May 20, 2010

Hadiah Teristimewa Buat Isteri Sempena Hari Guru 2010

Salam dari Eyriqazz,

Malam ini (malam Khamis) hatiku tersentuh lagi apabila Isteri membawa pulang hadiah hari guru dari murid-muridnya. Kasut Cinderella | Hadiah Hari Guru Buat Isteri sebelum ini pun sudah cukup menyentuh jiwaku , namun hadiah kali ini kurasakan lebih bermakna dan buatku hampir menitikkan air mata.

Inilah Hadiah yang ku maksudkan :

Kasut Rorine, Kad Buatan Sendiri dan Lain-lain lagi

Oh, bukan Kasut dan barangan yang saya maksudkan. Apa yang saya maksudkan adalah kata-kata di kad Itu. Betul-betul menyentuh jiwa dan buat jiwa seorang guru dihargai. Kepenatan isteri terasa berbaloi bagiku. Jom, saya kongsikan sekali :

Kata-kata yang menyentuh jiwa

Inilah sedikit kata-kata yang ditulis yang saya kongsikan sekali :

" Semua ini Air Mata Saya demi Allah saya anggap Cikgu macam Ibu Kandung Saya"

Hampir  Menitik Air Mata Saya

"Saya ingin minta maaf x dapat beri hadiah kepada cikgu kerana saya mampu bagi kad saja"

Hadiah terakhir kurasakan hadiah paling teristimewa buat Isteri Sempena Hari Guru 2010. Bukan hadiah yang menjadi kayu pengukur, namun kata-kata dan luahan hati yang ikhlas lebih memberikan kesan. Itu pandangan saya saja, pandangan guru-guru di luar sana camna pula?

P/s : Teringat zaman sekolah rendah, hadiahkan cikgu sabun buku kerana itu saja yang termampu namun menangis-nangis pujuk Mak supaya berikan hadiah buat guru. Betul-betul mahu berikan something sempena menghargai jasa guru.

P/s/s : teruja bila kadang-kadang diberi kejutan yang tidak disangka-sangka. Apakah kejutan buat saya pula selepas ini?

P/s/s : Apa pula pengalaman anda? Mungkin lebih menarik untuk dikongsi-kongsi .

19 comments:

  1. Ayat nya kelakar. Tapi, sebenarnya.. Mereka kanak-kanak yang hatinya bersih. Apa yang mereka luahkan itu lah yang mereka maksudkan... (Saya pun terharu membacanya)

    ReplyDelete
  2. sebab nak sangat bg hadiah pd hr guru, aku pernah bagi cikgu sekotak tisu..sebab tak mampu sangat masa tu :( aku plak rasa sedih ni..

    ReplyDelete
  3. tak dpt kasi hadiah pun xpe.. kasi kad pn ok.. yg penting ikhlas..

    Jom Berpoligami Cara Salih Yaakob !

    ReplyDelete
  4. saya pernah hadiahkan cikgu saya bedak talkum.Avon punya tapi dah lupa nama apa...Harga ada la dalam RM5 tapi sbb mak saya jual Avon, dia bg free jer...huhuhu
    Nak bagi perfume kang, rasa macam tak mampu jer...
    Papepun, jasamu guru tetap ku kenang!
    p/s : rindu gak kat zaman sekolah... =(

    ReplyDelete
  5. baru bukak hadiah semalam..ada dapat teh uncang econsave..hehe

    ReplyDelete
  6. sungguh tersentuh dengan kad tersebut. apa-apa pun yang penting kena belajar baik-baik agar dapat membuatkan cikgu happy dengan pencapaian kita kan

    Pelajar IPT Beli Kamera Duit PTPTN

    ReplyDelete
  7. bestnye jadi cikgu
    dpt anak murid yg baik cmni
    =)

    ReplyDelete
  8. mmg sedihla baca kad yg last tu... "saya mampu bagi kad saja" :(

    ReplyDelete
  9. yela bang...norfa pun ikut touching skali ni.. :(

    ReplyDelete
  10. sebenarnya cikgu2 ni x hrpkan hadiah material dr murid2..the best gift ialah apabila anak murid mrk BERJAYA kan?

    ReplyDelete
  11. kata-kata lebih terkesan di hati ...=)

    ReplyDelete
  12. my sis seorang guru darjah 1 kat satu kampung nie bro...
    so, dia kata tis year punya hari guru is the most touching one sbb...
    ada sorang murid, mmg dari keluarga yg susah...
    bila semua murid kelas bagi hadiah kat my sister,
    tis girl, dok diam kat one corner...
    so my sis approach dia, ckp yg she doesn't have to give her any hadiah...
    the girl look at her and berbisik...
    "cikgu, saya sayang sgt kat cikgu, sbb cikgu baik...kalo saya nak peluk cikgu sebagai hadiah, cikgu sanggup ke peluk saya sbb saya nie busuk skit & baju lusuh, nanti baju cikgu rosak pulak"
    my sis terus peluk the lil' girl and kiss her on the cheeks *my sis dah nangis time tu*...
    i pun menitis airmata bila my sis stori kat i....

    ReplyDelete
  13. sebab tu zara cakap dengan student~
    awak tak bagi hadiah pun takpe~
    belajar dgn rajin pun dah cukup buat cikgu~

    ReplyDelete
  14. hmm.. terharu la .. betul tu, budak2 ni hati nya suci ikhlas, kalau dah suka kat cikgu, sayang sgt kat cikgu tu..

    ReplyDelete
  15. biasanya kita lebih appreciate something yang orang reka khas utk kita. nampak mcm dihargai sgt sgt + kata kata yg ditulis menusuk kalbu. wahhh :D

    ReplyDelete
  16. mmg terharu...saya pun menitis airmata....to yr wife: tahniah ceegu...anda berjaya memanusiakan manusia..teruskan usaha...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails