Showing posts with label sharing session. Show all posts
Showing posts with label sharing session. Show all posts

July 14, 2010

Nuffnang Sharing Session di Pak Li Kopitiam | Final Part

Salam dari Eyriqazz,


Sambungan entry Nuffnang Sharing Session | Pak Li Kopitiam, Setapak Indah , inilah pengalaman dan berkongsi Informasi sepanjang sesi tersebut :


Nuffnang Sharing Session Disambung Kembali


Selepas sesi saya meluahkan perasaan dan share my experience, tibalah sesi soal jawab antara Nuffnangers yang hadir dan juga saya .Antara soalah yang ditanyakan yang saya ingat (kalau salah tolong perbetulkan ya? ) adalah :



1) Apakah Berblogwalking Salah Satu Cara Promosi Blog Yang Berkesan? Apakah yang Eyriqazz lakukan untuk promosikan blog eyriqazz?
- Berblogwalking itu bagus cuma Kualiti is much more Important than Quantity. Jangan sekadar berblogwalking sekadar mahukan penulis tersebut membalas kembali. Cuba kasi komen yang terbaik dan jika penulis blog itu sukakan komen anda, InsyaAllah dia akan singgah kembali. Komen yang berkesan ,chances untuk mendapatkan loyal visitors adalah lebih tinggi. Kalau mahu kejarkan short term visitors, mudah saja, tinggalkan komen di shoutbox mereka. Fikir-fikirkan lah.

Antara yang saya lakukan untuk promosikan blog adalah join Contest, Ping Blog, Join Event (especially Nuffnang event), promosi di Facebook, Terjah Blog, mengambil peluang bergambar dengan bloggers, mengomen entry, Give and Take (backlink etc), dan macam-macam lagi.

2) Rakan saya mengatakan saya hilang intisari blog saya apabila saya mula menulis mengikut isu semasa i.e. Sotong, Piala Dunia, dan gosip artis?
- Tepuk dada tanya selera. Kepuasan anda ataupun kepuasan rakan. Bagi saya it must go hand in hand. Pembaca itu penting namun kepuasan diri sendiri pun penting. Syok sendiri pun tak elok tapi melayan orang terlebih pun tak patut juga. Tak salah menjadi Reporter Sambilan namun sesuaikan dengan gaya anda agar pembaca selesa membacanya.

3) Kalau persoalan pembaca, mana yang lebih berkesan, membalas di komen sendiri ataupun di blog mereka?
- Blog mereka. Mereka akan rasa lebih dihargai + win-win situation dan menambahkan visitor mereka juga. Namun terpulang pada diri sendiri.Macam saya,faktor masa yang menjadi penentu. Kadang-kadang/Selalu juga komen pun tak sempat dibalas.

Selebihnya , sayapun kelupaan. Hik3...Selepas sesi soal jawab :

Robb Chew mengambil alih dan bercerita pasal Nuffnang pula


Robb Chew menerangkan tujuan sebenar Nuffnang Sharing Session ini. Contoh yang diberikan adalah Kyspeaks sebelum ini berkongsi informasi dan tips mengambil gambar makanan supaya nampak lebih mengujakan. Sesi bersama saya adalah untuk saya berkongsi pengalaman saya sepanjang hampir setahun saya bersama Nuffnang + saya dipilih kerana lokasi yang dekat dengan rumah + saya banyak menghadiri event dan Contest- contest Nuffnang. Popular? Takla, samaje macam anda semua.

Selain itu , Robb juga berkongsi :

Informasi berkenaan Iklan di Nuffnang dan Helpdesk
Kusyuk mereka mendengarnya


Selain Robb, Xin Xian @ Fresh turut hadir. Mereka inilah orang kuat yang menjadi penghubung utama antara Nuffnangers dan Nuffies @ Public Relation Nuffies. Sebarang persoalan berkenaan Nuffnang biasanya mereka yang menjawabnya. Informasi yang dikongsikan oleh Robb adalah :



1) Kedudukan/Placement of Ads dan Buffered Earning  adalah penting untuk mendapatkan Buffered Earning.

2) Mereka menerima lebih kurang 300 e-mail dari Nuffnangers berkenaan isu-isu Ads, Income, and etc.

