Showing posts with label budiey. Show all posts
Showing posts with label budiey. Show all posts

January 12, 2011

Budiey.Com di Sebalik Anugerah Juara Lagu/AJL 25

Wah, teruja bila tengok Budiey dari Budiey.Com (salah seorang bloggers popular yang mengulas/menulis berkenaan Artis di Malaysia)  ditemubual oleh Awal Ashaari di Rancangan di Sebalik Anugerah Juara Lagu/AJL 25 semalam. Memang bernas kata-kata yang diberikan oleh Budiey walaupun nampak sedikit gementar. Ini gambar yang sempat diambil :



Budiey tengah meluahkan pendapatnya
Pendapat yang bernas sudah semesti, tidak seperti sesetengah pihak yang main hentam bila tidak berpuas hati dengan keputusan AJL 25. Tahniah budiey....

Pandangan dari Budiey (Siapa yang lagi terror, juri or pengomen/peminat?)
Yiezaa, Inilah 'trademark' Budiey bila bergambar
P/s : Bila la pula agaknya eyriqazz dapat masuk TV ya? Abang Rosyam Nor, taknak tawarkan watak "Pak Guard" kat saya ke? Hik3....

**Eh, baju kerja sayatu ada sedikit matching la ngan baju budiey.Fuhh,Fuhh, meh tempiasnya skit ....

May 24, 2010

Project Alpha Featured Bloggers Adidas Ole Ko Challenge

Project Alpha Featured Bloggers Adidas Ole Ko Challenge

Sambungan dari entry BeautifulNara for the Adidas Ole KO Challenge! dan Football=Adidas? ,saya mengambil keputusan untuk pergi ke Midvalley pada Jumaat yang lepas, 21 May 2010.

Tidak hampa kerana ramai featured bloggers yang hadir iaitu BeautifulNara,Redmummy, Budiey, Cheeserland, Azwan Ali, Ninie Ahmad, Klubbkidd, Kyspeaks, Shaolin Tiger, Niki Cheong dan juga pengacara hot dan sensasi Project Alpha Season 2 iaitu Jojo Struys.

Jom kita layan sekali apa yang berlaku malam itu :


Introduction Session

Tergelak juga bila dalam sesi tu bila Cheeserland ditemuramah Jojo Struys, orang lain sibuk strecthing , dia kata "the only strech yang dia tahu adalah Photoshop Strecth".
Inilah gelanggang One On One Adidas Ole Ko Challenge
Kemenangan sudah pasti di tanganku, Itulah kata-kata penuh semangat BeautifulNara
Cun dan Cool nya bola Adidas ni, kalau dapat satu kan Bestt...
Azwan Ali ditemuramah Redmummy

First match menemukan Azwan Ali dengan Redmummy. Tergelak sakan satu kawasan Midvalley tu bila Azwan Cakap lebih kurang camni " I don't ball, I play ball only after 12pm, If u want to play ball please call me at.....dot...dot..dot....Pastu masa sebelum lawan redmummy, dia challenge redmummy n inform, ''if i win , you let me play ball with ur hubby". Hak,hak3, memang sensasi betul la Si Azwan Ali.

Ole Games rules nya mudah. Ole = kick between the leg. Jadi sesiapa yang bola masuk di celah-celah kaki, dikira kalah @ KO walaupun tengah leading 10-0. That's why games nya dinamakan Ole Ko Challenge. Kalau tiada Ole, siapa yang menjaringkan paling banyak di kira pemenang.

Cheeserland berentap dengan Michael (Director of Project Alpha Season 2)
Redmummy vs Azwan Ali (Redmummy menang, tapi ble tahan juga Azwan Ali main)

Lupa pulak nak cakap, Bro JAI dia sokong Azwan Ali, saya ni first choice BeautifulNara dan 2nd choice Redmummy. Beautifulnara bertemu dengan redmummy di suku akhir dan kemenangan berpihak kepada Beautifulnara. Yey, tak sia-sia aku melatih BeautifulNara yang agak semput itu. Gurau je Bro...

Pemenang Adidas Ole KO Challenge = KySpeaks

Mantap permainan Kyspeaks ni. Di suku akhir dia mengalahkan Budiey dengan Ole walaupun Budiey tengah leading 2-0 dan tinggal beberapa saat lagi sebelum wisel penamat. Di separuh akhir, dia kalahkan BeautifulNara 2-0 kalau tak silap, silap strategi BeatifulNara ni. Di final, dia mengalahkan Michael kurang daripada 30 saat juga dengan Ole. Dushh, bila saya ada can nak lawan Kyspeaks yang terror ni? Betulla kata orang, You are what u Eat. Tak sia-sia dia makan pelbagai makanan dan berblog pasal makanan, mantap bersukan rupanya.

Acara ini agak menarik dan dihadiri oleh bloggers dan hadirin yang berkunjung di Midvalley. Sempatlah bergambar dengan :

Budiey dan JAI
Dartbatman yang tidak lari dengan Baju trademark Batmannya

Darkbatman datang lambat, dia sampai games dah habis, dushh, mesti kereta Batman nya lupa nak servis ni. Takdelah, dia cakap dia sesat dan agak jem jalan. JMR pun hadir sama, tapi tak sempat nak bergambar .Thanks bro JMR, nice borak-borak ngan u.

Bean Moreno pula hilang entah ke mana, tunggu-tunggu tak sampai-sampai. Mungkin dia tersesat jalan dan singgah di SPA kot.Hak3, gurau jer bro.

P/s : Acara yang memang seronok . Bila pula nak buat Ole Ko Challenge untuk Nuffnangers?

