
Selamat Tinggal Dunia Blog aku rela demimu insan tercinta

Hidup ini hanya seketika
Guru terbaik, kawan terbaik , pembimbing daku meniti usia
Hanya di kau yang ku pinta dan semoga berpanjangan jodoh kita
Kehilanganmu tidak mampu untuk ku tangisi dan luahkan dengan kata-kata

Titian dan perjalanan hidup masih berduri di depan sana
Guru yang dinanti dalam hidupku kunjung tiba
Isteri tersayang sudah semestinya
Selamat Hari Guru Sayang, kaulah yang terbaik, ku sayangi sampai bila-bila

Hadiah Teristimewa Buat Isteri Sempena Hari Guru 2010

Salam dari Eyriqazz,

Malam ini (malam Khamis) hatiku tersentuh lagi apabila Isteri membawa pulang hadiah hari guru dari murid-muridnya. Kasut Cinderella | Hadiah Hari Guru Buat Isteri sebelum ini pun sudah cukup menyentuh jiwaku , namun hadiah kali ini kurasakan lebih bermakna dan buatku hampir menitikkan air mata.

Inilah Hadiah yang ku maksudkan :

Kasut Rorine, Kad Buatan Sendiri dan Lain-lain lagi

Oh, bukan Kasut dan barangan yang saya maksudkan. Apa yang saya maksudkan adalah kata-kata di kad Itu. Betul-betul menyentuh jiwa dan buat jiwa seorang guru dihargai. Kepenatan isteri terasa berbaloi bagiku. Jom, saya kongsikan sekali :

Kata-kata yang menyentuh jiwa

Inilah sedikit kata-kata yang ditulis yang saya kongsikan sekali :

" Semua ini Air Mata Saya demi Allah saya anggap Cikgu macam Ibu Kandung Saya"

Hampir  Menitik Air Mata Saya

"Saya ingin minta maaf x dapat beri hadiah kepada cikgu kerana saya mampu bagi kad saja"

Hadiah terakhir kurasakan hadiah paling teristimewa buat Isteri Sempena Hari Guru 2010. Bukan hadiah yang menjadi kayu pengukur, namun kata-kata dan luahan hati yang ikhlas lebih memberikan kesan. Itu pandangan saya saja, pandangan guru-guru di luar sana camna pula?

P/s : Teringat zaman sekolah rendah, hadiahkan cikgu sabun buku kerana itu saja yang termampu namun menangis-nangis pujuk Mak supaya berikan hadiah buat guru. Betul-betul mahu berikan something sempena menghargai jasa guru.

P/s/s : teruja bila kadang-kadang diberi kejutan yang tidak disangka-sangka. Apakah kejutan buat saya pula selepas ini?

P/s/s : Apa pula pengalaman anda? Mungkin lebih menarik untuk dikongsi-kongsi .

April 16, 2010

SENSASI | Bilikku di Universiti Dulu

Salam. Tetiba rindukan Zaman Universiti. Kenangan yang sukar dilupakan sampai bila-bila. Jom nak berkongsi gambar bilik bujang semasa di Zaman Universiti ku. Best, duduk flat studio di tahun akhir. Tapi, mahalnya mengalahkan sewa Condo di KL . Kalau Convert lebih kurang dalam RM500+ seminggu. Mujurlah Ada Sponsor yang sudi membayar . Jom Singgah :


AKu RIndu Zaman Universitiku

Hak-hak bersepah kan bilikku. Bila tengok gambar-gambar ni antara memori yang buatkan aku rindu,syahdu dan tergelak sorang-sorang :

1) Teddy Bear . Hik3, ramai lelaki yang ada teddy bear semasa zaman universiti tapi bukannya jambu. Contohnya aku, macho selalu.Hak3.

2)Kicap Kipas Udang. Walaupun dah di negara orang, memang tak dapat melupakan kicap dan nasi. Tak makan nasi satu hari , rasa lain je hidup ini.

3) Zaman Universiti tu pun aku dah start berblog cuma hangat-hangat tahi ayam dan privatekan. Dulu pakai blogdrive tapi update sebulan sekali pun susah. Saje untuk lepaskan tension dengan menulis.

4)Keychain. Dari dulu aku suka kumpul keychain. Skang minat juga cuma tak de tempat nak gantung. Almaklumlah rumah sewa lagi.

5)Masak sendiri. Dah lama tak memasak. Dulu kat Uni, bukan setakat tomyam,paprik, kari, sup ayam, nasi ayam pun pernah saya masak.Boleh kata, Kak Ina KL pun kalah. Sekarang, masak maggi pun suruh Isteri masak. Hik3 lagi.

6)Buku Novel Lagenda Budak Setan. Minat punya pasal, berkali-kali aku habis khatamkan buku ini. Dengar cerita filemnya bakal keluar tak lama lagi, bila ya?

7)Johnson Baby. Umm, sampai sekarang aku masih terfikir, camna benda tu boleh ada kat situ? BIla masa aku guna ni? Musykil-musykil.

Adussh, aku rindu zaman Universiti. Betul la orang kata, zaman belajar adalah zaman paling best sepanjang hidup, kan? Haah, betul, zaman kahwin pun best, cuma tanggungjawab&peningnya pun boleh tahan. Kalau zaman belajar, apa yang dirisaukan hanyalah belajar dan duit belanja tak cukup.

Jadi, buat rakan-rakan  di luar sana yang masih belajar, hargailah ia sebelum anda merindui yang tidak terhingga seperti saya.

P/s :Korang rindukan tak zaman universiti dulu?

P/s/s :Rasa teringin nak belajar kembali. Seronokkan zaman Universiti?

February 7, 2010

Terharu Hatiku

Aku terharu.Entry aku bertajuk Terima Kasih Guruku dirujuk.Aku ada mentionkan pasal guru-guruku disana.Boleh ku katakan aku memang dah lost contact dengan semua guru-guruku.
Namun,semalam ,tengah-tengah check e-mail aku dapat e-mail dari seseorang yang aku cukup kenali,begini bunyinya :

salam iman,

t kasih kerana masih mengingati dan saya sangat terharu dengan perhatian itu.


kalau balik trg, jemput ke rumah.(No. Telefon)
Cikgu Nik Jamilah

Aku memang terharu

Cukup terharu,kerana berblog ini,guruku yang cukup kukagumi menerjah blogku dan mendapat respons positif darinya.Ini membuatkan aku semakin gembira.Honestly,dulu masa aku start aktif berblog,aku akui memang duit faktor utama aku berblog.Siap kena sound dengan Robb Chew lagi.Hik3...

Namun,sekarang,duit bukannya sebab utama aku berblog ini.Aku seronok menulis.Aku seronok berjumpa kenalan baru.Aku seronok menangi hadiah menarik.Aku seronok terjah blog orang.Berblog menjadi hobi baruku.Namun,Sambil menyelam sambil minum airkan?Siapa yang tak mahu duit?Sebab itu aku akan cuba kongsi-kongsi semula pendapatanku berblog.Aku akan cuba mengadakan Contest sekerap mungkin.Tanpa pembaca,siapalah aku.

Terimakasih Guruku.Aku betul-betul terharu.3 rangkap pantun buatmu Guru :

Nik Jamilah nama diberi
Namamu cantik Indah sekali
Ajaran diberi bagus sekali
Jasamu ku kenang sehingga mati

Nik Jamilah cikgu kesayangan kami
Mengajar kami penuh dedikasi
Sayang sungguh sayang sekali
Kerjaya perguruan kau tinggalkan kini

Patah tumbuh susah berganti
Nik Jamilah sumber inspirasi
Terima kasih dari aku dan Isteri
Tanpamu tidak mungkin kami berjaya sekarang Ini


Terimakasih daripada Kami Seisi Keluarga

P/s :Apa pula pandangan anda?Besarkan pengorbanan seorang guru?
Related Posts with Thumbnails