Showing posts with label acah acah dulu. Show all posts
Showing posts with label acah acah dulu. Show all posts

February 22, 2010

Sambil Menyelam Sambil Minum Air

Sambil menyelam sambil minum air. Sambil menulis sambil berblogwalking. Ok juga kan?Kasi trafik dekat orang lain, di masa yang sama menulis entry.Wah, teruja dan memberikan inspirasi bila baca entry di blog JARD  .Inilah entry nya :


Wah, seronoknya bila ada silent reader memuji. Hik3, samalah juga bila orang mengomen di blog kita dan bagi kata-kata yang menyentuh perasaan, membuatkan semakin bersemangat untuk menulis. Congratz JARD, u deserve it.Honestly, saya pun suka singgah di blog u, cuma kerana kesibukan masa kadang-kadang tak sempat nak mengomen + Disqus Comment kadang-kadang lambat loading.

Kalau tulis pasal Nuffnang mesti tertarik nak lihat kan?Teruja dan seronok bila baca entry dari Elissmie .Akak Elissmie ni garang orangnya, dia suka tarik telinga orang tau.Hik3, gurau je Akak, akak ni memang cool dan peramah. Masa Friso Gold , sempat dia menegur aku walaupun masatu aku tak kenal dialah Elissmie.Cantik nickname akak, apa maknanya ye?Oh ya, inilah entry nya :

Wah2, tentu seronok kan akak?Saya pun masa terima first cek, memang happy giler. Nanti bolehlah akak belanja saya makan ye? Hik3...Tuhla, siapa cakap berblog takble buat duit?Sambil menyelam sambil minum air.Sambil berblog ,sambil usha blog orang lain. Buat akak Elissmie, teruskan berblog. Blog akak memang slalu saya singgahi.

Menyinggah pula di blog Kak Sumijelly .Tertarik dengan entry : Buffered Earning yang tidak pernah Ku Miliki .Umm,sabarlah Kak.Ada rezeki tak kemana. Teruskan usaha dan don't give up k kak? Takper, nanti bila dapat Buffered , kot-kot berderet-deret Buffered Earning untuk akak. Blog Kak Sumi ni pun menarik, dia pun pandai menulis, selalu dapat invitation dan menang contest online. Huk3, akak taknak join contest saya ke?Huhu,mentang2lah hadiah saya berikan tidak lumayan. Hik3...

Adush,rindunya kampung halaman bila bukak blog Cik Lily Putih .Fuh,meriah betul bila baca entry Travelog to Kuala Kemaman,Satar Sedap di Warung Otak-Otak Che Wan .Meh kita layan model yang ku ciluk dari blog Cik Lily Putih :

Model Satar terhebat di Pasaran

Hik3, Terengganu kampung halaman. Memang makanan di Terengganu sedap-sedap belaka. Memang teruja dan jealous bila tengok entry Cik Lily Putih ni. Fuhh, nasib baik bulan 3 ni aku balik kampung. Bolehla pekena keropok lekor, nasi dagang, satar ,dan lain-lain lagi. Seronoknya bercutikan?

Menyinggah di blog Zaid , wah-wah Zaid dah tukar template blog la. Memang cantik dan menarik. Aku jealous la.Zaid, hutang Software gambar bila nak bayar?Hik3, dah lama aku menunggu ni. Wah, wah, entry Zaid ni penuh sentimental dan kesetiaan. Entry apa?Korang tengok la sendiri :


Wah2,ada juga rakan seperjuanganku yang masih setia. Hik3, kita serupa Zaid. I Love Nuffnang too. Apapun, pilihan di tangan masing-masing. Cam aku cakap, money is not my main priority for blogging now, jadi aku akan tetap setia dengan Nuffnang. Tepuk dada ,tanya selera.

Ishh,bulan ni cam sepi je kan?Cam berkurang event yang Nuffnang anjurkan.Menanti juga ni event Nuffnang seterusnya. Zaid ni memang rajin join contest dan event Nuffnang. Kalau pi Nuffnang event mesti ada Zaid. Patutla dia setia dengan Nuffnang. Ahli Seumur Hidup Nuffnang ni.Patutla Nuffnang pun makin sayang ngan Zaid dan Buffered Earning zaid makin kencam.Hik3,gurau je Zaid.Zaid, ko taknak join contestku?(hik3,gaya mengayat baiknya)

Oh JAI .Aku sokong rakan bloggersku. JAI masih mencari rentak dalam berblog ini. Duit 1 Sen Boleh Cecah Ribuan Ringgit? .Fuhh, menarik. Alamak, mana duit satu sen aku ye?Kalau aku simpan dan kasi kat cucu-cucu aku nanti mesti laku kan? Thanks JAI for the info, patutla time BNM keluarkan duit baru special edition, berduyun-duyun orang beratur.Memang ada value yang tersendiri kan?

