Showing posts with label nuffnang best. Show all posts
Showing posts with label nuffnang best. Show all posts

May 17, 2010

Pengalaman Saya Bersama Coffee With Nuffies

Salam dari Eyriqazz,

Hari Jumaat yang lepas saya mengambil cuti half day untuk menghadiri Coffee With Nuffies. Pengalaman yang begitu menarik,menyeronokkan dan teruja. Ini adalah sambungan entry My Wonderful Experience | Coffee With Nuffies . Jadi ,kali ini saya ingin berkongsi pengalaman saya sepanjang di sana. Inilah serba sedikit ringkasan pengalaman saya di sana :

Nuffnang Footprints ( Anda dah hantar blom? Byk lagi ruangan kosong menanti!!)

5 orang bloggers dijemput semasa sesi ini. Namun, seorang tidak hadir, jadi apa lagi, saya pun jemput rakan blogger saya yang mantap dalam bidang finance ni  selepas minta kebenaran dari Robb Chew :


Mat Joe. Sesi ini turut dihadiri JackieLoi , Diese dan Joshuatly

Selepas di beri Minum Kopi yang sedap dari Nuffies, kami pun dibawa bersiar-siar sekitar pejabat Nuffnang. Aku memang kagum , staff tak sampai 30 orang tapi boleh handle projek jutaan ringgit setahun dan berpuluh-puluh ribu bloggers di bawahnya. Jom terjah ofis Nuffnang pula :

Rasanya mesti Pemilik Nuffnang ni sukakan pasukan Belanda, sebabtu la serba oren. Hik3...Team Orange yang happening....

View mengadap Menara KL begitu menarik pemandangan
Siap ada tempat untuk tidur atau baring-baring untuk pekerja sekiranya penat (Credit Picture to Submerryn). Terlupa nak snap gambar.
Kalau bosan boleh Main Games

Fuhh, I wish Opis saya camni. Boleh lepak sekejap kalau kepenatan, time lunch pun jadilah. Siap boleh tengok tv, main games, memang santai. Tengok suasana Nuffnang, teringat macam tempat kerja di Google. Nak buat apa buatlah ,asalkan kerja jalan dan siap. Dushh, besttnya...

Selepas dah puas jalan-jalan , tunggulah masa yang dinanti-nantikan :

Sesi Soal Jawab dan Beramah Mesra bersama Featured Nuffies iaitu Sara (Dialah yang incharge bahagian letak Ads di blog korang) dan turut dihadiri Robb dan Xin Xian

Memang meriah sesi ni, Nuffnangers tanya je apa soalan, Nuffies akan jawab. Apa yang saya dapat dari sesi ini ? Umm,bolehla tengok gambar ini lebih kurang :

Apa yang saya dapat di Sesi Ini

Banyak ilmu baru dan informasi yang dikongsikan oleh Nuffies seperti camne Nuffnang pilih blog untuk kasi Buffered Earning dan Advertorial Jobs, Trafik yang dilihat oleh Nuffnang, fraud klik, Mana yang Nuffies pentingkan antara Unique visitors vs Pageview Visitors, dan banyak lagi? Nak tahu ? Kenalah vote saya di sini dulu, nanti dah cukup 100 orang vote, saya revealkan satu persatu. Vote dan Klik Like di SINI

Action is better than word kan ? Jadi, dari sesi itu saya mendapat Inspirasi yang begitu berguna yang telah membantu meningkatkan visitors ke blog saya. Memang tak sia-sia pergi Coffee With Nuffies ni. Inspirasi itu saya olahkan di entry dan inilah hasilnya :

First time di hari itu juga Uniques visitors mencecah 3,000+ sehari dan hampir 10 ribu seminggu

Pertama Kali juga di Hari Weekend hampir 100 orang di blog saya di satu masa

Ehh, saya tak kedekut apa yang saya dapat di sana. Saya capai target saya dengan bantuan anda, saya kongsikan kesemuanya. Apapun, saya kongsikan sedikit dulu .Lebih lanjut akan saya kongsikan lagi bila vote saya sudah cecah 100.Hak3, giler glamour betul. Kalau tak cecah juga, takpe, saya tetap akan revealkan perlahan-lahan. Jadi, kalau nak saya revealkan cepat semua rahsia tu, faham-fahamla. Kalau setiap seorang visitors blog saya mengundi dan vote, rasanya 100 tu bukan perkara yang susah. Register, Log In, dan tekan Like. Hendak atau tidak saja.

