July 14, 2010

Nuffnang Sharing Session di Pak Li Kopitiam | Final Part

Salam dari Eyriqazz,


Sambungan entry Nuffnang Sharing Session | Pak Li Kopitiam, Setapak Indah , inilah pengalaman dan berkongsi Informasi sepanjang sesi tersebut :


Nuffnang Sharing Session Disambung Kembali


Selepas sesi saya meluahkan perasaan dan share my experience, tibalah sesi soal jawab antara Nuffnangers yang hadir dan juga saya .Antara soalah yang ditanyakan yang saya ingat (kalau salah tolong perbetulkan ya? ) adalah :



1) Apakah Berblogwalking Salah Satu Cara Promosi Blog Yang Berkesan? Apakah yang Eyriqazz lakukan untuk promosikan blog eyriqazz?
- Berblogwalking itu bagus cuma Kualiti is much more Important than Quantity. Jangan sekadar berblogwalking sekadar mahukan penulis tersebut membalas kembali. Cuba kasi komen yang terbaik dan jika penulis blog itu sukakan komen anda, InsyaAllah dia akan singgah kembali. Komen yang berkesan ,chances untuk mendapatkan loyal visitors adalah lebih tinggi. Kalau mahu kejarkan short term visitors, mudah saja, tinggalkan komen di shoutbox mereka. Fikir-fikirkan lah.

Antara yang saya lakukan untuk promosikan blog adalah join Contest, Ping Blog, Join Event (especially Nuffnang event), promosi di Facebook, Terjah Blog, mengambil peluang bergambar dengan bloggers, mengomen entry, Give and Take (backlink etc), dan macam-macam lagi.

2) Rakan saya mengatakan saya hilang intisari blog saya apabila saya mula menulis mengikut isu semasa i.e. Sotong, Piala Dunia, dan gosip artis?
- Tepuk dada tanya selera. Kepuasan anda ataupun kepuasan rakan. Bagi saya it must go hand in hand. Pembaca itu penting namun kepuasan diri sendiri pun penting. Syok sendiri pun tak elok tapi melayan orang terlebih pun tak patut juga. Tak salah menjadi Reporter Sambilan namun sesuaikan dengan gaya anda agar pembaca selesa membacanya.

3) Kalau persoalan pembaca, mana yang lebih berkesan, membalas di komen sendiri ataupun di blog mereka?
- Blog mereka. Mereka akan rasa lebih dihargai + win-win situation dan menambahkan visitor mereka juga. Namun terpulang pada diri sendiri.Macam saya,faktor masa yang menjadi penentu. Kadang-kadang/Selalu juga komen pun tak sempat dibalas.

Selebihnya , sayapun kelupaan. Hik3...Selepas sesi soal jawab :

Robb Chew mengambil alih dan bercerita pasal Nuffnang pula


Robb Chew menerangkan tujuan sebenar Nuffnang Sharing Session ini. Contoh yang diberikan adalah Kyspeaks sebelum ini berkongsi informasi dan tips mengambil gambar makanan supaya nampak lebih mengujakan. Sesi bersama saya adalah untuk saya berkongsi pengalaman saya sepanjang hampir setahun saya bersama Nuffnang + saya dipilih kerana lokasi yang dekat dengan rumah + saya banyak menghadiri event dan Contest- contest Nuffnang. Popular? Takla, samaje macam anda semua.

Selain itu , Robb juga berkongsi :

Informasi berkenaan Iklan di Nuffnang dan Helpdesk
Kusyuk mereka mendengarnya


Selain Robb, Xin Xian @ Fresh turut hadir. Mereka inilah orang kuat yang menjadi penghubung utama antara Nuffnangers dan Nuffies @ Public Relation Nuffies. Sebarang persoalan berkenaan Nuffnang biasanya mereka yang menjawabnya. Informasi yang dikongsikan oleh Robb adalah :



1) Kedudukan/Placement of Ads dan Buffered Earning  adalah penting untuk mendapatkan Buffered Earning.

2) Mereka menerima lebih kurang 300 e-mail dari Nuffnangers berkenaan isu-isu Ads, Income, and etc.