3) Nuffnang tidak gemarkan entry copy paste i.e. download lirik kerana ianya merosakkan industri muzik tempatan. Walaupun hits tinggi, kemungkinan untuk dapatkan buffered earning adalah rendah.

4) Buffered Earning ditentukan mengikut prestasi hits sebelum buffered earning diberikan. Jadi, hits yang konsisten dan semakin meningkat akan menjadi kayu pengukur untuk mendapatkan buffered earning yang lebih masyuk.

5) Sharing Session diadakan bagi memudahkan Nuffnangers dan sebagai platform untuk mendapatkan feedback + bertanyakan soalan .Macam Cofffee With Nuffies la, cuma tambah guest bloggers dan diadakan di tempat yang lebih luas.

6) Jika ada persoalan yang terbuku di hati, jangan segan bertanya di Helpdesk. Respon pun pantas. Dulu, saya almost tiap-tiap minggu menjadi penanya di Helpdesk. Lebih baik mendapatkan jawapan terus dari Nuffnang daripada mendapatkan informasi yang silap dari pihak ketiga.

Selingan kejap :
Atreyu Strange sibuk dengan Samsung Galaxy S yang begitu Cool dan menarik (Eden jelesss, nak jugak!!)
Video Robb berkongsi informasi yang dirakam dengan Phone Samsung Galaxy S Atreyu Strange ( It really a Cool gadget , Good Luck ya, It will be urs for sure la)

Sungguh teruja bila melihat Robb Chew berbahasa melayu. Issh, fasih dan kalahkan sesetengah orang melayu kita sendiri. Syabas Robb.


Selepas Robb habis sesi berkongsi informasi berkenaan Nuffnang , ianya diteruskan dengan sesi :

Sesi Soal Jawab Antara Nuffies dan Nuffnangers

Saya sempat menanyakan dua soalan kepada Robb, iaitu :

1) Kenapa Pembayaran tidak terus dimasukkan ke dalam akaun? Lebih mudah, cashless dan menjimatkan kos.
Jawapan : bagi mengelakkan hackers mencuri data dan pembayaran dimasukkan ke akaun yang tidak sepatutnya (bukan akaun kita). jadi, dengan memberi cek, ianya lebih selamat dan sukar untuk hackers menukar informasi kita dan dimasukkan ke akaun nya)

2) Sebagai orang yang telah lama berpengalaman dalam dunia blog, apakah pandangan Robb untuk meningkatkan hits ke blog ?
- Pandangan berdasarkan pengalaman peribadi, the most important things is Good Content. Good Content will attract more visitors. Jangan terlalu mengejar Income. Have Passion in It and serlahkan kelebihan anda.

Sesi yang begitu memuaskan hati dan selepas soal jawab ianya ditamatkan dengan sesi bergambar :

Bersama Robb Chew dan Xin Xian @ Fresh
Bersama Nuffies + Nuffnangers Yang Hadir (6 orang tidak hadir rasanya)

Ini pengalaman saya, untuk membaca pengalaman mereka pula, bolehla rujuk entry mereka :

1) Kak Ina KL [ Klik Sini ]
2) JMR   [ Klik Sini ]
3) Daydeck [ Klik Sini ]
4) Atreyu Strange [ Klik Sini ]
5) Mohd Zaid [ Klik Sini ]
6) JE JAI ,tak hadir [ Klik Sini ]
7) Justin [ Klik Sini ]

Tak lupa juga, terimakasih buat mereka ini yang turut hadir memeriahkan Sharing Session Ini :

Khairul Husni (Blom ada blog lagi,tapi Adsense masyukkk)
Mana yang tertingglal let me know, k?

Penutup kata, saya memohon maaf andainya tersilap kata dan Session ini tidak seperti yang anda hajati. Sayani pun masih baru dan masih belajar, dan saya terima segala kekurangan yang ada. Sharing is Caring, Criticize me and I am open for Criticism. Learn from Mistake and Learn from Others itu yang saya cuba amalkan dalam berblog ini.