Ok, inilah serba sedikit yang mahu saya kongsikan dulu :

1) Project Alpha Contest hadiah harian, anda hanya layak menang sekali saja. 5 pemenang setiap hari tu. Jadi, cam eyriqazz yang dah menang ni takde can nak menang lagi. Jadi, kepada yang belum Menang lagi, bolehla join Contest tu sambil-sambil vote eyriqazz sekali. Hadiah nya menarik juga.

2) Youthsays adalah Competitor Nuffnang. Jadi, anda mungkin akan kehilangan status Gliterati anda sekiranya letak Ads dari Youthsays.

3) Semua staff di Nuffnang rajin-rajin semua untuk kepentingan bloggers. Most of them balik ofis pukul 8-9 malam namun mereka stay up kerana mereka happy dan bukannya dipaksa. Mereka diberi kebebasan untuk pulang lebih awal. Wah,seronoknyaaa... Nak juga...

4)Klik-Klik Nuffnang. Berkongsi informasi, Nuffnang tahu sesiapa yang buat fraud Klik dan mereka juga tahu jika anda sendiri klik Ads di Blog anda. Pernah ada satu bloggers yang punya 30 blog copy paste di ban oleh Nuffnang. Pukul 12 malam , dia buka semua blog dia dan klik semua Ads yang kluar hari-hari.

5) Tips Mendapat Buffered Earning dan Camne Nuffnang kasi Buffered Earning kat blog anda. Ummm, tunggguu....Cukup 100 Vote saya kasitau..Hik3....Takpun bila tarikh vote ditutup  iaitu 6 June 2010 saya blom achieve 100 vote,  saya akan revealkan juga. Hik3, mahu cepat atau lambat?

Last but Not least, bergambar bersama :

Nuffies dan Nuffnangers yang Hadir

Coffee With Nuffies mengujakan hati
Saya suka saya rasa nak pergi lagi
Sayang seribu  sayang sekali
Peluang hanya sekali yang diberi

P/s : Jadi, jangan lepaskan peluang untuk sesi Coffee With Nuffies lain kali. Memang puas hati. Sebulan sekali ianya diadakan.

P/s/s : Nuffnangers, rasa teruja tak nak pi Sesi Ini ?

May 13, 2010

I Have Been Invited To Have Coffee with Nuffies!‏

Hai Senangnya Dalam Hati
Dapat Invitation Dari Nuffnang Lagi
Tak Sabar-Sabar aku Menanti

Bertambah Senang Dalam Hati
Persembahan mantap dan terbukti
Puas hati dan menyengat sekali

Inilah e-mail yang saya terima daripada Nuffnang :

Dear Nuffnanger,
Greetings from the Nuffies! You're cordially invited to join us at our cozy office for coffee at the date, time and venue as below:


Date: 14 May 2010 (Friday)
Time: 4.00pm - 5.00pm
Venue: Nuffnang KL Office
12B-5 & 12B-6, Heritage House,
33 Jalan Yap Ah Shak,
50300 Kuala Lumpur.

Honestly , saya ni memang Peminat Setia Nuffnang. Semenjak join Nuffnang bulan September 2009 , apa saja yang Nuffnang buat, hampir semua saya akan ikuti dan join. Contest, Premiere Screening, Event, dan macam-macam lagi. Memang berbaloi-baloi menjadi Nuffnangers.

Walaupun ada terbaca di blog lain akan pendapatan mereka yang mengujakan dengan Syarikat Pengiklanan yang lain , hati saya tidak tergerak untuk curang dan hati saya tetap setia bersama Nuffnang.

Saya percaya, kesetiaan dan sikap tidak mudah putus asa akan ada ganjarannya. Alhamdulillah, 8 bulan bersama Nuffnang, RM8K+ telah saya kecapi melalui hadiah Contest + Income dari Nuffnang dan saya betul-betul gembira dengan Nuffnang. Pilihan di tangan masing-masing, tapi bagi saya biarlah yang saya kejar saya dapat, yang dikendong tidak berciciran.

Sebabtu saya begitu sayangkan Nuffnang. Antara entry yang saya rasakan mengujakan bersama Nuffnang adalah :











Dan Selebihnya, bolehla terjah di SINI .