3) Nuffnang tidak gemarkan entry copy paste i.e. download lirik kerana ianya merosakkan industri muzik tempatan. Walaupun hits tinggi, kemungkinan untuk dapatkan buffered earning adalah rendah.

4) Buffered Earning ditentukan mengikut prestasi hits sebelum buffered earning diberikan. Jadi, hits yang konsisten dan semakin meningkat akan menjadi kayu pengukur untuk mendapatkan buffered earning yang lebih masyuk.

5) Sharing Session diadakan bagi memudahkan Nuffnangers dan sebagai platform untuk mendapatkan feedback + bertanyakan soalan .Macam Cofffee With Nuffies la, cuma tambah guest bloggers dan diadakan di tempat yang lebih luas.

6) Jika ada persoalan yang terbuku di hati, jangan segan bertanya di Helpdesk. Respon pun pantas. Dulu, saya almost tiap-tiap minggu menjadi penanya di Helpdesk. Lebih baik mendapatkan jawapan terus dari Nuffnang daripada mendapatkan informasi yang silap dari pihak ketiga.

Selingan kejap :
Atreyu Strange sibuk dengan Samsung Galaxy S yang begitu Cool dan menarik (Eden jelesss, nak jugak!!)
Video Robb berkongsi informasi yang dirakam dengan Phone Samsung Galaxy S Atreyu Strange ( It really a Cool gadget , Good Luck ya, It will be urs for sure la)

Sungguh teruja bila melihat Robb Chew berbahasa melayu. Issh, fasih dan kalahkan sesetengah orang melayu kita sendiri. Syabas Robb.


Selepas Robb habis sesi berkongsi informasi berkenaan Nuffnang , ianya diteruskan dengan sesi :

Sesi Soal Jawab Antara Nuffies dan Nuffnangers

Saya sempat menanyakan dua soalan kepada Robb, iaitu :

1) Kenapa Pembayaran tidak terus dimasukkan ke dalam akaun? Lebih mudah, cashless dan menjimatkan kos.
Jawapan : bagi mengelakkan hackers mencuri data dan pembayaran dimasukkan ke akaun yang tidak sepatutnya (bukan akaun kita). jadi, dengan memberi cek, ianya lebih selamat dan sukar untuk hackers menukar informasi kita dan dimasukkan ke akaun nya)

2) Sebagai orang yang telah lama berpengalaman dalam dunia blog, apakah pandangan Robb untuk meningkatkan hits ke blog ?
- Pandangan berdasarkan pengalaman peribadi, the most important things is Good Content. Good Content will attract more visitors. Jangan terlalu mengejar Income. Have Passion in It and serlahkan kelebihan anda.

Sesi yang begitu memuaskan hati dan selepas soal jawab ianya ditamatkan dengan sesi bergambar :

Bersama Robb Chew dan Xin Xian @ Fresh
Bersama Nuffies + Nuffnangers Yang Hadir (6 orang tidak hadir rasanya)

Ini pengalaman saya, untuk membaca pengalaman mereka pula, bolehla rujuk entry mereka :

1) Kak Ina KL [ Klik Sini ]
2) JMR   [ Klik Sini ]
3) Daydeck [ Klik Sini ]
4) Atreyu Strange [ Klik Sini ]
5) Mohd Zaid [ Klik Sini ]
6) JE JAI ,tak hadir [ Klik Sini ]
7) Justin [ Klik Sini ]

Tak lupa juga, terimakasih buat mereka ini yang turut hadir memeriahkan Sharing Session Ini :

Khairul Husni (Blom ada blog lagi,tapi Adsense masyukkk)
Mana yang tertingglal let me know, k?

Penutup kata, saya memohon maaf andainya tersilap kata dan Session ini tidak seperti yang anda hajati. Sayani pun masih baru dan masih belajar, dan saya terima segala kekurangan yang ada. Sharing is Caring, Criticize me and I am open for Criticism. Learn from Mistake and Learn from Others itu yang saya cuba amalkan dalam berblog ini.

Last but not least, terimalah dua rangkap pantun dari saya:

Gunung Daik Bercabang Tiga
Hilang Kabus Nampaklah Puncaknya
Nuffnang Sharing Session terimakasih dari saya buat semua
Salah dan silap harap maafi Ya?

Pak Li Kopitiam hidangan menyelera dan mempesona
Saya , Kak Ina KL dan Daydeck teruja dan lepak sampai pukul 11 malam pula
Sharing is Caring, Terima kasih Nuffnang dari saya
Budi yang baik dikenang sehingga hujung nyawa

P/s : I Love Nuffnang. Anda pula bagaimana?

53 comments:

  1. memang rugi gilalah tak pergi..adoiii

    Entri terbaru chekgu

    nak header percuma tak?

    ReplyDelete
  2. I love the video! Lots and lots of new info that i had never known. thanx for sharing bro eyriqazz!

    ReplyDelete
  3. well.. really informative.. thank you for the sharing even though i wasnt there..
    all the best eyriqazz =)

    ReplyDelete
  4. I LOVE NUFFNANG TOO..BYK INPUT MLM TU..TMBH LG NGN ENTRI NIH..TQ BRO!!

    ReplyDelete
  5. Trimas share2.

    Tahniah bahagia dengan wife anda yg lebh tua beberapa bulan.
    :)

    ReplyDelete
  6. jap..video nye clear arh. bertuah tol klu dpt hp tu. huhu

    thanx bro di atas segala tips. memang entry paling lengkap ni. hehe :)

    ReplyDelete
  7. kalu ada tips lagi....buat lg eh...nak join rasa segan pulak sbb blog ntah hape2....

    ReplyDelete
  8. memang bertuah betul yang pergi sebab banyak benda dapat kita tahu di samping dapat jumpa dengan nuffies dan bloggers

    ReplyDelete
  9. Thanks sbb share video tu kat sini. Harap blogger lain boleh paham perbezaan CPC and CPM lepas ni.

    ReplyDelete
  10. mmg sokong 100%...rasa sungguh bertuah terpilih ke SS hari tu...terlalu banyak tips itu ini bila kita berkongsi..td tu tuan rumah blog ini...
    juga pada Robb yg mmg nampak sincere dalam memberi keterangan mengenai nuffnang...
    best best dan best..

    ReplyDelete
  11. terima kasih bro share ilmu yang terlalu bernilai buat kami semua...

    ReplyDelete
  12. huhuhu... x perla.. x dpt g, call eyriqq jer..lagi senang..hak3


    Sumijelly.com

    ReplyDelete
  13. Hai Tok Guru, Kenny sini...Terima kasih kerana sharing byk dengan kami ya...Semoga kami berjumpa lagi ya...

    ReplyDelete
  14. Eyriqazz... kalo nak tanya Helpdesk Nuffnang tu, perlu tanya dlm English ke? Dan lagi satu, Robb tu jambunyer.. hehe.

    ReplyDelete
  15. @velasrizal:yup...sharing session mmg untuk berkongsi informasi..

    ReplyDelete
  16. @n@m@n:xper..next time masih ada

    ReplyDelete
  17. @Afra Yuri :credit video buat atreyu strange..Samsung S dia memang mengancam..first time rasa teruja ngan model samsung...

    P/s :Saya peminat setia Nokia...wife memang sukakan samsung...tapi,baruje curang kepada Nokia...kalau la tau pasal Samsung S ni lebih awal,mungkin isteri angkat yang itu

    ReplyDelete
  18. @ArELeEz:Sama2.Sharing is Caring kan?

    ReplyDelete
  19. @JMR :sama2.bro pun dah nampak perubahan skangni.P/s :template kena tukar bro.

    ReplyDelete
  20. @Mohd Adziim :sama2..usia bukannya penentu kebahagiaankan?

    ReplyDelete
  21. @Anne Boleyn:hik3..tuhla ..bertuah atreyu strange..thanks hana...

    ReplyDelete
  22. @Mario :InsyaAllah,akan dikongsi-kongsi..apa nak disegankan?semua bermula dari small step kan?

    ReplyDelete
  23. @atreyu strange:sama2..benda yang bagus dan elok, elokla dikongsi2kan?