Last but not least, terimalah dua rangkap pantun dari saya:

Gunung Daik Bercabang Tiga
Hilang Kabus Nampaklah Puncaknya
Nuffnang Sharing Session terimakasih dari saya buat semua
Salah dan silap harap maafi Ya?

Pak Li Kopitiam hidangan menyelera dan mempesona
Saya , Kak Ina KL dan Daydeck teruja dan lepak sampai pukul 11 malam pula
Sharing is Caring, Terima kasih Nuffnang dari saya
Budi yang baik dikenang sehingga hujung nyawa

P/s : I Love Nuffnang. Anda pula bagaimana?

July 13, 2010

Nuffnang Sharing Session | Pak Li Kopitiam, Setapak Indah

Salam Dari Eyriqazz,

Buah Nenas dibawa Belayar
Masak Sebiji di atas peti
Entry Sambungan Nuffnang Sharing Session belum berbayar
Inilah dia entry dari saya salah silap harap Maafi

Terima Kasih buat Nuffnang, Nuffnang Sharing Session akhirnya berjalan dengan lancar di Pak Li Kopitiam, Setapak Indah pada 9 July yang lepas . Inilah update dan berkongsi pengalaman berkenaan Sharing Session Ini :

Restoran Pak Li Kopitiam Lokasi Sharing Session kali ini

Mujurlah, restoran ini tidak jauh dari rumah, tak sampai 5KM, dan rasanya salah satu sebab Nuffnang memilih saya untuk menjadi Guest Blogger adalah lokasinya yang dekat dengan rumah. Opps, saya bukan Popular Blogger, saya hanyalah blogger biasa-biasa macam anda semua juga.

Dalam pukul 7 malam, saya pun sampailah di lokasi yang dituju :

Bersama Hana, Kak Ina KL dan Kenny

Hana yang pertama sampai di sini. Sempat berborak dengan dia. Happy go lucky, selalu tersenyum dan mempunyai perwatakan yang menarik. Seronok berbual-bual. Semoga Berblogging dan belajar go hand in hand ya?

Kak Ina KL tidak perlu la disebut lagi, dia dengan event Nuffnang ibarat isi dengan kuku, tanpa Kak Ina KL di event Nuffnang rasa macam tidak lengkap saja event ini. Kenny pula saya sudah kenali dia sejak Samsung Corby Event. Peramah orangnya dan betul-betul terharu sanggup datang dari Cyberjaya . Thanks Kenny, my Orange Team Mate. Kak Ina KL, bila turn Kak Ina punya sharing session, count me in. Tentu lebih banyak yang boleh dikongsi-kongsi.

Kembar Kak Ina KL iaitu Haslina pun sampai awal, dari Kajang lagi. Thanks juga ya?

Ramai yang Dah Sampai

Tak lama lepas tu, semakin ramai yang sampai. Seorang demi seorang, Daydeck, Peronda Jaket Biru, Yeejinlim, Mat Joe, Khairil Husni, Hilal Azmi, Zaid, atreyu strange dan ramai lagi.Sempat layan borak dengan diorang ni. Semuanya happening, i.e. Peronda jaket biru , katanya baru berblogging tapi cara dia bercakap mengalahkan blogger lama. Tuhla, ilmu yang dikongsi-kongsi ni tidak kirala blogger baru ataupun lama.

Yang paling menyentuh hati saya adalah kehadiran bro Mat Joe, walaupun (ehem2,faham2lah) dia menghadirkan diri juga demi untuk bersama di Sesi ini. Thanks Mat Joe, hang buat aku cam nak nangis je. Sedikit teruja juga bila diberitahu Robb Chew, ada dlm 40 orang yang e-mail untuk menghadiri dan 50% yang dipilih. Yang tak dtg malam tu tentu ada sebab tersendiri especially Bro JE JAI yang dilanda virus Sotong dengan keretanya.
Pengurus Pak Li Kopitiam kasi Intro Skit

Kenapa nama Pak Li yang dipilih ? Boleh la rujuk Entry INI dan juga INI. Panjang lebar dan lengkap informasi yang diberikan di sana. Dah sudah kasi intro, sesi makan la pula, dan inilah yang saya order :

Nasi Ayam Lemon

Memang sedap dan terbaik punya. Murah pulak tu, RM4.50 sahaja. hak3, macam saya bayar jer. Semuanya di sponsor oleh Nuffnang. Selain order nasi Ayam Lemon, saya order Milo Ais + Teh O Ais + Roti Bakar. Semuanya menepati citarasa tekak saya ini.

Dah habis makan dan perut pun dah kenyang, tibalah masanya :

Giliran Saya untuk memberikan Ucapan dan Berkongsi Pengalaman (Kredit Picture to MohdZaid.com )

Inilah lebih kurang apa yang saya kongsikan dan mahu kongsikan (some part terlupa nak cakap, almaklumlah dah lama tak buat public speaking ni, hik3, jadi saya tambahkan di sini )

1) Learn From Your Mistake and Improve Yourself. Sayapun akui saya pernah buat silap dan masih belajar dari setiap kesilapan yang saya lakukan. First 3 months saya aktif berblog, memang main priority saya adalah Income/Duit,duit,duit .

Terkejar-kejar trafik dan berblogwalking tanpa hala tuju. Sampaikan saya sendiri hantar ticket kepada Nuffnang Helpdesk kenapa Income saya tak banyak gerak? Rasanya,ini ramai yang dialami oleh Newbie especially. Letak Ads, dan mengharapkan bulan ni dah boleh cash out terus ( I did actually cash out on my first month) . Sayapun masih baru, siap kena sound dengan Robb lagi masatu .

 Masih terngiang-ngiang kata-kata Robb " You Should Not Blog for money". Hik3, saya pelajari kesilapan saya dan belajar dari bloggers lain, pembacaan, perbaiki diri dan akhirnya saya perbaiki niat saya. Alhamdulillah, when you put your passion in it and love what you are writing , the money will come to you. Tapi, if you blog for money and you didn't get it, you will get frustrated + feel demotivated . 

2) Setialah Kepada Nuffnang. The Grass Is Not Always Greener on the Other Side. Alhamdulillah, myself, kesetiaan saya berbaloi dan saya sudah mencapai hampir kesemua yang ada di Nuffnang. Side Income, Movie Screening, Hadiah Utama Blogging Contest, Advertorial dan etc. Lagipun, Nuffnang benar-benar mengamalkan konsep 1Malaysia especially dengan eventnya yang agak sukar dicari di luar sana. Featured Blogger? Masih jauh untuk ke sana, hits pun masih suam-suam kuku saja.

3) Cari Identiti anda tersendiri. Cipta keunikan yang mungkin akan menarik lebih ramai pembaca. For myself, saya suka mencuba sesuatu yang baru dalam berblogging seperti Terjah Blog, Buat Contest, Berpantun, GTO Pointz, dan pelbagai lagi. Jangan takut untuk mencuba, kelainan inilah yang akan membuatkan anda terserlah. Yerlah, di Malaysia ini, ada lebih kurang 1.5 juta blog bak kata Datuk Rais Yatim.

4) Humility in Oneself, Respect For Others. Jangan la kita syok sendiri dan cuba menjatuhkan blogger lain. Sifat melayu ni memang tak lari dari perasaan cemburu, iri hati dan cantas mencantas. Ambil yang baik, buang yang buruk, barulah mudah untuk kita bangkit. Rezeki ada di mana-mana, kalau tidak dipecahkan ruyung , manakan dapat sagunya kan?. Kalau si dia naik, tentu ada sebab dan anda pun mampu naik juga kan?

5) Jangan Mudah Putus Asa - Normalla kalau hits tak seperti yang kita mahukan. Dulu, saya pun sama, hari-hari asyik ushar Nuffnang Analytics, kenapa tak cecah 300 lagi ni? Kenapa tak cecah 500 lagi ni? Jangan tergopoh gapah dalam membuat entry. No entry is much more better than bad entry.

6) Learn From Others - Setiap bloggers ada kelebihan mereka tersendiri. Selongkar kelebihan mereka dan perbaiki diri untuk maju. Contohnya, Sifu Saya, Melromeo.Com , telah banyak mengajar saya pasal blogging ini. It is not easy but it is not hard katanya. Kena caranya,jalan akan dipermudahkan.

7) Why I Choose Nuffnang and remain loyal to Nuffnang? First of all, of course i trust the reputation of Nuffnang and the Community Blogger that they build is really successful even they only started the Advertising Company less than 5 years. As you can see, it is a trend that many bloggers switch to other Ads Company but sooner or later, some of them come back to Nuffnang. So, tepuk dada, tanya selera. At least, Nuffnang tidak meletakkan syarat yang ketat untuk buat side Income dan peluang yang sama rata untuk Event, Movie Screening, freebie, dan etc.

8) Jangan takut Untuk berkongsi Informasi dan Tips - Tentu ada yang cakap, alah, tips dia tu aku dah dengarla dari blogger A. Copy paste la tu. Apalah, cakap tak serupa bikin or etc. Umm, tak salah berkongsi. Pasal tips dan Informasi ni, rasanya sukar nak cari source yang asalkan. Google aje, berlambak keluar. tak salah berkongsi dan ulang kembali dengan cara yang anda suka. Kasi kredit pun lagi elok jika berkenan dengan sumber itu. Kata orang, belajar biarlah sampai ke negeri China. Mungkin apa yang dikongsi belum lagi didengari oleh seseorang.

9)What Loyalty Means to Me ?(Gliterati status mesti ada sebabnya) - Pandangan peribadi, dengan Gliterati inilah yang dapat meyakinkan lebih banyak Advertiser untuk advertise dengan Nuffnang. Most people find it annoying including myself bila terlampau banyak iklan di blog dan keterujaan untuk tahu lebih lanjut terbantut walaupun iklan itu sangatlah menarik hati. Dengan status Gliterati ini, minat untuk klik dan mengetahui pasal iklan tentu akan bertambah. Impression is very important to Advertiser, more Income to Nuffnang means more Income to Bloggers/Nuffnangers. P/s : Agak-agak, Nuffnang akan pilih bloggers yang telah curang ataupun yang setia untuk diberikan Buffered Earning dan Advertorial Job?

10) Why Nuffnang are the best to fellow Nuffnangers especially in the long run? - My view is Nuffnang is like the Community for bloggers and as I can see, there are a bright future with Nuffnang as a lot of trust, relationship and good name with Nuffnang. More reputable Advertiser choose Nuffnang to advertise their product and I can see ( bukan ramalan Paul si Sotong Kurita ya? ) more will come in the future. Nuffnang will become one of the top Advertising Agency especially for bloggers and resulting helping Nuffnangers to socialize, earn more extra income, and etc.

11) Minat,Minat, dan Minat - Dalam apa jua yang dilakukan, kalau tiada minat, ianya akan sekadar melepaskan batuk di tangga dan akhirnya usaha sekadar hangat-hangat tahi ayam. Tulis mengikut apa yang anda minati dan suka. Tak kisahla jika anda mahu menjadi Reporter sambilan membuat laporan Piala Dunia 2010, Pemenang AF ataupun Piala Thomas. Yang penting anda suka, bermain SEO pun kalau kena caranya, lebat juga. Sayapun masih belajar pasal ini.

My view , I think this sharing session more toward socialize session with fellow Nuffnangers. Get feedback and learn from others ( saya pun masih belajar+Newbie). It is not siapa popular, atau siapa yang tidak. Kitani sama saja, kongsi-kongsi untuk menambahkan informasi. This session is good untuk memperbaiki dan mendapatkan 'feedback' dari semua. 10+ brains is much more better than one brain right?

Selebihnya, Bolehla rujuk Entry dari Kak Ina KL dan JMR

P/s : Oh ya, maaf kerana Advertorial part saya tidak dapat kongsikan kerana input yang diperolehi dari Nuffies, mungkin informasi yang bakal saya kongsikan mungkin misleading as a lot of others factors that Nuffnang pertimbangkan sebelum memilih untuk memberikan Advertorial. Anyway, just trust yourself dan andai ada rezeki tidak kemana.

-BERSAMBUNG- ( Mahu Disambung tak??).

July 9, 2010

Sorry Guys, I Can't Make It

Di keheningan pagi, jam sudah menunjukkan hampir pukul 1 pagi. Jari jemariku masih rajin dan menari-nari di papan keyboard ini. Ohh, sukarnya untukku luahkan rasa hati ini . Namun, aku perlu beritahu juga. Entry Nuffnang Sharing Session at Pak Li Kopitiam dirujuk.

Di sini, saya ingin memohon kemaafan kerana :
Sorry Guys, I Can't Make It

Maafkan saya, baru beberapa jam tadi saya menerima panggilan telefon dan ada Urgent matter yang perlu saya hadiri. Oh, terasa beratnya hati ini untuk melepaskan dan meluahkan. Janji sudah dikota, manusia berpegang pada janji, namun yang mana yang lebih penting saya perlu dahului. Maaf Sekali lagi.

Apapun, jangan risau, saya telahpun Inform Nuffnang dan saya rekomenkan mereka ini untuk menjadi pengganti saya di sesi itu nanti. Mereka lebih lama berkecimpung dalam berblogging ini dan pengalaman mereka rasanya tentu dinanti-nanti. Inilah dia :

1) Kak Ina KL ( Credit Picture to Daydeck )

Kak Ina KL tidak perlu diperkenalkan lagi. Seorang pakar masakan, ibu yang penyayang, Pencinta Event Nuffnang dan memang seorang happy go lucky dan mudah diajak berbual. Kalau layan berborak dengan dia, 2 tiga jam pun terasa cepatnya masa berlalu. Masakannya di blognya begitu menggoda dan selalu membuatkan nafsu makan saya semakin bergelora dari hari ke hari dan hasilnya mood saya bertambah happy dan berjaya menghasilkan entry yang lebih saya gemari. Please Support Her k?

2) Je JAI @ Azhar Ramli @ Abang Jambu

Kembarnya Jejai mencetuskan kontroversi di dunia hiburan apabila hubungannya dengan Fasha Sandha akhirnya diluahkan secara terbuka.Tidak lupa juga, adik angkatnya Arja Lee yang mencetuskan kontroversi dengan berbogel dalam filem terbarunya 'Dalam Botol'. Je JAI akan berkongsi pengalaman dan tips berSEO especially tips berkenaan Keyword "Sotong" yang berjaya mencetuskan fenomena baru di blognya. Di samping itu , Je JAI juga akan bergandingan dengan Robb Chew aka Sotong Zai dan akan membuatkan special Appearance dengan menyanyikan lagu "Sotong, Bermacam Sotong, Ada Paul Sotong, ada Sotong Kurita" . Nantikanlah penampilan Istimewa Je JAI dan Sotong Zai nanti ya.

Sorry Guys, I Can't Make It dari saya
Maaf,Maaf Itu saya yang kamu tahu ya?
Yerla,yerla, saya mengaku silap saya
Menghangitkan Anda kali ini pula

P/s : I will be there. Walaupun saya akui saya bukannya Blogger Popular dan sekadar Blogger Cap Ikan Ayam, InsyaAllah, saya akan cuba berkongsi informasi sepanjang almost 1 tahun saya berblogging secara aktif dan pengalaman mengujakan saya bersama Nuffnang.

P/s/s : Apa agak-agaknya soalan yang mahu ditanyakan ya? Boleh saya prepare myself first.

July 6, 2010

Nuffnang Sharing Session @ Pak Li Kopitiam

Terima Kasih buat Nuffnang, It really caught me by surprise. Tidak sangka perjumpaan one to one session with one of the Nuffnang staff minggu lepas dan disusuli dengan e-mail , saya dijemput untuk menjadi :

Guest Blogger untuk Nuffnang Sharing Session - Pak Li Kopitiam dari 7pm-9pm, 9 July 2010 (Friday)

Anyway, sebelum saya mula syok menulis, saya mahu mengomen sedikit pasal apa yang ditulis di sana :

As mentioned earlier, there’ll be a guest blogger invited at every session and this time, we’re glad to have Eyriqazz from http://eyriqazz.com join us for this session.

Myself @Eyriqazz @GTO (saya bukannya cikgu, hik3)

"An active blogger whom you’ll bump into at many Nuffnang events, Eyriqazz blogs about anything and everything under the sun. Well, mostly about what happens around him anyway :P If you want to learn about how Eyriqazz blogged his way to the top, come join us for this sharing session and you can hear it from the man himself!"