P/s/s : Sedih tak dapat main. Dah siap bawa boot,baju, dan etc. Sampai-sampai cakap nak main kena bayar RM30 . dushh, cancel niat, kalau main pun sure kena belasah teruk ni.Hak3....Apapun, memang seronok tengok diorang beraksi di gelanggang , ada gaya dan personaliti tersendiri.

P/s/s/s :

Menarik juga Special Edition Adidas Product, harap-harap dapatlah memilikinya nanti..

April 10, 2010

Project Alpha Season 2 Bloggers Launch | Part 2

Projek Alpha SeasoN 2 Bloggers LauNch Part 2 (Final Part) Menyusul Kini
Acara menarik seronok sekali
Event Nuffnang memang ku tunggu setiap kali
Acara menarik memang puas hati

Sambungan dari Project Alpha Season 2 Bloggers Launch | Part 1 , inilah gambar dan komenku berkenaan event ini :

Bersama Timothy Tiah Co-Founder Nuffnang

Saya cukup kagum dan respek dengan Timothy. Walaupun dia adalah salah seorang pemilik Nuffnang, sikapnya memang down to earth, mesra, selalu tersenyum dan mudah melayan kerenah. No wonder Audrey tertawan dengannya. Kalau bergambar memang tak lokek dengan perkataan yang menjadi ingatan, 'What Your Name, Thank You'' dan tersenyum.

BeautifulNara, tetap hensem dan Cool Selalu

Abang Nara ni pun memang aku respek giler. Walaupun hits berpuluh-puluh ribu sehari, dia tetap layan orang macam biasa. Memang best borak ngan dia dan dialah salah seorang yang aku mahu 'Movie Date' untuk melayakkan dapat invitation ni . Inilah yang aku tulis di komen Join Us for the Project Alpha Season 2 Bloggers’ Launch!

Dia sangat popular tapi sangatlah ‘down to earth’. Baginya popular atau tak,dia masih melayan kerenah peminat blognya sama rata.Suka dengan gaya penulisannya dan dia tidak lokek dengan senyuman di mana-mana pun dia pergi event.Terasa ada sahabat baik bila Abang Nara join event Nuffnang.

Untuk entry mengutuk/mengumpat pasal BeautifulNara, bolehla tengok sini :


Budiey pun Cool juga

Budiey ni musuh ketat BeautifulNara di dunia blog. Budiey sempoi dan agak pemalu sedikit. Hik3, gurau je Bang Budiey. Inilah tagline Budiey kot, tembak,tembak,tembak...Hik3, ni lah first time dapat bergambar ngan budiey, teruja juga.
Di Depan Banner Project Alpha Season 2
Jojo Struys, Xia Xue dan Suami
Shaolin Tiger (2 tiga kali pandang ada Iras-iras Big Show kan? )

Shaolin Tiger berbadan besar. Susuk badannya kalau kena penampar sekali , sah tiga hari tak bangun ni. Inilah yang aku tulis pasal Shaolin Tiger pula :

Dia penuh berteka-teki. Tidak banyak yang ku tahu pasalnya namun sukakan gambar yang diambil olehnya.Sangat cantik dan berbakat.Ingin juga belajar tips photography darinya.Katanya dia “I’ve visited 8.44% of the world “.Mesti banyak pengalaman menarik yang boleh dikongsi dan Adakah dia boleh berkungfu?
Bean Moreno Vs Shaolin Tiger

Mamat sebelah Shaolin Tiger tu cam ku kenal je, tapi di mana ya? Kalau nak tahu, inilah Featured Blogger untuk Season 3 nanti. Dia ni memang pandai menulis dengan gaya yang puitis dan menusuk kalbu. Hik3, gurauje Bean ,jangan marah daa. Senyum memanjang je, dah nak jadi bapa ke Bean?
Niki Cheong Hensem Bergaya

Tidak banyak yang kutahu pasal Niki Cheong. Namun, seperti di Project Alpha website, Niki Cheong turut menjadi penulis jemputan di The Star dan 'Niki was named on of August Man magazine’s Men of the Year in 2009, for his contributions to the social networking scene in Malaysia' . Tahniah buat Niki, diani memang happy go lucky dan mempunyai personaliti yang sangat menarik

Deodorant Adidas Action 3 Untuk Lelaki

Inilah salah satu penaja utama Project Alpha Season 2. Barangan penjagaan badannya memang menarik dan mengujakan.Sekali cuba, terus tertawan. Saya salah seorang daripadanya.Indah Khabar, Indah Rupa, itulah Adidas Action 3.
Adidas Special Edition Pack

Alamak, masa event tu terlupa pula nak tanya, kat mana boleh beli Special Edition ni? Teringin nak beli, tapi tak tau kat mana boleh beli. Ada sesiapa tahu kat mana boleh dapatkan Special Edition ni?
Isteri Tersenyum Gembira

Mana tak gembiranya, dua-dua beg produk wanita. Adussh, next time kasilah lebih skit untuk lelaki. Kami kaum lelaki ni teruja juga mahukan produk Adidas Action 3. Huhuhu,apapun terimakasih juga.

Last but not least :

Projek Alpha SeasoN 2 Bloggers LauNch megujakan sekali
Aku tergoda aku jatuh hati
Event sebegini selalu ku nanti
Di lain kali jangan lupa jemput saya lagi

P/s : Amcam,best tak event ni? Tak rugi join Nuffnang, apa yang saya boleh katakan, KITA MESTI PILIH dan I LOVE NUFFNANG Apa pula pandangan anda? Teruja tak dengan Nuffnang dan Project Alpha Season 2?
Related Posts with Thumbnails