Showing posts with label terima kasih guru. Show all posts
Showing posts with label terima kasih guru. Show all posts

May 20, 2010

Pantun Selamat Hari Guru Buat Isteri

Pantun Selamat Hari Guru Buat Isteri

Selamat Hari Guru dari seorang suami buatmu Isteri
Isteri tersayang, Isteri terbaik guru disayangi
Pengorbananmu buat pelajar dan diriku sukar dibalasi
Terima kasih sayang, I Love U hingga mati

Maafkanku sayang ku belum mampu menjadi suami terbaik buatmu
Sukar benar untuk kutandingi kehebatanmu
Seorang isteri,seorang ibu, seorang guru yang berdedikasi dan bermutu
Bertuah sungguh anak-anak muridmu

Terima Kasih Isteri kaulah guruku juga
Banyak ku belajar dan ku pelajari erti menjadi seorang suami dan bapa
Jika ku terus alpa dan hanyut di alam maya
Selamat Tinggal Dunia Blog aku rela demimu insan tercinta

Hidup ini hanya seketika
Guru terbaik, kawan terbaik , pembimbing daku meniti usia
Hanya di kau yang ku pinta dan semoga berpanjangan jodoh kita
Kehilanganmu tidak mampu untuk ku tangisi dan luahkan dengan kata-kata

Titian dan perjalanan hidup masih berduri di depan sana
Guru yang dinanti dalam hidupku kunjung tiba
Isteri tersayang sudah semestinya
Selamat Hari Guru Sayang, kaulah yang terbaik, ku sayangi sampai bila-bila

Hadiah Teristimewa Buat Isteri Sempena Hari Guru 2010

Salam dari Eyriqazz,

Malam ini (malam Khamis) hatiku tersentuh lagi apabila Isteri membawa pulang hadiah hari guru dari murid-muridnya. Kasut Cinderella | Hadiah Hari Guru Buat Isteri sebelum ini pun sudah cukup menyentuh jiwaku , namun hadiah kali ini kurasakan lebih bermakna dan buatku hampir menitikkan air mata.

Inilah Hadiah yang ku maksudkan :

Kasut Rorine, Kad Buatan Sendiri dan Lain-lain lagi

Oh, bukan Kasut dan barangan yang saya maksudkan. Apa yang saya maksudkan adalah kata-kata di kad Itu. Betul-betul menyentuh jiwa dan buat jiwa seorang guru dihargai. Kepenatan isteri terasa berbaloi bagiku. Jom, saya kongsikan sekali :

Kata-kata yang menyentuh jiwa

Inilah sedikit kata-kata yang ditulis yang saya kongsikan sekali :

" Semua ini Air Mata Saya demi Allah saya anggap Cikgu macam Ibu Kandung Saya"

Hampir  Menitik Air Mata Saya

"Saya ingin minta maaf x dapat beri hadiah kepada cikgu kerana saya mampu bagi kad saja"

Hadiah terakhir kurasakan hadiah paling teristimewa buat Isteri Sempena Hari Guru 2010. Bukan hadiah yang menjadi kayu pengukur, namun kata-kata dan luahan hati yang ikhlas lebih memberikan kesan. Itu pandangan saya saja, pandangan guru-guru di luar sana camna pula?

P/s : Teringat zaman sekolah rendah, hadiahkan cikgu sabun buku kerana itu saja yang termampu namun menangis-nangis pujuk Mak supaya berikan hadiah buat guru. Betul-betul mahu berikan something sempena menghargai jasa guru.

P/s/s : teruja bila kadang-kadang diberi kejutan yang tidak disangka-sangka. Apakah kejutan buat saya pula selepas ini?

P/s/s : Apa pula pengalaman anda? Mungkin lebih menarik untuk dikongsi-kongsi .

May 18, 2010

Kasut Cinderella | Hadiah Hari Guru Buat Isteri



Tersentuh hatiku bila melihat Hadiah Hari Guru yang diberikan oleh anak muridnya buat Isteri. Inilah hadiah nya:


Kasut Cinderella

Beserta Ucapan dan Hadiah-Hadiah Yang Lain

Tahun ni Isteri tak dpt banyak hadiah kerana mengajar kelas yang agak ke belakang. Namun, pemberian dan hadiah Ikhlas dari anak murid tetap dihargai. Kualiti is more Important than Quantity kan? Hik3, saya pun belum lagi kasi Hadiah Hari Guru Buat Isteri. Sempat buat entry ini saja : Selamat Hari Guru 2010 | Guru Pembina Negara Bangsa .

P/s : Tersentuh dan rasa cam nak jadi guru pun ada. seronok juga jadi guru kan? Selalu dapat kejutan dan hadiah yang tidak disangka-sangka. 

P/s/s : Tiada siapa nak kasi hadiah kat saya ke? Huk3,.....
Related Posts with Thumbnails