Showing posts with label hadiah hari guru. Show all posts
Showing posts with label hadiah hari guru. Show all posts

May 16, 2011

Hadiah Hari Guru Buat Isteri

Baru je pulang dari Midvalley. Treat Isteri sempena Hari guru. Alhamdulillah, dapat juga belikan/buat sesuatu untuk Isteri sempena hari guru tahun ini :


Belanja Aiskrim Baskin Robbin . Paling besar, 2 bekas besar RM88
Sedap, kembung perut. 
Satu bekas bawa pulang. 
Handbag buat Isteri. 
Oh, saya pun dapat juga. Wallet for me
Alisya pun sama.Baju2 for her.

The best part is saya tak perlu keluarkan banyak duit. Just redeem Hadiah Lucky Draw dan Best Dressed Yang dimenangi ketika Nuffnang Hypp TV Bloggers Party  . Gembira bila tengok Isteri bukan main gembira lagi, tersentuh hati seorang suami.

Special Thanks to Nuffnang for making our life Happier. There are something money can't buy I.e. the Happiness dan tindak balas lain . Muahsss, Love u Alwaysss...

Mood makin happy bila baruje terima e-mail tadi " Thanks to your awesome submission and the number of votes, you’ve won the Weekly Prize of RM500 for the Week 7 of the Sunkist ‘Are You Awesome’ contest, organised by F&N Dairies (M) Sdn. Bhd". Contest ini saya taupun bcz of Nuffnang.

Alhamdulillah, sambil berblogging, dapat gembirakan yang tersayang.....Tepuk dada, tanya selera....Memang sedap pekena Aiskrim Baskin Robbin tadii...

May 20, 2010

Hadiah Teristimewa Buat Isteri Sempena Hari Guru 2010

Salam dari Eyriqazz,

Malam ini (malam Khamis) hatiku tersentuh lagi apabila Isteri membawa pulang hadiah hari guru dari murid-muridnya. Kasut Cinderella | Hadiah Hari Guru Buat Isteri sebelum ini pun sudah cukup menyentuh jiwaku , namun hadiah kali ini kurasakan lebih bermakna dan buatku hampir menitikkan air mata.

Inilah Hadiah yang ku maksudkan :

Kasut Rorine, Kad Buatan Sendiri dan Lain-lain lagi

Oh, bukan Kasut dan barangan yang saya maksudkan. Apa yang saya maksudkan adalah kata-kata di kad Itu. Betul-betul menyentuh jiwa dan buat jiwa seorang guru dihargai. Kepenatan isteri terasa berbaloi bagiku. Jom, saya kongsikan sekali :

Kata-kata yang menyentuh jiwa

Inilah sedikit kata-kata yang ditulis yang saya kongsikan sekali :

" Semua ini Air Mata Saya demi Allah saya anggap Cikgu macam Ibu Kandung Saya"

Hampir  Menitik Air Mata Saya

"Saya ingin minta maaf x dapat beri hadiah kepada cikgu kerana saya mampu bagi kad saja"

Hadiah terakhir kurasakan hadiah paling teristimewa buat Isteri Sempena Hari Guru 2010. Bukan hadiah yang menjadi kayu pengukur, namun kata-kata dan luahan hati yang ikhlas lebih memberikan kesan. Itu pandangan saya saja, pandangan guru-guru di luar sana camna pula?

P/s : Teringat zaman sekolah rendah, hadiahkan cikgu sabun buku kerana itu saja yang termampu namun menangis-nangis pujuk Mak supaya berikan hadiah buat guru. Betul-betul mahu berikan something sempena menghargai jasa guru.

P/s/s : teruja bila kadang-kadang diberi kejutan yang tidak disangka-sangka. Apakah kejutan buat saya pula selepas ini?

P/s/s : Apa pula pengalaman anda? Mungkin lebih menarik untuk dikongsi-kongsi .

May 18, 2010

Kasut Cinderella | Hadiah Hari Guru Buat Isteri



Tersentuh hatiku bila melihat Hadiah Hari Guru yang diberikan oleh anak muridnya buat Isteri. Inilah hadiah nya:


Kasut Cinderella

Beserta Ucapan dan Hadiah-Hadiah Yang Lain

Tahun ni Isteri tak dpt banyak hadiah kerana mengajar kelas yang agak ke belakang. Namun, pemberian dan hadiah Ikhlas dari anak murid tetap dihargai. Kualiti is more Important than Quantity kan? Hik3, saya pun belum lagi kasi Hadiah Hari Guru Buat Isteri. Sempat buat entry ini saja : Selamat Hari Guru 2010 | Guru Pembina Negara Bangsa .

P/s : Tersentuh dan rasa cam nak jadi guru pun ada. seronok juga jadi guru kan? Selalu dapat kejutan dan hadiah yang tidak disangka-sangka. 

P/s/s : Tiada siapa nak kasi hadiah kat saya ke? Huk3,.....
Related Posts with Thumbnails