Harap-harap dengan menghadiri Coffee with Nuffies ni bolehla saya pelajari lebih banyak info dan tips dari Nuffnang yang mana boleh saya kongsikan sekali bersama pembaca nanti. Sebelum tu, jangan lupa VOTE SAYA DI SINI

Coffee with Nuffies akan kuhadiri
Peluang keemasan takkan ku lepasi
Semoga lebih Success di kemudian hari
InsyaAllah, rezeki yang dapat akan dikongsi-kongsi dengan Contest saya sendiri

P/s :Ada sesiapa yang join dan pergi tak? Boleh kita jumpa di sana nanti.

P/s/s : Kopi apa yang bakal dihidangkan ya?

March 2, 2010

Best Bits of Project Alpha Season 1


Project Alpha Season 1, Auranya masih Dirasai Sehingga Kini

Apakah perkara/cebisan yang menarik sepanjang Project Alpha Season 1? (Best Bits of Project Alpha Season 1). Inilah yang dapat saya berikan berdasarkan pengalaman saya menyaksikan dan menyertai Pertandingan 'Project Alpha Blogging Contest Season 1'.

1) 7 Bloggers Terpilih/Hebat

7 Bloggers terpilih ini sangat unik, berjaya, dan popular dengan cara mereka yang tersendiri.Cara mereka menulis cukup dikagumi, senang untuk difahami, dan menarik minat untuk membacanya lagi dan menjadi pembaca setia. Sesetengah daripada mereka boleh mencecah beratus-ratus ribu pembaca setiap bulan.Syabas dan tahniah buat mereka dan saya antara pembaca setia yang terus membaca blog mereka ini .7 bloggers terpilih untuk Project Alpha Season 1 adalah Sixthseal, BeautifulNara, Nicolekiss, Budiey, Redmummy, Fourfeetnine, dan Kennysia.


2) Penaja Utama adalah Adidas Action 3

Sebut nama Adidas saja pun sudah cukup mengujakan. Hadiah yang ditawarkan antara satu sebab aku menyertai blogging Contest yang dianjurkan.Taglinenya memang mengujakan iaitu ''''Adidas Best Defence Against Sweat With Triple Action". Aku mencubanya selama beberapa bulan sehingga kini dan hasilnya memang memuaskan.Baunya wangi ,selesa dipakai, dan yang paling penting Isteriku menyukainya.Selepas ini, bila dah habis stok, akan kubeli lagi produk ini. Apa yang saya boleh cakapkan, ''Saya Mesti Pilih''.

3) Pengacara Project Alpha Season 1 , Jojo Struys

Pengacaranya memang hebat dan mengancam. Cantik, cara tersendiri, boleh bergaul dengan pelbagai peringkat golongan dan disukai ramai.Selebihnya, bolehlah terjah di sini : The Cheerful Jojo Struys .Auranya telah membuatkan aku memenangi tempat keempat Project Alpha Blogging Contest Week 4.

4) Penaja-Penaja Yang Lain

Penaja-penaja yang lain tidak kurang hebatnya. Pengalaman di Sunway Lagoon sempena memenangi contest ini cukup hebat dan terima kasih tidak terhingga dariku. Tiket Ice Skating sebahagiannya kugunakan untuk Contest Pertama ku .Kegembiraan ini dapat kukongsikan dengan bloggers yang lain. Hadiah Rimmel pun turut digemari Isteriku, siap bertanya, ''Bila Abang Nak belikan lagi make-up Rimmel untuk Sayang".Nanti abang belikan lagi ye sayang. Kerjasama Nuffnang dengan Hitz.fm tidak kurang hebatnya juga.Sebut saja Project Alpha Season 1, mesti nama Nuffnang dan hitz.fm yang akan didengari.


5) Hadiah yang ku menangi

Sudah pasti, part yang paling teruja bagiku adalah memenangi blogging Contest Project Alpha dengan hadiahnya yang begitu lumayan. Rezekiku baik, aku mula menyertai contest ini mulai minggu ketiga dan bagaikan kebetulan, Minggu Ketiga aku menang tempat ketiga, Minggu Keempat aku memenangi Tempat Keempat, dan Minggu kelima aku memenangi hadiah saguhati. Minggu keenam dan ketujuh, aku tidak memenangi apa-apa.Hik3,Apapun hadiah-hadiah itu, bila dijumlahkan melebihi RM2 ribu.Cukup mengujakan dan lumayan.Inilah entry-entryku itu :


Project Alpha Season 1 memang best, teruja dan menghiburkan.Namun, jangan risau dan khuatir.Kepada yang tidak sempat menyaksikannya tahun lepas, tahun ini, tidak lama lagi, Project Alpha Season 2 akan menghebatkan persada blogging tanah air dengan bloggers-bloggers popular dan hadiah yang lebih menarik.

Untuk maklumat lebih lanjut,bolehla layari laman web http://projectalpha.com.my/ ataupun laman rasmi Facebook Project Alpha Season 2 di :


Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS

February 27, 2010

Happy Birthday Nuffnang

Happy 3rd Birthday Nuffnang

Entry kali ini, aku dedicatedkan khas buat Nuffnang .Hari ini masuklah Birthday Nuffnang yang ketiga. Hari ini juga, sudah hampir 6 bulan aku bersama Nuffnang. Pengalaman bersama Nuffnang memang mengujakan dan menawan.Walaupun hanya 6 bulan, pengalaman dan keterujaan yang ku perolehi memang akan sentiasa mekar di dalam memori.Bagaikan petir memanah jiwa dan ianya memang mengembirakan.

Apa Itu Nuffnang?

Akan ku kongsikan serba sedikit yang ku tahu pasal Nuffnang.Andai ada tersilap, minta perbetulkan ya?Inilah dia Nuffnang:

1) Syarikat pengiklanan blog komuniti. Iklan yang disiarkan boleh dilihat di 100,000 blog dan 3 juta orang sehari.

2)Nuffnang Malaysia dilancarkan pada 27 February 2007 dan selepas 3 hari, 300 bloggers menyertainya. Setakat July 2009, lebih 80,000 bloggers di Singapore, Filipina, dan Austaralia menyertai Nuffnang dan jumlahnya telah meningkat melebihi 100,000 sekarang dan jumlahnya semakin meningkat dari hari ke hari.

3)Beribu-ribu bloggers telah menyertai Nuffnang dan iklan dari pelbagai syarikat telah berjaya Nuffnang perolehi dan promosikan seperti Nike, Nokia, F&N, CIMB, Nestle, Proton, Samsung, Digi, Celcom dan banyak lagi.


Nuffnang telah ditubuhkan bersama oleh 2 orang anak muda yang tampan  iaitu Timothy Tiah dan Cheo Ming Shen

Selebihnya, korang boleh terjah di  sini :

Apa Maksud Nuffnang?

"Nuff Nang" adalah perkataan Jafaikan (ayat yang digunakan oleh golongan muda di London UK) yang bermaksud  "Memang Bagus atau Memang Menawan'' ataupun dalam bahasa Inggerisnya "Real Good or Real Cool."



Nuffnang Logo


Nuffnang logo amatlah menarik dan ianya telah diperkenalkan secara rasmi di Acara Komuniti Singaura pada 9 Ogos 2007 yang mengancam dan melambangkan keharmonian dan jalinan hubungan yang lebih mesra antara Nuffnang dan bloggers. Memang ku akui, Nuffnang memang mesra bloggers?

Kenapa Nuffnang Menjadi pilihanku :

Tak perlulah aku bercerita panjang, aku telah bercerita mengenai di entry I Love Nuffnang .Lebih teruja bila, satu lagi hadiah lumayan bakal ku perolehi pada 1 March 2010 nanti iaitu sempena memenangi pertandingan Astro B.yond Bloggers Night Blogging Contest . Terimakasih Nuffnang menjadikan impianku satu realiti.Aku akan terus setia dengan Nuffnang kerana Nuffnang adalah yang terbaik bagiku dan aku gembira dengan Nuffnang sejak aku bersama Nuffnang.

Wishku buat Nuffnang

Inilah wishku buat Nuffnang :

1)Semoga Nuffnang terus berjaya dan hubungan antara Nuffnang dengan bloggers lebih erat .

2)Semoga Nuffnang berjaya mendapatkan projek/iklan yang lebih besar yang menguntungkan Nuffnang dan juga bloggers.Nuffnang untung, bloggers Nuffnang pun tumpang sekaki.

3)Semoga Nuffnang terus berkembang dan menjadi salah satu syarikat yang cemerlang di Malaysia.

4)Semoga usia tiga tahun Nuffnang lebih mematangkan Nuffnang dalam menghadapi hari-hari yang mendatang dan Nuffnang terus kekal sebagai pengiklan blog terhebat di Malaysia.

