Showing posts with label Best Bits of Project Alpha Season 1. Show all posts
Showing posts with label Best Bits of Project Alpha Season 1. Show all posts

March 8, 2010

I Just Love Good Smelling People

I Just Love Good Smelling People ataupun Saya hanya sukakan Insan yang Berbau Wangi. Catchy kan perkataan ini . Sedap disebut, seronok di dengar dan menarik sekali. Jadi bersempena dengan Project Alpha Season 2 yang bakal disiarkan bulan April nanti, saya ingin menulis berkenaan tajuk ini.

I Just Love Good Smelling People too. Saya sukakan orang/Insan yang berbau wangi juga.Siapa ye? Bagi saya ,tentulah ,tak lain dan tak bukan :

Isteriku dan Anak Kesayanganku

I Just Love Good Smelling people. Rasanya sudah tentu Isteriku dan Anakku Love Good Smelling people juga kan? Jadi, kenalah ada give and take. Di sini, aku ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terimakasih kepada 'Si DIA' yang telah memudahkan kehidupanku sejak tahun lepas bagi memudahkan proses mewangikan diriku ini.Hik3. Jimat wang, jimat belanja dan menyenangkan kehidupan. SI DIA yang dimaksudkan adalah :



Adidas Action 3 dan Koleksi Barangan Adidas

Terima Kasih kepada Project Alpha Season 1 blogging Contest dan penaja-penaja terutamanya Adidas Action 3 . Inilah testimoni aku dan isteri berkenaan produk Adidas Action 3 ini :

1)Kanister Deodorant Adidas - Perghh,memang best dipakai.Senang,sembur je di ketiak dan bukan main wangi lagi. Siap isteri pun suka, kalau time aku tak sembur dia boleh perasan, kenapa kurang wangi ni?Abang tak pakai deodorant Adidas tu ke?Hik3,kantoi.So, my wife pun Just Love Good Smelling People.

2)2 In 1 Hair Body and Shampoo - Memang mengujakan. Bukan setakat sabun, siap ada shampoo lagi, tapi adushh, ini kena catu.Dek kerana isteriku terlalu sayangkan produk ini, produk ini hanya boleh digunakan ketika pergi bercuti /khas untuk bercuti saja.Oh, satu lagi, Adidas, produk yang warna hijau ni susah la nak cari di pasaran, asyik habis je?Dah terjah Carrefour, Jusco, dan cam-cam lagi.Asyik takde/habis.Tolong tambah stok ye.

3)Gym Vibes - Ini untuk wanita.Wife aku pernah guna. Sabun mandi untuk wanita, memang wangi dan I Like It.Semakin wangi isteriku yang memang dah wangi.  I Just Love Good Smelling People.

4)Minyak Wangi - Memang wangi juga. Aku nak guna tapi kena marah dek Isteri lagi . "Habiskan minyak wangi Polo abang dulu, baru ble guna". Lepas ni taknak beli Polo pun takpe.Sayang suka bau minyak wangi Adidas ini".

Tak lupa juga, si DIA ini :

Deodorant Adidas Action 3 , kecil-kecil cili padi, terbaik punya

Memang mengancam dan mengujakan. Walaupun kecil, baunya semerbak. Satu pantun untuk Adidas :

Adidas Action 3 Deodorant aku suka
Isteri suka aku pun gembira
I Just Love Good Smelling People like myself sudah semestinya
Anda pula bagaimana pula?


Adidas Action 3 Deodorant mengujakan

Produk yang lain tak sempat nak guna lagi, kena catu juga. Hik3, namun aku pasti ianya pasti mengujakan juga. Cukup untuk setahun stok itu.

Inilah yang buat aku teruja untuk join Project Alpha Blogging Contest Season 2 pula. Hadiahnya mesti lagi lumayan dengan lebih banyak penaja bersama.

Namun, jangan risau. Projek Alpha Blogging Contest Season 2 bakal muncul tak lama lagi dengan hadiah daripada Adidas Action 3 turut ditawarkan juga rasanya .Jadi, marilah sama-sama menyaksikan Projek Alpha Season 2 yang mengujakan ini sambil join Contestnya sekali.Manatau, ada rezeki anda pula?Tuah Ayam Nampak di Kaki, Tuah Manusia siapa yang tahu.


Untuk maklumat lebih lanjut,bolehla layari laman web http://projectalpha.com.my/ ataupun laman rasmi Facebook Project Alpha Season 2 di :



Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS

March 2, 2010

Best Bits of Project Alpha Season 1


Project Alpha Season 1, Auranya masih Dirasai Sehingga Kini

Apakah perkara/cebisan yang menarik sepanjang Project Alpha Season 1? (Best Bits of Project Alpha Season 1). Inilah yang dapat saya berikan berdasarkan pengalaman saya menyaksikan dan menyertai Pertandingan 'Project Alpha Blogging Contest Season 1'.

1) 7 Bloggers Terpilih/Hebat

7 Bloggers terpilih ini sangat unik, berjaya, dan popular dengan cara mereka yang tersendiri.Cara mereka menulis cukup dikagumi, senang untuk difahami, dan menarik minat untuk membacanya lagi dan menjadi pembaca setia. Sesetengah daripada mereka boleh mencecah beratus-ratus ribu pembaca setiap bulan.Syabas dan tahniah buat mereka dan saya antara pembaca setia yang terus membaca blog mereka ini .7 bloggers terpilih untuk Project Alpha Season 1 adalah Sixthseal, BeautifulNara, Nicolekiss, Budiey, Redmummy, Fourfeetnine, dan Kennysia.


2) Penaja Utama adalah Adidas Action 3

Sebut nama Adidas saja pun sudah cukup mengujakan. Hadiah yang ditawarkan antara satu sebab aku menyertai blogging Contest yang dianjurkan.Taglinenya memang mengujakan iaitu ''''Adidas Best Defence Against Sweat With Triple Action". Aku mencubanya selama beberapa bulan sehingga kini dan hasilnya memang memuaskan.Baunya wangi ,selesa dipakai, dan yang paling penting Isteriku menyukainya.Selepas ini, bila dah habis stok, akan kubeli lagi produk ini. Apa yang saya boleh cakapkan, ''Saya Mesti Pilih''.

3) Pengacara Project Alpha Season 1 , Jojo Struys

Pengacaranya memang hebat dan mengancam. Cantik, cara tersendiri, boleh bergaul dengan pelbagai peringkat golongan dan disukai ramai.Selebihnya, bolehlah terjah di sini : The Cheerful Jojo Struys .Auranya telah membuatkan aku memenangi tempat keempat Project Alpha Blogging Contest Week 4.

4) Penaja-Penaja Yang Lain

Penaja-penaja yang lain tidak kurang hebatnya. Pengalaman di Sunway Lagoon sempena memenangi contest ini cukup hebat dan terima kasih tidak terhingga dariku. Tiket Ice Skating sebahagiannya kugunakan untuk Contest Pertama ku .Kegembiraan ini dapat kukongsikan dengan bloggers yang lain. Hadiah Rimmel pun turut digemari Isteriku, siap bertanya, ''Bila Abang Nak belikan lagi make-up Rimmel untuk Sayang".Nanti abang belikan lagi ye sayang. Kerjasama Nuffnang dengan Hitz.fm tidak kurang hebatnya juga.Sebut saja Project Alpha Season 1, mesti nama Nuffnang dan hitz.fm yang akan didengari.


5) Hadiah yang ku menangi

Sudah pasti, part yang paling teruja bagiku adalah memenangi blogging Contest Project Alpha dengan hadiahnya yang begitu lumayan. Rezekiku baik, aku mula menyertai contest ini mulai minggu ketiga dan bagaikan kebetulan, Minggu Ketiga aku menang tempat ketiga, Minggu Keempat aku memenangi Tempat Keempat, dan Minggu kelima aku memenangi hadiah saguhati. Minggu keenam dan ketujuh, aku tidak memenangi apa-apa.Hik3,Apapun hadiah-hadiah itu, bila dijumlahkan melebihi RM2 ribu.Cukup mengujakan dan lumayan.Inilah entry-entryku itu :


Project Alpha Season 1 memang best, teruja dan menghiburkan.Namun, jangan risau dan khuatir.Kepada yang tidak sempat menyaksikannya tahun lepas, tahun ini, tidak lama lagi, Project Alpha Season 2 akan menghebatkan persada blogging tanah air dengan bloggers-bloggers popular dan hadiah yang lebih menarik.

Untuk maklumat lebih lanjut,bolehla layari laman web http://projectalpha.com.my/ ataupun laman rasmi Facebook Project Alpha Season 2 di :


Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS
Related Posts with Thumbnails