Umm, blogged his way to the top? Dussh, saya masih merasakan saya masih blogger baru @ Newbie dan belum layak untuk digelar blogger popular/bagus dan terlalu banyak untuk diperbaiki dan belajar dengan anda semua di luar sana, namun  pelawaan ini saya terima kerana mungkin ada something yang mungkin Nuffnang nampak pada saya yang boleh saya kongsikan dengan Nuffnangers di luar sana.

Ditambah pula dengan sikap profesional Nuffies dalam menerangkan pasal  sesi ini membuatkan saya yakin dan terus say YES walaupun berdebar-debar hati ini + masih kurang yakin. Hik3 lagi.

Actually, Sesi ini sepatutnya dibuat pada Hari Sabtu namun disebabkan saya ada Staff Day di Port Dickson hari itu, ianya diawalkan. Maaf ya? Mungkin kalau Sabtu, lebih ramai yang free kan?. I did some googling + Information from Nuffies dan memang teruja apabila melihat bahawa Sharing Session seperti ini pernah dibuat sebelum ini. Antara Guest Blogger yang Pernah dijemput adalah :

KySpeaks - Boleh Refer Entry INI dan INI
SultanMuzaffar dan Redmummy - Boleh Refer Entry INI dan Juga INI

Tweet dari Redmummy (One of my favourite blogger/blogger inspirasiku) - redmummydotcom  : @armo02 @beautifulnara oh eyriqazz jadi blogger jemputan yek, cayalah...cepat tol dia naik. aku dulu siksaaa!!!

Cepat Naik kak? Hik3, baru nak bertatih di dunia blogging ni. Tunjuk ajar akak, Beautifulnara, Melromeo dan ramai lagi banyak membantu saya untuk teruskan perjuangan ini. Masih banyak yang perlu dipelajari dan diperbaiki. Tunjuk ajarku Sifu ya?

Ringo @ Cheeserland - Refer Entry INI  

Bila melihat kepada semua Guest Blogger sebelum ini, terasa kerdilnya diri ini dan rasa macam mahu tarik diri saja. Hak3,takdelah, I will keep my promise.

 Anyway, masih tertanya-tanya lagi Why Nuffnang choose Me, yerlah nak kata saya ni famous, tak jugak, nak kata hits mengancam, suam-suam kuku saja. Masuk Contest untuk Guest Bloggers Project Alpha Season 3 pun kalah. Hik3...Anyway, congratz to all the winners. You All deserve it and your Audition Videos are really creative especially to Teh Tarik Memoirs

Apapun, saya akan cuba yang terbaik. Saya ni pemalu juga orangnya but as Nuffnang already put the trust on me, I will do my best. Mungkin saya akan berkongsi-kongsi pengalaman saya sepanjang almost setahun bersama Nuffnang dan mengecapi almost apa yang ada di Nuffnang seperti Income, Event, Premiere Screening, Buffered Earning, Hadiah Contest, Met Popular Bloggers, Advertorial , Coffee With Nuffies and etc..

Jadi, untuk sesiapa yang ada kelapangan masa, jom sertai sekali. Boleh la rujuk entry INI untuk lebih lanjut : Nuffnang Sharing Session – Pak Li Kopitiam .


Nuffnang Sharing Session kali ini
Pak Li Kopitiam menjadi pilihan untuk makan malam dan berkongsi informasi
Terimakasih Nuffnang kerana menjemput , saya berbesar hati
Kecil tapak tangan, nyiru saya tadahi

Event sebegini memang menarik sekali
Berkongsi Informasi untuk Nuffnangers meningkatkan prestasi dan bertanya apa yang bergelora di hati
Pertama Kali saya dilayan sebegini
Terima kasih tidak terhingga buat Nuffnang, memang dikaulah yang terbaik sudah semesti

P/s : Anyone yang akan join sekaki? Jom la, Sharing Is Caring, InsyaAllah, saya akan kongsikan apa yang terbuku di hati dan apa yang mampu saya jawab. Don't worries, Nuffies will be there too.
Related Posts with Thumbnails