Cadanganku Buat Nuffnang

Inilah cadanganku buat Nuffnang daripada seorang bloggers yang belum pun setahun jagung dengan Nuffnang.Hanyalah pandangan peribadi :

1) Sesi bertemu antara Nuffnang dan bloggers. Lebih kurang macam talk/event. Jadi bloggers boleh mengenali Nuffnang dengan lebih dekat dan bertanya-tanya soalan.Faham, sudah ada helpdesk, namun face to face is better kan?Lebih banyak yang boleh dikongsi-kongsikan.

2)Ping Nuffnang di http://innit.nuffnang.com dapat diperbaiki. Rasanya perkhidmatan ping itu bagus cuma ianya boleh diperbaiki lagi.Contohnya, seperti ping di http://blog4ft.com ataupun http://blogged.my .Lebih mudah nak ping dan lebih mesra bloggers.

3)Lebih banyak acara menarik untuk bloggers.Cadangan saya mungkin Sport Carnival yang boleh bekerjasama dengan syarikat sukan di Malaysia seperti Puma, Adidas, dan lain-lain lagi dengan acara-acara yang menarik seperti futsal antara bloggers.

4)Top bloggers for the month. Mungkin Nuffnang boleh publishkan top bloggers bulan itu yang memperolehi jumlah pengunjung tertinggi ke blognya.Mungkin ianya berubah-ubah setiap bulan. Jadi, boleh dijadikan inspiras .Project Alpha salah satu inisiatif yang bagus cuma setengah-setengah daripada kami mempunyai line internet yang perlahan, jadi agak susah untuk access dan melayari Youtube.

5)Selection of Buffered Earning dan Advertorial Job.Mungkin Nuffnang boleh kasi tips kat bloggers apa yang dititik beratkan untuk mendapatkan Buffered Earning dan Advertorial Job.Selain daripada hits yang tinggi, apa faktor lain yang Nuffnang dan Advertorial tengok. Adakah cara penulisan yang menarik, Layout blog yang cantik, komen yang banyak, iklan mudah nampak atau tidak dan sebagainya.Sesetengah dari kami termasuklah saya terutamanya yang masih baru, masih blur-blur camna cara terbaik untuk dapatkan Income dari Nuffnang.Sambil menyelam sambil minum air, berblog bukanlah sebab utama namun siapa yang tidak mahukan duit kan?Jadi, dengan cara ini lebih ramai yang akan gembira dan terus setia dengan Nuffnang.


My Wish List

Sempena Birthday Nuffnang ni ,aku nak buat wish list. Manatau Nuffnang tergerak hati nak menunaikan permintaan aku ni.Hik3,blom cuba belum tahu kan?Kalau tak cuba, tak tahu kan?

Apa yang aku nak minta ye?Tiket wayang, umm,dah dapat dah.Hadiah Contest, umm,dah lebih 3 juga dah dapat. Inilah Wish List ku :

1)Income yang lebih mengancam dengan Nuffnang.Tambah-tambahkan dan promotekan blog aku kat Advertising Company supaya aku dapat lebih banyak Buffered Earning.hik3..

2)Advertorial Jobs. Hiks,hiks,cukup cemburu bila rakan bloggersku iaitu Zaid dan CikEpal dan dapat Advertial Jobs.Siap dapat Blackberry tu.Memang aku jealous, aku dah lama kepingin nak pakai Blackberry.Apapun,Tuah Ayam nampak di kaki tuah manusia siapa yang tahukan?HIk3, aku baruje 6 bulan dengan Nuffnang, masih banyak yang perlu belajar.Namun, kalau dapat Advertorial Jobs, fuhh,rasanya almost semua aku dah kecapi dengan Nuffnang.

3)Nak jumpa Kennysia.Hik3, masa event-event yang ada Kennysia, aku pula yang tak dapat menyertai eventtu. Kennysia memang blogger yang cukup ku kagumi.

4)Nak jumpa Rosyam Nor dan Fauziah Latiff (favourite artis ku dan isteriku).Azwan Ali dah jadi blogger untuk project Alpha Season 2, kot-kotla Azwan Ali ada buat event yang melibatkan kan Rosyam Nor dan Fauziah Latiff juga.

Cukup la tu.Kan cakap aku lebih-lebih pula.Hik3..

Apapun, Happy 3th Birthday Nuffnang. Semoga hari anda lebih gemilang.Semoga hari bloggers bersama Nuffnang juga cukup gemilang.Bagiku , susah dan senang Nuffnang, aku akan tetap bersama.Aku akan setia bersama Nuffnang selagi aku gembira dengan Nuffnang.I already make my decision, Nuffnang is my choice and I will stick with It. 6 bulan bersama Nuffnang, sudah lebih RM7 ribu aku perolehi denganmu Nuffnang (termasuk hadiah yang baru ku menangi). Terima Kasih Nuffnang, menjadikan hidupku lebih gembira denganmu.

Last but not least, I want to say , I Love You Nuffnang dan ''Saya Mesti Pilih".

P/s :Apa pula pandangan anda tentang Nuffnang?

P/s/s :Rezeki ada di mana-mana.Apa yang penting, jangan mudah putus asa. Yakinlah dengan pilihan yang dibuat,kan?

February 9, 2010

My ? Cheque From Nuffnang

Hai Senangnya dalam hati
Dapat cek Nuffnang lagi
Tak sia-sia aku berblog ini
Sambil menyelam, sambil kejar Dyesebel yang Cantik Sekali

Comelkan Dyesebel?

Siapa cakap tak boleh buat duit dengan blogging especially daripada Nuffnang?  Walaupun aku baru 5 bulan dengan Nuffnang dan baruje bergiat aktif, tiap-tiap bulan memang boleh cash outkan Income Nuffnang. Seronok juga rasa hati.Ala,yang kat atas tu bukan banyak pun, mana boleh nak lawan Melromeo mahupun Cik Epal.Aku ni blog picisan saja. Baru je nak belajar merangkak cam anakku Alisya.

Sepanjang 5 bulan ni, apa lagi yang terkini selain daripada apa yang telah ku katakan di blog sebelum ini?Umm, aku sangat gembira kerana :

Followerku dah cecah 500

Namun,bak kata Melz,Jadi Follower Untuk Apa? ,Maafkan aku kalau ada follower yang tersinggung aku tak follow blog mereka.Aku memang tak suka follow orang kerana terpaksa dan andainya anda rasa kecil hati ,maafkan ye?
 
Bagiku lebih senang dan selesa follow blog yang kita suka kan? Dan jika sebab ini juga membuatkan anda rasa aku tidak memulangkan kembali "follow you,follow me back",aku tak marah jikanya mahu unfollow aku kembali. Hehehe,apapun, aku sayangkan followerku semua, nanti ada masa aku cuba acah-acah dan terjah blog follower ku pula. Anda pun sedang diperhatikan especially yang mana-mana yang aku slalu tinggalkan komen di blog mereka.


Dari pelbagai negara juga terjah blogku ini

Hehehe,terimakasih diucapkan walaupun pembaca dari mana saja berada.Tanpa pembaca,apalah sangat penuliskan?

First time ada entry cecah 100 komen (entry ini )

Aku memang menghargai komen-komen yang diberikan,cuma maafkan aku kalau tak sempat membalas semua komen. Bukan sombong mahupun pilih kasih,namun kesibukan masa membataskan membalasnya. Namun,aku akan cuba sedaya upaya untuk singgah kembali ke pengomen dan cuba untuk membalas komen kembali.

Aku tahu,one of the best part for blogger ialah bila membaca komen yang ditulis,kan? Ala,tanyalah sesiapa sahaja,mesti mereka teruja nak baca komen yang ditulis.Jadi,itulah yang aku cuba lakukan jua. Cuma cepat atau lambat saja.Sabar-sabar ye? Lagipun,segmen terjah dan acah-acah saja akan tetap berjalan dari masa ke semasa.Itulah salah satu caraku untuk membalas .

Oklah,aku pun nak berkongsi tips kali ini walaupun aku rasa aku masih belum layak untuk kasi tips.Tips ini kuamalkan dan setakat ini, memuaskan.(some of the tips melalui pembacaan dan diberikan oleh Sifuku , Melz ) Walaupun hasilnya takdelah banyak,namun aku sudah cukup puas hati .3 tips kali ini,banyak-banyak panjang pula dan tak larat nak baca bak kata Ween :

1)Jangan pandang ringan pada survey Nuffnang di blog Manager dan juga Edit Survey (sebelah-sebelahje).Dari survey inilah Nuffnang boleh pilih ads apa yang nak letak di blog anda.Jadi,updatelah dia sedetail-detail yang mungkin (Penting sgt ni)

2)Pelbagaikan entry.Tak salah nak bercerita kisah peribadi namun selitkan perkara lain seperti makanan,travel, shopping, barangan pengguna, testimonial kita dan sebagainya.Barulah mudah dapat Buffered Earning(lebih lanjut kena tanya orang yang lebih berpengalaman cam Melz dan Kak Jie) .Tak caya tanya Abang SharingInfoz, dah berpuluh-puluh buffered dia dapat.Trafik memanglah penting,namun entry pun tidak kurang pentingnya..

3)Bagi blog baru cuba jalinkan hubungan persahabatan di alam maya ini.Tinggalkan komen membina dan once in a while, bercerita dan cubalah linkkan blog mereka di entry anda.Tentu mereka menghargainya. Aku tak tahu apa itu/teknik google page ranking dan juga Alexa, dan andainya jika aku bercerita dan linkkan blog bloggers lain di entryku boleh menjejaskan prestasi Alexa dan pagerankku,aku tak kisah,biarkan aje. Persahabatan aku utamakan.

Word of mouth is very powerful tools nowadays. Ada masa,sertailah event-event Nuffnang supaya dapat mengenali lebih ramai bloggers-bloggers di luar sana. Sebab itulah aku juga masih setia dengan Nuffnang. Wang bukanlah sebab utama aku memilih pengiklan. Kepuasan hati lebih penting bagiku.Siapa cakap Income Nuffnang tak lumayan? Tepuk dada tanya selera, nak dapat Income menarik, mestilah ada ujiannya dulukan?Begitulah juga Nuffnang rasanya.

Apapun,terima kasih Nuffnang.Aku mahu ucapkan lagi , bahawa :


P/s :Betul kata sesetengah bloggers,kalau kita terlalu mengejarkan wang dalam berblog, kita mudah terkandas di tengah jalan. Namun, jika kita minat dan teruskan usaha, duit itu akan datang kepada kita. Remember, the Law of Attraction? Hik3....Apa pula pandangan anda?Seronok tak berblog?

P/s/s : Seperti kata Melz dan Sharinginfoz, "Sharing is Caring, Sharing is Power''. For myself, i trust in the word, "Teach Others,Learn from Others, The More You Give,the More You Will Get''.Anyway,lebih kurang sama je maknanyakan.Apa pula pengalaman anda?Tentu lagi bestkan?Willing to share?

February 2, 2010

I Love Nuffnang

Harini, genaplah 5 bulan aku bersama Nuffnang.Banyak pengalaman aku bersama Nuffnang dan apa yang ingin kukatakan adalah :


I Love Nuffnang (Credit Picture to
My-Alia )

Sebelum ini ada terbaca di sesetengah blog (pengalaman peribadi mereka)  akan kelebihan/pendapatan mengujakan menyertai syarikat ads blogging yang lain.Memang teruja bila membaca entry mereka mula-mula tu.Aku akui aku pun hampir tergoda,namun setelah berfikir panjang,search Internet dan Google, serta nasihat daripada bloggers-bloggers yang telah lama bertapak di dunia blogging ini, aku rasakan Nuffnang adalah yang terbaik dan aku akan tetap setia dengan Nuffnang.

Ehh,setia bersebab bukannya dipaksa .Pengalamanku bersama Nuffnang ,memang Nuffnang begitu best dan inilah alasanku kenapa aku begitu Sayangkan Nuffnang dan aku akan tetap setia bersama Nuffnang :

1)Banyak Pengalaman Mengujakan Bersama Nuffnang antaranya :




Premiere Screening

Event Nuffnang semuanya mengujakan. Aku rasanya Nuffnang satu-satunya syarikat pengiklanan blog yang begitu prihatin dengan bloggers di bawahnya dan menganjurkan banyak event-event yang menarik .Aku sukakan cara ini kerana aku dapat mengenali dan berkenalan dengan ramai bloggers di luar sana.Memang seronok dan setiap kali ada event Nuffnang aku akan cuba untuk menyertainya dan aku sepanjang 5 bulan  bersama Nuffnang,pengalaman bersama Nuffnang memang menarik dan mempesonakan.Thanks Nuffnang.

2)Pendapatan dan Contest-Contest Yang Menarik


Terimakasih atas Pendapatan dan Income yang agak Lumayan bagiku

Contest yang dianjurkan oleh Nuffnang,memang menarik dan mengujakan .Sekali menang terus ingin mencuba lagi.Kalahpun akan tetap mencuba.Hadiah-hadiah yang ditawarkan begitu menarik dan di atas adalah antara hadiah dan pendapatan ku sepanjang bersama Nuffnang.