P/s :Siapa yang mahu diacah-acah  juga? Mehla komen, 5 orang akan ku undi untuk ku acah-acah dalam satu entry nanti.

February 21, 2010

Ada Apa Dengan Blogwalking

Blogwalking. Satu istilah yang cukup popular di kalangan bloggers terutamanya bagi bloggers baru. Bagiku , blogwalking adalah salah satu cara efektif untuk meningkatkan trafik ke blog jika kena dengan caranya.Kalini nak berkongsi apa yang menarik di blog yang aku singgah ketika berblogwalking dan menulis sekarang ini :

Blogwalking | Bagus Untuk Kesihatan Blog Anda

Singgah di blog Sharinginfoz . Teruja dan gembira bila entry Apasal Orang Ramai Suka Duit???Thanks Sepet , sharinginfoz berkongsi pengalamannya entrynya yang bertajuk Nuffnang Dapat RM2,684.40 berjaya mendapat hits yang begitu tinggi dan menjadi top post di Innit. Syabas Encik Sharinginfoz, blog anda memang berinformasi dan menarik untuk disinggahi. Tengoklah keterujaan visitor ke blog nya :

Satu peningkatan yang boleh dibanggakan

Sehari kalau tak singgah di blog Melromeo tak sah rasanya . Wah, kalini Melz ingin mengadakan :


Wah, menarik. InsyaAllah, tiada aral akan ku join. Korang taknak join ke?27/2/10 ,Sabtu ni.Rugi kalau korang tak datang, di sesi camni lah biasanya Melz akan berkongsi rahsia besar berblog yang biasanya Melz jarang kongsikan di blognya. Mesti meriah dan mendapat sambutan ramai. Jom join, the more, the merrier kan?

Ehh, yang ni aku memang jealous. Ween  dah dapat Advertorial Job ke?Huhuhu, apa rahsia Ween?Produk apa?Jom tengok :



Footcare



Untuk lebih lanjut boleh tengok entry Ween Ni : Product Review | Footcare .Wah, Ween , makin naik saham ko Ween. Ble la belanja eden makan di Umbai nanti ye?

Oh Sweetdarling ,cantiknya namamu. Wah, blog Sweetdarling berharga Value Aku RM12, 128.66 .Banyak tu Sweetdarling, taknak jual ke? Teruja juga nak check brapa harga blog aku. Jangan terkejut ye, aku tunjuk ni mesti korang tak mampu nak beli :


Hik3,convert tak sampai RM10K pun

Hehehe,jadi Sweetdarling, jangan gundah gulana, blog anda lagi mahal dari blog saya tu. Ussh, blog aku popular di United States and daily visitor kurang 10 dan online since 2000? Umm, aku start berblog 2003, musykil gaks ni.Hik3, aku terimaje jadi sesiapa nak beli aku taknak jual lagi , murah sangat.

Oh ya, turut nak komen entry Sweetdarling pasal yang ni (tengok bawah )

Income Nuffnang dan Sweetdarling Please Stop!!!! . Fuhh, firstly tahniah dah dapat Income Nuffnang dan ble beli jam tu. Yang 2nd tu, betul tu Kak, berblog la dengan cara kita tersendiri. Fikir dan selidiki apa yang kita nak, duit atau kepuasan hati. Tak salah melihat dan tengok tips-tips di luar sana untuk memperbaiki mutu penulisan namun sepadankannya dengan cara yang sesuai dengan kita. Lain padang, lain belalang kan? Biarlah kita bina identiti kita tersendiri dan tidak terikut-ikut dengan bloggers lain di luar sana. Akak pun ble famous akak, nanti ada masa saya terjah akak sekali ye?

Singgah pula di Kancilbiru .Fuhh,teruja betul dengan latest entry kancilbiru iaitu :


Income siapa tu?Tentulah Income ku. Amcam, lumayan tak?Hik3,takdelah, itu income 5xmom .Dalam entry tu juga ada mention pasal Income lumayan daripada bloggers-bloggers lain. Jadi, apa tunggu lagi, terjah la entry tu.Mungkin menjadi inspirasi untuk lebih berjaya berblog.

Cukup dulu. Ada banyak lagi nak bercerita ,namun panjang-panjang boring pula.

P/s :Korang seronok tak berblogwalking ?Aku plan nak buat satu entry on ''Tips BerblogWalking". Korang nak tau tak?Hik3...

P/s/s : Apa pandangan anda pasal blogwalking ?Bagus ke berblogwalking ni?Kenapa tak berblogjogging or berblog Running?Ummm....mana asalnya blogwalking ye?

February 8, 2010

Kalau Sudi Katakan Sudi, Tidak Aku Ternanti-nanti

Siapa Bilang Gadis Melayu tak menarik hati
Sungguh menawan sekali
Cantik dan tergoda sejuk memandang berkali-kali
Cinta Si Aus ini namun dia terluka hati

Siapa Aus ni?Ni bukan segmen terjah ye.Ni segmen acah-acah aje.Nanti ada masa mungkin aku akan terjah dua orang yang aku nak sebutkan ini.Inilah dia  :

Aus Melankolik hensem kan?

Namun,jangan mudah tergoda dengan kehensemannya.Hatinya lembut dan dia mudah merajuk.Sila rujuk entry ini .Oh ya,dia ni baruje 'frust' menunggeng.Dengan seorang gadis melayu yang sangatlah cantik juga.Inilah kisahnya :

Oh gadis itu , namanya rahsia hatiku
Wajah cantik menawan aku kelu
Namun mengapa kamu buat-buat tak tahu
Aku cinta padamu kau buat aku keliru

Kalau sudi katakan sudi
Tidak aku ternanti-nanti
Berat sungguh rasa hati
Kau permainkan hatiku ini

Sedarkah kamu rajuk hati ku ini
Luar macho namun aku juga ada hati
Oh mengapa kau tidak menjawab cintaku berkali-kali
Aku rasa hensem juga diriku ini

Gadis-gadis di luar sana aku masih mencari
Yang Cun dan Cantik saja pilihan hati
Jika ada yang berkenan kat diri ini
Mehla singgah di blog saya ini

Lain pula dengan mamat ini :

Bean Moreno penulisanmu berseni

Bean Moreno nama diberi
Sudah berpunya sudah ada isteri
Pengantin baru,moga-moga tahun ini
Dikurniakan anak dimurahkan rezeki

Oh Bean Moreno kenapa peliknya 'nickname'  dikau ini
Aku suka,kenapa kau mahu peduli
Perwatakan menarik kadang-kadang geli hati
Bila main boling longkang saja yang kau kejari

Kalau Sudi katakan Sudi
Bukan untukku,untuk Si Isteri
Oh Romantik juga Si Bean Moreno ini

Amcam,oktak pantun ku untuk mereka ini?Untuk Aus dan Bean Moreno,jangan marah ya.Sesetengah tu aku tambah perencah sendiri untuk sedapkan intipati entry ini.

Wanita di luar sana apa tunggu lagi
Peluang begini susah dicari
Aus yang hensem itu cepatlah anda kejari
Siapa dapat bertuahnya diri (Hik3)

Bean Moreno bertuahnya Isteri
Siapa nak adakan event boleh ajak dia ini
Personaliti santai menarik hati
Sekali berborak mesti tak kering gusi (Hik3 lagi)

Apa yang ditunggu lagi
Terjah la mereka berkali-kali
Inilah link mereka ini ( Aus dan  Bean Moreno )
Sekali singgah mungkin nak singgah lagi

P/s :Amcam,oktak pantun yang ku buat ni?Tengah takde mood mana nak menulis,jadi saja aku menyakat mamat dua orang ni.Rakan bloggers yang baru kukenali.Menarik sungguh personaliti mereka ini.Sungguh aku tidak rugi berblog dan mengenali lebih ramai kenalan buat koleksi peribadi.

P/s/s :Siapa yang nak aku dedicatekan pantun untuk mereka?Cepat-cepat angkat kaki.Ada masa aku dedicatekan pantun untuk korang sekali.

P/s/s/s :Pantun itu tradisi Melayu.Anda semua macam mana?Suka berpantun tak?
Related Posts with Thumbnails