Showing posts with label student. Show all posts
Showing posts with label student. Show all posts

May 12, 2010

Aku Rindu Zaman Universiti!!

Semalam belek-belek gambar lama, syahdu dan teringat kembali zaman Universitiku. Terus aku Scan gambar-gambar lama itu. Kali ini entry yang agak personal sedikit, pukul 123pagi aku masih menulis entry ini.

Zaman Universiti Aku Rindui
Indahnya ketika ini
Pengalaman manis yang sukar dilupai
Andai ada jarum masa ingin ku putar untuk kembali

Bergambar Bersama Anuar Zain di London Airport
Inilah Universiti ku, Lancaster University
Kediamanku di Universiti, Pendle College (Ohh, aku rindu Porter Kolejku)
Lepak-lepak di Restoran Popeye bersama rakan-rakan
Main Futsal Padang ( Kelincahan bermain futsal Idlan Zakaria dan Nurfarhana Abdul Sani tidak dapat disangkal lagi)
Dengan 20 Pound (lebih kurang RM120, boleh penuh satu troli)
Shopping di Carboot (Macam-macam Ada)

P/s : Rindu tak Zaman Universiti? Zaman Sekolah ? Ummm,bestnya kalau dapat kembali ke zaman itu.

February 16, 2010

Ada Apa di Barcelona

Aku masih di Melaka.Plan asal nak balik semalam,tiba-tiba mak mertua aku nak stay semalam di Hotel Seri Malaysia pula.Nasib baik ada wifi pula di bilik,bolehla aku update blog. Ni pun pinjam laptop adik ipar sat.Kali ni nak layan jiwa,mengimbau pengalaman pergi bercuti semasa belajar dulu.

Muzium Erotik Barcelona

Tentu korang nak tahu apa di sini kan?Hik3,sorry hampakan,kitorang tak masuk pun, majoriti taknak pi.Jadi, terlepas peluang.Hahaha,ada hati tu.

Pasar Las Ramblas, Barcelona

Ayam Gantung

Memang aku respek pasar diorang.Susunan cantik dan tersangat bersih.Nak jumpa satu sampah pu susah.Sempat kitorang beli buah, cakap melayu lagi. Hik3,guna bahasa isyarat lagi.

Kalau pi Barcelona, tak singgah stadium dia mesti rugi kan?Jadi, kami tak lepaskan peluang pergi stadium Barcelona :

Tengah tengok Ronaldinho dan Lionel Messi beraksi
Besar juga stadium nya (Rasanya lagi besar dari Stadium Manchester United)
Aku di interview pemberita (hik3,cam betulje)

Antara bandar yang popular di Barcelona adalah Las Ramblas :


Bersama Rakan-rakan di Las Ramblas, Barcelona

Bersama Pengemis Jalanan di Las Ramblas, Barcelona

Lunch Seafood Paela di Las Ramblas

P/s :Apa pula pengalaman anda?Antara banyak-banyak percutian yang mana paling susah dilupakan?
Related Posts with Thumbnails