Rasanya,sejak bersama Nuffnang sudah hampir RM5K aku perolehi bersama Nuffnang (Pendapatan + Hadiah Nuffnang ). Jadi,faktor inilah salah satu penyebab yang membuatkan aku akan terus setia bersama Nuffnang.Aku tidak sanggup untuk melepaskan event-event dan contest-contest menarik yang dianjurkan di Nuffnang.Pendapatan ku sepanjang 5 bulan ?


Seronok,at least boleh cash in tiap-tiap bulan....(aku sudah berpuas hati ,aku masih baru berblog/bersama Nuffnang)

3)Staff-Staff Nuffnang begitu profesional dan mesra bloggers


Pertama kali aku singgah di Pejabat Nuffnang untuk mengambil hadiah, aku sudah cukup terpegun.Suasana di dalam pejabat tersebut begitu meriah dan terus-terang aku pun cukup cemburu keadaan itu.Santai namun ada aura untuk bekerja dengan tenang.Berjumpa dengan Rina  dan cukup profesional layanan mereka.

Begitulah juga bila pertama kali nak bergambar dengan Timothy,mula-mula tu takut juga,yerla,Big Boss Nuffnang,biasanya Boss-bossni sombong dan tak layan orang.Hahahaha...Namun,Timothy cool je,siap tanya nama dan senyum je masa berbual.

Robb Chew pun sama,mudah melayan kerenah orang,dulu kalau hantar mesej di Contact Us Nuffnang,dialah antara yang selalu menjawabnya.Pantas dan tuntas pulak tu.Tak sampai 24jam dah balas,memang aku respek dan kagum.Inilah yang kami mahukan,bloggers (ble la dikatakan pekerja) mahukan dan ingin merasakan 'Feel Like Home', 'Feel Good' dan 'Rasa Dihargai' dan itulah yang Nuffnang berikan.''Mesra Bloggers dan Sentiasa turun Padang di Mana jua''.Susah nak perolehi tu.


4)Peluang untuk berjumpa popular/Top Bloggers


Agak-agak kalau aku join Advertising Company yang lain,ada peluangke aku nak jumpa popular bloggers ni ya?Ehh,seronok juga jumpa mereka.Banyak info dan tips yang mereka kongsi .

Contohnya BeautifulNara,cukup senang aku berbual dan bercerita dengannya.Baginya tiada istilah top bloggers/otai di dunia blog ini.Semuanya sama dan samada di atas atau bawah,respeks dan menghormati satu sama lain amatlah penting.Begitu jugalah popular bloggers yang lain.No wonder blog mereka begitu popular.Mereka mudah bergaul dan melayan peminat blog mereka.Syabas.Buat Nuffnang,thanks.Next,teringin juga aku berjumpa dengan Kennysia,Budiey,dan juga yang lain-lain.

5)Aku Happy, Keluarga Happy
Sepanjang aku bersama Nuffnang ni,Isteriku memang suka sangat event-event yang diadakan Nuffnang terutamanya Friso Gold.Sebelum ni agak susah untuk kami menghadiri event camni.Namun,Nuffnang membuatkan ianya satu realiti buat kami.Kebahagian dapat dikongsi bersama keluarga.Sebab itu bila difikirkan,aku tak sanggup untuk melepaskan kegembiraan ini.

Peluang dan citarasa masing-masing berbeza.Namun,aku gembira dan aku yakin dengan pilihan yang kubuat.Aku rasakan apa yang penting aku perbaiki mutu penulisanku dan tarik lebih ramai pengunjung .Nuffnang memberikan banyak peluang untuk bloggers mengecapi pendapatan,event-event menarik dan Info berguna.

Last but not least,tepuk dada tanya selera.Jangan sampai yang dikejar tak dapat,yang dikendong berciciran.Terimakasih Nuffnang,I Love U Nuffnang.Minatku untuk menulis dan berblogging semakin kuat bersama Nuffnang.

P/s : Peluang dan pilihan berada di tangan masing-masing.Think first dan selidiki semua faktor sebelum membuat pilihan.For Me, I will stick with Nuffnang because I am happy with Nuffnang .As I said, I Love Nuffnang. How about u?
Related Posts with Thumbnails