    ReplyDelete
  24. @haslina:yup..itulah motif sebenar sharing session ,untuk berkongsi dan mendapatkan input..popular or tak,better tolak tepi dulu...

    ReplyDelete
  25. @Mohd zaid :sama2 bro..sayapun byk belajar dari bro....

    ReplyDelete
  26. @SalidaSunshine :bahasa melayu pun ok..diorang faham..no problem...respons memang pantas...48 hours maximum..tapi biasanya diorang balas kurang dari 24 jam..memang terbaik respons dari robb chew dan fresh

    ReplyDelete
  27. Sounds like a really interesting and informative session.. I will definitely direct all my Nuffnang enquiries straight to the helpdesk after this (hehe) .. thanks for sharing all those tips and pointers with all of us who couldn't make it .. (am sad to say that i don't have the opportunity to take part in Nuffnang events due to time and family constraints).. therefore am relying on you Cikgu Eryqazz to get up to speed with all the Nuff news.. I hereby dub thee Sir Eryqazz Knight of Nuff ..hehe

    MY LATEST ENTRY: A close run in with the DBKL tow truck

    ReplyDelete
  28. Thanks bro perkongsian ni.. banyak juga info di entri ni yang dah menjawab persoalan2 yang selama ni bermain di fikiran..

    ReplyDelete
  29. Salam Bro eyriqazz, trima kasih krn sudi berkongsi pengalaman yg berharga, sy akan terus usahakan untuk memberikan entri2 yg memuaskan hati sendiri dan berharap ia bole memberi manfaat kepada pembaca lain,Bro dah jd inspirasi sy dah ni.hehe...thanks bro :)

    ReplyDelete
  30. terima kasih berkongsi rahsia...

    terbaru dari saya : cinta yang ini pasti tidak berbalas

    ReplyDelete
  31. @Hidayah Ismawi:Sir Eryqazz Knight of Nuff?Fuhh..dahsyat tu...

    ReplyDelete
  32. @kulanz :sama2 bro..sayapun banyak blajar dari blog bro juga

    ReplyDelete
  33. @FareedSairi;thanks...inspirasi? umm,tersentuh hati saya.bro pun ble maju,teruskan usaha..

    @a kl citizen :sama2...

    ReplyDelete
  34. byk info eh dpt dr NSS ni..
    kalo dekat, sure daku join :)

    ReplyDelete
  35. salam bro...memang sessiom macam ni banyak membantu newbie mcm gua....terima kasih sebab sudi share pengalaman ngan gua....nuffnang rocks...

    ReplyDelete
  36. WoW!! Thanks for a lot of info.. Sebagai newbie banyak yang boleh sy belajar.. :)

    ReplyDelete
  37. WoW!! Thanks for a lot of info.. Sebagai newbie banyak yang boleh sy belajar dari entry nih.. :)

    ReplyDelete
  38. @DaHLia :next time blelah dahlia pula jadi guest blogger ya?

    ReplyDelete
  39. @perondajaketbiru74 :newbie ke bro..hik3,nampak cakap mantapje bro..apapun,good luck juga bro n thanks for coming

    ReplyDelete
  40. @izyanty collection:sama2..sharing is caring kan?

    ReplyDelete
  41. @WZulhilmi:sama2..ambil yang jernih,buang yang keruh

    ReplyDelete
  42. BRRRROOOOOOO!!!!!!!!

    aku dah buat blog. hehehe.. thanks tips dan bg semangat kat aku 4 bulan lepas.

    ReplyDelete
  43. wah! sangat berguna. bestnya bro berpeluang jumpa robb chew. mesti banyak perkara yang dibincangkan. boleh berkongsi untuk semua pembaca :)

    bro eyriqazz, miza minta izin nak ambik video robb chew tu yaa dan kasi kredit untuk bro. harap bro tak marah.

    ReplyDelete
  44. thank for sharing the info...banyak lagi benda yang perlu saya perbaiki...



    New Entry: Pemandu Lelaki lebih ramai terlibat dalam kemalangan

    ReplyDelete
  45. tips hangat daripada blogger2 handal..amat penting dlm memaparkan entri yg berlainan suatu masa nanti

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails